Gracias!

Sep 24, 2012

Peruvian Food's Recipe: Lomo Saltado!

Assalammualaikum wbt...

Hola Amiguitos!

Lama dah peruk entry ni.... tak sempat nak publish sebab asyiklah tergendala... BW pun ntah apa-apa...huhuuu... Jangan marah ye! :))

The first and foremost recipe from Peru! Waaaaahhh.... 

Pleased to present my Lomo Saltado! :))

~Stir-fried beef fillet with fried potatoes~


Cop! Kami tak pernah rasa the real Lomo Saltado... Sebab?

Tak ada yang halal! Semua saya buat mengikut resipi yang ada dalam buku... And surprisingly, rasanya seperti  Daging Masak Kicap cuma cara masakannya sedikit berbeza... Ni maid saya yang cakap tau...hehehe... :))

Meh, try & rasa sendiri mesti menjadi! Insya'ALLAH :):)


Resepi saya ikut kesesuaian, sedikit ubah suai dan bahan-bahan yang mudah diperolehi di Malaysia... :))

Lomo Saltado

Bahan-bahannya:

500g Daging Lembu (Dipotong nipis 1/4 inch)
500g Kentang (Potong memanjang seperti french fries atau boleh juga guna French Fries yang frozen tu)
Minyak Sayuran secukupnya
1 sk Oregano Kering @ Fresh Parsley (chopped)
Bawang Besar (Dipotong baji)
2 biji Tomato (Dipotong seperti biasa, tapi yang ni saya guna tomato ceri)
1 Fresh Red Chilies dihiris nipis (Resipi asal guna Aji Amarillo-Cili Kuning)
Cuka secukupnya (jika suka)
Kicap secukupnya
Garam & serbuk lada hitam secukupnya

Cara Memasak:

1. Goreng French Fries sehingga garing & kekuningan warnanya. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan daging yang dipotong tadi kemudian masukkan garam & lada hitam ikut citarasa.
3. Goreng daging sehingga keluar jusnya & agak masak. 
4.Angkat daging dan ketepikan.
5. Gunakan kuali yang sama, tambah minyak jika perlu.
6. Masukkan bawang, tomato & cili sehingga layu.
7. Masukkan cuka, kicap & garam serta lada hitam secukupnya.
8. Masukkan daging sehingga masak.
9. Seterusnya, masukkan French Fries tadi.
10. Bolehlah dihidangkan dengan menaburkan oregano ataupun parsley tadi.

Selamat mencuba!

Chau :))


Sep 20, 2012

Jika itu takdirnya...

Assalammualaikum...

Hola cariño! 

Curi-curi update sementara Iman 'titon'... Penat sangat gamaknya ke sekolah... Balik rumah lapar terus mintak nak maman nasik...hiks! :)

Beberapa hari yang lepas saya menerima berita sedih dari hubby tentang pemergian bonda tersayang Nieza... Saya mengenali Nieza atau Nur Suhainiza Ramli di alam maya kebetulan husband kami adalah rakan sejawat... 

Saya lebih selesa memanggil beliau Nieza, kami saling berkongsi pengalaman susah senang suka duka hidup sebagai anak perantau... Walaupun tidak pernah bersua-muka tapi kemesraan itu tetap dirasai kerana beliau seorang yang tidak kedekut ilmu... Sekarang Nieza berada di Finland dan beberapa minggu lagi akan kembali ke tanahair for good... insya'ALLAH semoga segalanya berjalan lancar... 

Takziah saya ucapkan buat Nieza & keluarga... Tiada kata yang dapat saya ungkapkan selain dari doa & harapan moga Nieza kuat menghadapi ketentuan ALLAH ini... Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH sebaik-baik Perancang...

Sekadar bercerita~

Kebetulan malam sebelum kami menerima berita tersebut, seperti biasa kami akan menghubungi kedua-dua ibu serta ibu mertua kami di tanahair... Bertanya khabar, sudah menjadi rutin bagi kami untuk menelefon mereka sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu... Sedikit sebanyak hilang juga rasa rindu... Maklumlah dua-duanya anak bongsu, kali pertama pula berpisah sebegini jauh dan dalam tempoh yang lama pula... 

