Gracias!

Jan 10, 2011

Pengalaman Ceasar

Terima kasih Mama Iman sebab sudi memberikan komen dalam entry yang lepas, maklumlah saya masih baru dalam blogsphere ni... Seperti yang dijanjikan, di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya melahirkan satu-satunya anak kami (buat masa ini) secara Ceasarean (C-Section).

Semua orang mesti tahu apakah itu Ceasarean atau C-section. Ringkasnya, Ceasarean ini adalah cara melahirkan bayi melalui pembedahan samada secara pilihan atau pun kerana terpaksa demi menyelamatkan si ibu atau bayi yang berada dalam kandungan.

Seperti ibu-ibu yang lain setiap hari sepanjang mengandungkan anak kami yang sulung aku akan berdoa kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan segala-galanya...tetapi Allah Maha Mengetahui yang mana yang terbaik buat hambaNya. Sepanjang mengandung aku mengalami alahan yang agak teruk...Sehingga bulan ke sembilan pun aku masih mengalami morning sickness. Muntah kuning tak payah cakaplah, setiap pagi mesti tak miss...Kalau ingat balik mesti serik nak pregnant lagi...Tapi semua tu hilang bila menatap muka si jantung hati yang sekarang ni dah berusia 1 tahun lebih...Muhammad Iman'ul Yaqin bin Muhamad Nadzri.

Masa usia kandunganku menjangkau 7 bulan, kami suami isteri telah membuat persediaan dengan meletakkan baju baby dan kelengkapan lain di dalam kereta. Oleh sebab aku berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk ke tempat kerja, jadi aku dah mintak siap-siap mc dari doktor. Lagipun memang dugaan dari Allah S.W.T, saat-saat aku hendak melahirkan emakku pula tidak sihat. Jadi, sebagai anak yang memang rapat dengannya aku pula yang terpaksa menjaga beliau.

Pada 30/7/2009...sebelum tidur malam tu aku terasa sakit pada bahagian perut, seperti ingin membuang air besar...hampir 5-6 kali aku berulang alik ke toilet...oleh kerana ini pengalaman pertama, aku masih tak tahu  bagaimana  rasa sakit hendak bersalin... suami mengajak aku ke hospital tapi aku menolak sebab aku konfius...malam tu aku tidak boleh tidur dengan nyenyak...sakitnya semakin kerap dan membuatkan aku gelisah...lebih kurang pukul 5 pagi (31/7/2009) aku mengejutkan suami kerana tak tertanggung lagi rasanya...dia menelefon kakaknya, dan kakaknya menyuruh kami ke hospital dengan segera.

Semasa di bilik air, baru aku perasan ada darah keluar bersama dengan lendir. Aku memberitahu suami, apalagi kalutlah dia. Selepas mandi lebih kurang, suami aku terus menghantar aku ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Semasa di sana aku telah diseluk dan diperiksa oleh pegawai perubatan yang ada. Masa tu bukaan baru lagi 1cm...Pada mulanya aku disuruh pulang ke rumah dahulu, tetapi selepas ujian CTG dilakukan aku harus tinggal di wad kerana heartbeat baby tak cantik...Doktor menyuruh aku mengejutkan baby supaya dia bangun sebab waktu tu subuh lagi, kemungkinan dia tidur dan kurang aktif ... Walaupun bukaan baru 1cm tapi aku rasa sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu... sakitnya datang sekali sekala dan makin kerap. Menurut doktor, bidan @ whoever yang memeriksa aku, firstborn child memang lambat sikit bukaannya, kerana tiada jalan atau laluan lagi.

Lebih kurang pukul 12 tengahari suami datang membawa lauk & makanan tapi aku tak berselera langsung hendak makan kerana sakit. Oleh kerana aku memilih untuk bersalin di hospital kerajaan (GH), aku sepatutnya layak untuk mendapat kelas pertama, namun pada waktu itu wad kelas pertama penuh. Jadi terpaksalah aku diletakkan ke wad kelas tiga untuk sementara waktu. Suami aku mengesa pihak hospital agar meletakkan aku ke kelas pertama. Pada waktu itu tiada apa yang aku fikirkan selain menahan kesakitan.

