Kalau korang nak tahu tangan husband aku fractured sikit masa main futsal hari Khamis 2 minggu sudah, so sekarang ni sedang pakai cast, jadi handicaped lah sekarang ni, manja betul. Lepas jumpa doktor terus call aku bagitahu cast die tak boleh buka lagi dan mc pun extend sampai 25hb. Cuti sakanlah dia.
Masa dia injured tu ingat terseliuh biasa je so, kami pun pergilah klinik panel syarikat aku bekerja. Tapi doktor tu cakap kemungkinan besar fractured so kena refer hospital untuk X Ray. So, kami decide pergi Columbia sebab sebelum ni pernah hantar Iman ke sana. Service dia boleh dikatakan tiptop jugaklah. Mula-mula tu aku tak berapa setuju sebab takut insurans aku tak cover pulak, sebab bukan emergency case. Tapi husband aku insist jugak nak pergi, dia cakap if kena warded even satu malam insurans yang akan bayar. Sebab malas nak argue kami pun pergilah. Doktor advise supaya husband aku warded sebab lepas X Ray memang ada fractured. Malam tu tinggallah aku & Iman dekat rumah sebab husband aku tidur hospital. Esoknya lepas dipasangkan cast tu husband aku dibenarkan balik. Aku pun checklah bill yang sepatutnya dibayar oleh kami. Total semua sekali adalah dalam RM 1,200+++. Charge untuk doktor pakar sahaja nak dekat RM 300, sekali visit & untuk satu hari. Mujur ada insurans, if tak mana nak cekau duit sebanyak tu dalam masa terdekat ni. Kalau pergi GH, silap-silap dia suruh balik dan buat appointment yang entah bila-bila untuk rawatan. Nasib baik ada kemudahan insurans jadi bolehlah dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Cast yang dipasang ke tangan husband aku ni pun jenis fiber dan bukan disimen macam biasa tu. Husband aku cakap taklah berbau macam pakai simen. Dia cakap kawan dia dulu tu pakai simen bau kepam. Hehehee..kelakar pulak aku rasa...
|
Inilah tangan yang fractured tu, sebenarnya retak dekat bahagian wrist je tapi satu tangan kena simen. |
|
Masa dalam ward lepas cast dipasang |
Itulah macam orang selalu cakap malang tidak berbau, jadi kenalah sediakan payung sebelum hujan. Insurans yang cover suami aku ni adalah insurans kelompok yang aku bayar bulan-bulan melalui syakrikat aku bekerja. Dalam masa yang sama husband aku ada 2 lagi insurans yang dibeli untuk diri sendiri, so dia pun dah buat claims pada insurans dia tu and maybe akan dapat maksimum RM500 atas kemalangan yang terjadi ke atas dirinya. Kalau ada yang nak tahu tentang insurans ni, bolehlah hubungi aku melalui email dan husband aku akan menceritakan dengan lebih detail lagi.
Sekarang ni pun aku dah beli insurans pendidikan untuk Iman, untuk masa depan dia nanti. Sekiranya apa-apa terjadi pada aku adalah sesuatu untuk dia yang boleh aku tinggalkan. Untuk diri sendiri, aku dah ada PruBSN Takaful yang aku ambil 2 tahun yang lepas. Dibawah ni aku ada satu cerita nak share dengan korang semua sebagai renungan.
KOSMO Ahad 19 April 2009
Dia bagaikan tahu ajalnya
Malang tidak berbau. Nahas jalan raya yang berlaku pada 18 September tahun lalu bukan sahaja menyebabkan seorang isteri menjadi balu, malah dua anaknya yang masih kecil kehilangan seorang bapa.
Bagaimanapun, kejadian tidak diduga itu ada hikmah tersendiri. Secara kebetulan, allahyarham yang tidak pernah mengambil insurans tiba-tiba berbuat demikian ketika pulang ke tanah air sewaktu menyambut kelahiran anak keduanya.
Arwah sekadar mahu keluarganya dilindungi system insurans berasaskan syariah iaitu Prudential-BSN Takaful melalui agensinya, Al-Isra’ Associates Sdn. Bhd. kerana ia lebih terjamin.
"...biarpun sudah balik ke Libya, allahyarham sering bertanyakan sama ada permohonan Takaful-Link yang disertainya telah diluluskan. Seperti tahu ajalnya hampir, permohonan Allahyarham diluluskan pada 15 September 2008.
Beliau meninggal dunia tiga hari kemudian yang kebetulan jatuh pada malam Nuzul Quran dan ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa Ramadan."
"...ditemui pada majlis penyerahan pampasan takaful berjumlah RM60,000 di Petaling Jaya, Selangor Selasa lalu."
Bukan itu sahaja, walaupun allahyarham Cuma sempat membayar premium kali pertama sebanyak RM300, keluarganya diberi perlindungan takaful. Malah dua anaknya menerima pengecualian bayaran premium sehingga berusia 25 tahun.