Gracias!

Aug 29, 2012

Edisi Khas: Merdeka Raya! Yeayy!!! Must read! :)

Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Como estas?

Alhamdullillah, todo muy bien :)

31 Ogos 1957 adalah detik bersejarah bagi negara kita, Malaysia yang dicintai... Syukur negara kita masih lagi dalam keadaan aman, damai serta harmoni... Betapa saya bangga menjadi anak Malaysia... :) :)))

Meh, saya nak kenalkan rakan baru saya di Peru ni... Yang menariknya mereka ini pernah sampai di negara kita... Gambar semasa mereka beraya ke rumah kami semasa 'open house' hari raya ke -2 haritu :)

Jom kenal-kenal & dengar apa kata mereka tentang negara kita  :))


 First, wanita yang memegang album tu! Preoccupied tengok album kahwin kami...hehehe :)) Saya tak ingat nama penuh dia tapi panggil Natty je...Dia baru sahaja memeluk agama Islam tahun lepas... Subhan'ALLAH... Pergi Malaysia kerana bercuti, berjumpa dengan tunangnya orang Syria, kalau tak silap abang tunangnya berkahwin dengan wanita Malaysia- should be a Malay-Muslim! :)

Saya berkenalan dengan dia sewaktu majlis iftar di masjid... Dia menegur saya dan berhajat untuk menjual tudung yang dibeli dari Malaysia... Berseri-seri muka dia bila disebut saya orang Malaysia... :)))

Dia kata & bertanya (Conversation dalam Bahasa Inggeris tapi saya translate ke dalam bahasa Melayu ye..hehee):

1. Betul ke KLIA adalah airport terbaik di dunia? Sebabnya, masa mula-mula sampai tu dia tersesat... Lepas tu boleh pulak terlupa nak ambil luggage... kuang...kuang...Salah kita ke? hehehe ;p ;)))

2. Gila membeli-belah tudung @ hijab dengan harga yang murah-murah... Saya beli satu tudung dari dia sebagai tanda terima kasih serta dorongan :)

3. Sepanjang di Malaysia dia hanya tahu minta nasi goreng je sebab tak tahan pedas! Dia sebut 'Nasi Goring'.. comel je dengar :)

4. Semasa di Malaysia berat badan bertambah sebab halal foods are everywhere! :))

5. Kagum dengan pembangunan di Malaysia, sempat melihat Petronas Twin Tower dan beberapa bangunan lain di Kuala Lumpur-Damansara... 

6. Kagum dengan kecantikan dan keindahan Pulau Pangkor, tak sempat ke Pulau Tioman... Alangkah, sayangnya kalau tak pasti dia kagum dengan pulau yang pernah disenarai calonkan sebagai antara pulau tercatik di dunia & seven wonders tu...

7. Tapi dia tidak puashati dengan pemandu teksi yang kurang peramah... hahaha! ;D


Yang ni pula adalah keluarga yang pernah menetap di Malaysia 15 tahun yang lepas... Kecuali yang wanita yang hujung sebelah kanan sekali... Dia tak pernah sampai di Malaysia lagi tapi bila saya kata Malaysia sambut Eid Mubarak sebulan terus teruja and ajak ke Malaysia! hehehe... Ok, nama dia Guiliana... :)

Sis Roxana dan suaminya bro Hadi datang bersama-sama anak perempuan & anak lelaki mereka... Mereka pernah tinggal di Malaysia selama lebih kurang 3-4 tahun 15 tahun yang lalu kerana bro Hadi sambung belajar di UIA... Saya pun tak berapa ingat berapa tahun to be exact... Kita dengar apa kata mereka pula ye:

1. Tinggal di Malaysia bagi bro Hadi adalah antara kenangan yang terbaik dalam hidup dia. :)))

2. Masyarakat Malaysia terutama yang Melayu-Islam adalah sangat friendly & warm... Pernah berjiran dengan orang Melayu & setiap hari jiran mereka ni akan hantar lauk-pauk selama sebulan sepanjang bulan puasa! Wow! Siapalah jiran mereka tu kan... nak jugak kenal...hehee :)

3.  Bagi mereka adat dan budaya masyarakat Melayu Malaysia mengalahkan masyarakat Arab dalam melayani tetamu... Seperti ajaran Rasullullah SAW agar kita memuliakan tetamu... Masya'ALLAH... I'm so touched :')