Selama aku berada di wad tersebut, aku asyik diseluk sahaja. Tiba-tiba aku terasa air panas keluar dicelah kelangkangku bersama-sama darah. Ada yang memanggil nurse kerana kemungkinan air ketuban aku sudah pecah. Selepas itu mereka memeriksa lagi bukaan, tetapi masih di antara 2-3 cm, kejap-kejap 1 cm semula...aku pun tak faham dan tak nak faham...lebih kurang pukul 3 petang aku ditolak masuk ke dalam labour room, aku terus memberitahu suami. Suami aku yang baru selesai solat Jumaat terus bergegas ke hospital untuk menemani aku. Sepanjang di labour room, aku asyik diseluk sementara dimasukkan air untuk memberi gesa agar bukaan menjadi cepat...Namun, bukaan hanya 1-3 cm sahaja...sementara CTG baby tidak menunjukkan sesuatu yang baik...kadang-kadang aku menjadi stress juga sebab sudah hampir 9 jam berada dalam labour, seorang demi seorang keluar dan masuk untuk bersalin, tapi aku tak juga bersalin-salin...suami aku setia menemani di sisi, tapi kadang-kadang rasa nak sepuk pun ada jugak, orang dahlah tengah sakit dia sibuk paksa aku berzikir...memanglah aku berzikir, tapi biarlah dalam hati sebab tekak aku dah kering sebab tak makan dan minum sepanjang hari...dalam labour room memang tak dibenarkan minum apatah lagi makan. Memang peraturan dalam labour room macam tu, sebab kalau emergency kena lakukan pembedahan segera tidaklah memudaratkan.

Sepanjang 9 jam aku dalam labour room tu, aku terus demam...one of the reasons aku demam mungkin disebabkan aku dehydrated dan terlampau letih...pegawai perubatan yang ada hanya memberikan aku paracetamol...masa tu dapatlah aku minum air walaupun sedikit...huhuhuu...sedih betul...

Secara totalnya aku bertarung selama 23 jam menahan kesakitan. Lebih kurang pukul 10 malam, doktor yang ada mengesyorkan agar pembedahan dilakukan kerana keadaan diri aku yang semakin lemah dan baby pun dalam keadaan stress. Tambahan pula, air ketuban dah semakin mengering...Selepas berbincang dengan Mr Hubby, akhirnya kami mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Bagi aku, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T...Walaupun melahirkan anak secara pembedahan dianggap sesuatu yang bertentang dengan fitrah semulajadi manusia tetapi cara ini adalah antara yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa ibu & bayi...Biarlah apa sahaja orang kata kerana Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Selepas menandatangani borang kebenaran dan sebagainya, lebih kurang pukul 1 pagi aku ditolak masuk ke dalam labour room. Sebelum tu aku sempat meminta ampun dan maaf kepada suami sebagai persediaan...manalah tahu umur tidak panjang. Aku lihat suamiku kelihatan sedih, aku pun tak pasti dia bersedih sebab apa...samada takut kehilangan aku atau sedih kerana tidak dapat melihat aku bersalin secara normal, yang penting aku tahu dia memang sayangkan aku...(kena up sikit...sebab dia selalu baca blog aku ni hehehee)...Sesungguhnya aku redha sekiranya aku mati disaat melahirkan...bukankah mati bersalin tu syahid kecil?

Apapun, semasa di dalam Operation Theatre (OT) hati aku sangat berdebar-debar...perasaan takut, cemas, sedih, gembira dan sebagainya bercampur-baur...Dalam OT memang sangat sejuk seperti dalam freezer...aku mengigil kerana tak tahan sejuk...aku beritahu pegawai perubatan yang ada untuk tidak melihat sepanjang pembedahan tu dijalankan...rasa ngeri pulak nak tengok perut sendiri kena toreh...padahal sebelum ni aku memang suka & selalu tengok dalam Youtube @ Discovery Channel tentang orang bersalin. Semasa aku disuntik bius (spiral anaethesia) aku tidak merasa apa-apa walaupun pelbagai cerita yang aku dengar. Aku hanya memeluk bantal dengan sekuat-kuatnya, tup tup aku rasa kebas dari pusat ke bawah...selepas tu doktor meletakkan penghalang di hadapan aku dan pembedahan pun bermula. Semasa pembedahan berjalan, pegawai perubatan yang ada tiba-tiba bertanya pada aku, " Are you nervous?" aku jawab..."Boleh tahanlah," mana taknya heartbeat dan blood preasure aku tak tentu arah...siapa tak takut oiii...hehehee...

