Gracias!

Dec 3, 2012

Kisah Misteri!

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Saya berkira-kira juga samada nak cerita ke tak tapi CikPuan Shima macam teruja je nak tahu kan... kira ini entry khas buat  SHIMA! Beberapa hari dok peram cerita ni, tulis-tulis save, tulis-tulis save... hehehe :)) 

Boleh baca tapi percaya JANGAN ok! :)

Warning: Siapa suka boleh teruskan pembacaan, kalau tak...

You better stop now! 

I won't be responsible for any damages occurred ok! heeee heeeee heeeee *evil laugh* 

Ok tak kelakar & seram pun! :p :)

Since kecil saya memang suka dengar & baca kisah hantu... Jujurnya saya ni penakut orangnya! Pernah duk lepak memalam dalam bilik sensorang baca buku kisah benar cerita hantu, tup tup letrik terputus! Apalagi berlari macam lipas kudung menjerit sampai tersadung bengkak kaki, sehingga terpaksa pergi berurut. T___T

Itu kisah masa belum kahwin... Sekarang kalau takut peluk je cik abang! hehehehe... Cik abang pun malas nak layan... :p

Saya suka nak tahu, curious macamanalah rupa hantu tu sebenarnya... Kalau saya jumpa atau berdepan dengan real ghost apa yang saya akan buat? Adakah hantu itu akan cekik saya & bunuh saya macam cerita dalam TV tu atau saya akan lari lintang pukang tak cukup tanah? 

Tapi setakat saya hidup hampir 31 tahun di muka bumi ini saya tak pernah lagi dengar orang mati kena cekik dengan hantu! huhuhuuu... 

Cerita misteri, mistik & apa sahaja yang berkaitan dengannya memang banyak dalam koleksi saya! Walaupun saya ni tak seberapa nak berani tapi saya suka kumpul, baca, dengar & tonton kisah-kisah paranormal ni! 

Sebabnya???? Keinginan untuk saya tahu adalah sangat tinggi! :)

Saya juga tak terlepas dalam mengalami kejadian demi kejadian misteri dalam hidup saya! Percaya akan kewujudan makhluk ini, tetapi tidak terlalu taksub & yakin ianya memudharatkan kita...

Minat hanya sekadar minat, bukan menjadi fokus utama, saya rasa lebih baik saya tumpukan perhatian saya kepada alam nyata! Namun, kadang-kala saya masih juga membaca & menonton kisah-kisah paranormal ni tapi bukan seperti cerita di TV yang ntah apa-apa tu ye! :))

Saya tak pasti saya pernah melihat atau tidak makhluk misteri ni... Ada juga pengalaman berhadapan dengan makhluk ALLAH yang satu ni... Nak cerita macam terlalu banyak pulak! hehehe... 

Mendengar suara pelik-pelik seperti suara perempuan mengilai, mengekek adalah biasa bagi saya... Namun begitu saya pun tak pasti ianya suara hantu ke apa! huhuuu...

Ok back to cerita di Peru ni... Nama tempat, nama mereka yang terlibat terpaksa saya rahsiakan untuk menggelakkan sebarang salah faham... :) Sebelum tu, saya harap cerita ini hanyalah sebagai HIBURAN semata & diubah suai mengikut kesesuaian... Harap semua faham ;):)

Mukadimah yang panjang...hikhikhik :p

Kisah 1

Salah seorang kenalan saudara baru berkongsi cerita dengan saya bagaimana keluarganya yang tidak boleh menerima dia memeluk agama Islam... Keluarga beliau adalah penganut agama Khatolik yang kuat! 

Kisah misteri bermula bila rumah yang beliau diami kadang-kala terdengar pelbagai bunyi-bunyian... Rumah dua tingkat, yang dibahagian atasnya kosong tapi bila malam pasti akan kedengaran bunyi tapak kasut, seperti orang berpesta!

Gangguan demi gangguan seperti ditarik kaki semasa tidur, kelihatan imbasan kanak-kanak bermain di dalam rumah dan sebagainya... Sememangnya beliau rasa terganggu tetapi dengan pertolongan ALLAH, entah bagaimana dia menemui tulang, rambut dan patung yang ditanam di dalam kawasan rumahnya... Katanya, dia percaya akan apa yang ditemui adalah berpunca dari orang-orang yang menentang keputusannya untuk memeluk agama Islam!

