Gracias!

Jan 9, 2011

Tasik Galilee

Hari Jumaat minggu lepas seperti biasa dekat ofis aku ada ceramah agama. Tajuk ceramah kali ni memang menarik -"Armagedon/Dajjal/Imam Mahdi/Peristiwa Akhir Zaman Menurut Al Quran dan Sains". Penceramah jemputan kali ni adalah YBhg. Ustaz Dr Jamnul Bin Azhar Murkan. Cara penyampaian ustaz ni memang best sebab kelakar & yang penting tak buat aku mengantuk...hehehee...

Tapi apa kaitan Tasik Galilee dengan tajuk ceramah yang aku hadiri ni...???

Sebenarnya Tasik Galilee ni terletak di Wilayah Israel. Tasik ini juga dikenali sebagai Tasik Tiberia (Ta Ba Ra Ya). Menurut ustaz, sekiranya paras air di tasik ini mengering maka Dajjal @ Al Masih akan muncul. Paras air di tasik ini semakin merosot berikutan kerakusan bangsa Yahudi mengepam & menyalirkan sumber air dari tasik ini ke wilayah-wilayah Israel yang lain. Menurut ustaz lagi, sekarang paras air tersebut hanya tinggal sebanyak 20% sahaja lagi (kalau tidak silap pendengaran aku lah). Maknanya sekiranya paras air tasik ini terus menerus mengering maka, dalam 7 ke 10 tahun lagi Dajjal @ Al Masih akan muncul.



Cerita tentang Tasik Galilee @ Tiberia ini bukanlah mitos atau cerita dongeng tetapi disokong oleh Hadis Sahih Muslim. Cerita tentang pengeringan Tasik Tiberia ini juga ada disebut di dalam hadis tentang Yakjuj & Makjuj iaitu selepas kemunculan Imam Al Mahdi & Nabi Isa A.S. Maksudnya semakin hampirlah hari kiamat.

Jadi, apakah persediaan kita?

1. Solat malam @ Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap malam.

2. Banyakkan membaca Al-Quran.

3. Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi atau 10 ayat terakhir atau membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi

“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR Imam Ahmad)

4. Baca doa selepas Tahiyyat Akhir seperti berikut:- kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis2 kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya Dajjal.

Sebab itu dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bila seseorang selesai membaca Tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal’. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]” [Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (27)]

5. Simpan Emas banyak-banyak, kerana sistem duit kertas tidak akan bernilai dan sistem kapitalis akan hancur tidak lama lagi...

Sabda Rasullah S.A.W- "Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham"

P/S: Untuk pengetahuan you all, kali ni dah masuk kali ke-3 aku post entry ni tapi tak berjaya tak tahu kenapa...Alhamdullillah, berjaya juga akhirnya...

No comments: