Assalammualaikum...
Hola cariño!
Curi-curi update sementara Iman 'titon'... Penat sangat gamaknya ke sekolah... Balik rumah lapar terus mintak nak maman nasik...hiks! :)
Beberapa hari yang lepas saya menerima berita sedih dari hubby tentang pemergian bonda tersayang Nieza... Saya mengenali Nieza atau Nur Suhainiza Ramli di alam maya kebetulan husband kami adalah rakan sejawat...
Saya lebih selesa memanggil beliau Nieza, kami saling berkongsi pengalaman susah senang suka duka hidup sebagai anak perantau... Walaupun tidak pernah bersua-muka tapi kemesraan itu tetap dirasai kerana beliau seorang yang tidak kedekut ilmu... Sekarang Nieza berada di Finland dan beberapa minggu lagi akan kembali ke tanahair for good... insya'ALLAH semoga segalanya berjalan lancar...
Takziah saya ucapkan buat Nieza & keluarga... Tiada kata yang dapat saya ungkapkan selain dari doa & harapan moga Nieza kuat menghadapi ketentuan ALLAH ini... Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH sebaik-baik Perancang...
Sekadar bercerita~
Kebetulan malam sebelum kami menerima berita tersebut, seperti biasa kami akan menghubungi kedua-dua ibu serta ibu mertua kami di tanahair... Bertanya khabar, sudah menjadi rutin bagi kami untuk menelefon mereka sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu... Sedikit sebanyak hilang juga rasa rindu... Maklumlah dua-duanya anak bongsu, kali pertama pula berpisah sebegini jauh dan dalam tempoh yang lama pula...
Kadang-kala suara mak & mil kedengaran ceria, kadangkala kedengaran sayu pula... Hari tersebut kedengaran suara kedua-duanya lemah & sayu sahaja... Membuatkan hati ini tersentuh... Lagi-lagi bila mengenangkan wajah tua mereka tu menantikan kepulangan kami... :'(
Ibu saya (sebelah kiri) bersama-sama kakaknya atau makcik saya... Tua dah ibu saya tahun ni 71 tahun & makcik saya 80++ (Tak ingat)... Alhamdullillah, masih sihat walaupun tidak sekuat dulu... Pertemuan di hari raya yang lepas credit to Kak Lang Fara... Thank you Kak Lang :)
Ibu mertua saya dan kakak ipar saya (Isteri abang saya yang sulung). Gambar semasa hari raya yang lepas juga. Terima kasih along & kak long juga :)
Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata ibu mertua sebelum kami berangkat ke Peru dulu, "Mak izinkan korang pergi, kalau dah sampai masanya, mak tutup mata kalau kau orang dekat pun, jika ALLAH tak izinkan tidak bertemu juga." :'(
Keadaan sebegini benar-benar menguji kekuatan kami, terasa rapuhnya jiwa ini... Waktu dan ketika inilah 'syaitan' membisik-bisikkan kata-kata yang tidak baik di dalam hati... Membisikkan kata-kata menyesal, putus asa, sedih & menyuruh menyalahkan situasi & takdir yang berlaku serta melemahkan hati... Astaghfirullah... How fragile we are... :(
Hanya ALLAH sahaja yang tahu niat & harapan kami... Walaupun kami jauh, insya'ALLAH selagi kudrat & dengan kemampuan yang ada kami akan cuba berbakti kepada mereka... Walaupun kadang-kala ibubapa kita ni tak minta pun duit/harta atau apa sahaja tapi alangkah besarnya hati mereka kalau anak-anak ingat & berikan sedikit rezeki yang ada buat mereka rasa diingati... Merasa titik peluh kita sebagai tanda menghargai...
