Gracias!

Jan 26, 2011

Oh Jiranku...

Hari ni aku nak bercerita tentang jiran...dalam Islam kita disuruh agar berbaik-baik sesama jiran...Semua orang pun tahu apa makna jiran & siapakah jiran mereka...so, tak perlulah aku nak terangkan dekat sini...Kalau kita dapat jiran yang baik, hati pun senang & tenang tetapi kalau jiran yang 'kureeng' baiknya hati sesiapa pun akan sakit...betul tak?

Jiran yang Baik Termasuk Dalam Kebahagiaan
Dari Sa’d bin Abi Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada empat perkara yang termasuk (dalam) kebahagiaan :
(a). Isteri yang solehah,
(b). Tempat tinggal yang luas,
(c). Jiran yang baik; dan
(d). Kenderaan yang nyaman.

Dan empat perkara yang termasuk kesengsaraan :
(a). Jiran yang buruk,
(b). Isteri yang buruk (agama dan akhlaknya),
(c). Tempat tinggal yang sempit; dan
(d). Kenderaan yang buruk.” [Sahih, Ibnu Hibban dan Al-Khatib]

Aku bukanlah seorang yang sangat peramah tetapi bukan bererti aku seorang yang sombong..cuma kadang-kadang aku kurang suka berbual-bual kosong sebab banyak lagi kerja yang harus aku lakukan...Aku dan Mr Hubby memang biasa pulang lewat ke rumah, kerana masing-masing bekerja jauh...kalau pergi kerja pagi nampak bulan, balik ke rumah pun kadang-kadang nampak bulan...tapi bukan itu masalah pada kami...

Tiga tahun dulu Mr Hubby telah membeli sebuah rumah, tempat kami tinggal sekarang...rumah low cost yang dibeli semasa bujang kerana itu sahaja yang mampu waktu itu... Rumah ini dibeli untuk menggelakkan kami duduk menyewa dan terasa rugi kalau bayar tiap-tiap bulan tapi at the end tak menjadi milik sendiri...tambahan pula kami kan baru berkahwin, aku pula baru habis penggajian dan baru mula bekerja so, kedudukan kewangan belum lagi stabil...lagipun rumah ni nanti boleh dijadikan sebagai investment untuk jangka panjang..rancangnya begitulah...

Masalah timbul apabila tinggal dalam komuniti begini kerana mentaliti dan sikap mereka yang berlainan sikit...walaupun minoriti sahaja yang sebegini tetapi amat memberi kesan kepada kami sekeluarga...eh...jangan salah faham aku & Mr Hubby bukan memandang rendah mereka ini...semuanya ok just segelintir sahaja yang agak annoying sikit...

Part 1

Aku bukan bermaksud nak memperkecilkan mereka ini tetapi kalau aku tanya korang, sanggup tak bila balik sahaja ke rumah nampak banyak batu-batu berterabur depan rumah...nasib baik cermin rumah tak pecah tetapi yang malangnya, cermin kereta Mr Hubby pulak yang pecah...Mula-mula kami ingat mungkin disebabkan cuaca panas, sebab masa tu kereta tu diletakkan di luar kawasan rumah...kami pun tak mahu tuduh sesiapa sebab tidak ada bukti...Tapi bila kami bercuti satu hari tu, baru kami tahu yang budak-budak (anak-anak jiran) suka main depan rumah & baling batu ke arah kucing yang ada dalam compound rumah kami, kucing ni suka datang dan tidur dekat rumah kami sebab Mr Hubby rajin bagi makan...So budak-budak ni agaknya geram jadi, dibalingnya kucing tu supaya keluar dan dapat ditangkap...Mr Hubby yang berang sergahlah geng bebudak ni...budak-budak ni umur dalam lingkungan 3 hingga 12 tahun...kecil lagi kan? Kecil-kecil cili padi...ok, ini baru part 1...

Part 2

Rumah kami ni berhadapan dengan bukit yang banyak ditumbuhi lalang, walaupun taklah tinggi sangat tapi kalau dipanjat..'hongeh' jugak lah...bak kata orang N. Sembilan..nak dijadikan cerita, bukit ni pernah terbakar & merebak hampir 70% dari keseluruhan kawasan...time tu pula musim panas dan berangin, apalagi kenalah telefon bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut...nasib baik api yang marak tak menyambar kabel elektrik yang berdekatan kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi...setakat yang aku tahu dah 3 kali kejadian ni terjadi...Aku pun tertanya-tanya juga, siapalah yang punya angkara membakar sampah tengahari buta sampai terbakar macam ni...So, aku pun membusybodykan diri bertanya kat budak-budak yang ada kat situ, nak tanya kat mak bapak budak kot tersalah tanya orang marah pulak nanti...Nak tau apa salah seorang budak tu cakap? "Ni cik budak yang tak ade otak ni, main api bakar lalang tu!" Budak yang dimaksudkan tu terus lari dengan ditangannya memegang lighter...aku kenal sangat budak tu...mak & bapak die pun aku kenal...So, aku buat-buatlah tanya bapak die yang kebetulan ada dekat situ...die boleh jawab, "Entahlah, bebudak ni main-main dekat sini tadi." Aku tahu & yakin dia tahu siapa punya kerja sebenarnya...Susahlah macam ni..Korang fikirkanlah sendiri...

Part 3

Setiap hari kawan Mr Hubby yang menumpang kereta untuk bersama-sama ke tempat kerja akan meletakkan kereta di luar rumah kami...Mr Hubby dah bagi peringatan untuk meletakkan kereta dalam kawasan rumah tapi dia degil...petang tu tengok lampu signal dah tercabut...kami dah beri amaran, kawasan rumah kami ni tak macam kawasan lain...kesian kat dia...

