Assalammualaikum wbt.
Hola hermanas & hermanos!
Lately, saya selalu mimpi yang bukan-bukan, terutama sekali kalau tidur selepas Subuh... Nak cuba elak tidur lepas Subuh tapi katil asyiklah 'missed call' bertalu-talu...hikhik...
Mimpi lepas Subuh biasanya dikaitkan dengan syaitan... Jadi, saya anggap ianya sebagai mainan tidur & doa semoga tidak menjadi kenyataan...
Cerita tentang mimpi, saya teringat kisah seorang sahabat yang baru kami kenali baru-baru ini... Saudara baru yang memeluk agama Islam... Sebenarnya saya dah lama nak share cerita tentang kisah mereka yang baru mengenali agama Islam ni... Saya memang suka mendengar kisah mereka... Mendengar, menghayati serta mengukuhkan lagi pegangan dan keimanan kita pada agama yang syumul ini...
Biasa saya hanya mendengar cerita di TV, radio atau sekurang-kurangnya di youtube! Selain itu saya banyak membaca di majalah, buku atau apa sahaja risalah yang berkaitan... Bagi saya tidak sama dengan cerita yang dikisahkan kepada kami secara 'live' atau berhadapan kerana saya boleh bersoal-jawab bermacam-macam...hikhik... dah macam 'reporter' pulok! ;))
Maaf ye kengkawan, di sini saya ingin mencoretkan cerita yang saya perolehi sebagai kenangan, saya ni kadang-kala menjadi seorang yang pelupa! Esok-esok saya nak baca semula dan mengingati detik-detik yang ditinggalkan di bumi asing ni sebagai panduan & pedoman juga sebagai hiburan :))
Saya tidak bermaksud untuk memandai-mandai atau menunjuk-nunjuk betapa megahnya saya memperolehi cerita 'first hand' kata orang! Saya sedar, saya bukan sesiapa pun... Bukan seorang pendakwah, bukan pula ustazah... jauh sekali isteri seorang ustaz atau alim ulama... Kami di sini sentiasa bermujahadah... insya'ALLAH... sentiasa memperbaiki diri & menampal cela sana dan sini yang masih belum sempurna lagi :))
Kembali pada cerita yang mungkin akan menjadi panjang lebar... Harap bersabar dan sudi baca! :)) Sahabat ini adalah seorang lelaki berkulit putih mungkin ada darah Sepanyol mengalir dalam tubuhnya... Tinggi & besar orangnya... Kali pertama saya terpandang wajahnya seperti ada cahaya yang amat tenang & damai... Saya pandang bukan kerana terpikat tau! Tapi kerana wajahnya yang walaupun tak se'hensem' hubby tapi seperti ada 'nur' di situ... hehehe :))
Rupa-rupanya hari kami menemui beliau itu adalah kurang seminggu beliau memeluk agama Islam! Masya'ALLAH :)) Dia bersalaman dengan hubby, berkenal-kenalan serta berbual panjang, 'advantage'nya dia pandai berbahasa Inggeris! Ramah juga orangnya... Di situlah detik perkenalan antara saya, hubby & dia! Tak lama tapi sangat bermakna! :)
Sepanjang berbual, dia menceritakan bagaimana dia boleh tertarik untuk memeluk agama Islam... Bermula dengan mimpi! Mimpi yang berulang-ulang! Mimpi tersebut bukan mimpi yang panjang berjela, bukan pula mimpi yang berepisod! Hanya satu perkataan! Perkataan yang mengubah seluruh kehidupannya selepas itu...
Setiap hamba akan diuji, begitu juga dia... Datang dari keluarga yang kuat pegangan agama Khatolik memang bukan suatu perkara yang mudah! Dia mengalami masalah rumahtangga, ditinggalkan isteri, hilang arah tuju dalam hidup & hampir gila kerana stress!
Dia mencari ketenangan dengan pelbagai cara... Tetapi tidak satu pun yang membantu... Fitrah manusia, bila kita ditimpa dugaan/masalah bertimpa-timpa tentunya kita akan mencari Tuhan... Untuk menenangkan hati dan mendamaikan jiwa... Melalui agama yang dianuti sejak kecil, dia mencari ketenangan itu... Malangnya bukan ketenangan yang kunjung tiba! Tetapi pelbagai persoalan demi persoalan pula yang datang menerjah di kepala... Bertambah runsing serta mengelirukan!