Kasih sayang bukan dari sudut material sahaja tapi sebagai anak kadang-kala kita perlu lebih sensitif dengan mereka ni... Jagalah kata-kata & perbuatan kita sebab kita pun tak tahu siapa yang akan pergi dahulu... Kitakah atau mereka? :'(
"Ya ALLAH, kau peliharalah kedua-dua ibu & ibu mertuaku... Kasihanilah mereka... Berikan mereka kedudukan yang istimewa disisimu ya ALLAH... Jika ada perbuatanku yang baik-baik Kau berikan pahalaku itu pada mereka... Kurniakanlah kesihatan yang baik buat mereka moga kami dapat bertemu kembali nanti Ya ALLAH... Limpahilah rahmatMu buat kami... Sesungguhnya Engkau adalah Pemberi Rahmat ... Ameen ya Rabba'alamen..."
From my bffffffff~ |
Sedih, terharu... Sebetulnya aku terasa kerdil walaupun begitu aku takut untuk ke neraka...
Terima kasih sahabat atas doamu.... Buat Saniyah & Sue (jika korang baca), korang antara sahabat-sahabat aku yang paling aku sayang dunia & akhirat... How lucky I am to have such a beautiful & lovely friend like you both... Moga ALLAH berikan kehidupan dan masa depan yang baik-baik buat korang berdua... Buat sahabat saya yang lain juga... Semua-semuanya... Thanks for being my friend! *Abrazos!* *Hugsss*
Thank you for reading! Chau!
P.S. Nora, barang yang aku promise tu tunggu ye... Tak sempat lagi nak pos...sorry sesangat, sedih sebab dah janji tapi boleh pulak terlupa... :(
46 comments:
salam marya...
jangan sedih2. nnt dah balik malaysia rindu pulak dgn suasana kat sana. mcm all my friends yg dah pernah ddk abroad. gitu la gayanya.
salam penghulu hari bt Marya skluarga
Entry ini bt hati sama2 rasa seakan jauh dr kedua ibubapa.
Namun mujur cepat sedar 2jam dah boleh bpelukan dgn mereka.Beza dgn kalian y beribu2 batu jauhnya dgn org tua.
Moga mertua dan ibu Marya sentiasa sihat dan gembira dgn stiap kjayaan kalian semua...
Insyallah
Ayu juga mengenali Nieza hampir 2tahun... bila dia kmbali skejap mjaga arwah ibunya smsa ada... Ayu mmbaca tiap FB y di syer pd kami rakan mayanya, walahemah ms tu Ayu teringin nk btentang mata dgnya. Namun faham masa tu ibunya sakit kuat...
Sampailah Nieza pulang semula ke Findland,khabar y baik2 ibunya sihat...
syukur...
tapi, DIA sayang hambanya y baik3 stahun kemudian arwah pergi juga.Moga arwah ibu Nieza tenang disana.
Buat Nieza salam takziah..walau Nieza tiada saat ketika arwah diakhir hidupnya, ketahuilah arwah stiasa bangga dgn stiap anak2nya
Al fatihah bt semua ibubapa atau mertua y telah ke rahmatullah.
Assalamu'alaikum Marya.
Salam Takziah buat Nieza atas kepergian bonda tersayang ke pangkuan Maha Pencipta. Semoga rohnya aman di sana, InsyaAllah.
Buat Marya, apa yang diucapkan oleg ibumu itu benar sekali. Segalanya akan terjadi atau tidak hanya dengan izinNya juga. Kita cuma boleh berdoa disamping berusaha. Semoga Dia mengizinkan perjalanan hidup kita berlalu sebagaimana yang kita mahu.
As salam Marya, menjadi isteri ni kdg senang masuk syurga juga senang ke neraka. Mudah masuk syurga bila mendapat redha suami, turut perintahNya, jaga keluarga dll...insyaallah syurga la kita.
Emak akk pun lebih kurang umur mak marya tapi masih sihat, alhamdulillah. Ajal maut, jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Akak yg di Sabah pun tak sempat tgk arwah adik di kebumikan, itulah ketentuan.
takziah dan al fatihah untuk Arwah
Salam Dear,
Pagi2 baca entry macam ni membuatkan mummy mengalirkan air mata..
Pagi tadi baru mummy cakap dengan cheche pasal isu mati ni..Mummy tanya dia, macamana kalo mummy meninggal?.. Cheche said 'Cheche dont want mummy to die'..Sambil suara dia serak.. Mummy hug her.
