Gracias!

Sep 12, 2013

Roti canai, cendol, durian, rambutan... bla... bla... bla...

A Breakfast At Mamak Place

An old Chinese man sits nursing a kopi O Beng,
Two Banglas discussing things back home,

Three Malays talking about kenduri,
And then there was me,
A bearded Sikh on the phone,
Two Chinese devouring fried mee,
Three salesmen checking invoices,
Amidst a cacophony of multilingual voices.

Astro on the screen, an NG documentary,

A Chinese man calling for more kari,
The local doctor taking a breather,
A break from his clinic just around the corner,
His teh tarik arrives with foam but less sugar,
The sikh man is still on the phone.

A call goes out for three rotis

With dhall mixed with fish kari,
There was a time when I was away,
For several lonely years and a day,
How I missed this atmosphere.

By Hazidi @ Hazidi Al-Kajangi @ hazidi.blogspot.com

Rindu..! Rindu..! Craving......!!!!

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Hari Isnin yang lepas 9 Sept 2013, Chu-ha genap sebulan! Maknanya ada lebih kurang 12 hari lagi nak habis pantang..! Yahoo!!! :))

Rupanya orang dalam pantang mengidam lebih teruk dari orang yang mengandung! Hehehe... Pssstttt... Tak sabar betul rasanya nak tunggu 2 bulan lagi... ;))

Seriously, dah terbayang-bayang durian, rambutan, cendol, petai, tempoyak, roti canai...! Oh how I terribly missed Roti Canai! Ada juga try buat roti canai kat sini, tapi tak pernah menjadi... Tak tahulah sebab apa, mungkin sebab tepung gandumnya tak sama seperti kita di Malaya nun... Ke sebab saya memang takde skill  and talent nak buat roti kegemaran Malaya ni?! hukhuk... Takpelah, sabarlah duhai hati... 2 tahun boleh sabor takkan beberapa bulan lagi tak boleh kan...? hikhik :))

5/9/2013 lepas Chu-ha pergi cucuk BCG! Di sini tak seperti di Malaysia, lahir-lahir terus cucuk BCG... Kat sini kena pergi cucuk kat tempat lain, centro de vacuna, sebabnya Chu-ha lahir kat private ... Bayar S/.15... Sepanjang berpantang ni berapa kali saya keluar rumah siap pergi jalan-jalan lagi... hehehe... Tapi tak boleh lama sangat sebab nanti kesian kat Chu-ha kesejukkan... Lagipun tak elok dalam pantang lasak-lasak sangat kan...hikhik...

Peru dilanda sejuk yang melampau tahun ni! Memang sejuk... Sepatutnya sekarang dah masuk Primavera (Spring) tapi masih lagi terasa sejuk & sekali sekala je sunny! Berbeza dengan tahun lepas, tahun ni cuaca lebih sejuk & panjang... Bagi kami di Lima ni, cuacanya taklah sehingga sejuk beku, belah malam pernah agaknya capai 12 darjah celsius! Paling mencabar bila nak mandi pagi... uishhh... tejuk! Gagagagaga gitu! hehehe :))

Sebab sejuk yang melampau ni, banyak Alpaka yang mati kat highland nun... Lebih kurang 250,000 ekor jugaklah yang mati... so, produk Alpaka akan menjadi sangat mahal tahun ni...huhuhuuu... Sumber: Peruvian Times

Sesiapa yang berminat nak tahu tentang produk Alpaka ni boleh ke blog saya yang lagi satu di sini : Casa de la Marya... Sementara kami masih ada di sini bolehlah order dengan saya... Insha'Allah dalam waktu yang singkat ni boleh saya bagi diskaun & apa yang patut untuk semua... :))

Lama tak cerita tentang makan-makan kan di blog ni :))

Jangan tak percaya, walaupun sibuk berpantang saya gagah memasak di dapur...! Aiyooo! Puji diri sendiri ke apa ni? hehehe... :)) Alhamdullillah, tetamu datang untuk diraikan... walaupun dengan air kosong... Tak putus terima tetamu kat rumah ni yang datang melawat saya & terutama sekali Nasuha...  Semua excited nak tengok baby Peru ni :))


Masak se'simple' yang boleh dengan kelam-kabutnya... Hubby siap pergi main bola pagi tu... Tengahari baru balik... Siap-siapkan Chu-ha & Iman, lepas tidokan Chu-ha terus bersilat kat dapur..!

Time masak ni tetiba saya rasa sedih sangat! Terasa sedih yang teramat!


Saya sedih sebab, saya masak tapi saya tak boleh nak makan! Huwaaa...! *Sobbing*


Tension betul tengok sambal udangku ini! Adehhhh...


Ayam goreng berempah yang melambai-lambai..! Ambik bau jelah...huhuhuu...


Ni jelah yang mampu dimakan..! Hahaha... tipu je :p ;)) Everyday breakfast! Oat, cornflakes, curik sikit babahnye coco crunch & trix Iman...hikhik... Masa makan sambil membayangkan makan nasik lemak! huhuhu...