Bila dirujuk, 'mereka' kata... In Christianity concept, you can not ask! Just believe, believe & believe! Tetapi sebagai seorang manusia yang punya akal, kita terikat dengan logik (common sense) & penjelasan yang ilmiah... At least, scientific explanation!
Alhamdullillah, beliau temui dalam Islam... How?
Beliau mencari agama yang logik & sesuai dengan kehendak naluri seorang manusia! Disitulah beliau menemui Islam...
Pada awalnya, konon beliau ingin mencari kelemahan Islam... Sebagai contoh, bab POLIGAMI!
Note: Orang bukan Islam memang suka isu ini diperdebatkan dan menganggap ianya tidak adil! Berusaha memperlihatkan kelemahan & memperlekeh kesucian agama Islam hanya kerana lelaki dibenarkan berkahwin empat! Kesian pada mereka yang tidak faham... Hukum ALLAH pasti ada hikmahnya :)
Antara persoalan yang diajukan oleh beliau (beliau berinteraksi dan bersoal-jawab di dalam forum di internet dan sebagainya). Antara soalan yang menjadi tanda tanya: Kenapa poligami dibenarkan dalam Islam? Kenapa poligami dibenarkan pada orang lelaki sahaja tidak kepada orang perempuan? Kenapa perempuan Islam perlu menutup aurat? Kenapa tidak boleh makan khinzir? Kenapa tidak boleh minum arak? Kenapa kita sembahyang mengadap Kaabah? Kenapa begitu? Kenapa begini?
Guess what? Surprisingly, all the 'why' Questions... the answer suit his need! Human needs! :):) Setiap persoalan pasti ada jawapannya... You ask, insya'ALLAH, Islam already has the answer! :)
Mesti ramai yang nak tahu, apa sebenarnya yang dimimpikan oleh sahabat baru tadi tu kan :):)
Dalam keadaan tekanan hidup yang kuat beliau didatangi mimpi aneh, hanya satu perkataan... Iaitu Al-KAWI... Salah satu daripada 99 Nama ALLAH yang bermaksud, Maha Kuat - The Strong! :):)
Setiap saudara baru yang kami kenali ada cerita masing-masing... Kesimpulan saya perolehi dari semua kisah adalah, mereka ini bukan calang-calang orang kerana ALLAH sangat sayang mereka serta tidak dapat dinafikan mereka terdiri dikalangan orang-orang yang cerdik pandai! :)) Namun, benar hidayah ALLAH ada dimana-mana dan untuk mereka yang suci mata hati mencari kebenaran :))
Ok, saya tidak bermaksud untuk menulis panjang lebar lagi... Semoga coretan saya ini memberi inspirasi buat semua... Maaf jika coretan saya menyinggung sesiapa serta membosankan... Saya tidak memaksa untuk anda membaca sehingga akhir perenggan tetapi terima kasih kerana sudi luangkan masa...
Terima kasih! xoxoxoxo
Hasta entonces! Chau :)

55 comments:
salam sis
dapat bagi motivasi
Allah akan memberi hidayah pd sesiapa yg Dia kehendaki.
Allahuakbar
Alhamdulillah...beliau terpilih utk mendapat hidayah dariNYA. Saya suka juga baca kisah² macam nih ☺☺
Terharu! Mcm nak menitis air mata..
Bila baca ayat Nampak 'nur' diwajah beliau.. meremang bulu roma nih (tetiba tau)...
Teringat kisah yg shima baca dlm mastika july-disember2012... Kisah melayu2 yg murtad... Mereka dibiayai dan kerja diluar negara, menukar nama dan tidak pulang ke malaysia... Sungguh sedih..Dicampur pulak prosedur yg 'takperlu' dlm membantu mereka terutama yg mempunyai anak tak sah taraf dan sbgnya.. Dalam Islam sebenar tiada dokumen pun! Sedih sgt...
Syukur alhamdulillah kwn marya tu mendpt hidayah dr Allah SWT.