Allahuakbar! Terasa ingin mengalir airmata apabila melihat ketabahan & kekuatan wanita ini menghadapi dugaan dalam mencari cahaya kebenaran seorang diri bersama anak perempuannya yang masih kecil :')

Kisah 2

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke satu bangunan ini hati saya dah berkata-kata, kenapa suram & tidak berseri... Cantik di dalam gambar tidak pada realiti, hurmmm...

Penjaga tempat tersebut yang telah bekerja hampir 30 tahun (tidak silap saya) pernah bercerita, pelbagai kejadian misteri yang berlaku kepada yang pernah pulang lewat dan mendiami bangunan tersebut.

Antaranya, typewriter/computer yang berbunyi sendiri, bunyi tapak kaki berjalan padahal waktu itu tengah malam buta, bunyi kanak-kanak bermain, kelibat-kelibat dan macam-macam lagi.

Menurut beliau bangunan 2 tingkat itu dulunya mempunyai bilik bawah tanah tetapi kemudiannya bilik itu terpaksa ditutup kerana berlakunya satu tragedi. Anak tuan asal bangunan itu yang berusia 3 tahun pada waktu tersebut mati terjatuh dari tingkat 2 bergolek sehingga ke bilik bawah tanah dan mayat budak itu hanya dijumpai selepas 3 hari. Semenjak dari peristiwa itulah, bilik bawah tanah tersebut ditutup.

Saya juga pernah melalui tangga yang dimaksudkan... Memang terasa seram sejuk walaupun saya belum tau kisah sebenar sejarah bangunan itu...ngeee~

Kisah 3

Di bangunan yang sama, pada waktu itu kami berlima, saya, dua kawan saya (orang Malaysia), Iman, termasuk seorang warga Peru. Waktu hampir Maghrib, Iman memang bising bermain seorang diri berhampiran tempat kami bersembang.

Secara tidak semena-mena, kami bertiga terdengar bunyi seperti orang meniup wisel... Bukan! Bukan bunyi wisel tetapi seperti bunyi trompet yang biasa kanak-kanak bermain di party hari jadi!

Preeet... preeettttt...

Suasana sunyi  dipecahkan dengan bunyi tersebut yang sangat ketara & nyaring, datangnya dari arah luar membelakangi rakan kami warga Peru tadi. 5 kali kalau tak silap bunyinya. Kami bertiga terus terpinga-pinga... Secara tiba-tiba Iman melompat ketakutan... "Takut, takut." kata Iman... Muka Iman pucat. Saya hanya mampu tersenyum sumbing menenangkan Iman... Perlahan-lahan kami bertiga berpandangan & tersenyum sesama sendiri...

Yang hairannya, warga Peru itu tidak dengar langsung bunyi tersebut! Die pula yang kelihatan terpinga-pinga & kehairanan... Aneh!

Nampaknya 'bunyi' itu sengaja nak menyakat orang 'asing' seperti kami... Nampaknye kena 'cecah tanah' mengaku orang sini... hehehe... *Joking* :p ;)

Cukup dulu tiga kisah, ada yang saya dah terlupa... hehehe... Nanti kalau ingat saya story lagi ye...

Thank you for reading!

Adios~

P.S. Belajar takut hanya pada ALLAH :)
P.S.S. Pemenang GA akan saya umumkan secepat yang mungkin, kami memilih pemenang berdasarkan kriteria yang dinyatakan... Selebihnya terpulang pada Mr 'Juri'... Mr 'Juri', please be fair ok! :))


60 comments:

sal ya said...

salam marya...

cerita misteri mcm ni biasa. tp akak pn tak teringin nk jmp wlaupn kdg2 dlm hati tu bertanya juga.

Rina Rahamat said...

Uikss..serem. mujur sepjg hidup sy lum penah berhdpn perkara misteri

Mat Som Sadona said...

Marya...wah, Marya byk menyimpan koleksi peribadi kisah hantu ni.
yg susah dia nampak kita, dan kita tak nampak dia.

Lagi susah dia boleh masuk ke badan kita dan merasuk kita, sebab tu ada histeria, gila dsb.