4. Mula-mula mereka agak 'suffer' dengan makanan di Malaysia yang pedas-pedas belaka... tapi kini mereka sangat rindu nak rasa masakan Malaysia terutama sekali masakan orang Melayu... Roxana sangat suka makan nasi lemak, Bro Hadi pula beria-ria menyebut rendang, lemang & teh tarik... Malangnya saya tak jumpa pulak beras pulut kat sini kalau tak boleh juga saya bereksperimen buat lemang...hehehe :))
Kata mereka "The more spicy you eat, the more addicted you become!" Woha! :)

5.  Kata Bro Hadi, tiada undang-undang atau perlembagaan di dunia dimana orang Melayu yang lahir terus beragama Islam... Kecuali Malaysia! Satu perkara yang patut dibanggakan & kita sebagai umat Islam Malaysia patut pelihara & junjung perlembagaan ini :)

6. Bercadang & merancang untuk menetap secara terus di Malaysia atau ke Indonesia...benar-benar  jatuh cinta dengan Malaysia. Kerana mudah nak solat, makanan halal pun senang diperolehi, masyarakat yang penyayang :))


Yang pakai kopiah merah-putih adalah Imam Masjid dipanggil Syeikh antara tetamu kami hari tersebut... Bro Hadi  berada di sebelah kanan Syeikh Ahmed dari Egypt... Oh, Syeikh Ahmed kenal Malaysia dan menyebut MAHATHIR! 


Kusyuk bercerita sampai Mr Hubby duduk bersila atas lantai...kekekekek... ;))

 "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri". But that doesn't make us any less patriotic. Malaysia is not perfect, but this imperfectness that gives Malaysia the colors, vibes and strains that makes this country 'tanah tumpah darahku'... When you live abroad, you realize that being an ex-pat has always been an eye opener and to better appreciate things that we have back home. Its also makes you appreciate or depreciate (?) 

But I must unequivocally state here that I love my country. I can't decide where I would die, as its ALLAH's decision but I pray that it would be in Malaysia. Most of my family & friends are there, my favourite mamak shop is there, my hairdresser who charges me only RM10 is there, no other country has Sudirman, P.Ramlee, Alleycats, pontianak, toyol, pochong and orang minyak...ngeee...  No other country has keropok lekor, tempoyak, cencaluk and teh tarik kaw! No other country has Maggie Goreng Mamak & Nasi Lemak! The most important masjid & warm muslim's people are everywhere... The most that I missed! :')

I will do what I can to make my country better! Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Malaysia tetap dihati- Malay's proverb, what it basically means is although the grass may seem greener in other countries, our country is always better... 

Psssssstt... I have been to many, many airports. As much as KLIA 'sucks', it is still way better than most airports in the world. There's good & bad people around the globe - so has Malaysia... Peace! (,")v

Happy 55th National's Day! Merdeka!!! xoxoxoxoxo :))

Jiwai Erti Kemerdekaan dan Bukan Sekadar Kibarkan Jalur Gemilang! 


*Please share if you like this post... Thank you*

Aug 27, 2012

Iman's School Day (En La Mezquita)!

 Assalammualaikum...

Hola todos!

Sana sini masih lagi bercerita tentang Hari Raya... Tumpang gembira melihat kemeriahan raya ditanahair... Tak sempat lagi nak jalan 'beraya' ke rumah kawan-kawan... Baru 2-3 rumah dah semput...hahaha ;))

Nak juga berkongsi cerita tentang raya kami di sini tapi mood macam turun naik sebab tak tahu nak cerita mana dulu...hehee... Nampaknya kenalah ketepikan dulu cerita tentang raya sebab nak cerita tentang Iman dulu... 

Esok seperti yang dijanjikan insya'ALLAH kami akan mendaftar Iman ke sekolah... Sekolah ni terletak tak jauh dari rumah kami... walking distance je pun... :))

As Iman very excited to go to school, the same goes to us! hahaha! ;D Rasa macam mimpi lak Iman dah nak masuk sekolah... Kindergarten je pun...hehehe ;))

Untuk rekod di sini 3 tahun dah boleh masuk kindergarten :)

Sebenarnya memang dah lama kami fikir nak hantar Iman pergi sekolah, banyak juga yang kami fikirkan tapi bila banyak-banyak fikir pun tak baik juga sebab lama-lama boleh jadi confused... Jadi, kami ambil keputusan hantar jelah Iman ke sekolah and the rest serah pada ALLAH SWT... As long kita tahu niat &  tujuan kita, pastinya akan dipermudahkan, betul tak? :);)


