Assalammualaikum...
Hola hermanas y hermanos!
Alhamdullillah, harini rasa lebih segar & sihat... Iman pun makin sihat cuma tinggal selsema dan batuk-batuk manja je lagi... Mr Hubby pulak dapat MC 3 hari... Dijangkiti virus yang sama... Harap kami sembuh sepenuhnya sebab lepas ni nak ambil suntikan for musim sejuk pulak... Suntikan yellow fever pun tak ambil lagi ni... Takpelah slow-slow :):)
Masa demam tu saya memang tak larat nak masak & buat kerja semua bagai... So, takde pilihan hari Jumaat tu kebetulan Mr Hubby pun ke masjid untuk solat Jumaat... Ada satu restoran makanan Arab HALAL baru dibuka di Tacna... Sebenarnya dari minggu lepas lagi kami memang bercadang nak merasa makanan halal ni... Tapi masa tu bukan rezeki kami, restoran tu tutup pulak...
Brochure ni diedarkan di masjid... Restoran ni terletak tak jauh dari masjid...
Nama restoran ni Dan Dasha... Terletak di Magdalena del Mar... Masa saya demam tak larat tu dapatlah juga merasa ayam panggang yang halal... Alhamdullillah, rezeki dari Allah kan :):)
Ini adalah kali pertama makan ayam yang dibeli di restoran, sebab di Lima ni memang tiada restoran halal... Orang Islam adalah penduduk minority...
Macam saya yang bertudung ni memang senang mereka nak recognise... Kalau pergi kemana-mana memang saya akan jadi perhatian... Jadi, saya sangat menjaga penampilan saya di sini... Mereka memang pelik tengok perempuan yang memakai tudung...
Kalau berjalan-jalan tu, kadang-kala ada yang menoleh 2-3 kali pandang saya... Mula-mula dulu rasa uncomfortable bila orang pandang kita macam tu tapi sekarang saya rasa mereka pandang saya sebab saya cantik kot...hahaha! ;)
Di sini, apabila sesama Islam berjumpa dan memberi salam, saya rasa sangat syahdu dan perasaan saya mudah tersentuh... Bagi saya roh persaudaraan sesama Islam tu sangat kuat! Perasaan yang tak pernah saya rasa walaupun hampir 30 tahun saya tinggal di Malaysia yang mana majoritinya umat Islam... Perasaan itu sangat sukar untuk saya terjemahkan :) Very touching ~
Orang Islam di sini dari pelbagai negara, dari Indonesia, Pakistan, Afrika Selatan, Egypt, Palestin, Syria dan beberapa lagi negara lain serta Peruana sendiri... Some of them just like us - ex parte!
Masa saya dan Mr Hubby jalan-jalan di Tacna minggu lepas kami ditegur sekumpulan lelaki... Lepas bersalaman & berpelukan dengan Mr Hubby, kami berborak-borak sebentar... Masa tu Mr Hubby hanya memakai seluar jeans & t-shirt sahaja kalau dibandingkan dengan mereka yang berjubah & berkopiah, mungkin baru lepas menunaikan solat... Mereka bertanya kami berasal dari mana... Mereka menegur pun mungkin sebab mereka melihat saya memakai tudung... Sebelum beredar, salah seorang dari mereka sempat berkata muslims from Malaysia are very religious :) Kami terperanjat, tersenyum dan mengaminkan sahaja :):)
Agaknya kenapa mereka berkata demikian?!
Baiklah, ini adalah pendapat saya... Melalui pengalaman & pemerhatian saya... Mungkin benar, atau mungkin hanya satu kebetulan... Orang Islam-Malaysia biasanya sangat menjaga hal-hal halal & haram... Kita tak mudah untuk makan di sesuatu tempat tanpa mengambil kira halal atau tidak... Sebaliknya, sesetengah negara contohnya Islam-Indonesia (tidak mewakili semua) ada yang makan ayam & daging tanpa mengira dimana sahaja kerana bagi mereka, pada ketika ini mereka adalah dikira MUSAFIR... hanya dengan membaca BISMILLAH serta YAKIN mereka sudah boleh makan... Kedua, cara mendirikan solat... Biasanya rakyat Islam-Malaysia sangat menjaga tatatertib semasa mendirikan solat... Yang lelaki berpakaian kemas serta bersongkok... Wanita pula bertelekung dengan menutup aurat dengan sempurna... Tidak terkeluar atau nampak rambut... Pakaian solat bersih & kemas...
Pengalaman saya menunaikan solat sunat Aidil adha di masjid tahun lalu contohnya... Ada dikalangan muslimin (saya tidak mahu sebut dari negara mana) cara pemakaian telekung atau tudung tidak menutupi aurat dengan betul... Nampak rambut, ada yang sengaja keluarkan jambul dihadapan semasa solat. Kuku berwarna dengan pelbagai warna, bertudung hanya sewaktu solat... Memakai make-up semasa solat... Gincu, pemerah pipi, eyes shadow dan sebagainya sehingga saya terfikir bila masa mereka mengambil wuduk... Apa yang saya lihat benar-benar menginsafkan... Betapa tertib dan beradapnya kita orang Islam-Malaysia!
Dari segi makanan pula... Kalau semasa di Malaysia kami sangat berhati-hati semasa ingin membeli makanan apatah lagi bila tinggal di negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian Katholic... Bila nak membeli makanan tu WAJIBlah kami telek betul-betul ingredients dan sebagainya... Contoh kalau nak beli air kenalah tengok mengandungi ALCOHOL atau tidak... Kalau makanan yang lain kenalah check kalau-kalau dia tulis CERDO, chicharrón, JAMÓN dan sebagainya; memang kami TAK akan beli... In fact, kalau bahan makanan yang ada ingredients ayam (pollo) & daging (carne) pun kami tak beli...
Islam itu mudah & indah, jadi janganlah disulit-sulitkan... Dulu pernah dengar ustaz cakap kalau kita dalam keadaan benar-benar DARURAT, yang haram pun boleh dimakan... Namun tidak boleh sampai kenyang cukuplah sekadar untuk meneruskan hidup... Buat masa ini kami masih ada pilihan, jadi selagi boleh kami sentiasa berhati-hati dalam bab halal dan haram ini... Lain-lain perkara saya dan Mr Hubby masih lagi belajar dan membuat rujukan di sana-sini ;):)
Kita selalu membuat andaian & rumusan tentang sesuatu negara atau negeri yang kita tidak pernah pergi atau sampai... Lagi-lagi kalau negara tersebut kurang terkenal seperti Peru ni contonhya... Tetapi pernah tak terfikir apa pula pandangan orang tentang negara atau negeri kita?
Jangan sangka negara kita sudah cukup terkenal ye kengkawan... Secara jujurnya, hampir 5 bulan kami di sini, tidak semua tahu di mana negara kita... Mereka cuma tahu negara-negara berhampiran negara kita sahaja... Sebagai contoh; Indonesia, Thailand & Singapura!
Ada yang bertanya adakah negara kita sudah maju... Memang rasa kelakar, rasa nak marah pun ada juga kerana negara kita sebenarnya jauh lebih maju dari negara mereka! 10 tahun kehadapan saya kira! Tapi itulah pandangan mereka pada negara kita yang kita cintai - Malaysia...
Apa nak buat :) Barangan buatan kita pun banyak yang tiada di sini kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran kita... Mari sama-sama kita fikirkan di mana silapnya...
Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke titik noktah yang terakhir... Mungkin ini entry yang membosankan sekadar meluahkan apa yang tersirat dihati :):)... Sekadar berkongsi pengalaman... Have a nice day, mi amigos!
Chao ~