Gracias!

Jan 17, 2011

Emas O Emas

Untuk pengetahuan semua sekarang ni aku sedang berjinak-jinak dalam dunia emas...Wah, macam Mami Jarum pulak rasanya...Tak kisahlahkan, yang penting ianya satu pelaburan jangkamasa panjang yang menguntungkan, sah di sisi undang-undang dan yang paling penting ianya HALAL...

Semalam, aku telah pergi ke Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold di Hotel Seri Malaysia, Seremban, di bawah kelolaan En Syukor Hashim...yang best tu seminar ni diadakan secara percuma...Aku tahu tentang seminar ni melalui laman web Jutawanemas.com (Kalau rajin bolehlah jenguk-jenguk). Banyak ilmu baru yang sebelum ini tidak aku ketahui, aku perolehi sepanjang seminar itu dijalankan...Yelah nak melabur sesuatu kenalah ada ilmu...kalau tak pelaburan entah kemana, duit pun pergi entah kemana...

Sayangnya aku tak ambil gambar pulak masa pergi tu, time balik tu aku rushing sebab yelah aku nikan bini orang lagipun tak manis balik rumah lewat sangat...Aku bukan pergi berseorangan tetapi ditemani oleh Cik Nino...Cik Nino ni officemate aku yang sama-sama berminat dengan pelaburan emas ini...Dan sudah pun mendahului aku...heheheheee

Nanti bila ada masa aku akan kongsikan beberapa info yang sangat berguna yang aku perolehi sepanjang seminar tersebut...tunggu k...

6 comments:

Puan ApasH said...

abang ipar saya pon main emas ni. Dengan Public Gold juga. Dia ada promote suruh join. Tapi belum ada rezeki lebih nak join.

MaryaYusof said...

Puan ApasH: Takde byk, mulakan dgn yg sikit pun xpe...sb harga emas mmg sentiasa akan naik...mmg boleh untung...cume kena berani & rajin menuntut ilmu...Insya'Allah mesti jadi...

Iera said...

saya pun dh mulakan gold investment ni.. tapi masih banyak yang perlu dipelajari..

MaryaYusof said...

Iera: Betul tu...byk lg yg kite perlu pelajari kan...

fyna said...

waaaaa...gud luck e...

MaryaYusof said...

tq fyna...jgn lupa melaburla emas tau...