Assalammualaikum...
Hola todos!
Sana sini masih lagi bercerita tentang Hari Raya... Tumpang gembira melihat kemeriahan raya ditanahair... Tak sempat lagi nak jalan 'beraya' ke rumah kawan-kawan... Baru 2-3 rumah dah semput...hahaha ;))
Nak juga berkongsi cerita tentang raya kami di sini tapi mood macam turun naik sebab tak tahu nak cerita mana dulu...hehee... Nampaknya kenalah ketepikan dulu cerita tentang raya sebab nak cerita tentang Iman dulu...
Esok seperti yang dijanjikan insya'ALLAH kami akan mendaftar Iman ke sekolah... Sekolah ni terletak tak jauh dari rumah kami... walking distance je pun... :))
As Iman very excited to go to school, the same goes to us! hahaha! ;D Rasa macam mimpi lak Iman dah nak masuk sekolah... Kindergarten je pun...hehehe ;))
Untuk rekod di sini 3 tahun dah boleh masuk kindergarten :)
Sebenarnya memang dah lama kami fikir nak hantar Iman pergi sekolah, banyak juga yang kami fikirkan tapi bila banyak-banyak fikir pun tak baik juga sebab lama-lama boleh jadi confused... Jadi, kami ambil keputusan hantar jelah Iman ke sekolah and the rest serah pada ALLAH SWT... As long kita tahu niat & tujuan kita, pastinya akan dipermudahkan, betul tak? :);)
Lepas ni jadual pun akan berubah, Isnin sampai Jumaat, Iman akan ke kindergarten manakala hari Sabtu pula kami akan hantar dia ke masjid untuk belajar agama, seperti belajar jawi (bahasa Arab), mengaji, fardhu ain yang lain insya'ALLAH... Medium pengantara tentulah dalam bahasa Sepanyol + rojak-rojak bahasa Inggeris! :)
Alhamdullillah, community Islam di Lima, Peru ni telah mula menerapkan ajaran agama Islam di kalangan anak-anak mereka... Kelas yang Iman attend ni pun percuma sahaja... Lega sikit rasa hati sebab sekurang-kurangnya Iman boleh belajar agama dengan kawan-kawan... Sebab kalau belajar dengan kami biasalah banyak ragamnya..hehehe ;))
Terasa lucu bila Iman cuba-cuba mengajuk cakap Spanish! hehee ;))
Ni semasa belajar di masjid...
Biasanya dia leka dengan dunia dia sahaja apalagi kalau dapat pen & kertas untuk diwarna & diconteng...hehehe... Tapi sekurang-kurangnya Iman boleh bersosial & dapat bermain dengan kawan-kawan... Yelah, setiap hari duk umah kawan dengan ummi je..hiks. :)
Agak terkejut juga mereka bila melihat Iman boleh membaca Al-Fatihah walaupun tak seberapa nak lancar... Masya'ALLAH, kanak-kanak sebaya Iman ni memang mudah menyerap apa yang kita ajar sebab otak mereka ni macam spongebob squarepant! :))
Untuk pengetahuan semua sekolah di sini bukan seperti sekolah di Malaysia... Maklumlah majoriti beragama Khatoliks jadi kami perlu lebih berhati-hati & memantau setiap ajaran yang diterapkan... terutama sekali bab makanan... Nasib baik bekal makanan kami perlu sediakan sendiri jadi kuranglah sikit kerisauan di situ...
Everyday I have to remind him... again and again... Don't take others food... Please... It's okay if people taking yours but don't eat whatever people give to you... Nanti sakit perut... nanti Iman gatal-gatal...bla...bla..bla...
Kami pun dah siap 'alert' dengan cikgu kat situ yang Iman tak boleh makan orang lain punya bekal since he has allergy in certain foods... Dengan harapan 'tricks' kami ini menjadi... Ya ALLAH moga Kau lindungi... Ameen...
Setakat harini dia macam faham... :))
Hasil tangan Iman... hehehe... Dah pandai pegang pencil & mewarna... Ummi & babah dah cukup bangga!
Sampai sini dulu, panjang dah rasanya ni...
Chau! :))










