Assalammualaikum...
Hola Amigos!
Alhamdullillah, minggu ni baru dapat stok daging... Lama betul rasanya tak makan daging ni... Kena tunggu stok dari masjid dulu ;))
Daging lembu bukan kamben (kambing)... Nantilah, teringin gak nak makan kambing tapi kena sembelih seekor pastu tong tong... Siapa pulak nak makan seekor kambingkan...hik3... ;))
Harini terlebih rajin nak update tentang homemade hamburger patty! Last entry bagi bulan Mei ni... Sekarang masa saya tulis ni masih lagi 31 Mei 2012, perasan muda sehari dari you all...keh3 :))
Semalam genap 8 bulan kami di bumi Peru ni, syukur Alhamdullillah masih lagi bernafas di bumi ALLAH yang indah ini serta masih lagi diberi peluang memperbaiki diri... Insya'ALLAH :))
Sebenarnya, ada yang mintak resepi ni dulu masa di entry: Our Good Good Friday! Hampir dua bulan, baru nak bagi harini??? Ya ampun... kang ada pulak yang kata saya kedekut :(
Bukan kedekut cuma saya ni agak pemalas sikit nak buat resepi-resepi ni, sebabnya saya bukanlah hebat sangat memasak... Lagipun tujuan asal 'diary' saya ni adalah sebagai catatan atau journal peribadi untuk diingati kemudian hari bukan blog resepi makanan sahaja..hikhikhik... Biasanya saya akan share linkkan di mana saya ambik resepinya... Maafkan saya atas kekurangan ini ye! :)))
Kecuali resepi special Patty ni saya tergerak hati nak share sebab saya rasa lebih mudah & yang penting sihat untuk hidangan sekeluarga... chewah! :))
Here we go!
Mula-mula, sediakan daging yang telah dibuang segala lemak-lemak dan ketuk dengan pelembut daging! Cincang-cincang mana yang perlu :)
Bahan-bahan lain yang diperlukan...
Apa sahaja jenis biskut, saya guna biskut Hup Seng ni... Bawak sekotak dari Malaysia ni...hikhikhik... :)) Lain-lain bahan; daun celery, tomato, garam, boleh juga letak daun parsley, carrot, oregano pun boleh letak kalau nak, tepung jagung, lada hitam, bawang besar dan anything ikut suka lah :)))
Daging yang telah dicincang tadi...
Campurkan semua bahan-bahan tadi dan kisar!
Last, bentukan bulat-bulat atau apa sahaja bentuk yang diingini... Kito yang buek dio! heheheee :))
Kemudian simpan dalam freezer sekurang-kurangnya satu jam! :))
Lepas tu bolehlah goreng seperti biasa :))
Hasilnya... Moist & juicy! nyum...nyum...
Sementara tu, prepare garnishing for your burger! Saya suka taruk vegie banyak-banyak! :)) hehehe
Cucumber pickle still in stock so, memang sedap makan dengan burger kan :))
The pickle still fresh, somewhat sweet & crisp! :))
End product! :))
Alhamdullillah, moga-moga hidangan yang sihat untuk keluarga :))
Tak cantik pun takpe, sebab kecantikkan luaran hanyalah makanan emosi, if masak dengan kasih-sayang, keikhlasan serta selawat dan doa... All blended together, insya'ALLAH lengkap bukan sahaja untuk makanan emosi tetapi fizikal & spiritual...
Take care mi amor...
Chau!