Part 4

Kalau korang nak tengok bebudak main tengah-tengah malam sampai pukul 11 malam, bolehlah datang ke rumah aku...bukan budak bujang atau remaja ye...kanak-kanak lagi..tahukan berapa umur untuk dipanggil kanak-kanak?

Part 5

Yang paling aku bengang, bila kita penat-penat balik kerja tengok-tengok bunga atau daun-daun pokok yang kita tanam tercabut, patah-patah, hilang entah kemana...siapa punya kerja ye??

Part 6

Tu cerita tentang budak-budak yang belum mumaiyiz anak-anak jiran aku, macamana pula dengan mak dan bapak dorang ni...

Majoriti penghuni di kawasan rumah aku tu surirumah sepenuh masa...jadi aku antara wanita yang berkerjaya lah di situ...seperti yang aku pernah cakap, kalau pergi kerja pagi nampak bulan, balik ke rumah pun kadang-kadang nampak bulan...dah balik rumah mestilah penat so, sometime bila dah penat sangat aku tak larat nak masak...bila sampai awal ke rumah baru aku masak...pernah satu hari jiran sebelah rumah aku cakap dengan aku macam ni, "Semalam masak ye? Dengar macam masak semalam." Oooo ok, so, selama ni kau akan kiralah aku masak ke tak setiap hari...

Pernahlah seorang jiran aku ni bercakap " Penatkan bekerja, balik nak kena buat kerja rumah lagi..sebab tu akak tak nak kerja." Cakap seolah-olah menyindir ke apa sebab aku kelam kabut balik nak siapkan makan malam & etc...nak je aku jawab balik, "Kak, penat mak & abah saya berhabis duit  hantar belajar tinggi-tinggi lepas tu takkan nak duduk je ceruk dapur."

Lepas tu nanti hujung bulan bagi sms nak pinjam duit nak bayar duit kereta...Sorrylah kak, kalau takde duit nak bayar duit kereta baik akak pergi cari kerja...dah tau suami gaji cukup-cukup makan je usahalah sesuatu...Aku bukan tak nak tolong, padahal kenal tak sampai 2 tahun nak pinjam-pinjam duit...kalau takde duit sampai anak-anak tak makan tu lain cerita...ni wajib aku tolong...manusia-manusia...sungguh aku tak faham...

Pernahlah Mr Hubby bagi hint-hint pada bapak budak-budak yang ada tentang kenakalan anak-anak mereka, nak tahu apa yang dorang cakap..."Bila anak kau dah besar nanti kau tahulah." Mr Hubby very very frustrated dengan jawapan yang diberikan oleh bapak budak-budak ni...dahlah tak pernah  nak tegur anak-anak...siap cakap macam tu lagi...Geram tak?? Aku berdoa sesangat pada Allah semoga anak-anak aku nanti tak jadi macam tu...

Sekarang ni pun aku memang tak bagi sangat anak aku main dan bercampur dengan anak-anak jiran aku ni, aku takut nanti dia terpengaruh..tapi sampai bila nak halang dia daripada berkawankan? Kecian pulak dia nanti takde kawan...serba salah dibuatnya...

Walaupun macam tu, ramai jugak antara jiran-jiran aku ni yang baik hati...sikap busybody tu biasalah semua tempat pun ada...lagipun ada pro & con orang yang busybody ni...diorang ni good informer...benda-benda yang baik dan tak baik cepat sampai pada kita...

Kalau bab-bab kenduri dan keramaian memang tak jadi masalah sebab kat kawasan rumah aku ramai tukang masak...dan diorang ni suka menolong...kalau kenduri pun dorang akan datang memeriahkan suasana.

Mungkin entry ni tak disenangi oleh sesetengah orang...seolah-olah macam memburukkan jiran pulak..tapi itulah hakikatnya bila hidup berjiran...Aku kena terima begitu jugak kau orang...Perlu ke kita berpindah atau bersabar & just go with the flow?


Sebaik-baik Jiran
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]




Jan 24, 2011

Jom Baca Ini Puisi...

PUISI UNTUK ISTERIKU
Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran daripadaku..
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa,
Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain..

BALASAN PUISI SANG ISTERI BUAT SUAMI
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku relakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan,
kerana mereka juga sepertiku perlukan cahayamu dan..
akupun tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu..

AKAN TETAPIIIII...
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti..
Cuba lihat siapa dirimu..

MATAHARI atau LILIN?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!

Oh, 'please' lah abang...!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

(Sumber: Email )

P/S: Saja nak share...Harap-harap suami kita bukan macam ni...Sorry ye Mr Nadzri...Luv You la...Just For Fun..Esok kita main bowling eh??

Jan 18, 2011

Kenapa emas?

Kita sambung balik cerita tentang seminar emas yang aku pergi haritu...masa blogwalking tadi aku sempatlah jenguk-jenguk blog Jutawanpelabur.com ni...adalah gambar semasa seminar tu berlangsung...janjilah asal ada gambar udah le kan...hehehee...


Cuba teka yang mana satu aku??
Yang dekat depan sebelah kanan tulah Encik Syukor Hashim, sebelah dia admin Pelaburjutawan.com, manakala yang besar pakai baju hijau tu adalah Encik Pokli....admin Pokli.com....masa ni dorang tengah bagi testimonial tentang perniagaan emas Public Gold...

Kenapa kita mesti melabur dengan emas?

Masa aku muda remaja dulu (sekarang pun muda cuma dah tak remaja je lagi..hehehee), aku memang tak suka pakai emas sebab bagi aku emas tu untuk orang tua-tua je...yelah macam makcik-makcik dekat kampung tu...main kutu beli emas...biasalah kan...aku tak pernah tahu tentang kelebihan menyimpan apalagi melabur dengan emas ni...sekarang baru nak menyesal...huhuhuuu...Tapi aku rasa belum terlambat lagi kerana walaupun harganya semakin meningkat dan ia akan terus meningkat dari semasa ke semasa...

Emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang...dan bukan untuk jangkamasa pendek...untuk jangkamasa pendek bukanlah pelaburan emas namanya tetapi dipanggil perniagaan emas...

Apa sebenarnya yang menarik tentang emas ni?

1. Emas adalah khazanah tuhan untuk selama-lamanya.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW bersabda: " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham." Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

2. Tidak boleh dimusnahkan.

Walaupun emas tersebut dipotong, dikikis dan sebagainya ia tetap bernilai & nilainya terpelihara...tidak seperti wang fiat.

3. Emas tidak boleh dicipta & sukar diperolehi.

4. Price to weight ratio yang tinggi (walaupun kecil ia mewakili nilai yang besar).

5. Penyimpan nilai bagi jangka masa yang panjang.

Sebagai contoh: Zaman Rasullullah SAW 1400 tahun yang lalu, seekor kambing bersamaan 1 dinar emas. Tahun 2011 seekor kambing juga dibeli dengan harga 1 dinar emas. Sedinar sekarang lebih kurang RM 600++ = 4.25g. Ini bermakna inflasi untuk emas adalah 0%.

Ini bertentangan dengan wang fiat yang semakin menurun nilainya kerana inflasi.

6. Emas merupakan magnet kekayaan serta membantu mengelakkan kebocoran kewangan.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)". Ali 'Imran(3) Ayat 14

 
7. Kenaikan harga emas adalah sekitar 25% sehingga 30% setahun.

Maknanya kalau kita simpan atau melabur emas ni kita boleh untung 25% sehingga 30% setahun...cuba kita bayangkan pelaburan apa yang boleh beri kita pulangan selumayan ini...Rasanya ASB pun kalah...Ssshhhh....

So, lepas mengambil kira semua faktor-faktor yang disebutkan di atas aku memang berazam untuk memulakan pelaburan emas ini...Jom kita sama-sama melabur Ema$!!!


P/S: Aku bukan dealer atau ejen mana-mana pelaburan, tapi mana tahu ada rezeki lebih teringin juga nak jadi ejen Public Gold...berhati-hati dengan skim-skim pelaburan yang ada diluar sana kerana dah banyak yang kena rush dengan BNM...aku belajar dan buat sendiri je...Insya'Allah...


GA just for fun 2




Interested to join just click on the side bar...

Just follow the simple rules below:

1. Follow Kelly's Life ( http://mrskellywalther6969.blogspot.com/ ) &
Pink Shopaholic World ( http://pinkshopaholicworld.blogspot.com/ ) -It's a must ok...
 
2. Open to followers within Malaysia only (delivery purpose)
 
3. Write entry about this GA in your blog & link too
 
4. Leave your comment in the entry

 
P/S: If possible I want the english roses tea set for adding my collection..heheheee

Jan 17, 2011

Ayam Masak Halia...

Semalam, aku & Mr Hubby berpuasa...biasalah Mr Hubby berpuasa sunat hari Isnin, aku pulak puasa ganti...hahaha...So, apalagi, balik je rumah dah pukul 6.30 petang, ada kurang sejam lagi untuk menyediakan juadah berbuka...huhuhu...dengan kelam-kabut lepas Solat Asar terus menuju dapur untuk masak apa sahaja yang sempat...

Sejak akhir-akhir ni Mr Hubby tak berapa berselera nak makan so, untuk bagi  dia berselera sikit aku pun terfikir untuk masak Ayam Masak Halia...Halia kan boleh menambah selera makan...bukan itu sahaja, ia juga boleh membuang angin dalam badan..betul tak?

Resepi ni emak aku yang turunkan...tapi aku dah ubah sikit mengikut citarasa sendiri..hehehee..

Bahan-bahannya:

200g daging ayam yang telah dipotong kecil-kecil
2 inci halia
2 ulas bawang putih
Sebiji kentang (dihiris nipis-nipis)
Sedikit lada hitam (ditumbuk @ dikisar)
Serbuk Pati Ayam (aku guna jenama Knorr)
Perahan lemon-ikut citarasa (kalau tiada boleh ganti dengan asam keping @ gelugor)
Minyak untuk memasak
Garam secukup rasa


Cara memasak:

Tumbuk halia bersama-sama dengan bawang putih sehingga betul-betul lumat. Kisar pun boleh juga tetapi akan menghilangkan rasa tradisionalnya pula nanti...

Mula-mula, panaskan minyak dan tumis halia bersama-sama bawang putih yang telah ditumbuk tadi sehingga kekuningan dan naik bau...kemudian masukkan lada hitam seterusnya ayam dan kentang...masak sehingga ayam dan kentang betul-betul empuk...tambah sedikit air kalau nak berkuah sedikit...akhir sekali masukkan perahan lemon, serbuk pati knorr dan garam secukup rasa...



Dah siap!!! Hidang dengan nasi panas-panas...Fuhh berpeluh makan...Bolehlah cuba nanti...


Emas O Emas

Untuk pengetahuan semua sekarang ni aku sedang berjinak-jinak dalam dunia emas...Wah, macam Mami Jarum pulak rasanya...Tak kisahlahkan, yang penting ianya satu pelaburan jangkamasa panjang yang menguntungkan, sah di sisi undang-undang dan yang paling penting ianya HALAL...

