Gracias!

Feb 11, 2012

Plaza de Flores Part 2 (Last)

Assalammualaikum...

Hola!

Dua ke tiga hari ni agak busy sikit, hari Rabu haritu ada Garden Party di Embassy... Iman pulak tak berapa sihat, his right eye swollen with no reason... Petang tadi hantar dia ke Clinica de el Golf... He has infection in his throat... Malam tadi rasa badan dia macam panas sikit... This morning he become much better... Alhamdullillah... Mr Hubby pulak lately balik lewat sebab kena jemput orang dekat airport... Ada pegawai baru sampai :) 

Last two night, I got bad news, my uncle past away... He is my emak's cousin... Innalillah... Dalam keadaan seperti ni rasa macam nak terbang je balik Malaysia, but what more can I do... Lepas tu dengar pulak cerita one of my teachers masa sekolah dulu past away because of  cancer....  Just recite doa sahajalah dari jauh... Orang yang baik-baik semua dah pergi meninggalkan kita... At this time, I just miss my mak so badly :(

Whatever happened, life must go on... Betul tak? Ok, sambung balik cerita pergi Plaza de Flores aritu, selain dari fresh flowers ada juga jual bunga-bunga yang sudah dikeringkan... Cantik jugak :)


Rasa macam nak rembat satu tapi terfikir jugak macamana nak bawak balik... Kami datang naik teksi je... Teksi di Lima ni memang banyak... Tak berani lagi nak naik bas... Basnya mengalahkan bas mini kita dulu tau...hikhikhik..


Rasanya ada lebih dari 20 buah florist di sini... Kedai yang jual bunga kering, adalah dalam 4-5 buah gerai sahaja...


Insya'Allah, nanti nak ajak kak Siti (Officemate Mr Hubby) pulak datang ke sini... Saja jalan-jalan & cuci-cuci mata... Sambil tu kenalah rembat 1-2 jenis bunga ;p


Last shot before balik ke rumah...


Nak dekat 200 soles jugaklah beli flower pots, soil fertilizer & fresh flowers :) .... I just couldn't help myself... rasa geram ya amat melihat bunga-bunga ni... Rasa nak beli je florist yang ada kat situ... hehehe... Mr Hubby menjeling je... ahaks ;p... Bila dengan benda yang kita suka, we just cannot resistkan... Saya macam tak tahu kedekut kalau dengan bunga-bunga ni... Saya boleh tahan kalau tak beli kasut, handbag, baju atau perfume yang berjenama but not for my only interest ni :) 


I bought all this fresh flowers for S./50...hehehe... Couldn't believekan... Gloria pun geleng-geleng kepala... :)


One vase I put on the table at my kitchen and another one in the living hall...


Bunga ni macam bunga rose but it's not, maybe adik-beradik rose kot... hehehe... Dulu masa my wedding, my room & pelamin decorated with this kind of flowers... Konon-konon ala-ala vintage (english stlye)...hahaha...
Budget time tu very tight, so my pelamin pun just very simple... Alahai, rasa macam nak turn back time pulak... Kalau banyak duit mesti dah buat garden wedding... hehehe...


Bonito!


Bunga ni cantik tapi tidak ada bau... no fragante... its not like roses... roses have sweet-scented...


I bought some roses too... can you spot the different?



Ni picture yang dah touch-up... sesuka hati je kan...hehehe... Cantik ke macam ni? Hahaha~


Nampak tak rose yang colour purplish brown tu... Ingatkan yang plastik je ada, rupanya yang real memang nampak macam plastik... This is  real man! Pergi Cameroon dulu pun tak pernah  jumpa warna macam ni... 


Kat bawah ni gambar serai yang kami beli...hehehe...


