Assalammualaikum wbt...
Hola!
Bulan terakhir tahun 2012 telah menjelma, bulan pertama 1434H semakin menghampiri penghujungnya... Azam baru: Kurangkan berinternet, fokus yang lebih pada keluarga, memberi perhatian, bukan mencari perhatian...
Menulis sebagai mengisi waktu lapang, bila benar-benar berkelapangan... Menulis untuk bacaan sendiri, anak-anak nanti dan sesiapa yang sudi...
Bukan merajuk bukan berkecil hati, moga ALLAH yang sangat baik memaafkan diri ini, berkecil hati hanya kerana kata-kata & perbuatan manusia seolah-olah berkecil hati & merajuk dengan DIA yang Maha Esa... Kadang-kala terlepas pandang kerana melalui kata-kata dan manusia itu DIA menegur kita... :'( ALLAHUAKBAR!
Jumaat, 30/11/2012 bersamaan 16 Muharram 1434H Hari Bersama Rakyat Malaysia di kediaman TYT Duta Besar.
Pertama kali dalam sejarah 'menjala' berseorangan selama 5 jam untuk 200 pcs Roti Jala! Rasa nak 'fengsan', patah pinggang semua cukup! Terasa nak menangis kerisauan kerana kesuntukan waktu!
Pengalaman zero! Biasa buat untuk mulut sendiri sahaja...
Saat itu juga merasa kagum dengan mereka yang berniaga dan menerima tempahan... Patutlah mahal! T_____T
Suami tersayang 'pom pom boy' yang banyak memberi sokongan! Go Bie! Go! Sikit lagi! huhuhu...
Akhirnya, lebih 200 pcs selamat dihidangkan... Syukur Alhamdullillah! Terima kasih ALLAH yang memberikan kudrat! Terima kasih abang, tanpa sokonganmu pastinya kecundang dipertengahan jalan...
Antara hidangan untuk para tamu!
Mee Kari!
Samosa!
Falafel @ Vadei
Pisang Goreng, kuih ketayap & buah-buahan
Kacang kuda & ubi kayu goreng pun ada! :))
Pictures always speak a thousand words...
Puas Iman bermain, nasib baik tak terjun kolam! ;))
P.S. Terima kasih pada yang memeriahkan GA From Peru with Love (Like, Share & Win)! Saya pulak yang terlebih berdebarnya.... :))
25 comments:
Marya
Apabila berada di negara org
Rakyat Mlaysia pelbagai ras
bagaikan adik-beradik
Alangkah indahnya jika semangat itu
ada pada semua rakyat yg ada di tanah air kita sendiri
Malang, sesama umat pun asyik berbalah sesama mereka
Pening sungguh memikirkannya
Seolah Melayu ini terbagi kpd dua mazhab
Apa2 pun saya sgt teruja dgn lempeng gulung yg ijau itu
Kegemaran saya sejak kecik.
Teruskan menulis. Kami memberi sokongan kpd Puan.
Tahniah Marya! akhirnya berjaya juga.. Kalau akak awal2 lagi dah angkat tangan..
Apa2pun tahniah! Majlis yg sgt berjaya nampaknya..
Saya paling suka azam baru itu Puan..
Berikan perhatian, kurangkan internet...
Daya tarikan di sini maha Hebat bukan...?
Syukur kita tersedar awal dari lena yang tiada penghujungnya... Sekian melalut ini...
salam, umang aii 200 pcs.. akak tak larat la.. mesti nak kena duduk juga ni kalau menjala..btw salute la kerana berjaya melaluinya
200 pcs kak... byk tu... xsggup rasanya hihii tp pe2 pun tahniah sbb akak berjaya :-)
waaahhh...meriah nyer!!!
Adus... terliur pulak tgk makanan tu... dah la belum sarapan lagi ni...hehe
Salam Mar
Moga bahagia.
Di luar negara memang kita sgt rapat. tapi kekadg bila balik ada yg lupa!
Hebatnya buat semua tu.
Oh ada jual ubi katu di sana?
salam kak marya,
teruskan dengan semangat menulis akak. dugaan dan cabaran datang memang untuk buat kita kuat kan kak.
200pcs, nak tempah boleh ke tak?
go bie! go. hahahahahahaha
Meriah. Tahniah sbb berjaya membuat 200pcs tempahan. Saya yg baca pon terasa kepenatan itu...hehehe...
Alaaaa...terlepas lah giveaway tu.
rugi tak dapat rasa roti jala kak mar.. (",)
kalau penat pun takpe.. sbb sy rasa... bila dah dapat duit bayaran tu nanti, mungkin akan hilang penatnya.. (",)
salam...im follower 564...salam kenal sis...roti jala memang amik masa juga nak buat...tambah2 kalo sorang2...sya pun kalo time raya sorang2 jer dok menjala...tp puas hati..:)
bila dah siap mesti rasa seronok kan, lebih2 lagi bila orang lain makan hasil air tangan kita.. nampak sedap lah marya..
Holla Marya...good job..oh u pun mcm i eh..suka menjamu tetamu..hehehe...i mmg suka masak2...pas tu panggil org dtg mkn...puas hati...
besnyer, buntang mata saye tgk byk mknn,,hihihihi
Alhamdulillah.. berjaya juga menyiapkannya.. 200 pcs mmg banyak tu.. tapi tentu puas hati bila dapat sajikan sajian yang kita buat dengan penuh kesungguhan kan.. bestnya dapat bergather2 mcm tu.. penuh meja hidangannya.. take care marya..
Tahniah berjaya membuat roti jalan sebanyak 200 pcs....teruja tengok..lebih2 lagi ada support dari suami...
tak sabar nak tahu siapa yang bertuah
ehem banyaknya yg nak dibuat..kalau mama terus masuk ward..hu2x..skrg ni mama tak bolih rasa penat..jadi tak bolih buat kerja rumah sgt..mujur ank mama dah besar..he2x..meriahnya majlis.. :)
banyaknya menjala, mau tak sampai 5 jam kan..haha..isteri terbaik nih..macam2 menu yg ada yer..
semangat kena jitu kalau tak, 200pcs tu entah bila siapnya. tahniah bb berjaya. ngeee...
Tentu seronok bila berkumpul dgn rakyat negara sendiri kan.....huda kata bila duk negara org bila jumpa org m'sia rasa cam excited sgt2 w/pun org tu bangsa cina /india n x pernah jumpa pun! Caiyoklah buat roti jala byk2 cam tu!!!!
Good job kak, banyaknya menu especially roti jala nampak sedap :)
tahniah.. sanggup habiskan 200pcs tu.. mesti lenguh tgn lepas tu...
semuanya nampak sedap.. kalau saya kat sna nk makan yg mana satu pun tak tau :)
kak, bestnye..sedapnye menu.. kalau sy ade, da ajak da iman tu terjun heee
200 keping roti jala?tabik spring la..sy nie roti jala pun tak tahu nak buat.hiks..
Post a Comment