Lepas ni jadual pun akan berubah, Isnin sampai Jumaat, Iman akan ke kindergarten manakala hari Sabtu pula kami akan hantar dia ke masjid untuk belajar agama, seperti belajar jawi (bahasa Arab), mengaji, fardhu ain yang lain insya'ALLAH... Medium pengantara tentulah dalam bahasa Sepanyol + rojak-rojak bahasa Inggeris! :)

Alhamdullillah, community Islam di Lima, Peru ni telah mula menerapkan ajaran agama Islam di kalangan anak-anak mereka... Kelas yang Iman attend ni pun percuma sahaja... Lega sikit rasa hati sebab sekurang-kurangnya Iman boleh belajar agama dengan kawan-kawan... Sebab kalau belajar dengan kami biasalah banyak ragamnya..hehehe ;))


Terasa lucu bila Iman cuba-cuba mengajuk cakap Spanish! hehee ;))


Ni semasa belajar di masjid... 


 Biasanya dia leka dengan dunia dia sahaja apalagi kalau dapat pen & kertas untuk diwarna & diconteng...hehehe... Tapi sekurang-kurangnya Iman boleh bersosial & dapat bermain dengan kawan-kawan... Yelah, setiap hari duk umah kawan dengan ummi je..hiks. :)


Agak terkejut juga mereka bila melihat Iman boleh membaca Al-Fatihah walaupun tak seberapa nak lancar... Masya'ALLAH, kanak-kanak sebaya Iman ni memang mudah menyerap apa yang kita ajar sebab otak mereka ni macam spongebob squarepant! :)) 


Untuk pengetahuan semua sekolah di sini bukan seperti sekolah di Malaysia... Maklumlah majoriti beragama Khatoliks jadi kami perlu lebih berhati-hati & memantau setiap ajaran yang diterapkan... terutama sekali bab makanan... Nasib baik bekal makanan kami perlu sediakan sendiri jadi kuranglah sikit kerisauan di situ...

Everyday I have to remind him... again and again... Don't take others food... Please... It's okay if people taking yours but don't eat whatever people give to you... Nanti sakit perut... nanti Iman gatal-gatal...bla...bla..bla...

Kami pun dah siap 'alert' dengan cikgu kat situ yang Iman tak boleh makan orang lain punya bekal since he has allergy in certain foods... Dengan harapan 'tricks' kami ini menjadi... Ya ALLAH moga Kau lindungi...  Ameen...

Setakat harini dia macam faham... :))


Hasil tangan Iman... hehehe... Dah pandai pegang pencil & mewarna... Ummi & babah dah cukup bangga! 

Sampai sini dulu, panjang dah rasanya ni... 

Chau! :))

Aug 23, 2012

Terima Kasih... Gracias... Thank You.... Syukran... ♥♥♥

Assalammualaikum...

Hola Cariño!

Alhamdullillah, semuanya dah pun selesai & berjalan lancar... Harini baru boleh update sebab 2 hari recharge bateri... kepenatan ya amat! hehehe ;))

Jamuan Hari Raya yang julung-julung kalinya kami adakan di rumah pun selesai dengan 'smooth'... Actually, jamuan tu sekali dengan 'Open House' & jugak 'House Warming'... sejak masuk rumah ni tak pernah lagi buat apa-apa jamuan pun... Telah menjadi kebiasaan kami di Malaysia dulu buat majlis sebegini... Syukur alhamdullillah, kerana tetamu yang datang juga agak ramai dalam 50 orang... Macam tak percaya semuanya berjalan seperti yang dirancangkan... :))

Temubual bersama MHI di TV3 juga Alhamdullillah dalam kesibukan melayan tetamu, segala-galanya berjalan lancar... :):)

'Mood' raya tetap kami rasakan tapi dalam rumah je, bila keluar rumah rasa biasa-biasa balik...hehehe ;))

Actually, terlalu banyak nak story tapi nanti-nanti tunggu mood & idea mari dulu... ;))