Nasuha con sus bellas tias!  From left: Ikram, Natty, Ummi & Roxana.


Nasuha with uncle Riyad! Thank you K. Adibah for the gifts & kuih raya! Sedap, Iman suka betul! Satu hari dah abis :)

Not forget to Datin Halimah who visited us in Clinica, Aunt Siti & uncle Nasa, Cik Sharmini, Profesora Enia, Sra Columbus, Guilliana and Luis that came to our house that day ... 

Thank you for coming! Thank you for beautiful & lovely gifts for Nasuha...♥♥♥

Thank you for reading!

Adios!

P.S. Tajuk takde kaitan langsung dengan entry! lalalalala~ 

Sep 3, 2013

Berpantang Ala Malaysia-Peru..hiks

Assalammualaikum wbt.

Hola mis amores!

Cepatnya masa berlalu... Rasa macam baru semalam hari raya & baru je rasa sakit-sakit nak lahirkan Chu-ha (panggilan untuk Marya Nasuha)... :)) Hari ni dah pun hari ke-25, saya berpantang & hadirnya Nasuha menyerikan lagi hari-hari kami :))

Raya tahun ni memang saya tak buat apa-apa pun... Suasana hari raya tu bila kami buka FB & tengok drama-drama raya kat blog...hehehe... :) Kadang-kala terfikir juga, nasib baik berpantang kat Peru ni kalau tak mesti tension tengok orang lain makan sedap-sedap... hikhik...

Ok, sambil update sambil menyusukan Chu-ha, type pun kena laju-laju, maaflah kalau ter'typo' tu... Alhamdullillah, setakat harini Chu-ha fully BF... Malam pun dia tidur lena, walaupun ada terjaga 2-3 kali tercari-cari 'susu' dia... Saya pun alhamdullillah dapat tidur dengan baik walaupun sekali sekala meraba-raba juga tengah malam nak basuh poo-poo dia tu... :))

Saya & hubby bersyukur sangat pantang kali ni dipermudahkan olehNya... Saya berpantang seperti biasa, seminggu dah ke dapur memasak... Pagi-pagi hubby akan siapkan apa yang patut, yang lain tu saya kena uruskan sendiri... Mandikan Chu-ha, siapkan dia, pastu mandikan abang Iman pulak... lepas tu kena siapkan lunch untuk hubby, Iman & diri sendiri jugak... masak apa yang sempat & masakan lauk orang berpantang...hehehe... Terpaksalah semuanya makan apa yang saya boleh makan... Kalau hubby teragak nak makan lauk lain, kenalah dia masak sendiri... ;))

Cerita tentang berpantang ni, lagi-lagi berpantang seorang diri memang mencabar..! Tapi Allah tahu apa yang kita mampu & syukur sangat kalini semuanya dipermudahkan... Chu-ha pun tak banyak ragam... Kelam kabut pada permulaan je... Masa first day balik dari hospital tu je kami tak dapat nak tidur malam sebab saya bengkak susu... Dan disebabkan tu juga saya kena extend satu hari lagi warded, sebab demam...

Malam pertama di rumah, memang haru sangat sebab Chu-ha kelaparan nak susu, saya pulak terpaksa pam susu untuk dia... Nipple luka sampai berdarah... bila pam tu bercampur dengan darah sekali...tak sanggup nak direct BF dia... Sakitnya hanya Allah yang tahu... Time tu terus teringat dengan mak, betapa besarnya pengorbanan mak dulu-dulu... Yelah dulu-dulu mana ada pam semua bagai, macamanalah mak-mak kita mengatasi masalah bengkak susu ni dulu kan... Tujuh orang anak emak, semuanya BF... saya yang bongsu sampai umur tujuh tahun masih lagi mengopek...hehehe... Semoga syurga untuk mak, ameen :)

Dekat sini, takde istilah berpantang atau confinement days macam kita... Sebelum keluar ward haritu, doktor just pesan tak boleh minum minuman bercaffein, teh, makanan tak dimasak dan alkohol, yang lain-lain boleh makan... Masa kat ward, nasib baik boleh request menu... So, awal-awal lagi hubby dah pesan makanan untuk vegetarian & ikan... saya pun makan tawakaltu'allallah je... Dulu, hospital kat Malaysia pun diorang bagi makan ayam... Tapi saya tak makan... takuttttt... hikhik...

Yang best tu kat sini hari ke-3 saya dah pakai bengkung... Mereka panggil FAJA (fa-ha) @ FAJITA (fa-hi-ta)  :):))

Bengkung moden khas untuk orang bersalin normal atau ceaser... semuanya atas recommendation dari doktor! Kalau dulu, saya pakai bengkung selepas 2 bulan, memang tak merasalah nak pakai bengkung yang lilit-lilit tu kalau bersalin ceaser ni... Lepas dua bulan, saya pakai Premium Beautiful, memang mudah & cepat tapi kena tunggu 2 bulan... huhuhu...

