Gracias!

Nov 11, 2010

Kem Labu

Bosan betullah hari ini, aku ni hari-hari memang bosan je...lagi-lagi bila hari bekerja dan tak keluar. Apakata kita bercerita tentang pengalaman hantu lagi nak tak...kalau tak nak aku tetap akan cerita juga...

Ceritanya bermula begini, masa tu aku tingkatan 3 if tak silap. Masa sekolah dulu aku memang aktif dengan aktiviti kokurikulum di sekolah. Kalau boleh semua badan beruniform kat sekolah tu aku nak join. Tapi pada masa ni aku lebih aktif dengan Pergerakan Puteri Islam. Dipendekkan cerita, masa kejadian tu kami kena pergi berkhemah dekat Kem labu. Kem Labu ni memang famouslah time tu lagi-lagi dengan cerita horor dia. Kejadian yang aku tidak boleh lupakan ini berlaku semasa malam terakhir kami di sana.

Sudah menjadi kebiasaan malam yang terakhir setiap group perlu membuat persembahan masing-masing. Malam tersebut dipanggil sebagai Malam Kebudayaan. Disebabkan masa yang suntuk ditambah lagi dengan aktiviti yang padat sepanjang kami di sana, group kami tidak sempat membuat apa-apa persiapan untuk malam itu. Sebelum kami dipanggil masuk ke dewan, aku & group member membuat sedikit latihan persembahan yang akan kami lakonkan nanti.

Aku, Marlia dan Ida termasuk Ifa (anak saudara aku yang sulung) happened to be a group member. Sebenarnya aku yang adjust supaya kami menjadi satu group. Sebab kami memang berkawan rapat masa sekolah dulu. Back to the story, masa kami sedang sibuk bercerita watak yang dibahagikan, tiba-tiba aku, Ida & Ifa terdiam dan terpaku. Mata kami semua memandang ke arah yang sama mengikut pergerakkan sesuatu objek. Korang agak apa objek tu? Aku memang tidak mempercayai apa yang aku lihat tapi itulah dia kepala tanpa badan terbang betul-betul di atas kepala Marlia.  Dia terbang menuju ke arah pokok pinang yang terletak tidak jauh dari tempat kami. Aku masih ingat dengan jelas lagi bentuk kepala tersebut walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu. Kepala itu milik seorang perempuan tua, rambutnya putih panjang seperti kapas, kedutan diwajahnya begitu jelas kelihatan. Tapi tidak mempunyai badan. Dia terbang dengan perlahan-lahan tetapi apabila tiba dipokok pinang yang aku maksudkan tadi, dia terus berubah menjadi warna hitam dan serta-merta sepasang tangan keluar dan menangkap batang pinang tersebut sambil berdesup memanjat pokok pinang sebelum hilang dari penglihatan. Melihatkan kejadian itu, Marlia yang terpinga-pinga mengejutkan kami dengan berkata, "Wei, kenapa?" dan ketika itu juga kami yang terpukau menjerit serta lari lintang-pukang masuk ke dalam dewan diikuti Marlia yang tidak tahu menahu apa yang kami lihat.

Apabila masuk ke dalam dewan apalagi kecohlah semua menanyakan apa yang terjadi, tetapi kami semua hanya mendiamkan diri sehingga ustazah yang mengiringi perkemahan tersebut berjumpa dengan kami. Ustazah menasihatkan kami supaya tidak menceritakan apa yang kami nampak itu kepada peserta yang lain. Takut pula diorang nanti.

Selepas majlis selesai, kami bergerak menuju ke dalam pondok yang telah disediakan untuk tidur. Malam itu, sebelum tidur kami duduk berbual-bual sesama sendiri, tidak semena-mena radio yang dibawa salah seorang daripada kami berbunyi dengan sendiri. Siap tukar-tukar channel lagi. Kami terdiam kerana terkejut. Salah seorang dari kami yang agak berani telah mencampakkan radio tersebut ke lantai. Namun, ia tetap berbunyi, apalagi kami cepat-cepat membuka radio tersebut dan mengeluarkan baterinya. Barulah dia senyap. Mungkin dia mengarahkan agar kami segera tidur, apalagi tanpa membuang masa kami terus melelapkan mata sampai pagi. Yang menjadi tanda tanya aku, suis radio tersebut agak ketat, bagaimana ia boleh terpasang sendiri...?

Itulah peristiwa yang menyeramkan berlaku kepada kami di Kem Labu. Syukurlah tidak ada apa-apa yang terjadi kepada kami selepas itu. Tetapi aku tetap tidak dapat melupakan peristiwa tersebut sehingga hari ini. Kem Labu, tempat bermain lagi dikenang, inikan pula tempat ..........

No comments: