Pagi tadi, seperti selalu husband akan menghantar aku ke terminal bas untuk ke tempat kerja. Setiap hari aku akan bertolak dari rumah ke terminal bas pukul 5.45 pagi. Sewaktu di dalam perjalanan kami ternampak sebuah motorsikal yang membawa budak sekolah rendah sebagai pembonceng. Husband aku berkata "Awalnya budak ni pergi sekolah," dan aku hanya memerhati sambil berkata, "Mungkin dia dari kampung agaknya, tak pun ada urusan kena pergi awal ke sekolah maklumlah semalamkan cuti lama". Sewaktu kereta kami memotong mereka, kami melihat bukan hanya budak tersebut di belakang tetapi di bahagian hadapan pembawa motorsikal tersebut ada seorang lagi budak yang memakai pakaian sekolah rendah sedang tidur.
Kasihan sungguh aku melihat budak-budak tersebut. Masih ada lagi orang yang tidak memiliki kereta untuk kemudahan keluarga. Mungkin mereka tidak mampu. Kami suami isteri hanya membisu mengenangkan peristiwa tadi. Tetiba aku teringat semasa kami belum lagi diijabkabulkan, maksudnya zaman bercinta-cinta dululah...waktu itu husband aku pernah berkata yang dia akan membeli kereta terlebih dahulu sebelum kahwin agar bila kami mempunyai anak kelak kami tidak perlu lagi menaiki motorsikal ke mana-mana. Kesian pada anak. Tidak kiralah kereta kecil atau secondhand kerana ia satu keperluan sekarang ni. Kini, kami bukan sahaja memiliki kereta kancil yang kecil tu tetapi aku telah membeli sebuah lagi kereta-persona yang dibeli seminggu selepas berkahwin. Kata husband, kereta kancil untuk town drive-ke tempat kerja, persona untuk long distance. Alhamdullillah, everything's according to the plan. Yang kancil adalah keperluan, Persona adalah kehendak aku..heheheee
No comments:
Post a Comment