Bagi siapa-siapa yang tak sempat tengok rancangan MHI, TV3 haritu boleh tengok semula di tonton.com.my atau boleh pergi blog Kakcik Seroja yang baik hati merakamkan sedikit sudutan temubual saya tu... Terima kasih Kakcik atas entry khas buat saya: Marya Yusof (From Peru With Love) di MHI, TV3... Semoga ALLAH balas segala jasa baik Kakcik... Tak terbalas dek saya... Tidak hairanlah ramai rakan blogger yang sayang dengan Kakcik.... Kebetulan waktu ini di Malaysia 24/8/2012 adalah Hari Lahir Kakcik, di sini masih lagi 23/8/2012... Apa-apapun, Selamat Hari Lahir buat Kakcik... Barakallah... barakallahufik... xoxoxoxo :))



All pics credit to Kakcik Seroja :)

Terima kasih buat semua yang memberi sokongan... Terutama sekali buat rakan-rakan blogger, rakan-rakan yang baru saya kenali... Yang add saya di FB... Terima kasih banyak-banyak... Semoga hubungan yang terjalin berpanjangan... Maafkan saya kalau tak dapat nak 'attend' semua... Saya suka kalau ada orang nak berkenalan dengan kita the same way saya juga suka nak kenal dengan semua orang... Tegur-tegurlah saya... For me, everyone is special! I'll try to treat everybody equally... No matter who you are... insya'ALLAH... Kita ni sama je kan...hehehee ;))

Pada semua tetamu yang hadir dimajlis kami tempoh hari... Terima kasih kerana sudi datang, thank you for coming, gracias por venir & syukran jazilan... errr... tak tahu pulak...huhuhuu...nampaknye kena belajar arab dengan pak syeikhlah pulok... *wink*wink* :))

Nanti update lagi... Salam Aidilfitri! Eid Mubarak! :))

Chau... ♥♥♥





Aug 21, 2012

MHI, TV3 Again! Insya'ALLAH... ;)

*Sticky Post*


Assalammualaikum...

Dear Peeps & Friends,

Alhamdullillah dibulan baik & mulia ini, saya dipelawa lagi untuk ke udara secara 'live' dari Peru di MHI, TV3 pada HARI RAYA KETIGA (3 SYAWAL 1433H) bersamaan 21 OGOS 2012 (SELASA) lebih kurang pukul 7.30 pg hingga 8.30 pagi... Insya'ALLAH... :)

 Buat sanak-saudara, sahabat handai, rakan-rakan blogger yang terlepas rancangan MHI pada 2/8/2012 yang lalu dengan rendah hati sudilah kiranya bangun awal sambil makan ketupat rendang, sambil berkunjung ke rumah sanak saudara serta sahabat taulan, jangan lupa untuk menonton rancangan itu nanti ye! Ajak orang kampung sekali... ahaks! :D Saya akan berkongsi cerita Syawal kami di sini pula :):)

Credit: Google & TV3

Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini mendapat redha illahi dan manfaat kita bersama...

Salam sayang & kemaafan dari jauh... Desde Peru con Amor! From Peru With Love!

Terima kasih TV3! :)





Aug 19, 2012

Salam Kemaafan Dari Jauh~

*Sticky Post*


Assalammualaikum wbt...


Dosaku ibarat butiran pasir... Mengharapkan ampunanNya... 

Duhai saudaraku... Maafkan aku & doakanlah daku... 

Taqabbalallahu minna wa minkum, wa ja'alanallahu Minal aidin wal faizin... 

Semoga ALLAH menerima (amal) yang telah aku & kalian lakukan, dan semoga  ALLAH menjadikan kita termasuk (orang) yang kembali (fitrah) dan (mendapat) kemenangan...


From Peru With Love,

Nadzri Sani, Marya Yusof & Iman'ul Yaqin... 


Aug 13, 2012

Demam Menjelang Raya!

Assalammualaikum...

Hola Amigos!

Como estas?

Seronok tengok persiapan raya semua yang berada di tanahair... Aura raya tu memang terasa sangat tapi bila kenangkan diri masih di sini terus terasa...alahai... syahdunya! Feeling lebih sikit bila dengar lagu raya... Barulah tahu perasaan sebenar bila raya diperantauan... hu3... Kita & hubby siap 'bet' siapa yang nangis dulu... menyampah tau! *Dia nangis dalam bilik air mana kita tau kan...hahaha ;D*

Kami tak balik beraya tahun ni... First time dalam tempoh nak masuk 30 tahun hidup di bumi ALLAH ni, ini merupakan kali pertama beraya bukan sahaja tidak disamping keluarga tapi jauh dari tanahair... Wow! Hebat tak? huhuhuu... Nak nanges ;p :)

Tapi takpelah, raya tetap raya kan... ;))

Seminggu ni kami semua tak sihat... Demam, batuk serta selsema... Dugaan... dugaan...