Lebih kurang 1/2 jam kemudian aku terdengar suara baby menangis, terus aku tanya nurse yang ada "Is that my baby?" "How is he?" Macam tau-tau je baby boy...Lepas baby dimandikan, barulah nurse yang berkenaan menunjukkan pada aku serta menyuakan bibir baby pada payudaraku untuk merangsang pengeluaran susu. "Boleh tahan jugak anak awak ni, semangat...cuba tengok baby apa?"

Sementara itu, doktor yang berkenaan menjahit perut aku, aku lihat doktor yang menjahit tu mengeliat-liatkan kepalanya...yalah sudah tengah malam...dengarnya sebelum aku masuk tadi ada pembedahan lain yang dijalankan, tengok keadaan doktor yang sudah keletihan tu hendak sahaja aku jerit..."Baik-baik nanti tertinggal kapas dalam perut aku, aku sepak jugak nanti..." Tapi semuanya dalam hati sahaja..heheheee

Selepas itu aku dikuarantinkan seketika untuk melihat perkembangan kesihatan, kemudian barulah aku ditolak keluar masuk ke wad...Alhamdullillah, segalanya berjalan lancar. Dapat jugak bilik first class...Tepat pukul 1.44 pagi 1/8/2009 (Sabtu), Muhammad Iman'ul Yaqin akhirnya lahir juga ke dunia untuk menyerikan hidup kami sekeluarga...Berat Iman semasa dilahirkan adalah 3.6kg...berat tuh...tapi still tak dapat saingi anak Erra Fazira, kalau tak silap beratnya 4.1kg...lahir secara normal..hebat betul Erra...

Segala-galanya berlaku begitu pantas, kalau diberi skala 1 hingga 10, aku bagi 5 untuk bersalin secara Caeserean...the pain still can be tolerated...luka jahitan juga cepat sembuh, nurse yang datang memeriksa cakap jahitan cantik dan kemas...luka aku juga cepat sembuh sebab aku jenis tak cerewet makan ubat samada moden ataupun tradisional...buang air besar juga senang, sebab mengikut pengalaman orang yang bersalin normal, kadang-kadang sampai seminggu menahan buang air besar sebab takut luka terkoyak...betul ke? Dalam masa seminggu aku sudah boleh pakai seluar..cuma, bersalin secara C-Section ni kena banyak berjalan untuk menggelakkan darah beku...Kalau sekiranya aku diberi pilihan lagi untuk bersalin secara C-Section, aku redha dan terima dengan hati terbuka...ia tidaklah seteruk yang disangka...mungkin bergantung pada orang juga...tapi yang penting, ibu mertua yang menjagasepanjang aku berpantang pernah cakap "Menjaga orang bersalin operate lagi senang dari bersalin normal."

Betul ke? Terpulanglah pada judgement masing-masing...

Just born...

Iman terkenal sebagai baby yang paling kuat nangis dalam wad...

First time tengok Iman mcm tak percaya anak sendiri sebab mata sepet betul

Tembamnya!!!

 P/S: Janganlah kita merasa rendah diri dengan menganggap melahirkan anak secara C-Section adalah untuk orang-orang yang lemah dan lembik, kerana apa yang berlaku kita tidak tahu hikmahnya...Dengar kata , anak yang dilahirkan ikut tingkap ni tahan lasak & biasanya bijak...tak tahulah sejauh mana kebenarannya...yang penting cara didikan kita...betul tak?