Sebatang serai ni harganya S./2... Rasa nak gelak guling-guling... Tapi beli jugaklahkan, susah betul nak cari... Dah sampai kedai hujung-hujung tu baru jumpa...
Serai = Hierba Luisa

Itupun Gloria yang tukang translatekan... Gloria ni, tak reti berbahasa Inggeris, so we both bercakap broken Spanish dengan dia... hehehe... Basic-basic tu kami dah boleh dah sikit-sikit... Practice make perfect kan! I'm just afraid, one day my Spanish turn better than my english...hahaha... 


 Harga pots ni 25 soles satu... Kena jugaklah beli sebab memang itu pun tujuan asal pergi ke Plaza de Flores ni... Apa-apa pun kena mintak tolong dari gardener Embassy untuk tolong menanam & menyemai serai, pandan & daun kunyit tu... Sebab tak sesuai nak buat dekat rumah... Abislah kuku jari jemari yang cantik ni kan... hikhikhik...


Esta bien, nanti cerita lagi... Nak upload gambar masa garden party haritu pulak... 

Yesterday was past we can never call, let's it become sweetest memories to be remembered as we grown old :)

Adios mi amor!

Hasta Lavista Baby~

Feb 9, 2012

Plaza de Flores

Assalammualaikum...

Hola cariño!

For me, flowers are the sweetest thing Allah ever made... I'd rather have flower on my table rather than diamond on my neck :)

Flowers = Flores



Cuti Maulidur Rasul lepas, as planned Gloria bring us to the nursery situated at Barranco...
Plaza de Flores = Flowers Plaza


Iman & chupon memang tak dapat dipisahkan :)
Chupon = Pacifier = Puting


Gloria-our maid, saya anggap dia macam family sendiri... Dia yang bersusah-payah mengorbankan off-day dia untuk menemani kami... Muchas gracias Gloria :)


Berbagai-bagai jenis bunga & pokok yang dijual di sini... Memang meriah... Asalnya saya nak membeli pasu untuk menanam serai, pandan & daun kunyit... So, lepas ni tak payahlah lagi nak pergi embassy semata-mata nak ambil sebatang serai...hehehe... At least, boleh jugak saya melepaskan gian untuk bercucuk-tanam semula... :)
Serai = Lemongrass = Hierba Luisa


I don't know what this flowers have been called, but its just so beautiful with the pink color :)
Subahanallah ~


This purple flowers also attract my attention... Terpegun dengan ciptaan Allah ni... Alangkah, cantik & sempurnanya :)
Cantik = Beautiful = Bonito
Sempurna = Perfect = Perfecto


Barisan florist yang tersusun kemas & bersih :)


Some people says, dunia is part of taman-taman syurga... Agaknya, bagaimanalah rupa syurga Allah itu ye...
Masya'Allah, tak terjangkau dek akal...

Tulip
Gambar atas ni bunga Tulip...
Ya, Allah... termakbul juga keinginan hati ingin melihat bunga ini in life... Cantik & sweet, tiada bau... Mr Hubby ambik gambar macam ni tak nampak bentuknya yang oval tu...huhuu....
Tapi takpelah, maybe next time pergi boleh amik gambar betul-betul :)

Tulips = Tulipanes

Bahasa Spanish ni seperti bahasa Inggeris juga, ada plural & singular :)
Ala, kita pernah belajarkan masa sekolah rendah dulu...hikhikhik ;)))


Macam-macam bunga yang dijual... Geram saya melihatnya :)


Rose = Rosa


Bunga ni dulu mak saya ada tanam tapi tak ingat apa namanya... Ada bermacam warna rupanya...

Colour = Color
Cara sebutan "kolor"


Lots of flowers = Muchas flores




"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." - Surah An Nahl Ayat 69



Bunga ros atau mawar antara bunga yang disebut di dalam Al-Quran ~

"Maka apabila langit terbelah lalu ia menjadi seperti bunga mawar merah seperti minyak gosokan (kulit merah) Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Surah Ar Rahman Ayat 37-38





Heliconia
Pernah dengar bunga heliconia? Inilah bunganya... Di Malaysia pun banyak... Unik betul bunga ni kan...

Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia... Seperti bunga, ia membuatkan kita gembira, membantu mengurangkan keresahan hati... Kerana ia ciptaanNya yang unik...
Kita biasanya memberi bunga sebagai penghargaan... Sebab itu orang India, Cina atau matsalleh, bila berlaku kematian mereka menghadiahkan bunga atau sebagai hiasan kepada si mati... Orang Melayu juga begitu, menabur bunga di kuburan... Pada pendapat saya, ini bagi menenangkan hati keluarga si mati...


Bunga antara ciptaan Allah yang indah!


Bunga Matahari = Sunflower = Girasol



Pasu-pasu berbagai size & rupa tapi agak mahal harganya... 



Iman yang kebosanan menunggu umi, hehehe...

To be continue>>>>

Chao ~

P.S. Credit to my hubby yang ambil gambar yang cantik ni... Gracias mi amor, kerana sabar melayan kerenah isterimu ini :) 
P.S.S. Gambar dalam entry La Momias tu saya ambil dari Trickfist.com, di Lima ni ada muzium yang menyimpan tengkorak & artifak bersejarah, saya memang teringin nak pergi tapi tak digalakkan sebab Iman masih kecil... Lagipun Iman super sensitive dengan tempat-tempat begini... Serik nak bawak Iman takut nanti lain pulak jadi, seperti yang pernah terjadi dulu... Nauzubillah min zalik...


Feb 7, 2012

Simple Lunch!

Assalammualaikum...

Hola Malasia!

Just to make quick entry, sementara Iman taking his nap... Lunch hari ni, simple & easy...

Ikan Kerapu Goreng Berlada

Tumis cili & bawang yang telah di kisar... Saya guna cili Jalapeno & Pikillo/Piquilo... Letak asam keping & garam secukup rasa... Kalau pedas boleh letak sedikit gula... Masak cili sampai kering & letak sedikit serbuk ayam knorr bagi penambah perisa :)

Akhir sekali, barulah masukkan ikan kerapu yang telah siap digoreng... Saya suka ikan yang digoreng garing :)

Leek Flower Goreng Tomyam

Ni pun sayur goreng yang sangat mudah, just tumis bawang & campur sikit serbuk pati tomyam... Campur udang & sekeping tahu yang telah digoreng... Mudah kan :)

Sup Cendawan Tiram
Cendawan tiram ni dibuat sup... Alahai, lama betul tak makan sup cendawan ni! Tak boleh makan banyak-banyak nanti angin satu badan...ahaks...
Cara memasak, tumiskan bawang yang dikisar bersama-sama ginger & garlic yang dihiris, bila dah naik bau masukkan air kemudian diikuti dengan cendawan tiram yang siap dibasuh & disiat... Letakkan sedikit lada hitam & jangan lupa kiub ayam knorr :)
Garam secukup rasa & hidang panas-panas...

Sekejap lagi nak pergi mi esposo oficina (Office Mr Hubby) nak ambil daun pandan, esok ada Garden Party dekat Embassy... Ambassador suruh buat agar-agar laici... Sonang bonar! Hehehehe...

Saya kalau cooking yang simple-simple bolehlah, nasib baik tak disuruh baking cake... Alamatnya pengsanlah aku nanti...hahaha!

Lepas tu nak kena ambik darah pulak... Nak buat license kereta, kami belum buat keputusan lagi untuk membeli kereta atau tak... Setakat hari ni seperti tiada keperluan tapi jika teragak nak bawak kereta bolehlah sewa je, harga kereta di sini tinggi harganya...

Oklah, a lots of story to tell... semalam dah berjimba memuaskan nafsu ke Plaza de Flores... Nanti saya upload gambar ye.... Mari kita pengsan beramai-ramai melihat bunga-bungaan yang meriah & berwarna-warni! hehehe


Adios muchachos!