Kadang-kala suara mak & mil kedengaran ceria, kadangkala kedengaran sayu pula... Hari tersebut kedengaran suara kedua-duanya lemah & sayu sahaja... Membuatkan hati ini tersentuh... Lagi-lagi bila mengenangkan wajah tua mereka tu menantikan kepulangan kami... :'(

Ibu saya (sebelah kiri) bersama-sama kakaknya atau makcik saya... Tua dah ibu saya tahun ni 71 tahun & makcik saya 80++ (Tak ingat)... Alhamdullillah, masih sihat walaupun tidak sekuat dulu... Pertemuan di hari raya yang lepas credit to Kak Lang Fara... Thank you Kak Lang :)

Ibu mertua saya dan kakak ipar saya (Isteri abang saya yang sulung). Gambar semasa hari raya yang lepas juga. Terima kasih along & kak long juga :)

Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata ibu mertua sebelum kami berangkat ke Peru dulu, "Mak izinkan korang pergi, kalau dah sampai masanya, mak tutup mata kalau kau orang dekat pun, jika ALLAH tak izinkan tidak bertemu juga." :'(

Keadaan sebegini benar-benar menguji kekuatan kami, terasa rapuhnya jiwa ini... Waktu dan ketika inilah 'syaitan' membisik-bisikkan kata-kata yang tidak baik di dalam hati... Membisikkan kata-kata menyesal, putus asa, sedih & menyuruh menyalahkan situasi & takdir yang berlaku serta melemahkan hati... Astaghfirullah... How fragile we are... :(

Hanya ALLAH sahaja yang tahu niat & harapan kami... Walaupun kami jauh, insya'ALLAH selagi kudrat & dengan kemampuan yang ada kami akan cuba berbakti kepada mereka... Walaupun kadang-kala ibubapa kita ni tak minta pun duit/harta atau apa sahaja tapi alangkah besarnya hati mereka kalau anak-anak ingat & berikan sedikit rezeki yang ada buat mereka rasa diingati... Merasa titik peluh kita sebagai tanda menghargai... 

Kasih sayang bukan dari sudut material sahaja tapi sebagai anak kadang-kala kita perlu lebih sensitif dengan mereka ni... Jagalah kata-kata & perbuatan kita sebab kita pun tak tahu siapa yang akan pergi dahulu... Kitakah atau mereka? :'(

"Ya ALLAH, kau peliharalah kedua-dua ibu & ibu mertuaku... Kasihanilah mereka... Berikan mereka kedudukan yang istimewa disisimu ya ALLAH... Jika ada perbuatanku yang baik-baik Kau berikan pahalaku itu pada mereka... Kurniakanlah kesihatan yang baik buat mereka moga kami dapat bertemu kembali nanti Ya ALLAH... Limpahilah rahmatMu buat kami... Sesungguhnya Engkau adalah Pemberi Rahmat ... Ameen ya Rabba'alamen..."

From my bffffffff~

Sedih, terharu... Sebetulnya aku terasa kerdil walaupun begitu aku takut untuk ke neraka... 
Terima kasih sahabat atas doamu.... Buat Saniyah & Sue (jika korang baca), korang antara sahabat-sahabat aku yang paling aku sayang dunia & akhirat... How lucky I am to have such a beautiful & lovely friend like you both... Moga ALLAH berikan kehidupan dan masa depan yang baik-baik buat korang berdua... Buat sahabat saya yang lain juga... Semua-semuanya... Thanks for being my friend! *Abrazos!* *Hugsss*

Thank you for reading! Chau!

P.S. Nora, barang yang aku promise tu tunggu ye... Tak sempat lagi nak pos...sorry sesangat, sedih sebab dah janji tapi boleh pulak terlupa... :(

Sep 18, 2012

End of Blessed Eid- Entry Makan-makan! :))

Assalammualaikum...

Hola a todos!

 Raya dah pun berakhir...16 September 2012 bersamaan 29 Syawal 1433H kebetulan pula hari tersebut juga adalah Hari Malaysia! Rasanya tak terlewat nak ucap 'Feliz Dia Malasia a todos! :))

"Semoga ALLAH lindungi negaraku yang tercinta... Semoga ALLAH rahmati segala usaha yang baik-baik yang dilakukan oleh kerajaan... Semoga ALLAH nyahkan pengkhianat-pengkhianat negara... Moga yang baik-baik sahaja atasmu wahai semenanjung emas... Ameen ya Rab... :)) *Baca & doa dalam hati banyak-banyak moga dikabulkan*"

Back to my house...hahaha ;D melepaskan geram nak story tentang masak-memasak... Sekarang ni jarang dapat jenguk blog... haisshhh...