Semalam, aku telah pergi ke Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold di Hotel Seri Malaysia, Seremban, di bawah kelolaan En Syukor Hashim...yang best tu seminar ni diadakan secara percuma...Aku tahu tentang seminar ni melalui laman web Jutawanemas.com (Kalau rajin bolehlah jenguk-jenguk). Banyak ilmu baru yang sebelum ini tidak aku ketahui, aku perolehi sepanjang seminar itu dijalankan...Yelah nak melabur sesuatu kenalah ada ilmu...kalau tak pelaburan entah kemana, duit pun pergi entah kemana...

Sayangnya aku tak ambil gambar pulak masa pergi tu, time balik tu aku rushing sebab yelah aku nikan bini orang lagipun tak manis balik rumah lewat sangat...Aku bukan pergi berseorangan tetapi ditemani oleh Cik Nino...Cik Nino ni officemate aku yang sama-sama berminat dengan pelaburan emas ini...Dan sudah pun mendahului aku...heheheheee

Nanti bila ada masa aku akan kongsikan beberapa info yang sangat berguna yang aku perolehi sepanjang seminar tersebut...tunggu k...

Jan 13, 2011

"Giveaway ~ Saya Nak Kain Tu!!!"

http://syedacollection.blogspot.com/2010/12/giveaway-saya-nak-kain-tu.html
Tak salahkan kalau nak join contest lagi...heheheee...

Kalau nak join, just click pada link di atas...atau pun di sidebar sebelah kiri kanan anda...

Rasanya dah lama tak buat baju baru...selalu beli yang ready made je...mana tau menang contest ni nanti boleh buat baju baru...

Thanks pada penganjur iaitu Syeda Collection sebab bagi saya peluang joint the contest...



Jan 12, 2011

'Alycia 1st Giveaway'



Nak Join contest ni pulak...ngeh..ngeh..ngeh...

Cara nak join senang jerk...Just follow the rules: -

1. Buat satu entry bertajuk 'Alycia 1st Giveaway'... DONE

2. Tepek banner seperti di atas di entry dan sidebar...
DONE

3. Jadi Follower blog Alycia dan Alycia With Contest dan Giveaway ... DONE


4. Submit link entry korang pada entry ini ... DONE


YANG BEST TU HADIAHNYA UNIQUE SANGAT...



... 4 book charms yang comey yang ditempah khas dari Your Book Charms ...

... macam ni lah rupanya kalau dah letak kat buku... jadi sebagai penanda buku ....

Sangat sesuai sekali sebab selaras dengan azam baru tahun 2011 ni, nak baca lebih banyak buku than 2010...heheheeee...

Hopefully boleh menang!!!

Nak join just click k...


Contest: Azam Tahun 2011

Dalam entry yang lepas, aku dah listkan semua azam aku untuk tahun ni...tapi dalam bahasa Inggerislah...aku pun tak tahu kenapa tetiba tulis dalam bahasa London pulak..mungkin disebabkan Tahun Baru 2011 Masihi kot...hehehehee...

Nak kata azam pun boleh jugak tapi sebenarnya lebih kepada peringatan bagi diri aku yang sering kali tak berapa nak ingat ni, supaya menjadi better person lah kononnya...xoxo

Ok, berbalik pada entry kali ni aku rasa teruja nak join contest yang dikelolakan oleh MatJoe ni...maklumlah first time, lagipun akukan masih baru lagi dalam blogsphere ni. Harap-harap boleh menang...kih kih kih...Nak Jugak! Nak jugak! Oppss..terlebih sudah...


Sebenarnya, aku dah lama jadi silent reader blog MatJoe ni...sebab informasi yang ada boleh jugak aku gunakan sebagai panduan dalam menguruskan hal-hal kewangan ni...ooii ooiii ni bukan bodeklah..ini betul-betul okay  ;)

Ok berbalik pada azam aku untuk tahun 2011 ni...
Oleh sebab nak join contest punya pasal, terpaksalah aku bertungkus-lumus membongkar, chewah membongkar rahsia disebalik azamku untuk tahun ini...bukan selalu boleh dapat ni...

1. Make more time to prayer, Allah heals everything, Thank ALLAH when awake alive in the morning - Tiga-tiga azam ni bolehlah disatukan, sebab tahun ni aku nak lebih mendekatkan diri pada Allah yang Maha Pengasih & Penyayang yang telah menjadikan kita seindah-indah kejadianNya...Nak tampal mana-mana ibadah yang tak sempurna, nak banyakkan baca Quran balik, kalau boleh nak belajar tajwid semula, taknak ponteng solat...ini yang penting, nak banyakkan sedekah & buat benda-benda yang baik...doakan k...

2. Do the right thing!- Aku ni kadang-kadang tak fikir panjang bila buat sesuatu tu, so aku kenalah selalu ingatkan diri sendiri agar berfikir dulu sebelum sebarang tindakan dibuat dan kesannya ke atas diri aku, terutama sekali perkara yang berkaitan dengan keluarga....

3. Take a 10-30 minutes walk everyday. And smile while walking- Lebih bagi keluar peluh sikit sebab aku ni kerja kat pejabat asyik duduk ngadap komputer je so, kenalah bagi exercise sikit badan tu...Apa??

Yelah yelah...aku nak kuruskan sikit badan ok!!!

4. Sit in silence for at least 10 minutes each day- Duduk diam-diam kira duit yang makin menyusut sebab bershopping sakan muhasabah diri ok... :)

5. Sleep for 7 hours- Ni aku rasa susah sikit nak capai sebab ada anak kecik dan tiap pagi hari kena bangun awal sebab kerja kat KL (aku tinggal kat Seremban)...tapi rasanya Iman dah makin membesar, bolehlah tidur aman sikit...Tidur penting tau sebab nanti banyak mc sebab tak sihat tak cukup tidur...huhuhuuu...