Macam biasa budak tecik ni lah yang teruk sikit... Batuk...batuk...kong...kong...kong... tengah-tengah malam... Nangis...nangis mintak ubat! Memang kesian sangat... Tapi time tulah kita rasa nak naik angin semua kan sebab kita pun tak sihat, ditambah dengan mata yang baru je nak terlena... Rasa macam nak naik 'hantu' maklumlah dah lama tak berjaga malam jaga baby...huhuuu... Hubby pun sama gak tak sihat...

Sekarang musim sejuk... Malam-malam cuaca boleh cecah 12 ke 14 darjah celsius! Memang tak sejuk sangat pun tapi sebab orang Melayu makan belacan macam kami ni memang tak tahan sejuk... Rasa nak berselubung je dalam selimut...hiks...

Tambah-tambah lagi dengan keadaan umah yang berabuk... grrrrrrrrr.... Ni semua gara-gara pembaikan bilik air yang dah berkurun-kurun tak siap-siap! Ggggggrrrrrrrrr... gggeeerrrraaaammmm sgt tau!

Kalau kat Malaysia ni memang dah kena 'babab' dah agent & tukang tu... Tapi kami pun tak tahu macamana boleh jadi 'sesabar' ini... heheee ;p :)


Dengan cop-cop ni lagi... Aduh... duh...


Lagi cop!


Kerosakan yang sedikit... Meleret-leret semuanya terlibat! Habuk... debu... toksah cakap... :(

Akibatnya...


Doctor bagi 'nebulizer'! Terlalu banyak sangat kahak...


Sampai tertidur-tidur... 3 round! 


Sebelum rawatan... Active macam orang sihat je... Tapi bila malam tak boleh nak tidur... Ni sibuk mengendeng mainan orang lain...


Bekalan 'gula-gula' buat Iman... Nasib baik jenis senang nak bagi ubat... nganga je mulut... :))

Moga Iman, babah & ummi (nak jugak) cepat sembuh... Kafarah dosa-dosa kecil... Moga ALLAH terima :))

Raya tahun ni tak shopping baju raya tapi shopping baju sejuk! Rasa tak cukup pulak...huhuu


Raya kedua insya'ALLAH buat majlis sikit...jemput rakan yang terdekat je... buat sekadar yang termampu... Taklah rasa sunyi sangat raya tahun ni nanti ;))

Insya'ALLAH, dipanjangkan usia nanti update lagi... BW juga! :))

Adios!

Aug 10, 2012

Hanya blogger biasa-biasa sahaja :))

Assalammualaikum...

Hola carino!

Sejak akhir-akhir ni buat entry auto publish je... Nak BW pun tak sempat lagi... Sebulan ni rumah pulak asyik dikunjungi orang, betulkan master bedroom yang dah berbulan-bulan tak siap-siap lagi... Time nak raya banyak pulak halnya... Harap-harap semuanya siaplah sebelum raya nanti... Moga ALLAH permudahkan segalanya...

Beberapa harini Iman pulak kurang sihat, selsema, batuk... Dah berjangkit dah dengan saya ni... Babah je masih steady... Cuaca pulak makin sejuk...gagaga... Siap pergi beli 'heater' baru lagi... Dugaan sepuluh hari terakhir Ramadhan ni... Jadi kena kuat sikitlah... insya'ALLAH :)

Dah lama tertunggak entry ni, tapi nak jugalah cerita pengalaman di interview TV3 haritu... Manatau nanti berguna pada yang perlu & sebagai catatan untuk anak cucu baca nanti...insya'ALLAH :))

Bermula bila satu hari saya menerima email dari seseorang ;) :)


Mula-mula tu macam tak percaya sebab manalah tahu kot-kot 'SPAM" ke kan... Buat malu je...ahaks! :) :)

Banyak kali juga berfikir, betul ke ni? Lepas bincang lebih kurang dengan hubby so, saya pun membalas email tersebut & menyatakan persetujuan... Pada asalnya saya ingat mereka akan tayangkan blog sahaja, tak sangka pulak nak buat 'Live Phone Call'... Erkkk... agak gelabah & malu-malu di situ* uwek* ;p

After a few conversations via email & phone, finally the date is set & time has been arranged! Chewah! ;) Untuk makluman tiada skrip disediakan, segala-segalanya adalah super spontan! =='

Saya just prepare beberapa soalan 'syok sendiri' and practice! hahaha :D Macam orang tak betul pun ade jugak... Padahal dengar suara je kan... hiks...