Terkejut jugak bila doktor suggest pakai bengkung seawal 3 hari... Biar betul doktor ni! Tapi bila dah pakai bengkung tu memang best & sedap... Badan pun rasa lebih tegap... harga pun taklah mahal sangat... rasa nak beli je lagi satu untuk standby masa akan datang... hehehe :))

Picture courtesy from http://www.bfemme.com/

Nilah bengkung yang saya guna tu :))

Kalau dulu, semasa berpantang mak mertua akan rebuskan air serai wangi & herba-herba untuk mandian tujuannya untuk segarkan kembali badan... Saya ni gemar bercerita & bertanya dengan kawan-kawan di sini... Jadi, dengan baik hati & tanpa disangka ada kawan yang membelikan saya herba-herba segar dari pasar untuk dibuat mandian terutama sekali untuk orang baru lepas bersalin...


Mereka panggil Las Yerbas... Saya tak tahu herba apa yang diguna, yang saya kenal satu je... chamomile (mazanilla)... Memang segar lepas mandi ramuan herba-herba fresh ni..! Baunya sangat menyenangkan-soothing your mood gitu! :))

Tapi ada pantangnya lepas mandi dengan ramuan ni... Pantangnya tak boleh keluar rumah lepas mandi & biasanya dorang buat mandi malam... Saya tak pasti apa relevannya... Psssst... saya syak orang sini tak suka mandi pagi, haritu ada yang ajar mandikan Chu-ha waktu malam... supaya nyenyak tidur katanya... aiyooo terbalik sudah dengan kita! huhuhuu

Cara-cara meramu... hikhik...

Masukkan daun-daun herba dalam besen yang sesuai...


Tuang air panas ke dalam besen yang berisi herba-herba terbabit dan tutup sehingga air bertukar warna dan menjadi suam...


Kemudian bolehlah dicampur dengan air sejuk biasa & mandi seperti biasa...

Aaahhh... syok...rasa macam Puteri Gunung Ledang kejap... Tapi, saya sempat buat dua hari je... Lepas tu tak dan dah... huhuhuu...

Entah bila nak rasa mandi air herba Peru ni lagi... So, coret-coret kat sini buat kenangan :))

Ramai yang tanya bila nak balik Malaysia... Soalan popular saya rasa... Insha'Allah... memang nak balik... kena tunggu baby fit to fly... bukan dekat-dekat, plus minus 26 jam dalam kapal terbang... Kena transit lagi... Kesian kat baby nanti kan ;))

Oklah, I think I have to stop now... walaupun banyakkkk sangat nak cerita... Nanti story lagi...

Setepek dua gambar chinta hati...


Abang Iman sayang sangat dengan adik dia... Lembut je dengan adik tapi cemburu tu tetap ada...  Kena hati-hati jugak kadang-kadang melompat-lompat dekat dengan adik... Risau dibuatnye...

Iman cakap adik takde gigi... hehehe...

Thank you for reading...

Adios..!






Aug 22, 2013

♥Marhaban Ya Marya Nasuha♥

Assalammualaikum wbt.

Hola Peeps!

Allahuakbar! Baru sempat nak update... Maaf semua, confinement days yang hectic! Berpantang seorang diri dengan nak menguruskan anak dua bukan mudah bagi saya... Walaupun Iman dah 4 tahun tapi banyak benda yang dia masih bergantung dengan kami... Mr hubby lepas cuti seminggu kena balik bekerja semula... Alhamdullillah, Dia hantarkan bantuan disaat kami memerlukan... :))

Alhamdullillah, pada 9/8/2013 bersamaan 2 Syawal 1434H yang lepas saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.3kg pada pukul 23:23 (waktu Peru), melalui pembedahan Cesarean. Saya telah cuba untuk VBAC tetapi tidak berjaya... Pengalaman bersalin kali ni agak traumatic, tapi syukur pada Allah segalanya berjalan dengan lancar... Ceritanya akan saya kongsikan kemudian ;))


♥Marhaban Marya Nasuha♥


Si Putih Suci Murni ni dilahirkan di Clinica El Golf, San Isidro, nurse & doctor semua panggil dia Chinita (little chinese girl)... Abang Iman panggil dia princesita (princess)... Ummi pulak panggil dia Chinita Gordita ( Fat Little Chinese) aaaarrgghhh sebab kuat minum susu..! hehehe :))

Tapi ni cinta hati babah, babah panggil dia Amoi Cinta..! Weee... ummi pun babah tak pernah cakap cinta, cinta tau..! hikhik... 


Alhamdullillah, we feel blessed with this two beautiful babies of August... The best anniversary's gift ever (8/8/2008-5th Anniversary)! Syukur ya Allah, atas rezeki dan anugerah yang tak putus-putus dariMu...♥

She's now officially a Malaysian... No longer Peruana, since Malaysia only allowed single nationality... Whatever it is, she's been made in Peru..!  hehehe...