6. Live with 3 E's- Energy, Enthusiasm and Empathy- Hopefully tahun ni boleh naik pangkat & interview haritu berjayalah hendaknya...bila dah jadi bos kenalah amalkan 3'S ni...eh sekarang ni pun dah amalkan what..hehehee

7. Play more games- Hujung tahun lepas dah start join team netball, so harap-harap tahun ni lebih banyaklah game yang diorang panggil aku untuk join...harap-harap Mr Hubby izinkan...bagi cergas sikit...barulah nampak awet muda...xoxo

8. Read more book than 2010 - Biasalah tahun ni kena banyakkan membaca lagi...kalau tak, mahu berkarat otak ni...

9. Spend time with people over the age 70 & under the age 6 - Barulah jadi masyarakat yang penyayang...

10. Dream more while awake - ini bukan berangan k...ini dipanggil Imaginasi Cemerlang...hehehe...

11. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants - Jaga kesihatan lebih sikit sebab umur pun bukan muda lagi, dah nak masuk 30 sen...huhuhuuuu....

12. Drink plenty of water - Tak tahu ke? Air boleh bakar kalori, menegangkan kulit, membuang toksin & bla bla bla...

13. Try to make at least 3 people smile each day - Iman, Babah (Mr Hubby) & siapa-siapa yang 'terkena'...oklah kan?

14. Don't waste precious energy on gossip - Ni macam susah sikit sebenarnya...I dan gossip memang tak dapat dipisahkan, kena kuatkan hati ni ...chaiyo!! chaiyo!!

15. Forget issues of the past - Ini pun salah satu azam yang mencabar untuk tahun ni...aku ni jenis mudah memaafkan tetapi sukar melupakan...isk..isk..isk...

16. Smile and laugh more- orang selalu cakap aku ni seorang yang serious, kalau tak kenal mesti kata aku sombong...so, azam tahun ni kenalah maniskan wajahku dengan senyuman pada semua orang...senyum tukan sedekah  :)

17. Make peace with your past so it won't spoil the present - (Sama macam no 15 tu)

18. Forgive everyone for everything - (Sama macam no 15 jugak)...kena kuatkan hati & semangat ni...

19. However bad or good a situation is, it will change - Redha, Redha & Redha...

20. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful - Lebih kurang macam 5'S jugaklah...heheheee

21. Call family often - Selalu2 hubungi mak & mak mertua, abang2, kakak2 eh tinggal sorang je lagi...kakak ipar, abang ipar (ni ada yang nak kena sepuk dengan kakak pulak kang..hehehee)...pendek cerita, eratkan silaturahim sesama keluarga...Insya'Allah...kena selalu buat gathering & masak best-best lah lepas ni...

22. Each day give something good to others - macam tulis blog ni..at least sedikit ilmu boleh dikongsi bersama, kan dapat pahala tu...

23. Don't over do. Keep the limits - Bersederhana dalam semua perkara...perbelanjaan, perhubungan & apa-apalah...
Fuhhh...banyak betul rupanya azam aku untuk tahun ni...harap-harap dengan pembongkaran rahsia disebalik azam aku tahun ni, bolehlah menang ye Encik MatJoe..heheheeee...
 ‘Contest ini dianjurkan oleh MatJoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)'



P/S: Harap-harap bila dah join contest ni bertambah-tambahlah kenalan aku lepas ni...peace...


Jan 10, 2011

Pengalaman Ceasar

Terima kasih Mama Iman sebab sudi memberikan komen dalam entry yang lepas, maklumlah saya masih baru dalam blogsphere ni... Seperti yang dijanjikan, di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya melahirkan satu-satunya anak kami (buat masa ini) secara Ceasarean (C-Section).

Semua orang mesti tahu apakah itu Ceasarean atau C-section. Ringkasnya, Ceasarean ini adalah cara melahirkan bayi melalui pembedahan samada secara pilihan atau pun kerana terpaksa demi menyelamatkan si ibu atau bayi yang berada dalam kandungan.

Seperti ibu-ibu yang lain setiap hari sepanjang mengandungkan anak kami yang sulung aku akan berdoa kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan segala-galanya...tetapi Allah Maha Mengetahui yang mana yang terbaik buat hambaNya. Sepanjang mengandung aku mengalami alahan yang agak teruk...Sehingga bulan ke sembilan pun aku masih mengalami morning sickness. Muntah kuning tak payah cakaplah, setiap pagi mesti tak miss...Kalau ingat balik mesti serik nak pregnant lagi...Tapi semua tu hilang bila menatap muka si jantung hati yang sekarang ni dah berusia 1 tahun lebih...Muhammad Iman'ul Yaqin bin Muhamad Nadzri.

Masa usia kandunganku menjangkau 7 bulan, kami suami isteri telah membuat persediaan dengan meletakkan baju baby dan kelengkapan lain di dalam kereta. Oleh sebab aku berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk ke tempat kerja, jadi aku dah mintak siap-siap mc dari doktor. Lagipun memang dugaan dari Allah S.W.T, saat-saat aku hendak melahirkan emakku pula tidak sihat. Jadi, sebagai anak yang memang rapat dengannya aku pula yang terpaksa menjaga beliau.