Dalam kereta pulak, mummy hanya menangis mengenangkan arwah abang yang baru meninggal bebaru ni..Alfatihah buat arwah..
Sekarang pulak, baca lagi entry Marya, teringat ibu kat kampung,. Betapa mummy lalai menjalankan tanggungjawab sebagai anaknya. Astarghfirullahalazim..
Walaupun mummy tak kenal Nieza, Iringan alfatihah tetap dikirimkan kepada Arwah ibunya..Alfatihah!!
Marya juga jangan sedih2 ye. Insyaallah yang terbaik untuk kita semua :)
Tumpang mengucapkan salam takziah buat NIEZA sekeluarga.
MARYA,
Kak Azie kongsi sikit citer benar ni:
My Kakak Ipar anak bongsu. Mak dia tinggal dengan dia tak pernah berpisah wpun dah kahwin. Dia bela mak dia sepenuh hati.
Ditakdirkan dia pergi bercuti sekejap ikut MyAbang yg buat PhD di UK. Ibunya meninggal semasa mereka di UK.
Tinggal bertahun-tahun bersama, tapi berpisah sekejap, bila akhir hayat ibu, dia tak dapat mengadap langsung.
Redha.
Sabar
Ya.. I like ayat mencari redha suami.
Semoga MARYA sekeluarga dilindungi.
NIeza...takziah ...
moga DIA melimpahkan rahmat ke atas arwah ..
Thanks to share kak Marya...
Doakan yang baik-baik agar semua yang kita sayangi tetap menyayangi kita & dekat dihati ..
walau jauh dimata .. kan kan kan
*chenta sedey & takutkan kehilangan ...(_ _)"
Salam Marya,
Hugs from Penang to you and Iman in Peru ......
Stay strong even thou tears are our best friend.....stay strong.......
salam takziah
salam takziah utk keluarga nieza. baru2 ni akak pun kehilangan seorg kawan akibat kanser darah. berhari2 jugak akak asik terbayang wajah dia, saat masa kami blajar dulu. lebih sedih waktu kematian dia, anak dia nak hadapi exam upsr.
sedihnyer..xth la kalo sy kt tempat kak marya..giler la nangis2..huhu,
takziah buat mak kak nieza..semoga sentiasa tabah mengharungi dugaan hidup..
Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk Nieza.
salam beautiful marya, innalillahiwainnailaihirajiuun dan salam takziah utk nieza kawan marya..semoga roh arwah ibu nya dicucuri rahmat Allah swt..aamin.. Perjalanan hidup kita sudah diatur allah swt dengan secantik cantiknya, doa dan terus berdoa jika ada qadar yang ingin kita mohon mercy Allah swt untuk mengubahnya..insyaAllah..take care daling :))
sedih syahdu baca ntry nih.... yelah lg2 bile duk berjauhan kan, dana doakan mak ngn mil Marya sihat n dlm lindungan Allah...
takziah dan alfatihah utk arwah mak kwn Marya tu yek...
sedih syahdu baca ntry nih.... yelah lg2 bile duk berjauhan kan, dana doakan mak ngn mil Marya sihat n dlm lindungan Allah...
takziah dan alfatihah utk arwah mak kwn Marya tu yek...
alahaii Sis.. sedih pulak entry ni..
alahaii Sis.. sedih pulak entry ni..
Jgn sedih ya..syukur marya ada suami dan anak disisi...masa depan masih misteri...belum tahu kan itu semua rahsia Allah..kita ni hanya mampu berdoa agar termasuk dlm golongan yg berpeluang dan terpilih....utk apa2 sure la utk yg baik2 je kan...la tahzan dik :-)
salam dikk
jgn sedih ok
doakan banyak2 buat MIL dan mak marya .. insyaallah mereka akn ketemu marya juga nanti ..
sayu lak akk baca titipan khas bff marya tuu
Alfatihah
kepada sape2 yg still ade ibu..hargailah mereka selagi ade..untungnye..jeles pulak sy :(
salam marya
innalillah..takziah buat nieza dan keluarga..semoga dia tabah menghadapi kehilangan ini..
betul tu..kalau dekat pun tapi tak diizin Allah tak dapat bertemu jugak..