Masa interview tu saya perlu berhati-hati bila nak menjawab semua soalan sebab kalau salah bagi jawapan mahu saya kena 'babab' dengan 'Ollanta Humala' hehee... Sedikit sebanyak menyentuh mengenai negara mereka jadi mestilah kena hati-hati & baik-baik ;))


Alhamdullillah, segalanya berjalan lancar seperti yang boleh dilihat di youtube yang di upload oleh Ummi Iman... Oh, saya tak boleh nak tonton dari sini! Streaming pun tak boleh tak tahu sebab apa, melalui tonton.com.my juga tak boleh sebab ade stated katanya hanya untuk tontonan dalam negara sahaja...huhuu :(

 Jadi sangat menghargai jasa K.Rose (Ummi Iman)... Terima kasih yang tak terhingga... Juga pada semua rakan-rakan blogger yang tak henti-henti memberi sokongan... Moga ALLAH balas kalian dengan yang lebih baik... Ameen :)


Ramai yang bertanya macamana pulak boleh TV3 bumped into my blog! Alamak, nampak sangat blog saya ni tak fames kan...hahaha! :D Jawapannya; saya sendiri pada asalnya tidak tahu! Mungkin kerana rezeki, ditambah lagi dengan status 'Perantau di Bumi Peru' adalah bonus bagi saya... ;))

Saya berfikiran begini, everytime you write a blog and publish it, it's available for the whole world to see (unless you set your account as a private)... Jadi, tiada issue saya kenal dengan mana-mana orang TV3 atau apa-apa yang berkaitan dengannya... Am I an attention seeker? Ermmmm... poco...poco...poquito... If not takkan ade blog ye tak? hak hak hak ;p

Saya hanya blogger biasa-biasa sahaja... Berkongsi cerita untuk tatapan sendiri, anak cucu & siapa sahaja yang sudi membaca... Bila berblogging saya rasa gembira & tak sunyi seolah-olah saya bercakap serta bercerita dengan seseorang... Boleh dikatakan semua entry saya 'syok sendiri'... Tulis pulak panjang-panjang...hehehe... ;))

Yang paling penting saya dapat kenal ramai rakan-rakan maya yang baik-baik belaka... Mungkin ada yang tak baca tulisan saya tapi sekurang-kurangnya mereka say hi & drop something in my comment box... Itu sahaja sudah membuatkan saya tersenyum...:))

Saya juga tak tahu sampai bila saya akan menulis, tiba masanya nanti saya akan berhenti... Yes, surely someday, when I've got nothing to story about... When I have other commitments... Nobody knows... Until then, to all my beloved readers obvious & not obvious... Muchas gracias por todo!  

Hasta la vista! Chau :)

P.S. Lepas interview terus berbual panjang dgn MIL melepas rindu... Beliau menunggu depan TV & buka sound kuat-kuat semata-mata nak dengar khabar anak, menantu & cucunya dan taknak terlepas menonton...sobs :')

P.S.S. Mak pulak terlepas rancangan tu sebab abang yang dok tunggu depan TV tak perasan nama 'glamer' adiknye ni...hahaha! :D Kesian mak... Takpelah manatau nanti kalau ade peluang lagi... Boleh mak dengar... mode#berangan# ;p :) :)

Aug 8, 2012

My Sweet August! ;)

Assalammualaikum...

Hola todos!

August always bring smile to my face, happiness in my heart and  joy in my life... Thank ALLAH for all I have...     

Today is our 4th Anniversary! 08.08.2008 to 08.08.2012 ;))

"Te Amo!

Happy Anniversary! Feliz Anniversario!

Gracias a Dios que hemos sobrepasado todo obstaculo y todo se lo debemos a El por tiempo compartido... Te quiero mucho! xoxoxoxo..."