Pada 30/7/2009...sebelum tidur malam tu aku terasa sakit pada bahagian perut, seperti ingin membuang air besar...hampir 5-6 kali aku berulang alik ke toilet...oleh kerana ini pengalaman pertama, aku masih tak tahu  bagaimana  rasa sakit hendak bersalin... suami mengajak aku ke hospital tapi aku menolak sebab aku konfius...malam tu aku tidak boleh tidur dengan nyenyak...sakitnya semakin kerap dan membuatkan aku gelisah...lebih kurang pukul 5 pagi (31/7/2009) aku mengejutkan suami kerana tak tertanggung lagi rasanya...dia menelefon kakaknya, dan kakaknya menyuruh kami ke hospital dengan segera.

Semasa di bilik air, baru aku perasan ada darah keluar bersama dengan lendir. Aku memberitahu suami, apalagi kalutlah dia. Selepas mandi lebih kurang, suami aku terus menghantar aku ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Semasa di sana aku telah diseluk dan diperiksa oleh pegawai perubatan yang ada. Masa tu bukaan baru lagi 1cm...Pada mulanya aku disuruh pulang ke rumah dahulu, tetapi selepas ujian CTG dilakukan aku harus tinggal di wad kerana heartbeat baby tak cantik...Doktor menyuruh aku mengejutkan baby supaya dia bangun sebab waktu tu subuh lagi, kemungkinan dia tidur dan kurang aktif ... Walaupun bukaan baru 1cm tapi aku rasa sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu... sakitnya datang sekali sekala dan makin kerap. Menurut doktor, bidan @ whoever yang memeriksa aku, firstborn child memang lambat sikit bukaannya, kerana tiada jalan atau laluan lagi.

Lebih kurang pukul 12 tengahari suami datang membawa lauk & makanan tapi aku tak berselera langsung hendak makan kerana sakit. Oleh kerana aku memilih untuk bersalin di hospital kerajaan (GH), aku sepatutnya layak untuk mendapat kelas pertama, namun pada waktu itu wad kelas pertama penuh. Jadi terpaksalah aku diletakkan ke wad kelas tiga untuk sementara waktu. Suami aku mengesa pihak hospital agar meletakkan aku ke kelas pertama. Pada waktu itu tiada apa yang aku fikirkan selain menahan kesakitan.

Selama aku berada di wad tersebut, aku asyik diseluk sahaja. Tiba-tiba aku terasa air panas keluar dicelah kelangkangku bersama-sama darah. Ada yang memanggil nurse kerana kemungkinan air ketuban aku sudah pecah. Selepas itu mereka memeriksa lagi bukaan, tetapi masih di antara 2-3 cm, kejap-kejap 1 cm semula...aku pun tak faham dan tak nak faham...lebih kurang pukul 3 petang aku ditolak masuk ke dalam labour room, aku terus memberitahu suami. Suami aku yang baru selesai solat Jumaat terus bergegas ke hospital untuk menemani aku. Sepanjang di labour room, aku asyik diseluk sementara dimasukkan air untuk memberi gesa agar bukaan menjadi cepat...Namun, bukaan hanya 1-3 cm sahaja...sementara CTG baby tidak menunjukkan sesuatu yang baik...kadang-kadang aku menjadi stress juga sebab sudah hampir 9 jam berada dalam labour, seorang demi seorang keluar dan masuk untuk bersalin, tapi aku tak juga bersalin-salin...suami aku setia menemani di sisi, tapi kadang-kadang rasa nak sepuk pun ada jugak, orang dahlah tengah sakit dia sibuk paksa aku berzikir...memanglah aku berzikir, tapi biarlah dalam hati sebab tekak aku dah kering sebab tak makan dan minum sepanjang hari...dalam labour room memang tak dibenarkan minum apatah lagi makan. Memang peraturan dalam labour room macam tu, sebab kalau emergency kena lakukan pembedahan segera tidaklah memudaratkan.

Sepanjang 9 jam aku dalam labour room tu, aku terus demam...one of the reasons aku demam mungkin disebabkan aku dehydrated dan terlampau letih...pegawai perubatan yang ada hanya memberikan aku paracetamol...masa tu dapatlah aku minum air walaupun sedikit...huhuhuu...sedih betul...

Secara totalnya aku bertarung selama 23 jam menahan kesakitan. Lebih kurang pukul 10 malam, doktor yang ada mengesyorkan agar pembedahan dilakukan kerana keadaan diri aku yang semakin lemah dan baby pun dalam keadaan stress. Tambahan pula, air ketuban dah semakin mengering...Selepas berbincang dengan Mr Hubby, akhirnya kami mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Bagi aku, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T...Walaupun melahirkan anak secara pembedahan dianggap sesuatu yang bertentang dengan fitrah semulajadi manusia tetapi cara ini adalah antara yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa ibu & bayi...Biarlah apa sahaja orang kata kerana Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Selepas menandatangani borang kebenaran dan sebagainya, lebih kurang pukul 1 pagi aku ditolak masuk ke dalam labour room. Sebelum tu aku sempat meminta ampun dan maaf kepada suami sebagai persediaan...manalah tahu umur tidak panjang. Aku lihat suamiku kelihatan sedih, aku pun tak pasti dia bersedih sebab apa...samada takut kehilangan aku atau sedih kerana tidak dapat melihat aku bersalin secara normal, yang penting aku tahu dia memang sayangkan aku...(kena up sikit...sebab dia selalu baca blog aku ni hehehee)...Sesungguhnya aku redha sekiranya aku mati disaat melahirkan...bukankah mati bersalin tu syahid kecil?