Kak NUrul pun suka baca kisah2 bagaimana saudara baru nie mendpt hidayah.
actually I sgt setuju dgn your thought tau sis. memangla ladies kalau dgr poligami aje...semua kecut. I myself kinda have dat feeling too. tapi bila ada yg bertanya sanggupkah I, I will say dat... I will always pray for Allah to give me da best dat I shud have in my life. Kalau itu yang terbaik...I redho. Pun begitu, I sentiasa panjatkan doa untuk I tabah dalam apa jua situasi nya nanti.
Salam Marya, alhamdulillah bg org2 yg diberi hidayah. Semoga kita juga terus diberi hidayah memperbaiki kelemahan diri dan menjadi insan yg lebih baik. Amin.
khusyuk membaca and tak thu nak kate ape..
rajin jugak surg ustaz ape yg dlm tv al hijrah omputih texas yg jdi preacher dulu.
klu video mesti tunjuk dia ajo org2 lain peluk islam dlm forum dia.
kisah2 dia mas jdi preacher chirstian..
mmg pokok pangkalnya..
bila mencari ketenangan tu..
hanya hamba - hamba yg terpilih je dapat menemuinya..
by the way mayra sayang..
boleh tak buat compilation recipe peru?!
mmg tgh ngidam sangat nak buat complete set of mexican or peru food.
ade dah beli bukunya tpi mcm tak kena pada jiwa..
boelh naa?!
sbb tgk xde label nak review kat sini
or ke aku yg termiss tgk
salam marya,
alhamdulillah.. bertambah umat muhammad yg kembali pada islam.. bukan senang nak bermimpi yang begitu sebenarnya kan..sedangkan saya yg islam tak dapat mimpi yg begitu..atau mungkin banyak peringatan tapi saya leka T_T
Wow! Begitulah kan? Ada manusia, menemui jalan kebenaran dalam Islam. Ada manusia, ingin keluar dari landasan Islam. Ada juga manusia, yang lebih percayakan logik akal dan fakta kerana pendapat mrk mengenai agama adalah dongeng semata-mata.
Dah jadik mcm putaran roda. Semoga hidup kita semua dipermudahkan Allah.
beruntung kan orang-orang yg diberi hidayah ni..
sangat-sangat beruntung..
kdg2 mmpi ni lah jd inspirasi n petunjuk utk kita menjadi yg lebih baikk,,
mulianya beliau, moga terus tetap hati dgn Islam =)
best cerita nie... bila saya baca sampai part AL-KAWI - The Strong tu, meremang bulu roma saya... tak tau kenapa... huhu...
Allahuakbar!!!!!
pasal mimpi tu, saya pernah bermimpi didatangi satu makhluk berkepala kambing... lalu dia tulis nombor 666 pada tangan saya dengan kukunya... mmg sah mimpi syaitan... huhuhu... bila citer pada member, dia suruh saya beli nombor ekor... sengal betul beliau tu...
tuler kadang2 orang bukan Islamni tanya banyak2 .. kalauler akak dapat jawap dengan berhemah alangkah baguihnyer.. yang pasti diaorang memang mencari kelemahan kita cuma akakni yang kurang ilmu nak balas balik..
sebab dalam Islam semua benda ada jawapannyer...
Salam Marya.
Terima kasih berkongsi cerita dan pandangan awak di entri ini.
Rezeki Allah beri kpd semua manusia bahkan kpd semua makhlukNya kerana sifat RahimNya tapi hidayah diberi kpd mereka yg Dia kehendaki sahaja. Alhamdulillah saudara kita itu telah diberikan hidayah kerana dia mencari dgn kesungguhan.
Semoga dia menjadi muslim mukmin dan dapat menarik lebih ramai lagi saudara mara dan sahabat handainya kepada Islam.
Assalamualaikum Marya...
saat hidayah datang, tiada yang dapat menghalang. :)
terharu kan bila dengar cerita2 mereka yg dpt hidayah ni...
yang kita ni pulak bukan dok tunggu hidayah, tunggu sale pinggan mangkuk je kejenya... insap kaktek kejap. (kejap??)
