Mungkin dah basi nak cerita pasal raya haji yang dah hampir 2 minggu berlalu..tapi yang syoknye raya haji @ korban tahun ni lain sikit, sebab first time in my life tak beraya bersama mak & family aku yang lain. Jangan salah faham kitorang takde masalah pun, cuma tahun ni berbeza sikit dengan tahun-tahun yang lepas. Sebabnya anak buah aku yang sulung aka anak kakak aku nikah 19/11/2010, so majlis persandingan 20/11/2010 bersamaan tarikh aku berlepas ke Sg Petani, oleh sebab nak jaga hati semua orang so, kami decide raya ni lepak rumah MIL dan hari seterusnya kenalah korbankan masa duduk merewang rumah akak aku untuk persiapan majlis tu nanti...aku & husband memang busy lah time tu...tambah-tambah lagi husband dilantik sebagai pembaca doa..kelakar betul, tak sesuai langsung dah macam Ustaz Rock pun ada...hehehe...tapi oleh kerana hajat angah...kenalah tunaikan...banyak hati nak kena jaga...
Hari Raya jatuh pada 17/11/2010, awal-awal lagi MIL dah tempah mintak aku buatkan laksa asam @ penang untuk tetamu, nak tukar selera katanya...so, balik je kerja hari selasa tu tergopoh-gapahlah aku buat laksa sebab kalau buat keesokkan hari memang tak sempat. Menu utama laksa, rendang daging, nasi himpit & kuah kacang. Ramai jugaklah tetamu yang datang.
Tak cukup tangan sekali datang serentak da...mula-mula aku ingat family husband ni tak suka makan laksa tapi nasib baik habis, 6 kilo laksa lagi...hehehee...happy betul, MIL tak habis-habis memuji...itu tak penting yang penting segalanya berjalan dengan baik..Kat bawah ni, gambar time raya hari tu...ini je yang sempat ambik sebab sibuk sangat...sayang tak ambik gambar iman pakai baju melayu...
Time raya boleh pulak dua beradik ni repair kereta |
Baju melayu semua dah tercabut nak repair kereta punya pasal... |
Next entry; nak cerita pasal Majlis Perkahwinan Norkhafifah binti Shamsudin dan Mohd Fuad Yazid...Anak buah aku yang sulung dah kawin dah...tunggu...
No comments:
Post a Comment