16 comments:

wardah @ fie shah said...

betul awak. jgn rasa rendah diri kan,c-sect ke normal ke janji anak sihat. :)

Kakmim said...

hmm... betol.. org salu pandang pelik kalo dgr ceaser padahal sy rasa ok jer... tp lepas ceaser ni kn sy rs takut plak nk bersalin normal... sy kan planned ceaser so mmg bersedia lah... xde rasa pun bukaan tu semua... kena seluk pn 2x jer

Unknown said...

wardah: betul tu...janji baby sihat & happy tgk die membesar depan mata kita, mengikut acuan kita sendiri =)

Ibu Iman: Sy pun ada perasaan takut nak bersalin normal...tp kmungkinan besar sy mmg ceaser jgk lepas ni..semua tu kuasa Allah kan...
masa nak bsalin tu sy mmg rs mcmna sakitnya contraction & byk x kena seluk dgn doktor...dr pelbagai jenis kaum lg...huhuhuuu

Cik Lily Putih said...

ishk mesti mengerunkan ek, lagi2 kite yang blom penah bersalin nie. 2-3 kali baca entry nie...

Puan ApasH said...

Salam,

first time baca ur blog. Izzatul yang suggest. Pengalaman awak bersalin lebih kurang sama dgn saya. In labour lama sangat..ended up demam. Diberi paracetamol tapi terus muntah2. Last2 cesarean juga. Cuma saya ada complication skit. Rahim saya ada extended tear 3cm. Dan next pregnancy kena cesarean juga tak boleh normal.

senang2 jenguk le blog saya ye..

Unknown said...

CikLilyPutih: Alamak, sy menakutkan awak ke? Jgn risau, pengalaman setiap org berbeza...kt juz bdoa je semoga Allah permudahkan segalanya k...tq 4 visiting & be my follower :)

Puan ApasH: Terima kasih sb sudi singgah...byk2kan bersabar ye...nasib kita serupa...

Nora said...

takpa, cara mana pun bersalin, asalkan baby sihat... emaknya selamat ... saya follow awak ekk...

Unknown said...

Nora: Tula yg penting baby & mak baby chat...

LanaBusyBee said...

beshnya baby^^..bila ntah turn saya lak hukhukhuk...anyway gudluck tuk contest matjoe ek ^^...nnt kalau sy mengandung, sy mesti cari entry2 yg berkaitan dlm blog ni ^^

Unknown said...

LanaBusyBee:Insya'Allah..ade rezeki nnt tu...usaha lebih ckit k ;)
rajin2lah jenguk k...tqvvm

armouris said...

info tentang mati bersalin di SIHAT SELALU - Mati Bersalin Akibat Embolisme Paru-paru

Unknown said...

Bestnyer baca cerita kak mar ni hihi... Lama juga tu sakit. Org yg sakit kejap pun tak tahan hahaha.. Tp mungkin sbb ada 'pelincir' @ bius dr bpk dia wakakakaka... Org kata dh ujung2 kerap la bersama nti tak sakit sgt masa bersalin.. Entah la kuikuikui...Lawak aje kan

Anonymous said...

aduhai rasa sakit lak baca entrinie..btw salam kenal kak.nurul jupe blog akak kat comment chemot...so aii da pollow k.

kalau operate mesti lagi sakit dr kita yang normalniekan??tapi ada gak mintak nak bedah takmau bersalin normal sb takut..huhu

Unknown said...

Chemot: Da ujung2 larat ke? heheheee..bwk perut pun da xlarat....bahagian masing2 la tu...heheheee

Wan: thanks wan sb jd follower...kite dlu satu UiTM blok K..xigt x?

Puan Kutu said...

iman lahir ceaser rupanya.sama macam anty..

sy dulu operate gak..org kata klu operate nie degil sikit.haha

bab bijak tu sy setuju..tahan lasak tu bolehlah..hehe

Kasih Salina said...

salam kak..sedih saya baca catatan akak ni..saya pun lama dlm labour room. anak 1st 10 jam dan ank 2nd 12 jam..dua2 terpaksa ceaserean..sedih sgt masa tu..dah la masa tolok ke labour room tak sempat jumpa hubby..