Gedik nak mengenang kembali Ogos yang telah lama berlalu...hiks ;))


Selesai diijabkabulkan di Masjid Sikamat Seremban, Negeri Sembilan... Suka dengan gambar ni... Rasa macam, "Eh, cantiknye aku!" Bedak bertepek-tepek kat muka tutup segala cela memang lah nampak mulus je...ye tak? hak...hak..hak... ;p


Malam berinai... Baju songket memang cantik kan... Tapi sekarang ramai yang taknak pakai dah... ermmm... :))


9.8.2008
Rumah saya tema purple... Sebenarnya saya nak color pink tapi hubby tak mau... Itu yang jadi color purplish pink or soft purple! Hish..  bila tengok gambar ni rasa gatal nak sanding lagi pulak...hehehee ;p :)


Reception di rumah pengantin lelaki pada 10.8.2008... 

Ni color hijau lumut atau hijau pucuk pisang? Ntahlah ==' 


Pernah tunjuk gambar-gambar persandingan kami ni dengan local Peruvian... Terkejut mereka dengan kemeriahan majlis perkahwinan orang Melayu dengan pelbagai persalinan... Tentulah mereka kagumkan :) 

Dulu, masa Iman baru pandai bercakap bila nampak je semua gambar ni terus dia bersuara, "Ummi" Sambil tunjuk-tunjuk gambar saya, "Babah" Sambil tunjuk gambar hubby... Lepas dah lama termenung, "Pak pak pong, panten..panten!" hak...hak..hak... :D

Unexpectedly, dia cakap pulak "Iman...? Iman...?" Tanya mana Iman, sambil tunjuk-tunjuk diri sendiri...hahaha...huk alah... belum proses lagi time ni nak oooii....hehehee ;p

After 11 months, 3 weeks and 3 days... Iman turn up into our life! Our precious moment ever! Alhamdullillah...

~1.8.2009~


Baby yang juara menangis dalam wad! hehehe... Montel...montel...bam bam... Masa mula-mula boleh pulak terfikir... "Eh, anak aku ke ni" Cepetnye mata...hehehe ;)

~2/8/2010~

Percutian ke Langkawi sehari selepas hari lahir Iman yang pertama dan untuk celebrate anniversary kami yang ke 2 :))


Lepas berkahwin kami tak sempat nak honeymoon sebab macam-macam hal... Seminggu selepas kami kahwin saya kena duduk exam untuk confirm, hubby pulak dipanggil untuk interview kenaikan pangkat... Rezeki selepas kahwin! :)) 

Kira macam honeymoon tapi lebih bermakna sebab angkut kedua-dua bonda yang tersayang :))


Angkut nenek & uwan naik boat-Island Hoping! Jangan tak caya! hehehe ;))


Iman first experience naik flight! Tambang murah Air Asia lah katakan :))

Dalam bulan Ogos, 2011 juga hubby dapat surat diarahkan untuk bertugas di Lima, Peru...

1/8/2012 (Waktu Peru) manakala 2/8/2012 (Waktu Malaysia), saya berpeluang on air secara 'live' di MHI, TV3... Kebetulan jatuh pada Hari Jadi Iman yang ke 3 tahun... Syukur Ya ALLAH kerana rezeki yang tak putus-putus dari MU...

 Credit: Doc 

Moga Ogos-ogos yang mendatang akan lebih manis & bermakna buat kami... insya'ALLAH... Ameen...

"Kita melihat pelangi di atas kepala orang lain, tetapi tidak di atas kepala sendiri... Hidup ini tidak selalunya mendatar, adakalanya mendaki, kadang-kala jatuh... Letakkan dunia ditangan, bukan dihati... Sebagai alat, bukan matlamat... Belajar erti syukur serta sabar... Hasilnya nanti sangat-sangat manis"

Oh, mi dulce Agosto...

Gracias por leer... Chau :))

Aug 2, 2012

Party Airmata Iman! :)

Assalammulaikum...

Hola todos!

Alhamdullillah, selesai sudah Live From Peru on MHI TV3 pada 2/8/2012 (waktu Malaysia) 1/8/2012 (Waktu Peru)... Terima kasih atas sokongan kawan-kawan yang tak henti-henti kepada saya... sangat terharu... *sobs* 

Harini bukan nak cerita pengalaman saya tu, entry tu terpaksa saya tangguhkan dulu sebab ada yang lebih penting...hehehe.... ;))

Rasanya semua pun tahu 1/8/2012 haritu genap usia Iman 3 tahun... Tahun ni memang tak celebrate macam tahun-tahun lepas... Maybe nak buat masa sambutan hari raya nanti... Sekali dengan 'open house' insya'ALLAH...

