Assalammualaikum wbt.
Hola mis amores!
Buenos Dias Malasia..!
Feliz Ramadhan a todos musalmanes en Malasia y todo mundo! :)
Dulu ada yang tanya saya kenapa ejaan Malaysia jadi Malasia..? Bahasa sepanyol ni memang gitu... kalau letak "y" di situ bunyinya akan jadi lain... "y" akan jadi bunyi "j"... :D
Macam nama saya, Marya... kalau yang tak tahu sebutannya akan panggil saya Marja! ;))
Harini rajin sikit nak update... yang lain-lain tak rajin nak buat... Dok melayan anak bujang sorang ni yang macam-macam ragam... asyik nak tengok 'trailer' LEGO je... LEGO Cars lah, LEGO City lah... Adeh... Celik-celik je mata, itu benda pertama yang dia ingat... Manyak fening!
Sorok dulu cerita tentang Iman yang sangat 'obses' dengan LEGO dia... Walaumacamana pun bentuk-bentuk yang dihasilkan memang mengkagumkan... hahaha...puji anak sendiri :p :))
Sabtu lepas, kami menerima jemputan dari rakan untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya di masjid... sebenarnya saya dan suami sangat berbesar hati & sedikit terharu atas jemputan tersebut... maklumlah, kami ni orang asing lagi pun sejak akhir-akhir ni kami jarang ke masjid & bersosial...
Majlis dibuat pada sebelah malam... Kami memang takde idea nak bawa apa sebagai hadiah... Sebelum pergi tu saya dah tanya beberapa orang apa yang biasa orang Peru beri sebagai hadiah bila menghadiri majlis perkahwinan... Lepas Asar terus keluar rumah...
Sebelum tu kami pergi betulkan lappy kecik untuk Iman... tambah RAM bagi laju sikit... mula-mula janji 10 minit, tunggu punya tunggu hampir 2 jam baru siap! grrrrr... Nak tinggalkan rasa 'tak percaya', jadinya dah selesai semua baru rush pergi beli hadiah...
Nasib baik ada promosi di Sagafalabella, terus grab, pay, wrap...wrap...wrap... & berdesup ke Masjid! But, we missed the beautiful moment of Aqad Nikah... :(
Dengarnya aqad nikah dalam bahasa Arab, arghhh... tak dapat nak bayangkan nikah dalam bahasa Arab..! Mau terbelit lidah! huhuhu....
Sampai-sampai dah seisi bergambar... Majlis yang ringkas tapi meriah..! :))
Beberapa keping gambar saya kongsikan sebagai kenangan :))
Eh, suka pulak pengantin tu pegang perutku yang semakin muncit..! Menghitung hari :))
Rasa segan sebab pakai simple & kasual... Yang sebenarnya kami kesejukan...hikhik... Dorang ni tak rasa sejuk agaknye... Hubby pakai jeans je, orang lain semua pakai suit...erkk...
Candid hubby with the groom...
Masih ingat tentang cerita mimpi : Al-Qawi? Dialah hamba Allah itu ;))
Tembam tak saya..?! :))
Lepas tu ada pulak bouquet throwing ceremony! :))
Just for fun!
The lucky one! Is she will be the next..? Allah sabe más :))
Budak perempuan ni berkenan dengan Iman, dia cakap nak kahwin dengan Iman... hahaha :D
"Quiero casarme con él..." - I want to marry him.
Iman geleng-geleng, "No quiero!" - I don't want.
Jadi bahan jenaka kat meja makan tu... Semua orang gelakkan Iman ;))
Pegang-pegang Iman, peluk-peluk Iman, siap ajak Iman menari... Bila tanya Iman, nak ke kahwin dengan dia... Iman deras menggeleng...hehehe :D
Terus duduk diam tak mahu kemana-mana lagi...
Seterusnya hidangan makanan pada malam tu...
Orang di sini makan tak guna sudu tau! Mereka hanya guna sudu untuk sup sahaja... Makan nasi, spaghetti atau apa sahaja guna garpu :))
Ensalada...
Tak pasti nasi apa... bersama kuah olive... Tak boleh nak masuk tekak bagi saya yang tengah preggy ni... Satu lagi hidangan-shawarma... Tak sempat nak ambil gambar... Sibuk bertanya nama juadah tapi tak ingat pun...hehehe... Kata mereka ni bukan masakan Peru tapi masakan Morocco! Wah, tak payah susah-susah pergi Morocco, kat Peru pun dapat rasa... ngeee...
Thank you for reading!
Selamat Berpuasa & Berbuka... Jangan lupa kami di sini ye :))
xoxoxo