Gracias!

Jan 17, 2011

Ayam Masak Halia...

Semalam, aku & Mr Hubby berpuasa...biasalah Mr Hubby berpuasa sunat hari Isnin, aku pulak puasa ganti...hahaha...So, apalagi, balik je rumah dah pukul 6.30 petang, ada kurang sejam lagi untuk menyediakan juadah berbuka...huhuhu...dengan kelam-kabut lepas Solat Asar terus menuju dapur untuk masak apa sahaja yang sempat...

Sejak akhir-akhir ni Mr Hubby tak berapa berselera nak makan so, untuk bagi  dia berselera sikit aku pun terfikir untuk masak Ayam Masak Halia...Halia kan boleh menambah selera makan...bukan itu sahaja, ia juga boleh membuang angin dalam badan..betul tak?

Resepi ni emak aku yang turunkan...tapi aku dah ubah sikit mengikut citarasa sendiri..hehehee..

Bahan-bahannya:

200g daging ayam yang telah dipotong kecil-kecil
2 inci halia
2 ulas bawang putih
Sebiji kentang (dihiris nipis-nipis)
Sedikit lada hitam (ditumbuk @ dikisar)
Serbuk Pati Ayam (aku guna jenama Knorr)
Perahan lemon-ikut citarasa (kalau tiada boleh ganti dengan asam keping @ gelugor)
Minyak untuk memasak
Garam secukup rasa


Cara memasak:

Tumbuk halia bersama-sama dengan bawang putih sehingga betul-betul lumat. Kisar pun boleh juga tetapi akan menghilangkan rasa tradisionalnya pula nanti...

Mula-mula, panaskan minyak dan tumis halia bersama-sama bawang putih yang telah ditumbuk tadi sehingga kekuningan dan naik bau...kemudian masukkan lada hitam seterusnya ayam dan kentang...masak sehingga ayam dan kentang betul-betul empuk...tambah sedikit air kalau nak berkuah sedikit...akhir sekali masukkan perahan lemon, serbuk pati knorr dan garam secukup rasa...



Dah siap!!! Hidang dengan nasi panas-panas...Fuhh berpeluh makan...Bolehlah cuba nanti...


7 comments:

Puan ApasH said...

masakan yang simple tapi sedap kan. Saya prefer masakan mcm ni daripada kari/gulai lemak.

MaryaYusof said...

Puan ApasH-Memang pun...muak kan asyik2 kari & gulai lemak...heheheee

ina's said...

mar..nak cikit..

Matjoe said...

baca resipi pun mmg dah tahu sedap. mmg kalau tumbuk akan lebih sedap bari blend.

btw,
sabtu lepas tarikh tutup contest untuk entry azam tahun 2010.terima kasih kerana sudi join. contest utk like gambar azam 2011 masih berterusan sehingga
25th Jan 2011. saya ada sharekan cara utk 'like'di blog saya: Cara Like Gambar Facebook
Berikut adalah link untuk terus ke album azam 2011 di facebook page matjoe.com: Album Azam 2011

MaryaYusof said...

K.Ina: Nah..ambik la...blurpp..Alhamdullillah..hehehe

Matjoe: Tqvvm...memang sedap...

Dia.Honey said...

terbaik la!

BrightEye said...

Assalamualaikum,

BE baca post yg lama sbb ternampak gmbr ayam msk halia.. sebiji mcm hubby BE buat.. Favorite masakan dia..hehe