Tapi babah ada buat 'surprise party' untuk Iman! :D


Babah belikan 'Blocks' & 'Bowling Set' ni! Tanpa pengetahuan Iman :))


Sebenarnya dia yang mintak permainan ni especially 'Blocks' tu... Mainan dia dah terlalu banyak sampai kami pun tak tahu nak bagi apa so, bawak dia ke Toys Store, biar dia sendiri yang pilih! ;))

Memang rambang mata masa kat Toys Store tu, semua benda dia nak usik tapi last-last dia request nak kan Blocks macam ni... So lepas negotiate dengan dia lebih kurang, kami pun balik rumah tanpa membelikan apa-apa pun...hiks... Kejam kan? heheee ;p


Babah beli senyap-senyap tup tup dah ade kat rumah a day before birthday dia tu....hehehee... :))

Time ni dok tertinjau-tinjaulah mainan tu...


Tapi kami cakap dengan dia, "This is not for you, ni untuk anak uncle Jorge!" Tak pasal-pasal uncle Jorge jadi mangsa... Apalagi... Mengamuklah dia...

*Uncle Jorge adalah 'housekeeper' apartment kami... *

Puas dia ikut saya ke sana ke mari nak mainan tu...hiks...


Siap menyondol-nyondol, peluk-peluk & pukul-pukul ummi dia ni... adeh... 


Buat muka kesian konon-konon nak mintak simpatilah...hehehee ;))


Akhirnya, melalak jugak! Huwaaaa!


Kebetulan sama pulak mukanya dengan kartun "gumball" kat belakang tu...hak...hak...hak ;D


Huwaaaaaa! Pecah jugak tangisan...hehehe ;))


Babah cakap boleh bagi but in one condition kemas semua mainan yang sedia ada & buang mana yang dah rosak serta tak perlu...hehee :)))


Dengan linangan airmata, Iman kemas & siap-siap '5S'... hehee... ;)) Sedih tengok semua mainan yang dah rosak dibuang... Sayang rupanye dengan mainan tu semua, tapi bila suruh kemas selalu ngelat...hehehe... 


Ok barulah boleh pegang & officially jadi milik Iman sepenuhnya :))


 Checking...checking... Macam tak percaya pulak ye! ;))


Mainan idaman yang diterpa dulu ;))


Siap lompat-lompat lagi! Yes! Yes! ;))


Akhirnya...


Blocks ni memang baguskan untuk merangsang daya imaginasi anak-anak... Alhamdullillah...


Ummi & babah tersenyum puas bila tengok Iman happy! :))


Hidung still ade kesan hingus & airmata... hehehe... Itulah kisah Party Airmata Iman! Kami memang suka nyakat dia...hehee :))

Kemungkinan lepas raya nanti nak hantar Iman pergi school... Sekolah yang ada English medium... Sekarang Iman dah boleh sikit-sikit menguasai bahasa Spanish & English (ajuk-ajuk orang cakap)... Kami akan cuba kekalkan berbahasa Melayu & Inggeris dirumah sebab kalau di sekolah sah-sah bahasa Spanish akan menjadi bahasa pengantaraan... Hari Sabtu pula, kami bercadang nak hantar dia ke Masjid untuk belajar Bahasa Arab (Mengaji, Jawi and etc) insya'ALLAH... Moga berjalan lancar semuanya :))

"Ummi & babah tidak mahu anak-anak hilang kecintaan pada negara... Hilang jati diri sebagai seorang Muslim-Melayu... Biarlah orang kata kami kuno, konservatif atau apa sahaja kerana pandangan manusia tidak penting!  Moga ALLAH rahmati :)"

P.S. Terima kasih buat Kak Anie (Kunang-kunang), Ummi Iman-Rose, Kak Susumanis  (Di FB) & Doc sebab sudi berkongsi cerita Live From Peru MHI di blog kalian... Sangat-sangat terharu... Buat semua blogger lain juga Kak Azie Azah dan semua yang tak sebut di sini... Terima kasih atas sokongan! Moga ALLAH berikan yang lebih baik buat anda semua! Ameen :)
P.S.S. Waktu interview tu terawal dari jangkaan saya, bagi yang tak sempat tengok boleh check di tonton.com.my... Kebetulan Ummi Iman ada upload ke youtube (walaupun tak seberapa jelas tapi saya sangat-sangat terharu dengan usaha yang dilakukan olehnya, tak terbalas dek saya) >>>>>http://www.youtube.com/watch?v=MHJ_En5vP9E Terima kasih Rose :))