Thank you to all for the doas, warm & beautiful wishes & undivided support...! xx

From Peru With Love,

Nadzri Sani, Marya Yusof, Iman'ul Yaqin & Marya Nasuha

Selamat Hari Raya!

Hasta pronto!


Aug 8, 2013

Luarbiasa: Raya, Anniversary & Keep Waiting ♥

Assalammualaikum wbt.

Hola hermanas y hermanos!

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga yang jauh... Taqabbalallahu minna wa minkum, wa ja'alanallahu minal aidin wal faizin... Semoga Allah menerima (amal) yang telah kita lakukan dan semoga Allah menjadikan kita termasuk (orang) yang kembali (fitrah) dan (mendapat) kemenangan... Maaf Zahir & Batin ♥♥♥

Raya yang sangat luarbiasa bagi kami di sini... Tahun ni persiapan hanya ala kadar sahaja... Errrmmmm... boleh dikatakan tiada... Nada..!

Dalam tiada tu, semalam saya berdua dengan Iman pergi beli baju baru untuk dia... Kesian kat anak ummi... Feeling guilty... Tapi nampaknya dia pun tak berapa nak faham sangat... just excited bila dengar lagu raya..! :) Terjerit-jerit nyanyi,"esok hari raya!, esok hari raya!" :)

Syahdu terasa bila dengar lagu raya... Tapi kena gagahkan jugak diri, sebab raya bukan untuk bersedih-sedih kan :) :)

Cuma raya tahun ni kami terasa sunyi & sedikit terasing... dahlah duk jauh, mak pulak jauh...huwaaaaa...!

First hari raya, saya ada check up terakhir (I wish) dengan doc... Haiisshhh... si kecik ni tak mau keluar lagi... comfort agaknya dok dalam tu... Tapi takpelah, biarlah dia betul-betul ready & 'masak' baru keluar ye sayang :) Doktor pun dah bagitau, if tak bersalin 14hb ni, jawabnya memang adik sama macam abang Iman, keluar ikut tingkap...ngeee~

Nampaknya, babah tak dapatlah nak pergi solat sunat Hari Raya... sebab kena teman ummi pergi check up... Lepas tu tak tahu nak pergi mana, maybe ke China Town (down town) untuk beli barang-barang keperluan...

Hari Raya tahun ni juga kebetulan jatuh sama dengan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 5! Subhan'Allah..! Saya ni macam berharap adik keluar time ni... Konon-konon sebagai hadiah anniversary lah... tapi nampaknya sehingga saat ni macam takde apa-apa tanda lagi... Apa-apa pun kami doakan yang terbaik dariNya...

Happy Anniversary dear hubby! May our loves last till jannah..! The tide is high and we'll be holding on..! Insha'Allah... Insha'Allah.. ♥♥♥

Oklah, takde apa rasanya nak share lagi kat sini... Selamat Hari Raya semua!

Terima kasih sudi baca :)

Luuuffffffsssssssssssss... xoxoxoxo ♥

Adios!








Aug 1, 2013

♥Sweet August Just Begin: ¡Feliz cumpleaños Imancito!♥

Assalammualaikum wbt...

Hola!

Selamat Berpuasa! :)

Alhamdullillah, kita diberi peluang oleh Allah swt meniti 10 malam terakhir Ramadhan... Tapi ntah kenapa saya & hubby rasa macam lambat sangat masa tu berjalan... Mungkin kami kini dalam fasa menanti... menghitung hari... bukan untuk meninggalkan Ramadhan nan indah dan menyambut Hari Raya tapi  lebih kepada teruja untuk menyambut orang baru dalam hidup kami... Makin hampir, makin berdebar-debar rasa dihati...

Kalau ikut due date, masa first scan dulu saya dijangka bersalin 3 Ogos ni, tapi tarikh maximum yang doc beri adalah pada 14 Ogos... Alhamdullillah, saya mampu berpuasa & ada 2 hari je saya ponteng! hehehe... Sebab tak larat, kepala pusing-pusing... Saya memang ada masalah low Hb, tapi taklah serius sangat... cuma kena berjaga-jaga juga lagi-lagi dah nak tiba masanya ni kan :)

Pembuka Ogos nan manis, harini 1 Ogos 2013 adalah Hari Lahir Iman yang ke-4! Besar dah anak ummi! Happy Birthday Iman! Barakallahufik... ♥

Sebab berpuasa, kami buat majlis kecil-kecilan untuk Iman..! Rasa kesian dengan dia teringin sangat nak tiup candle & potong cake... So, untuk buat dia happy, babah cadang buat jugalah sambutan untuk dia sekali dengan iftar... :))

Babah pun dah promise nak bagi hadiah idaman dia..! Insha'Allah, nanti update simple & small celebration Iman's birthday untuk tatapan orang Malaya, khususnya keluarga kami :))

Harini juga saya ada checkup dengan doc, adakah pemeriksaan yang terakhir? Ntah, saya pun tak pasti ;))

Mohon semua doakan yang baik-baik untuk kami... :)

Sketsa terbaru Iman:

Iman : Ummi, Iman car, Rayo McQueen (Lighting McQueen)... Vrooommm..! Kachow..!