Saya sering baca tentang Segi Tiga Bermuda, di mana di situ sebagai Pusat Kerajaan Iblis, jika Marya ada cerita tentang itu dari sumber Peru, bolehlah satu masa ceritakan kepada kami nih...okey ya...

Kakcik Seroja said...

Iyalah sepatutnya kita hanya takut pada TUHAN bukannya HANTU. Selagi kita beriman kepada ALLAH, sepatutnya kita tidak meletakkan rasa takut kita kepada sesuatu yang lain...

Anum said...

misteri.........

suka suka said...

salam Marya.. mudah-mudahan kita tabah menghadapi situasi-situasi begini..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Saja kot "benda" tu nak beramah mesra dgn you Marya.... hehe..

Cikgu Ma said...

sama macam saya kak...suka dengar cerita hantu, suka tengok filem seram..walhal penakut jugak....

Tea said...

betull tu... belajar takut pd Allah...


cete antu adalah fav tea taww

Ibuhani said...

Ibuhani pun pernah mengalami peristiwa seram2 2x dlm hidup sebenar ini....mmg sgt3 menyeramkan!!!!! Sampai demam tau!

faraherda.razalan said...

Ish, meremang pulak bulu roma sy. Nak2 yg bunyi wisel tu. Tapi kan awak, cite2 awak ni boleh jdk idea mengarang sy la. Hehehehe...

Myra Jay said...

Semua tu pengalaman, baca kisah 2 takut gak..
Tp semua tu tak nafikan sebab 'benda' tu memang wujud kan :)

Pen Biru said...

salam..baru sempat BW.aloo..x sempat join GA..

AiniHalim said...

Assalamualaikum,

BE pun suka tgk citer hantu dan suka bc kisah hantu tp klau nak tido mula lah rs takut..hehe great story..

Suria Amanda said...

manakutkan..mcm i ni penakut..tp bila dah terasa mcm ada sesuatu..i berani nak pi tgok..apa benda..mcm baru2 ni...tgh tidur tiba2 terasa mcm kaki direntap...terperanjat hoke....tp i bangun check kenapa...kebetulan i sensorang kat umah sewa..kawan2 lain semua xde...dah pasti xde sesapa..i sambung tido sambil ckp..aku tak kaco ko..ko jgn gatal2 nak kaco aku...berani tak i? berani tak?hahaahaha...

Unknown said...

evil laugh heeee heee heeee... owh! seram sudah ekekeke...

Nasib la ummi pun tak melompat sekali dgn Iman..

Mana2 tempat ada. Betul tuh belajar takut hanya pada ALLAH..

*takut bila afiq main kat kaki mok dia sebab mesti dia akan gigit punya!* hukhuk

Unknown said...

seram juga baca kisah-kisah seram ni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

huhu.. seram lak bila bc..

Unknown said...

scary nya..alhamdulillah..saya belum ada pengalaman macam tu.. kalau ada pun maybe saya tak perasan..

Rozie said...

Tempat kerja z banyak hantu.. hehehe dia hanya munculkan diri dan ganggu dengan org2 terpilih sahaja...

mama ju said...

Salamat sejahtera dan selamat pagi Anakanda Marya.

Hebat ko marya!

Unknown said...

Assalam Marya,

Memang terasa seram nyer walaupun baca kat opis dengan cahaya terang benderang ni..hihi
mamavogue pun jenis penakut gak :p

eLL said...

saya banyak dengar cerita misteri tapi tak pernah mengalaminya. hihi

Nai @ TPJ said...

Salam. Dear.. Dlm pd takut2 awak pon, berani jugak tu...! Myself mmg x bleh tgk @ baca cita2 hantu ni, mmg mengelak..! Heheh. Tapi gi mana2 yg 'keras' buat tak tau je, wpun kdg2 ter'nampak'.. Boleh?

mala said...

eh ada crita seram ... best hehehe

Unknown said...

Salam Marya..
hehehe.. seram jugak baca citer2 seram Marya nih.. zura dulu masa duk hostel.. junior kena rasuk.. sampai 2 3 orang kena skali harung.. letih nak handle..huhuhu..

tapi zura nih kategori penakut jugak.. cerita seram kat tv mmg zura tak tengok kalo duk rumah ngan anak2 jer.. kalo hubby tengok skali joint lah jugak.. tapi duk celah tiak hubby.. keh keh keh..