Ahad, saya gigih masak-memasak (padahal hari-hari lain pun gigih jugak...hehehe)... Kami ada tetamu istimewa, bagi kami semua tetamu pun istimewa sebab tetamu tu kan membawa rezeki :))

Masa jamuan hari raya dulu, Kak Siti & hubby tak dapat datang sebab mereka pergi ke Washington sebab anak dia belajar di sana... Terus beraya di sana... Jadi, walaupun dah penghujung raya kami tetap nak juga jemput mereka sebab kami ni rapat dah macam adik-beradik :))

Kebetulan adik Kak Siti adalah lecturer saya masa di UiTM dulu... :):) Oh ya, Kak Siti ni officemate Mr Hubby... PA TYT Duta Besar :))


Kebetulan Kak Siti pun baru je habis puasa enam jadi elok sangatlah, macam sambutan rayalah untuk dia :)


Dak tecik ni orang belum start makan dia dah makan dulu...hiks... Ambik gambar dah pandai tunjuk-tunjuk aksi 'ngegada' dia tu...hehee :D


Suka makan papadom! Rasanya separuh papadom tu dia yang abiskan... Babah kata nasib baik nama babah bukan "Saadom"...kehkehkeh... kalau Saadom jadi babahdom lah pulak ye tak?

 Eerrr tak kelakar pun... =='


Nasi beriani... Terlebih pewarna! Huwaaa... T__T


Kurma daging! :)


Salsa de tomate! ;))


Ayam masak merah favourite hubby :)


Nilah Kak Siti & hubby... 

Iman nampak 'cekeding' betullah...huhuhuu... takpelah janji anak ummi sihat... Baju yang Iman pakai tu Kak Siti beli masa pergi US itu hari... Bilalah nak sampai USA ni ye babah? ngeee~~

Chau mi amor! :)

 P.S. Nanti BW slow-slow ye... ;))

Sep 11, 2012

Aiyooo! Iman (18sx)

Assalammualaikum...

Hola todos!

Nakal ek! Tengok tajuk terus terjah...hew3...Takpe meh baca-baca... :))

Saje je letak 'notification' macam tu sebagai penarik... Lepas tu nanti ntah-ntah apa orang google terus jump into my blog! kehkehkeh :D

Iman dah start school dah seminggu dah pun... Dia memang excited nak pergi sekolah sebab bagi dia sekolah tu tempat nak main je (solo para jugar!)... Grrrr... Hari Sabtu & Ahad pun sibuk nak pergi sekolah jugak... Siap kejutkan Ummi yang tengah syiok tidur nak siap pergi sekolah! Aiyooo! (:

Sejak akhir-akhir ni saya sibuk (konon-konon) nak try test experiment buat masakan Peru... So, buku masakan memang sepah-sepah atas tilam bukan banyak pun hak3... Iman pulak suka nak sibuk... Nak tengok jugak...Lagi-lagi yang ada gambar tu kan... 


'Verangan' nak masak masakan Peru ni ha... Ada yang saya dah try tapi belum sempat lagi nak share... sabar ye... Buat yang mudah-mudah dulu... Bagi bakar semangat! Sebab ada yang cabar request! hikhik...

Masa tengah syok mentelaah tu biasalah Iman yang dok sebelah mesti banyak tanya...Macam-macam dia tanya...huhuu... Sampai satu ketika letih dah nak jawab tapi jawab jugaklah walaupun macam malas-malas....huk3...

Iman: Ummi... Ummi...ini apa? Ini apa?
Ummi: Ikan...

Merujuk gambar kat bawah ni...


Iman: Bukanlah... yang nilah.. nilah... Punai!
Ummi: Uikkk... Mana?
Iman: (Sambil tunjuk gambar ekor ikan tu)
Ummi: Huk alah... =='
Iman: Punailah Mi...
Ummi: Kah..kah..kah.. Itu bukan punai...itu ekor...ekor ikanlah, Iman! 
Babah sengeh-sengeh... lepas tu terlepas jugak gelak terbahak-bahak... Conclusion: Selama ni dia ingat 'Punai' adalah 'ekor'...
Iman: (Blur) *__*

*Punai merujuk pada 'bebird'! Tak faham takpe... Lupakan* :)) Ahaks! Terus teringat cerita tarzan & monyet...sila google! ;p


Sejak sekolah makin manja... Seronok tengok dia jalan holding-hand dengan babah... First day pergi school... Nampak macam baik kan... Tapi kat rumah asyik gaduh je... Kadang-kadang ummi naik pening... Sorang nak main game 'bola tampar' sorang lagi nak main game 'bola sepak'! Rasa nak tampar & sepak-sepak je dinding time tu tau! Taknak beralah langsung grrrr.....