-Pics:Google-

Babah, Thomas...

-Pics:Google-

Saya : Ummi pulak?
Iman : Ummi, ummi... lufff...
Saya : Luff..? Apa tu?
Iman : Luffsss... (Sambil tangan melukis atas angin bentuk...)

-Pics: Google-

Saya : O... love... :') (Speechless..!)

Lately, ummi agak garang dengan kamu maybe sebab ummi cepat penat, ummi mintak maaf banyak-banyak... apa-apa pun ummi sayang Iman ketat-ketat..! X♥X♥

May Allah bless you with good akhlak & Quran in your heart always... Ameen Ya Rab...

P.S. Mohon maaf kerana saya tak berkesempatan kunjung balas semua... Selamat berpuasa dan beribadah peeps :)

Jul 10, 2013

Kenangan & Pengalaman: Menghadiri Jemputan Perkahwinan =)

Assalammualaikum wbt.

Hola mis amores!

Buenos Dias Malasia..!

Feliz Ramadhan a todos musalmanes en Malasia y todo mundo! :)

Dulu ada yang tanya saya kenapa ejaan Malaysia jadi Malasia..? Bahasa sepanyol ni memang gitu... kalau letak "y" di situ bunyinya akan jadi lain... "y" akan jadi bunyi "j"... :D

Macam nama saya, Marya... kalau yang tak tahu sebutannya akan panggil saya Marja! ;))

Harini rajin sikit nak update... yang lain-lain tak rajin nak buat... Dok melayan anak bujang sorang ni yang macam-macam ragam... asyik nak tengok 'trailer' LEGO je... LEGO Cars lah, LEGO City lah... Adeh... Celik-celik je mata, itu benda pertama yang dia ingat... Manyak fening!

Sorok dulu cerita tentang Iman yang sangat 'obses' dengan LEGO dia... Walaumacamana pun bentuk-bentuk yang dihasilkan memang mengkagumkan... hahaha...puji anak sendiri :p :))

Sabtu lepas, kami menerima jemputan dari rakan untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya di masjid... sebenarnya saya dan suami sangat berbesar hati & sedikit terharu atas jemputan tersebut... maklumlah, kami ni orang asing lagi pun sejak akhir-akhir ni kami jarang ke masjid & bersosial... 

Majlis dibuat pada sebelah malam... Kami memang takde idea nak bawa apa sebagai hadiah... Sebelum pergi tu saya dah tanya beberapa orang apa yang biasa orang Peru beri sebagai hadiah bila menghadiri majlis perkahwinan... Lepas Asar terus keluar rumah...

Sebelum tu kami pergi betulkan lappy kecik untuk Iman... tambah RAM bagi laju sikit... mula-mula janji 10 minit, tunggu punya tunggu hampir 2 jam baru siap! grrrrr... Nak tinggalkan rasa 'tak percaya', jadinya dah selesai semua baru rush pergi beli hadiah...

Nasib baik ada promosi di Sagafalabella, terus grab, pay, wrap...wrap...wrap... & berdesup ke Masjid! But, we missed the beautiful moment of Aqad Nikah... :(

Dengarnya aqad nikah dalam bahasa Arab, arghhh... tak dapat nak bayangkan nikah dalam bahasa Arab..! Mau terbelit lidah! huhuhu....

Sampai-sampai dah seisi bergambar... Majlis yang ringkas tapi meriah..! :))

Beberapa keping gambar saya kongsikan sebagai kenangan :))


Eh, suka pulak pengantin tu pegang perutku yang semakin muncit..! Menghitung hari :))


Rasa segan sebab pakai simple & kasual... Yang sebenarnya kami kesejukan...hikhik... Dorang ni tak rasa sejuk agaknye... Hubby pakai jeans je, orang lain semua pakai suit...erkk...


 Candid hubby with the groom... 

Masih ingat tentang cerita mimpi : Al-Qawi?  Dialah hamba Allah itu ;))



Tembam tak saya..?! :))


Lepas tu ada pulak bouquet throwing ceremony! :))

Just for fun!


The lucky one! Is she will be the next..? Allah sabe más :))


Budak perempuan ni berkenan dengan Iman, dia cakap nak kahwin dengan Iman... hahaha :D

"Quiero casarme con él..." - I want to marry him.

Iman geleng-geleng, "No quiero!" - I don't want.

Jadi bahan jenaka kat meja makan tu... Semua orang gelakkan Iman ;))


Pegang-pegang Iman, peluk-peluk Iman, siap ajak Iman menari... Bila tanya Iman, nak ke kahwin dengan dia... Iman deras menggeleng...hehehe :D


Terus duduk diam tak mahu kemana-mana lagi... 

Seterusnya hidangan makanan pada malam tu...


Orang di sini makan tak guna sudu tau! Mereka hanya guna sudu untuk sup sahaja... Makan nasi, spaghetti atau apa sahaja guna garpu :))


Ensalada...