Unknown said...

allahuakbar... iman pon ada sekali terlibat dalam salah satu cerita ker.. huhu

kurus said...

uishh akk pun
mujur x pernah alami
kalau pernah .. rasanya mauu je kongsikan bersama ..
tapi akak kurang percaya .. ;)

Dr K said...

Saya pun 'teringin' nak jumpa hantu ..sebab nak tahu rupanya..nak tahu respon nya..hihihi

- Kisah pertama tu, mula2 baca macam ala ala Poltergeist..

-Kisah kedua & ketiga tu,bangunan tu mmg usang sangat ke interior nya?
kalau saya jumpa hantu kat Peru, mungkin tak takut, kot..sebab hantu tu tak tahu cakap english/melayu! hahahah


ps: kat TV Peru, byk tak cerita2 hantu merepek macam TV kat malaysia ni?

Abil Fikri Ahmad said...

Sekiranya kita tgk rupa asal syaitan/iblis, samada pengsan atau mati coz Laknat Allah pada syaitan/iblis ni membuatkan terlalu buruk...Jadi takut kita pada Laknat Allah tu tadi, syaitan tu kita buat tak tau jea...

Tapi kalau syaitan tu hensem, kita takut tak..?..

syiela said...

tak pernah mengalami sendiri perkara misteri.. nauzubillah minta simpang

umiyumi said...

Salam Marya,
wah byk juga experience mcm tu kan. saspen juga tambah2 budak2 kecik mcm Iman mmg boleh nampak benda2 mcm ni

Khairul Abdullah said...

Saya pun sepanjang umur saya ni tak pernah terjumpa, atau terdengar atau terserempak dengan benda2 ni. Mintak simpanglah..:)

Mama3Q said...

hehe..seram! alhamdulillah sepjg saya hidup ni tak penah jumpa benda2 pelik setakat ni,even masa dok sorang2 time bujang dulu,dan dah kawen ni pun selalu kena tinggal bila hubby shift malam...

azieazah said...

Kak Azie penakut. So baca tak habis. heheh

Rumah Kuning said...

saya baca setakat mukaddimah je. hehehe

emarieys said...

ema jenis tak berani nak tgk iter seram..kalau nak tgk sangat..time bunyi seram tu..ema mute kan soundnya..hehehe

makchaq said...

Memang ada orang2 tertentu saja yang boleh dengar/nampak ni rasanya.. makchaq pun pernah jugak alami..

Mulan said...

sorry marya tak leh baca habis...!!!!

hehehe... nyeram kan laa..

Fai Nardir said...

kak marya, fai baca intro jer.. kisah2 seram tu semua fai tak baca pun, sebab nnti fai takut nak bangun ke toilet tgh2 malam.. hehe :)

Pida said...

En el mundo, ¡vivemos con ellos! ;)

Anonymous said...

js pun pernah diganggu time skolah dulu...alhamdulillah smuanya ok..pernah nmpk bagai mmg menakutkan...^^

Ratu Hatiku said...

As salam Marya...
Saya pun penakut jugak..dkt opis nie beberapa bln lps despatch kena kacau..skrg nak g toilet pun berteman..hehehe...

mama aini said...

assalam marya..Allah ingin menguji kita..tapi marya memang seorg yg kuat semangat..kalau mama dah demam..hu2x..betul belajar hanya takutkan ALLAH..

Unknown said...

dulu2 memang sy takt kak,,tapi skngx sudh..he

Mylesung said...

salam marya..hamboi..entri seram! hehe..ingatkan i ni penakot tegar..ada lagi org yg penakot dlm rumah i ni..encek somi la..sbb dia penah tgk real hantu..i blom lagi..uishhh...minta2 tak nak lah..takotttt chek! mmg benar takut hanya pada Allah..kdg2 tiang lampu dlm gelap yg tak bapa nak clear tu pun kita blh imejin benda pelik..cer tengok betui2...kann...tettt...hehehe

Azian Elias said...

YA ALLAHH..tetibalah citer seram awak ni... awat org Peru tu cam tu ek? depa tak de citer hantu ke..

AmirFX said...

Salam. Hola Marya! Syaiton dan Iblis mmg ada dimana2.. Cuma mereka tak menampakkan diri mereka sebenar jer...

Salmi said...