Salam Marya..
sonok jugak baca kisah2 saudara baru yang peluk Islam bukan sebab perkahwinan.. maknanye mmg sendirik mendapat hidayah dari ALLAH.. Tapi kawan2 rapat zura tak de lagi yang peluk islam.. hanya sekadar dari pembacaan blog2 saudara baru sahaja..
kalo dapat bersembang dengan mereka yang 'terpilih' ini mesti seronok kan~ bertuah Marya~ :)
Hi lady.salam.yes ur post sgt memberi inspirasi.bestnya dia dok luar negara.boleh brpeluang menikmati alam ciptaan maha pencipta on the other side of the world.
back to yr post, yes Allah bgi hidayah kpd sapa yg dia suka.bertuah la yg mndapat hidayah.Kita pun brtuah juga sebab kita lahir sbagi muslim.cuma kena tingkatkan amalan saja.yg lain dh sebati dgn kita.I baru jmpa blog you.now baru nak bca yr older posts.
keep happy always.
waahhhh.. a great one utk perkongsian semua..!!! tqs a lot marya..!!! moga kita semua kekal teguh iman nya & diberi petunjuk jgk hidayahNYA selama2nya...
subhanallah walhamdulillah ....moga iman saudara baru kita tu bertambah kukuh..kak, apa nama dia?
ALHAMDULLLILAH..bertambah seorang lagi ummat Muhammad..
mereka seumpama bayi..
thanks for sharing..
salam kak marya...
maaf, lama dah tak jenguk sini...:)
moga akak dan keluarga baik-baik saja di sana..:)
As salam Marya..
Lynn jarang2 ziarah Marya..kat ofis biasalah..banyak keje..kat rumah pulak lynn da potong broadband..sebab line dia siput sedut sangat..geram..hehe..Menarik sangat bila dengar cerita memeluk islam nie..sebab dari cerita diorang kita boleh muhasabah diri sendiri kan..Kadang-kadang bukan calang-calang halangan yang dorang tempuh semata-mata nak masuk Islam. Indah dan ajaibnya Hidayah yang Allah beri kat diorang sedangkan kita yang beragama Islam ni pun tak sehebat mereka..
Lynn ada mendengar ceramah dari Nazrey Raihan baru-baru nie..dia bercerita tentang bagaimana dia masuk islam.Terasa berderau darah dengar dia bercerita. Hmm sangat-sangat menginsafkan. Ada persoalan yang org Islam sendiri tak pernah terfikir nak kupas,tapi mereka yg memeluk Islam nie boleh kupaskan sampai kita org Islam ternganga. diorang juga lazimnya suka membaca.Berbeza dengan kebanyakan org Islam...(hehe..termasuk yg tengah menulis nie)..
Wallahua'alam..bubye Marya..
same with me..suka baca pengalaman org..ada sorang kawan..indian..peluk islam..tp x lama lepas tu..dia mcm kembali ke agama asalnya...hurm..hidayah tu x sampai sepenuhnya pada dia..x mustahil dia jatuh cinta dengan bangsa kita..sebab tu dia masuk islam..bila cinta dah hilang...kembali ke agama asalnya...mudah sgt kan...wallahualam....
assalamualaikum marya...coretan yg menarik ni...:)
Marya, terima kasih berkongsi cerita ini..sebak.
Subnallah,mereka memang insan terpilih.
ALHAMDULILLAH...bertambahla seorang lagi saudara seagama kita...:)
Salam..hidayah Allah tiada tentunya..yg beriman pun hati boleh dibolik-balik..terima kasih atas perkongsian
Salam Mar,
Beruntng dia dpt hidayah.May be boleh jadi geng Mar dan keluarga.
Mar pandai menulis dan bercerita, teruskan..
mamaju.
Hati ni kepunyaan Allah, Kita jaga hati, Allah jaga keseluruhan kita...
Goosebumps...
Marya
Saya sangat suka cerita yg seperti Marya kongsikan di sini.
Kalau diperincikan satu persatu satu entri untuk kisah satu org, lagilah saya suka.
Sebelum ini saya membaca bagaimana dua orang paderi utama menganut agama suci ini:
1.http://www.idristawfiq.com/
2.Dr. Jerald Dirks.