Tak pasti nasi apa... bersama kuah olive... Tak boleh nak masuk tekak bagi saya yang tengah preggy ni... Satu lagi hidangan-shawarma... Tak sempat nak ambil gambar... Sibuk bertanya nama juadah tapi tak ingat pun...hehehe... Kata mereka ni bukan masakan Peru tapi masakan Morocco! Wah, tak payah susah-susah pergi Morocco, kat Peru pun dapat rasa... ngeee...

Thank you for reading!

Selamat Berpuasa & Berbuka... Jangan lupa kami di sini ye :))

xoxoxo




Jul 7, 2013

07.07 Feliz Día Mr John!

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Masih ingat dengan Mr John? 

Jika tak ingat boleh baca di entry ni: Mr & Mrs John. :))

Sebenarnya harini Birthday Mr John! :))

*Image: Google*

Kalau ikut tarikh hijrah hari lahir Mr John jatuh pada 15 Ramadhan... 

Tak kisahlah tarikh yang mana, doa kami semoga Mr John diberkati & dirahmati Allah sentiasa...

Thank you for dropping by!

Besitos y Abrazos!

Chau!


Jul 2, 2013

Ramadhan ya viene Ramadhan Kareem! ♥♥♥

Assalammualaikum wbt.

Allahumma balighna Ramadhan.. Allahumma Balighna Ramadhan...

It's coming! It's coming! :)

Ya Allah sampaikanlah kami pada Ramadhan!

Selamat Menyambut Ramadhan buat semua, keluarga, rakan-rakan yang jauh & dekat, terutama bagi yang masih sudi membaca blog ini serta menunggu cerita dari kami...

Tahun ini merupakan Ramadhan ke-2 bagi kami dibumi asing ini... Insha'Allah... Berpuasa dengan cuaca yang sejuk & kali ni agak 'suspen' sikit kerana minggu pertama puasa bermakna saya sudah memasuki bulan terakhir untuk melahirkan anak ke dua kami... :)

Syukur pada Allah dengan rezeki yang tak putus-putus darinya... Biar pun cabaran terhidang dihadapan tetapi satu hari nanti pasti akan dikenang... :)

Kami tak sabar untuk menanti saat itu sambil ketawa & tersenyum dan mengimbas kembali betapa tabah & 'gila'nya kami ;))

Ada yang pernah berkata, kami terlalu muda, kurang matang dan sebagainya... Tetapi kami yakin semua yang terjadi atas izinNya... Setiap hari Dia mendidik diri kita supaya menjadi manusia yang lebih baik..! :)

Ramadhan datang lagi, tak pasti adakah kita akan bertemu dengan Ramadhan seterusnya... Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun & maaf dari semua jika ada salah serta silap samada secara sengaja atau pun tidak...

Kadang-kala berdiam diri itu lebih baik dari mengeluarkan kata-kata yang kita pun tidak tahu, ntah orang suka atau pun tidak... Bukan kerana saya sombong atau apa... Lagi-lagi dengan keadaan diri yang tengah memboyot ni, adalah lebih baik duduk diam-diam, makan-makan sambil menonton rancangan kegemaran dan menghitung hari dengan gembiranya..! ;))

Mengimbas kembali suasana berbuka puasa (iftar) di Masjid tahun lepas... Gambar-gambar ni kalau masih ada lagi yang ingat pernah saya kongsikan semasa di temuramah oleh MHI, TV3 tahun lepas! Tahun ni takde kot...hahaha... :D Takkan tiap tahun orang nak interview dengan orang yang sama je kan :p ;))


Masjid ni terletak lebih kurang 15 min dari San Isidro, rumah kami... Masjid yang mendapat tajaan dari kerajaan Mesir.


Di Lima, Peru terdapat lebih kurang 400 orang Islam (Musulmanes del Peru) dan jumlahnya meningkat dari minggu ke minggu. Resource: The Islamic Buletin


Setiap kali Ramadhan dan juga perayaan lain seperti Eid Mubarak, di sinilah kami akan berjumpa dengan saudara seagama dari pelbagai bangsa, bukan sahaja orang tempatan tetapi juga dari seluruh pelusuk dunia... Ada yang dari Mesir, Palestin, Pakistan, Afrika Selatan, Indonesia, Canada, Amerika Syarikat, Thailand dan lain-lain negara yang tidak dapat saya nyatakan di sini...


Makanan yang dihidangkan untuk berbuka dimasak oleh orang tempatan yang diupah oleh masjid... Makanannya tentulah tak sama dengan masakan kita... Tapi, bagi saya ia satu pengalaman yang sangat bermakna :))


Tiada haruman bazaar Ramadhan, tiada aroma ayam percik di udara tetapi udara yang sejuk & dihangatkan dengan kemesraan saudara seagama yang berbeza bahasa & budaya... Bakal kami rindui nanti :)))


Mungkinkah Ramadhan kali ini yang terakhir kami di sini..?