Wah, banyak pengalaman Marya ye.. Dulu akak memang tak percaya langsung cerita macam ni. Namun, akhirnya terpaksa mengakuinya dengan kejadian2 yang melibatkan orang yg rapat dgn akak.

Puan Kutu said...

bunyi perempuan mengilai perkara biasa?ini bukn penakut,berani jugak marya nie.haha..

bunyi wisel tu sy percaya dia sajanak kacau jer tu..lgpun time maghrib kata org mmg banyak benda2 nie berkeliaran n mencari mangsa.huhu

sudipVSsenduk said...

tak nak baca...

NEKCIK said...

Salam Marya...syaithan itu ada di mana mana...kalau boleh biarlah tak nampak wajah dia!!!!

❤~Emma Abduh~❤ said...

untungla sis ada suami ble bikin peluk2 manja kan.. :p
ok minat kita saaamaaaa,,sy pon suka sngt dgr cita hantu dr senior...tp mlm2 tyme nak tdo 2 peluk kwn erat2..penahaakkuuttt btl kan tp ada ht jg nak dgr cita hantu..

Cho Zila said...

akak tak suka baca cerita seram sebab akak penakut.. sebabtu anak2 suka tengok cerita hantu akak tak kasi..
tapi makhluk halus memang ada. ingat kisah masa sekolah asrama dulu.. lalu surau tiba2 dengar orang mengaji padahal masatu 12 tengah malam dan surautu gelap.. suara yang membacatupun merdu semacam.. bulu roma tiba2jer naik.. berderau darah... dah jauh baru tanya kawan akak, ko dengar tak ... dengar.. cabutttttt..

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

kalau saye takut nk peluk sape? =p kekekekeke

in shaa Allah, takut hanya pd Allah =)

Mat Som Sadona said...

Marya
Nak komen entri terbaru belum publish lagi
Mogok blog kah agaknya.

Di Malaysia yg saya tahu jin2 yg meresap dlm badan org biasanya bercakap Melayu dan selalunya bercakap bahasa Indonesia.

Dan sejak akhir2 ni dah mula budak2 kita yg meracau dalam bahasa Nepal, Bangla sebab ada org Nepal dan Bangla yg dtg ke tempat kita.

Satu kes di Trengganu hari tu, budak perempuan tu bercakap Korea kerana minat sgt dgn Kpop. Cakap Melayu pun slang Korea.

Di Peru, hantu-hantu di sana tentu bercakap dlm bahasa Spanish?

inazamri said...

tetiba meremang lak bulu roma ni baca kisah tu.biasanya kalau rasa meremang semcm kalau lalu kat area ada benda2 tu..katanye mmg ada la tu.

SangRatoo said...

Assalamualaikum Marya,

saya pun penggemar cerita misteri begini..padahal adalah seorang yg penakut..sama mcm Marya, perasaan curiousity tu sangat tinggi..hehehe..tapi kalau boleh elak tanak jumpa..takot plak..tsk..

ouh ye..nampaknye jue tertinggal gerabak utk join GA Marya..hehe gud luck utk para pemenang ye :) cium pelok utk budak Iman tu :*

Redecórate con Lola Godoy said...

Ohhh is delicious, your blog is very beautiful and wonderful, congratulations. Kisses from Spain.

http://redecoratelg.blogspot.com.es/

Ruse Sulaiman said...

Tertarik nak baca entri ni ;)

Allah dah beritahu makhluk dia selain manusia adalah jin. Jd tak hairanlah jin2 ini mengganggu manusia untuk membuatkan kita rasa takut pada dia dan ada juga yg mahu kita berdamping dgn dia. Sedangkan manusia hanya perlu takut pada Allah dan tidak boleh berdamping dgn mereka.

Kdg kita tak tahu kita ni ada gangguan. Boleh tgk dlm YouTube tanda2 ada gangguan. Akk ada juga gangguan. Kita tak tahu bila kita check dgn ustazah baru kita tahu. Akk masa budak2 dulu mcm Marya, suka baca kisah misteri dan tgk. Sepatutnya kita tak boleh minat dgn benda2 mcm ni. Benda tu suka sebab kisah dia popular :) dlm masa yg sama benda tu pun suka kat kita. Itu pendapat akak. Rasanya lebih baik cari ilmu yg lebih dekatkan diri dgn Allah.