Dan kisah di Youtube, JEJAKA yang SANGAT TAMPAN
Ibrahim Killington (rakyat Britain)
Pasti kalian jatuh cinta apabila melihat wajahnya...hahahahah
Dan banyak lagi.
Malangnya ada org kita berbalik mencari kesesatan dgn menganut agama yg banyak keraguan, atau masuk pula mazhab syiah yg terang2 bercanggah dgn ajaran yg sebenar.
Sekian.
syukur alhamdulillah..hidayah diberi kepada sahabat Marya
TQ Sis sharing, kisah yang memberi iktibar buat semua..
Orang luar mencari kehebatan Islam, apatah lagi kita sebagai umat Islam kena lebih mempelajarinya.
bertuah bila seseorang itu diberikan hidayah , jika bukan islam dia sgt2 bertuah .. tetapi org islam kita sendiri , ada yg namanya islam tapi x dpt hidayah sepenuhnya
jahil sana dan sini
sesungguhnya manusia itu banyak kelemahannya ..
dan tidak pernah ada yg sempurna , penuh dengan ujian dari allah
tapi kita akan rasa syukur bila kita diberikan hidayah sepenuhnya kan ;)
hidayah Allah untuk semua..
tahniah saudara baru itu..
mmg suka baca cerita orang2 yg diberi hidayah oleh Allah ni.nice sharing!
vry gd sharing . KA dtg baca lepas abis cuti2 mesia hehe
meremang bulu roma fai kak marya... alhamdulillah, dia diberi NUR oleh Allah... (>___<)
Salam Marya..
TQ berkongsi cerita menarik sebegini..utk panduan kita semua juga..Saya pun seronok mendengar kisah2 saudara baru kita, bagaimana mereka mendapat hidayah....Cuba try online radio Ikim.FM...dengar pada slot Islam AgamaKu setiap ptg Khamis jam 5.15pm...tipa2 minggu ada saudara2 baru yg datang, berkongsi kisah mereka....Mmg ada yg menerima hidayah menerusi mimpi juga, macam sahabat awak tu...
salam my lovely sis, marya...
eh, baca sampai ke noktah terakhir ye. suka baca cerita org lain ttg pengalaman yg dia orang dpt sbb itu pun blh jadi iktibar dan panduan utk kita. kalau ada berita baik share ye. hehehe...
terasa meremang bulu roma bila baca kisah lelaki sepanyol yg tak sehensem hubby marya ni.hehe..
bertuahnya kita dilahirkan sbg Islam dan bertuahnya juga si mualaf kerana telah menemui cinta Allah..:)
bertuahnya dia..
pssttt!
ensem tak? hoho!
Alhamdulillah.....Allah SWT beri dia hidayah utk memeluk agama Islam. Smoga dia kuat n sentiasa mudah menerima bimbingan.
Psstt....marya sila baca email gmail dia ye...... :))))
subhanallah..... islam itu indah kan, cuma kita kena pandai cari n nikmati keindahan itu... insha Allah
bertuahnya dia kan...
saya selalu terfikir, bertuahnya saya lahir sebagai hamba yang tahu siapa Penciptanya, tetapi sedikit benar sumbangan diri ini untuk menyebarkannya kepada yang belum tahu...
wak nk salam senin jakk..
Alhamdulillah..hidayah akan tiba b ila Allah menmginginkanya begitu :)
salam kenal dengan tuan rumah..
Alhamdulillah, hanya melalui mimpi beliau memeluk Islam..ALLAHUAKBAR
Salam dear,
Tersentuhnya..
Hubby dulu selalu mendengar seolah2 orang mengaji sewaktu dia tidur..Emm, sebelum tu, dia pernah cakap kat mak dia (Masa umur dia 18).. Someday dia akan peluk agama Islam, tapi tak tahu bila.. Dan akhirnya hari tu sampai pada tahun 1997.. Alhamdulillah!
Salam, :) kalau cerita pasal mimpi ni ada macam2 , yg pelik pun ada yg seronok pun ada, yg seram pun ada.. setiap kali kita bermimpi, kita mendapat satu pengalaman yg berbeza..
kalau sudi boleh kongsi mimpi kt blog saya: http://kawalmimpi.blogspot.com
Post a Comment