Hasta Luego~

Feb 5, 2012

La momias...

Assalammualaikum...

Hola Mi Amor!

Sebelum tu, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Malidur Rasul pada semua umat Islam ...

".... Dan tidak kami utuskan Engkau (Muhammad S.A.W) melainkan membawa rahmat bagi semesta alam..." Al Anbia' - 107

Semoga kita dikalangan orang-orang yang mendapat syafaat dari baginda Rasullullah S.A.W kelak.... Amin~


La momias = The mummies = Mumia

I've got something to share with you, mi amigos!

Accidently, terjumpa gambar-gambar momias = mummies = mumia... The best part is, ada relation with the Peruvian history :))

Pameran mumia ini diadakan di California Siences Centre, Los Angeles kemudian berlangsung selama 3 tahun di seluruh US. Sebanyak 45 mumia dan 95 artifak sejarah yang dipamerkan berasal  daripada 15 buah muzium dari 7 buah negara, menurut Marc Corwin; CEO of American Exhibitions Inc.

Pameran yang diberi nama "Mummies of the World" ini adalah pameran penjelajahan mumia yang terbesar  yang pernah dikumpulkan.

Antara mumia yang dipamerkan adalah, bayi berumur sepuluh bulan yang berasal dari Peru berusia 6,420 tahun lampau, mumia 17th-century nobelman, mumia wanita Amerika Selatan yang bertatu di kedua-dua belah buah dada & muka, mumia seorang wanita yang dipercayai mengidap penyakit batuk kering, kanak-kanak yang dipercayai mempunyai masalah hati, dan seorang remaja yang menghidap tumor muka...

Jom layan gambar-gambar ni... Bagi yang penggeli, lemah semangat atau yang seangkatan dengannya, tak tengok pun tak ape... ;):)


Detmoldsky child: Mumia kanak-kanak Peru yang berumur 8-10 bulan, yang meninggal dunia kira-kira 6,500 tahun dahulu, kematian berkemungkinan dipercayai berpunca dari penyakit hati. Salah satu daripada Mumia yang tertua di dunia, malah mendahului mumia Firaun yang terkenal yang berusia lebih 3,000 tahun.

Antara mumia-mumia yang dipamerkan adalah mumia wanita Amerika Latin yang bertatu di kedua-dua belah payudara & di wajahnya.




Gambar dekat wanita Peru yang bertatu di muka...

Gambar di bawah pula, adalah mumia Peruvian yang mati dalam usia 30 tahun, 1,000 tahun yang lalu...

 


Mumia kanak-kanak Peruvian yang berumur 4-6 tahun, analisa pada rambutnya menunjukkan kehadiran nikotin.


Gambar di atas, adalah mumia wanita dewasa dari gurun Pre-Columbian Atacama (kini adalah wilayah Chile)


Keluarga Orlovits adalah sebahagian daripada mumia kurun ke-19 yang ditemui di Vac pada tahun 1994. Mereka ditemui di perkuburan bawah tanah semasa pembinaan semula gereja Dominican. Keadaan yang dingin, udara yang kering di bawah tanah dan minyak pohon pain menyebabkan mayat menjadi mumia serta terpelihara sehingga hari ini...


 Mumia wanita kurun ke-19, Veronica Orlovits bersama kepingan pakaian semasa dia ditanam.


Mumia Orlovitsa Johannese, yang mati pada usia 1 tahun bersama-sama salinan pakaian semasa dikebumikan, termasuk topi.


Mumia Michale Orlovitsa di Tomography Medical Center Cedars-Sinai, Los Angeles.



Mumia fetus manusia yang mati pada perkembangan minggu ke-30 kerana kerosakan tulang belakang yang jarang berlaku.

Beberapa lagi gambar mumia yang boleh dilihat di Trickfist.com...

P.S: 2-3 hari ni sangat sibuk, nanti kita borak-borak ye :)