Moga Ramadhan kali ini bermakna buat kita semua... insha'Allah...

Fi Amanillah...

Feliz Ramadhan!

Adios :)

Jun 17, 2013

Te ♥ Babah! xx

Assalammualaikum wbt.

Hola!

¿Cómo están?

Feliz Día Papá! 

Especialmente para mi querido esposo y todos los padres del mundo! Padre es un regalo único de Allah para nosotros! Appreciate them while we can... :)) ♥♥♥

Rindunya dengan arwah abah, rindu nak cabut uban dia, nak ketip kuku dia, nak masakkan cekodok lembut untuk dia..! Rindu nak borak-borak... Rindu nak peluk & cium abah... 

Saya anak manja abah, tak siapa boleh nafikan... Dulu, setiap kali balik hujung minggu dari Uni, kalau arwah abah ada depan rumah tengah mengemas mesti saya akan peluk & cium dia ditengah laman rumah tu jugak... Biar pun busuk peluh melekit... Abah mesti tersenyum-senyum kalau ada orang yang lalu masa tu... Kadang-kadang ada yang honkan kereta atau moto sambil 'thumb up' kat abah... hehehee... :))

Segalanya kini tinggal kenangan... Tiada apa yang perlu ditangisi dan disedihkan lagi, after all semua dalam dunia ni pinjaman sahaja... Sebenarnya saya tak suka cerita perkara sedih... Dengan kawan-kawan pun saya jarang bercerita cerita sedih... Sebab saya mudah nangis... So, better tak payah cerita kerana tangisan & airmata tak membantu untuk sampai pada yang telah pergi... Hanya doa yang perlu dipanjangkan supaya dia tak sunyi di sana... Kita hanya berpisah di dunia, tetapi negeri yang kekal abadi ada di sana menunggu kita... Ni semua pun orang tahu kan... One said, cry a river, build a bridge & get over it! :))

Cerita weekend kami, actually tiap-tiap minggu pun keluar  kalau tak sekejap mesti akan keluar jugak untuk ambil angin... penat duduk rumah, lagi-lagi housewife macam saya ni kan :)) Tapi, syukur pada Allah sebab diberi peluang menyandang jawatan paling mulia ni... am not perfect or yet again to be a domestic goddess! Bukan mudah... I have to admit... Tapi saya memang sangat kagum dengan surirumah yang buat kerja A to Z for the whole day... fuhhh... Tabik toink... toink..! :))

Entah bila dapat rasa jadi fulltime housewife lagi nanti... Housewife tu, once dah kahwin memang automatic akan dapat title tu kan...hehehe... Terima kasih pada hubby jugak! Kalau tak memang tak merasa mengandung sambil bercuti...hahaha... Heaven ok! :))

Kat sini sambutan Hari Ibu, Bapa atau apa sahaja memang meriah... Sales sana, sales sini, diskaun sana, diskaun sini... so, masa nilah nak ambil peluang beli apa-apa yang patut... Rasanya kat Malaysia pun sama kan :)) 

Sekarang ni tengah musim sejuk, tahun ni cepat sejuk berbanding tahun lepas... Suasana mendung je, macam nak hujan... susah nak nampak matahari... Walaupun sejuk, orang yang mengandung macam saya ni rasa sejuk kejap je, lepas dah bungkus-bungkus mesti cepat rasa panas... my body memang cepat heating... Teringat masa mula-mula kahwin, hubby ingat saya demam sebab bila malam badan akan rasa hangat je... Tapi sebenarnya saya sihat je... sebab tu kena minum banyak air & duduk bawah aircond selalu...hahaha :D


Ada yang nak tengok 'baby bum' saya sekarang... So, saya upload kat sini... Kat blog tak segan sangat sebab orang ada pilihan nak tengok atau tidak berbanding dengan FB... hehehe... Macamlah comel sangat kan ;))


Close-up sikit! 8 months ++ 

Hubby kata kesian tengok saya preggy kalini tak bulat macam dulu risau tak cukup makan katanya... eh...eh... dah naik 10kg tau! hahaha :D

Satu hari tawaf Jockey Plaza, its a must to drop by LEGO Store... Tapi tengok-tengok jelah... bagi Iman puas hati... Kumpul duit dulu ye Man ;))


Nasib baik Iman boleh bawak runding, dapat cuit-cuit sikit pun jadilah :)


Nanti balik Malaysia dah janji dengan dia nak bawak pergi LEGOLAND... So, babah kenalah fulfill your promise! hehehe :D


Jalan-jalan dah penat mamam aiskrim... Pagi, breakfast beehoon goreng jek, ummi masak! hehehe :D


Sempena Hari Bapa ni, Ummi ingat nak bagi babah hadiah motor ni...


