Gracias!

Nov 13, 2011

~Daging Sweet Sour & Asparagus Goreng Belacan Ala Peru~

Assalammualaikum semua!

Oleh sebab semalam hari Sabtu (Sabado) Mr Hubby tak kerja, bangun pun lewat sikit...sarapan pun tak sempat nak buat terus masak untuk makan tengahari...

Tak tahu nak masak apa, dah ketandusan idea...stok ayam pun dah habis, ayam kat masjid kena borong dengan Embassy Indonesia agaknya, sebab dorang ade event hari Ahad (Domingo) ni... Kitorang pun dijemput sama...hehehee...

Dalam peti ais ade daging je so, masaklah ape yang ade...

Nilah hasilnya...

Daging Masak Sweet Sour

Sebenarnya, aku tak tahu nak tulis resepi ni macamana tapi suka nak share ~

I adalah google here & there untuk cari resepi to test in my kitchen, lastly I buat ikut suka, just follow my instinct...main campak-campak je...hehehee

Here we go...

Daging Masak Sweet Sour

Bahan-bahannya:

500g daging (dihiris nipis-nipis)
3 sudu sos tomato @ tomato puree
1 sudu sos tiram
1 biji tomato di potong empat
1/2 timun dipotong empat
1/2 biji carrot dipotong bulat
1 biji bawang besar dipotong berbaji
1 biji bawang besar (diblend) - Di Peru ni I tak jumpa bawang kecil so, guna jelah ape yang ade
2 biji bawang putih (diblend)
2 sudu cili kering yang dah blend
1 batang serai (diblend)
1 cm halia (diblend)
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam & gula - secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya:

Perap daging bersama serbuk lada hitam & garam selama 1 jam...Panaskan minyak kemudian goreng daging tersebut separuh masak...jangan terlalu garing nanti daging jadi liat...Asingkan daging tersebut...Kemudian kurangkan kuantiti minyak, dengan menggunakan minyak yang sama masukkan semua bahan yang telah diblend tadi sehingga naik bau...lepas itu, masukkan sos tomato & sos tiram kemudian diikuti dengan daging yang telah digoreng sebentar tadi... Bila daging sudah agak empuk masukkan carrot diikuti dengan timun...Akhir sekali masukkan garam & gula...rasanya mestilah masam-masam manis sikit...Sedia untuk dihidangkan...

Next...

Asparagus Goreng Belacan

Asparagus Goreng Belacan ni sangat digemari oleh Mr Hubby...

Kalau dah makan ni memang tak ingat orang lain dah die..hehehee...

Belacan kena bawak woiii....kalau tak nanti boleh hilang kemelayuan...kih kih kih....

Resepinya I jumpa disini dulu tapi dah ubahsuai sikit ...


Bahan-bahannya:

10 tangkai aparagus (dipotong serong)
1 sudu makan bawang besar yang diblend
1 sudu makan bawang  putih yang diblend
2 sudu makan cili kering yang diblend
2cm belacan bakar
1 keping tauhu goreng (dipotong kecil)
1 sudu sos tiram
Garam jika kurang masin
Dan sedikit air

Cara Memasak:

Tumis bahan-bahan yang diblend sehingga naik minyak & berbau wangi...kemudian masukkan belacan bakar sehingga semuanya sebati... letak sedikit air sekiranya terlalu pekat & kering...kemudian masukkan sos tiram diikuti dengan asparagus tadi...masak sehingga empuk...kemudian masukkan tauhu goreng...kacau rata..akhir sekali, letak garam sekiranya kurang masin...hidang panas-panas...memang terangkat!   

P/S: Asparagus di Peru ni besar-besar tau! Manis sangat...Sayur omputih ni kita melayukan die kasi taruk belacan...hehehehee

1 comment:

Unknown said...

sedap owh..mo d try ne..:)