Assalaamu'alaikum sis...
Betul kata ibu mertua kamu...walaupun cuma tinggal bersebelahan jika tiada keizinanNYA..belum tentu akan berjumpa...kamu sabar dan terima saja seadanya...Takziah buat sahabat kamu itu yer..
oh akak..speechless!
Salam marya.. Takziah buat teman marya tu.. bergenang air mata akak membaca entry marya.. tersentuh sgt dgn kata2 MIL dan kawan marya tu.. Semoga segalanya akan jadi baik-baik saja buat kehidupan marya dan keluarga.. Take care dear.. May Allah bless you always..
Salam Marya..
Zura Amin kan semua doa2 Mrya k~
moga mak n MIL marya dikurniakan kesihatan yang baik..
setuju sangat ngan kata2 MIL marya.. cam zura nih..walaupon sama2 duk malaysia tetap ade halangan tersendiri.. bukan selalu boleh balik terengganu.. hanya tunggu bila cuti panjang jek boleh balik terengganu..:)
Takziah n Al Fatihah...
Salam Maria..sorry ler agak lama tak bertandang kat sini..Bila balik sini nanti lepaskan la rindu tu kat org tua,,InsyAllah, Sihat mereka n berkat panjang umur, insyAllah..
Salam Marya,
Amin. Semoga semua doa dan hajat Marya dimakhbulkan Allah.
Sebagai seorang ibu kak ani rasa tersentuh hati dgn N3 Marya ni.
sayu pulak kakain membacanya..mak kakain pun tak sekuat mcm dulu2 jugak...kami anak2 perempuan 4 beradik bergilir2 menjaganya...supaya mak tak rasa bosan tingal dirumah yg sama sahaja...
tahziah buat nieza...
alfatihaha utk ibu nieza..
kite yg dok dlm mesia ni pon da rindu apatah lg la marya yg nun jauh d sn..
Salam marya, kita mmg beremosi kalau cerita pasal kedua org tua, duk jauh dr mesia ni kebarangkalian utk jumpa mmg pendek, umur pun bukannya makin muda, itu ler yg kita takut sgt2 :-( Alfatihah buat arwah ibu kak nieza, n takziah buat ahli keluarganya, doannya semoga tabah insyaALlah!
takziah buat kawan marya..
sedih baca entry nie sbb terbayang wajah aruah mak n pak sy..sbb masa aruah pak meninggal,sy tak smpt tgok..ada perkara tak diingini berlaku ms perjalanan sy balik..wpun masih dlm negara,dulu sy terpisah jauh juga dr kedua ibu bapa sy..
mmg klu boleh kita nak sentiasa dekat dengan mereka,namun apakan daya,dek tuntutan kerja,kita terpaksa berkorban..:)
al fatihah utk arwah... moga ditempatkan bersama mereka2 yg beriman..
Mula-mula merantau dulu saya skype dengan emak seminggu 2-3 kali, sekarang emak pesan..tak payahlah selalu sangat..emak takde topik nak borak..sebulan 2 kali sudah katanya :)
Assalamu'alaikum Marya.
Salam Takziah buat Nieza atas kepergian bonda tersayang ke pangkuan Maha Pencipta. Semoga rohnya aman di sana, InsyaAllah.
Buat Marya...Mungkin betul kata2 ibu mertua Marya...
Assalammualaikum sahabat, Terima kasih....Jazakallahu khairan. Sangat tesentuh hati dan terharu dengan n3 Marya ni.Tak dapat nak ucapkan dengan kata-kata lagi hanya mampu ingat semuanya Adalah takdir Allah. siapalah kita nak menghalang takdir Allah.