Apapun, semasa di dalam Operation Theatre (OT) hati aku sangat berdebar-debar...perasaan takut, cemas, sedih, gembira dan sebagainya bercampur-baur...Dalam OT memang sangat sejuk seperti dalam freezer...aku mengigil kerana tak tahan sejuk...aku beritahu pegawai perubatan yang ada untuk tidak melihat sepanjang pembedahan tu dijalankan...rasa ngeri pulak nak tengok perut sendiri kena toreh...padahal sebelum ni aku memang suka & selalu tengok dalam Youtube @ Discovery Channel tentang orang bersalin. Semasa aku disuntik bius (spiral anaethesia) aku tidak merasa apa-apa walaupun pelbagai cerita yang aku dengar. Aku hanya memeluk bantal dengan sekuat-kuatnya, tup tup aku rasa kebas dari pusat ke bawah...selepas tu doktor meletakkan penghalang di hadapan aku dan pembedahan pun bermula. Semasa pembedahan berjalan, pegawai perubatan yang ada tiba-tiba bertanya pada aku, " Are you nervous?" aku jawab..."Boleh tahanlah," mana taknya heartbeat dan blood preasure aku tak tentu arah...siapa tak takut oiii...hehehee...

Lebih kurang 1/2 jam kemudian aku terdengar suara baby menangis, terus aku tanya nurse yang ada "Is that my baby?" "How is he?" Macam tau-tau je baby boy...Lepas baby dimandikan, barulah nurse yang berkenaan menunjukkan pada aku serta menyuakan bibir baby pada payudaraku untuk merangsang pengeluaran susu. "Boleh tahan jugak anak awak ni, semangat...cuba tengok baby apa?"

Sementara itu, doktor yang berkenaan menjahit perut aku, aku lihat doktor yang menjahit tu mengeliat-liatkan kepalanya...yalah sudah tengah malam...dengarnya sebelum aku masuk tadi ada pembedahan lain yang dijalankan, tengok keadaan doktor yang sudah keletihan tu hendak sahaja aku jerit..."Baik-baik nanti tertinggal kapas dalam perut aku, aku sepak jugak nanti..." Tapi semuanya dalam hati sahaja..heheheee

Selepas itu aku dikuarantinkan seketika untuk melihat perkembangan kesihatan, kemudian barulah aku ditolak keluar masuk ke wad...Alhamdullillah, segalanya berjalan lancar. Dapat jugak bilik first class...Tepat pukul 1.44 pagi 1/8/2009 (Sabtu), Muhammad Iman'ul Yaqin akhirnya lahir juga ke dunia untuk menyerikan hidup kami sekeluarga...Berat Iman semasa dilahirkan adalah 3.6kg...berat tuh...tapi still tak dapat saingi anak Erra Fazira, kalau tak silap beratnya 4.1kg...lahir secara normal..hebat betul Erra...

Segala-galanya berlaku begitu pantas, kalau diberi skala 1 hingga 10, aku bagi 5 untuk bersalin secara Caeserean...the pain still can be tolerated...luka jahitan juga cepat sembuh, nurse yang datang memeriksa cakap jahitan cantik dan kemas...luka aku juga cepat sembuh sebab aku jenis tak cerewet makan ubat samada moden ataupun tradisional...buang air besar juga senang, sebab mengikut pengalaman orang yang bersalin normal, kadang-kadang sampai seminggu menahan buang air besar sebab takut luka terkoyak...betul ke? Dalam masa seminggu aku sudah boleh pakai seluar..cuma, bersalin secara C-Section ni kena banyak berjalan untuk menggelakkan darah beku...Kalau sekiranya aku diberi pilihan lagi untuk bersalin secara C-Section, aku redha dan terima dengan hati terbuka...ia tidaklah seteruk yang disangka...mungkin bergantung pada orang juga...tapi yang penting, ibu mertua yang menjagasepanjang aku berpantang pernah cakap "Menjaga orang bersalin operate lagi senang dari bersalin normal."

Betul ke? Terpulanglah pada judgement masing-masing...

Just born...

Iman terkenal sebagai baby yang paling kuat nangis dalam wad...

First time tengok Iman mcm tak percaya anak sendiri sebab mata sepet betul

Tembamnya!!!

 P/S: Janganlah kita merasa rendah diri dengan menganggap melahirkan anak secara C-Section adalah untuk orang-orang yang lemah dan lembik, kerana apa yang berlaku kita tidak tahu hikmahnya...Dengar kata , anak yang dilahirkan ikut tingkap ni tahan lasak & biasanya bijak...tak tahulah sejauh mana kebenarannya...yang penting cara didikan kita...betul tak?

Jan 9, 2011

Paras Terkini Tasik Galilee

Kalau nak tahu paras terkini Tasik Galilee @ Tiberia sila click di sini http://www.savethekinneret.com/

Tasik Galilee

Hari Jumaat minggu lepas seperti biasa dekat ofis aku ada ceramah agama. Tajuk ceramah kali ni memang menarik -"Armagedon/Dajjal/Imam Mahdi/Peristiwa Akhir Zaman Menurut Al Quran dan Sains". Penceramah jemputan kali ni adalah YBhg. Ustaz Dr Jamnul Bin Azhar Murkan. Cara penyampaian ustaz ni memang best sebab kelakar & yang penting tak buat aku mengantuk...hehehee...

Tapi apa kaitan Tasik Galilee dengan tajuk ceramah yang aku hadiri ni...???

Sebenarnya Tasik Galilee ni terletak di Wilayah Israel. Tasik ini juga dikenali sebagai Tasik Tiberia (Ta Ba Ra Ya). Menurut ustaz, sekiranya paras air di tasik ini mengering maka Dajjal @ Al Masih akan muncul. Paras air di tasik ini semakin merosot berikutan kerakusan bangsa Yahudi mengepam & menyalirkan sumber air dari tasik ini ke wilayah-wilayah Israel yang lain. Menurut ustaz lagi, sekarang paras air tersebut hanya tinggal sebanyak 20% sahaja lagi (kalau tidak silap pendengaran aku lah). Maknanya sekiranya paras air tasik ini terus menerus mengering maka, dalam 7 ke 10 tahun lagi Dajjal @ Al Masih akan muncul.