Tapi dalam gambar jelah... Tak mampulah babah...hikhik... Dah penat jalan-jalan, pusing-pusing & dapat apa yang dihajati terus balik rumah... Kejar waktu solat dan sebagainya terus keluar balik sebab perut dah lapor... Satu hari tak makan nasi, mana tahan....hehehe... :))


Iman sempat tidur sebelum keluar balik dari rumah... Mula-mula tu ingat nak makan tempat lain tapi 2-3 hari tu perut saya asyik sakit je memulas-mulas so, kami pilih resto yang dekat dengan rumah je... Resto ni baru dan ini kali kedua kami pergi... First time dulu tak berapa sedap sangat makanannya... Presentation pun biasa-biasa je... Tapi sebab nak elak jalan jauh, perut pun dah berkeroncong plus dekat sikit dengan rumah kalau tetiba perut meragam, kira tempat yang sesuai sangatlah nak berkejar..! hehehe :D

Di Lima,terutamanya di tempat kami tinggal (San Isidro) semua restoran adalah standard hotel! Harga pun macam hotel jugaklah...hehehe... Kalau sekali makan untuk 2 orang plus tips lebih kurang RM100...

Kami memang fussy dalam memilih restoran di sini selain faktor halal kami memang tak makan restoran di tepi-tepi jalan tu, sebab pertamanya dari segi kebersihan & food tolerance... Bagi orang tempatan yang dah biasa tidak ada masalah tapi bukan bagi kita yang foreigner ni... Travel advice dari saya, if datang ke Peru please makan di restauran yang proper, di sini makanan yang dah siap masak memang mahal... Even yang dijual di calle (jalanan) pun harganya adalah mahal jika dibandingkan dengan negara kita :))

Sebagai contoh, kalau nasi + ayam bakar + salad + air harganya lebih kurang S/.15 (RM 18). Kami tak pernah makan ayam dan daging, biasanya kami makan seafood & ikan... Seafood & ikan lebih mahal kerana makanan ni dikategorikan makanan mewah! :))

Dalam sebulan tu adalah 3-4 kali kami keluar makan... Walaupun saya suka memasak tapi boring jugak kalau hari-hari makan masakan sendiri...lebih-lebih lagi bila time preggy ni! Bila dah tiba penghujungnya ni kadang-kadang saya rasa dah tak tahu nak masak apa... Rasa tak kena je dengan tekak... Sedih :(


Limonada Frozen or Frozen Lemonade :)) One thing yang best di Lima ni semua fruit juice very natural, fresh & rich! They won't use artificial colouring.. My compliment :))


Inca Cola... Ni babah punya... Dia serik dah nak minum surtido (mixed fruit juice) sejak kena diarrhea tempoh hari... Nanti kalau kami balik for good siapa nak order Inca Cola ni boleh bagitau saya ok! Tiada ditempat lain di dunia ni kecuali di Peru sahaja... Kalau ada jumpa dimana-mana sila bagi tau saya ye... Non Alcohol & insha' Allah halal :))


Ni babah punya Arroz Chaufa y Mariscos! Nasi goreng ber'seafood'... Untuk pengetahuan semua, makanan dan cara masakan di sini setiap menu serta resepinya adalah sama. Begitu juga rasanya tidak banyak beza antara restoran :))

Saya pun dah try masak masakan ni... Cuma belum ada kesempatan nak share lagi ;))


Arroz blanco, mariscos y pescado con salsa de aji amarillo... White rice, seafood and fish with yellow chilies sauce... Rasanya macam arroz con mariscos cuma ada ikan di situ! :))

Kebetulan restauran ni ada show yang didatangkan dari Argentina... Kami tak tahu pun pada asalnya, oleh sebab takde apa nak buat so kami bayar S/.30 seorang untuk tengok persembahan tu... Walaupun sebenarnya masing-masing dah letih & mengantuk... Serba salah sebenarnya...T__T


Persembahan termasuk muzik latin, nyanyian soprano & tarian tango! Yang hadir pada malam tu kebanyakkannya well-dressed & yang wanita well-groomed lagi... Terasa pulak selekeh..! Mana taknya, dengan tak mandi & pakai pun simple je sebab restoran tu belakang rumah je pun..! hehehe :D


Persembahan nyanyian soprano!


Orang diraikan... babah yang boring..! hehehe...


Tarian tango pun bermula...








Overallnya, kami bagi 50% je dari fullmark 100%...hehehe... Sebab, kami pernah tengok persembahan yang lebih baik lagi... Kata hubby masa di Buenos Aires, street performers di situ lebih passionate & energetic... Yelah babah, dah tentu Tango dari sana sudah semestinya orang sana perform better ;))

Balik malam tu, lepas solat & bersihkan diri terus kejar katil & boom tidur kepenatan... Tak sedar diri lagi dah... :))


Anyway, should be thanked babah for the wondeful & tiring day! hehehe... Thank you jugak for the unexpected gift... Sayang babah! xx

Eh, celebrate siapa sebenarnya ni?!

Happy father's day, babah!

Terima kasih sudi membaca coretan yang panjang lebar ni... Jangan serik pulak!

Hasta luego! 

Cuidate! Allah Hafiz..!