Sabarlah menjadi anak perantau macam kita ...ni la dugaan yang harus kita terima. sejak arwah mak nieza sakit memang 2 kali juga nieza terpaksa balik emergency seorang diri utk ziarah.keadaan arwah masa saya dulu memang teruk sampai doc pun ckp tak ada harapan utk pulih tapi berkat doa saya tiap hari dan kehendakNya alhamdulillah panjang usianya setahun juga selepas itu. Cuma perginya arwah kali ni dlm keadaan yang sgt senang dan tenang sekali.Walaupun sedih dan terkilan sebab tak kesampaian juga nk blk tgk tapi Saya redha dengan ketentuanNya ini.Doa dari anaknya jauh atau dekat akan sampai juga kepada arwah nanti.
Harap Marya dan suami juga tabah hadapi dugaan ini. Suami nieza juga melalui dugaan yg sama masa 1st posting dia di Dhaka dulu dia kehilangan arwah ayahnya.tapi mujurla dekat Dhaka-Malaysia sempat jugalah dia lari blk sekejap.Sama-samalah kita doakan semoga kedua-dua ibu Marya juga sihat dan diberikan peluang utk Marya berjumpa ibu lagi satu hari nanti...insyaAllah.
terima kasih pada semua blogger yg mengucapkan takziah dan mendoakan arwah...hanya Allah saja yg dapat membalasnya..amin.
Al-Fatihah..semuga bonda nieza ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..ya marya sementara mereka masih ada..call dpt mengubat kerinduan terhadap kedua ibubapa kita..
salam takziah buat nieza..
kita hanya merancang dan yang pasti DIA Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita....
insyaallah doa itu dimakbulkan olehNya..
Askm Marya,
Salam takziah buat rakan Marya. Tak boleh bayangkan tanpa mak. Apa pun lumrah kehidupan. Sampai masa terpisah juga. Peluang yg ada digunakan sebaik mungkin.
Akak nak bgtau brg Marya kirim dah selamat terima semalam dgn envelope terbuka. Alhamdulillah brg masih ada. Teruja kot org tu nak tgk brg apa dari Peru ;) terima kasih. Sgt menghargai pemberian tersebut. Iman minat sgt... bg yg lain tak mau ;)
Semoga perancangan Allah sentiasa yg terbaik buat kita. Insyaallah
assalamualaikum marya....al-fatihah buat arwah moga ditempatkn di dlm golongan org2 yg beriman...
dimana pun kita berada ibubapa memang sentiasa di ingatan semoga Allah akan sentiasa melindungi mereka sentiasa...:)
salam marya
lama tak singgah sini..
nak belek2 entry2 lama
kami sibuk la..
dgn semster dah mula
dgn setot yg kena outbreak rotavirus..
nak review blog kengkawan pun tak sempat
psl emak ni..
*jgnkan ko yg duk jauh2 tu
aku yg duk dekat2 ni: meru ke gombak ni baru je 45min - 1jam pun
time2 aku tewas dgn tekanan hidup..
nama mak jugak yg aku dok pnjatkan dlm doa,sebut2 time sedu sedan..
normallah klu kita sedih
tpi alhamdulillah sbb kita masih dirahmati ALlah untuk jdi ank yg baik sbb selalu ingat pada mak ayah kita.
klu dah tak ingat..
ko phm2 sendirilah ya..
*mahunya tak syahdu sbb mak kita yg ngandungkan kita,yg cebok berak kencing kita,yg suap kita mkn.
dah tua2 tu pun kita masih tak berupaya nak balas jasa dia.
mak aku lagilah..
dah tua2 ni pun maish membanting tulang 4 kerat nolong adik beradik aku cari sesuap nasik
Al-fatihah pd bonda nieza........smoga ibuku n kedua ibu n ibu mertua marya juga diberkati n dilindungi Allah SWT...syg mereka!
salam...lama xkunjung sini...apapun saya doakan yang terbaik supaya fmily sentiasa dirahmati Allah...dapat berkumpul sama2 nanti..insyaallah
takziah buat nieza...
sedih pulak is baca.. huhu (T___T)
salam takziah buat sahabat akak2.
tulkata bff akak2 kak..ikut suami mmg pahala akak kumpul untuk bekalan di akhirat nnt..insyaallah mak n mil akak mengerti2..sbr yae..
Post a Comment