Cerita tentang Tasik Galilee @ Tiberia ini bukanlah mitos atau cerita dongeng tetapi disokong oleh Hadis Sahih Muslim. Cerita tentang pengeringan Tasik Tiberia ini juga ada disebut di dalam hadis tentang Yakjuj & Makjuj iaitu selepas kemunculan Imam Al Mahdi & Nabi Isa A.S. Maksudnya semakin hampirlah hari kiamat.

Jadi, apakah persediaan kita?

1. Solat malam @ Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap malam.

2. Banyakkan membaca Al-Quran.

3. Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi atau 10 ayat terakhir atau membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi

“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR Imam Ahmad)

4. Baca doa selepas Tahiyyat Akhir seperti berikut:- kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis2 kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya Dajjal.

Sebab itu dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bila seseorang selesai membaca Tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal’. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]” [Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (27)]

5. Simpan Emas banyak-banyak, kerana sistem duit kertas tidak akan bernilai dan sistem kapitalis akan hancur tidak lama lagi...

Sabda Rasullah S.A.W- "Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham"

P/S: Untuk pengetahuan you all, kali ni dah masuk kali ke-3 aku post entry ni tapi tak berjaya tak tahu kenapa...Alhamdullillah, berjaya juga akhirnya...

Jan 6, 2011

Kenapa saya tak suka makan/minum di pantry ofis?

Kalau korang nak tahu aku ni bukanlah seorang yang anti sosial tetapi kalau dah aku tak suka memang aku akan tunjuk aku tak suka...tak reti nak jadi hipokrit...Especially bila ada yang mempersoalkan kenapa aku tak nak join the club (club minum kat pantry). Dekat sini aku senaraikan antara sebab kenapa aku tak suka makan/minum dekat pantry ofis. So, lepas ni tak payahlah sibuk-sibuk nak paksa aku join the club...suka hati aku lah nak makan dekat mana...aku bukan mintak duit orang pun...

1. Aku ni bukanlah pembersih sangat, tapi kalau aku dah nampak depan mata aku air yang kurang bersih, susu yang dibiarkan bersepah tak tau letak balik dalam freezer lepas guna & then, pinggan mangkuk yang dah digunakan tak tau nak basuh...rasa malas giler nak pergi pantry macam tu sebab aku ni pantang tengok dapur bersepah...so, untuk mengurangkan dosa aku menyumpah-yumpah orang yang tak reti nak basuh dishes lepas makan eloklah aku tarik diri.

2. Bila dah duduk makan kat pantry tu kang adalah acara-acara lain seperti bergossip & mengata orang berlaku...ni pun aku tak suka jugak sebab aku ni jenis panas telinga kalau orang mengutuk depan-depan ni...walaupun dengan niat nak bergurau..aku tak suka...sebab kadang-kadang melampaui batas.

3. Lagi satu bila berdepan dengan orang yang jenis berkira...konon-konon dialah yang menjadi penyumbang terbesar kelab padahal bayar sama je dengan orang lain...apa yang orang makan pun nak berkira sikit dan banyak...aku cakap terus terang bab-bab makan ni aku memang sensitif, bila orang berkira sangat ni aku pun jadi tak sedap hati...so, tak payahlah aku join...buat sakit hati je...ada pulak yang cakap aku yang berkira, tak kisahlah...terpaksalah aku ngaku yang aku memang berkira walaupun kena bayar RM 5 sebulan, sebab aku bukan selalu makan & minum pun so, tak payahlah aku nak sedekah kat diorang ni yang gaji semua RM 2,000 ke atas... nak bersedekah biarlah pada orang yang betul-betul kurang mampu...dekat dorang ni bukan dipanggil sedekah tapi belanja bolehlah...banyak cantik nak belanja korang tiap-tiap bulan...

4. Ada satu peristiwa yang berlaku di pantry yang membuatkan aku jadi benci, sakit hati, kecil hati untuk join the club...biarlah aku simpan peristiwa tu dalam drawer ofis... dan akan aku tinggalkan bila sampai masanya nanti...

Jadi biarlah aku dengan cara aku sendiri...aku nak join ke tak nak ke aku punya pasal...lagipun tak payahlah nak susah payah menggunakan apa sahaja pendekatan untuk memujuk, mengarah atau menyuruh aku join the club...berdoa jelah agar hati aku terbuka, lagipun kalau aku tak join tak memberikan apa kesan pun kan? Siapalah aku ni...ada orang peduli sebab aku pun tak peduli....hehehee

Jan 2, 2011

What are we seeking for life?

P/S: Credit to http://shafaza-zara.blogspot.com/

Hello 2011, Goodbye 2010...


My Resolution For Year 2011
  • Make more time to prayer
  • ALLAH heals everything
  • Thank ALLAH when awake alive in the morning
  • Do the right thing!
  • Take a 10-30 minutes walk everyday. And smile while walking
  • Sit in silence for at least 10 minutes each day
  • Sleep for 7 hours
  • Live with 3 E's- Energy, Enthusiasm and Empathy
  • Play more games
  • Read more book than 2010
  • Spend time with people over  the age 70 & under the age 6
  • Dream more while awake
  • Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants
  • Drink plenty of water
  • Try to make at least 3 people smile each day
  • Don't waste precious energy on gossip
  • Forget issues of the past
  • Smile and laugh more
  • Make peace with your past so it won't spoil the present
  • Forgive everyone for everything
  • However bad or good a situation is, it will change
  • Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
  • Call family often
  • Each day give something good to others
  • Don't over do. Keep the limits.