Tapi bila sorang hilang, mencari pulak... "Babah mana? Babah mana, Ummi?" Sampai ngigau-ngigau tidur malam... Yang babah lak, "Macamana Iman? Ok tak dia harini... Geram dengan dia tadi tapi bla..bla..bla..." Telefon dari ofis... Sama je dua-dua tu... hehehe ((:

Iman memang jeles kalau babah dekat dengan ummi, benda biasa kot...mungkin dia ingat ummi ni hak milik mutlak dia sorang... Time sejuk malam-malam kami suka tengok TV sambil letak selimut dekat kaki... Sejukkan... 

Ummi: Iman sanalah sikit ummi nak selimut kaki ni...
Iman: Iman sejuk (Sambil beransur sikit dari tempat asal...)
Ummi: Ummi pun sejuk, cuba rasa kaki ummi ni...
Iman: (Sambil nganga mulut nak jilat kaki ummi)
Ummi: Hissshh... apa Iman buat ni...? =='
Babah: Dah bie suruh dia 'rasa' kaki bie tu... (Bie panggilan manja hubby pada saya) ;)))
Ummi: Iman.... huhuhuuu... bukan suruh rasa tulah rasa dengan tangan...
Iman: (Blurr)
Ummi/Babah: (Ketawa berguling-guling) :D

Didn't mean to make fun of him but all this circumstances show how our kids brain are stimulating & developing... and its so fun!  :))

Lagi gambar Iman di sekolah :))

Cri-arte Cuna Jardin... Sekolah Iman...


Kelas B.Inggeris...


Kelas apa ntah...


 Menyanyi...



Budak perempuan (blondie) tu asyiklah peluk-peluk Iman... Tapi Iman pulak elak-elak... hehehe...comel je... :D


Kelas memasak (Cocinar Clase)... Cikgu suruh cucuk buah dengan lidi tapi Iman terus ngap...ngap..ngap! hahaha :D


Ramai juga pelajar sekolah ni... Ada yang local & anak-anak expat jugak dari Germany, US & etc... Ada nursery untuk baby bawah 1 tahun juga :))



Cute kan... Tak takut dengan orang langsung! Rupanya anak Israel! ((:


Sebab geram saya dukung dia and xx ... Comel takde dosa pun...  :))

Oklah, hari Jumaat ni sekolah Iman buat rombongan ke Zoo (Parque de Las Layendas) jadi saya kenalah ikut...  Aihhh, malasnye... Sebab?? Babah tak dapat pergi...huhuhuu...

Chau! :)

Sep 6, 2012

Eid Mubarak en Peru... con amor ♥♥♥ (Part 2)

Assalammualaikum...

Hola mi amor!

Sambung balik cerita-cerita raya kami... :))

Lepas balik dari rumah TYT Duta kami terus pergi Jockey Plaza cuci-cuci mata & shopping seluar jeans...hehee... :D Lepas tu terus balik sebab saya kena siapkan apa yang perlu untuk 'Open House' esok harinya tu... 

Gagah tak gagah dengan badan yang tak seberapa 'fit' saya cuba buat apa yang mampu... Jom jenguk apa menu yang saya buat untuk hari tersebut! :))


Semua bahan-bahan saya guna untuk hidangan ni 90% menggunakan barangan tempatan (Peru)... Termasuklah nasi himpit dan cili untuk buat rendang! Di sini tak ada cili api macam di Malaya so, saya 'replace' dengan cili Jalapeno cara sebutan ha-la-pe-nyo ye kengkawan! ahaks! ;))

Bab cili-cili ni boleh baca kat entry: Cili = Lada = Chilies = Aji = Pimiento


Saya buat soto, mee rebus, kuah kacang! Sebut pasal kuah kacang sampai ada yang mintak resipi... hehehe... Sebab kuah kacang saya campur daging... Rasanya jarang orang buatkan :))  Rakan Indonesia kata di daerah mereka dipanggil kacang tumpang! Bertambah-tambah masing-masing makan... Saya adjust sikit taknak bagi pedas sangat :))


Gelatina sebagai pencuci mulut! Tak tahu dah nak buat apa yang paling mudah! Ni pun ada yang tanya, dari Malaysia kah... ayoooo! hehehe ;)) 

 Bila tengok hidangan ni semua tanya saya, "Don't tell me you did all this!" Di FB pun... alamak! ngeee... Frankly, I'm not a superwoman... Betul, saya yang masak semuanya but there's a secret, tips & tricks yang tak semua orang tahu...hehehe... *wink*wink* ;))


Rendang Daging ala Peru! :):)

Absolutely, picante(pedas)! 

Dulu saya adalah jugak bawak rendang macam ni ke ofis masa kerja dulu... Masa jamuan raya di ofis... Ada yang tak percaya saya masak katanya saya suruh mak saya yang masak... Bukan saya nak kata rendang saya sedap... tapi ada yang tak percaya saya boleh masak...keh...keh...keh... Nampak sangat muka tak pandai masak! ;p :))

Antara tetamu yang hadir...


Hubby jemput beberapa rakan ofis & kenalan yang agak rapat je :))


Bergambar adalah wajib!

  
Las Bellezas! ahaks! 

Silalah muntah pelangi :D


Con nuestra profesora! With our teacher! Guru Spanish kami :))


 Iman and his girlfriend! Kawan perempuan ye! Tiada perjanjian tau! hehehe...


Iman con su amiga! 


Hola! Me llamo Amira! 

Cantik kan? Que linda! Rambut tu yang mahal... Doakan kami dapat baby girl cantik macam ni tau... Ameen :))

Tamatlah cerita raya-raya kami... Terima kasih sudi membaca! Chau! :)

Sep 3, 2012

Eid Mubarak en Peru... con amor ♥♥♥ (Part 1)

Assalammualaikum...

Hola!

Berapa hari ye tak update? Ermm... harini raya ke berapa pun kita tak berapa nak ingat...aiyah.. sigh* 

Baru nak cerita tentang raya kami kat sini... Maaflah sebab 'hidangkan' kawan-kawan dengan cerita yang dah basi ni...huk3... Kawan-kawan FB mesti dah tengok kot kebanyakan gambar-gambar yang saya nak kongsikan ni... Tapi nak letak jugak dalam blog sebab nanti bila dah balik Malaysia boleh 'flashback'... Kalau dipanjangkan umur... insya'ALLAH... Boleh baca time nak raya sambil makan biskut & kerepek raya sambil mengimbas kenangan lalu...hakhakhak! :D

Kita update cepat-cepat & seringkas yang mungkin ye! :):)

Kalau sesiapa yang perasan ada sebahagian gambar-gambar ni ditayangkan semasa ditemubual oleh MHI, TV3 haritu :)

Sebenarnya kita upload pun sebab temubual nilah... *wink* ;))


Masa malam raya tu saya tak seberapa sihat... Kepala sakit, rasa seram sejuk je badan... Rasa macam nak demam... Aishh... demam rindu raya di Malaysia agaknya...hikhik :):) 

Kemas apa yang dapat je... Terus buat persiapan untuk 'open house' raya kedua... Nampak tak hiasan ketupat tu... eceeeh... Saja buat bagi feeling raya lebeh sikit... Barulah rasa suasana raya tak gitu... Tak dapat makan ketupat dapat gantung ketupat pun jadiklah... Petanda 'skill' menganyam masih ada...hahaha :D


Terus-terang inilah satu-satunya kuih raya kami yang saya buat... Conflakes Madu! Saya memang tak pernah buat kuih raya tau! The first & only! :):)

Pagi pertama hari raya...

First time hari raya kami hanya makan kuih & minum milo je... sebab saya tak masak pun apa-apa.. terukkan... Tak larat sebenarnya :(

Lepas tu terus siap-siap untuk bersembahyang hari raya di Masjid...


Sebelum tu posing-posing dulu... First snap jauh sangat pulak! :)



 Ni ok tapi Iman pulak kelip mata... hiks...


Alahai... memang lari tema sebab baju Iman dah tak muat... sebab tu dia cebik mulut tu... huhuu! Baju raya tahun lepas... Tahun ni 'nada'! :))


Suasana sembahyang raya di Masjid... Ini merupakan pengalaman kedua bersembahyang hari raya... Tahun lepas kami sambut Aidiladha di sini...


Jemaah wanita... Lebih banyak gambar boleh tengok kat FB saya... :))


Bersama geng negara jiran Indonesia... Oh, mereka ramai di sini.. seronok dapat jumpa :))

  


Yang ni salah seorang teacher Iman kat masjid .. Sussy nama dia :)) 

Kemudian kami beraya di rumah TYT Duta Malaysia :))


Yang baju purple tu TYT Dato' Ayauf Bachi...


 Bersama Datin Halimah (isteri Duta) dan Cik Sharmini :)) 

Lepas tu kami balik singgah Jockey Plaza, pergi beli jeans... hehehee... Boleh pulak raya sempat shopping-shopping lagi... Raya yang akan diingati sampai bila-bila :))

Memang panjang... Nanti sambung lagi... Chau mi amor... Besitos! Muaaaahhhh... :))