Gracias!

Feb 21, 2013

... yang tidak diceritakan (C-Section)!-Part 2

Assalammualaikum wbt...

Hola mi amor!

Alamak, ramai yang marah sebab cerita tergantung! hikhik... Sorry sangat-sangat! Saya rasa cerita saya ni macam membosankan je, dok ulang-ulang benda yang sama... Dugaan kecil yang kadang-kala macam malulah pulak nak cerita lebih-lebih...

Tapi sebab blog ni 'ana yang punya!', so 'special feeling' tu tolak tepi jelah... hehehe ;))

Jujurnya, sesiapa pun akan buat perkara yang sama jika ianya terjadi pada mereka... Jadi, tiada yang lebih & kurangnya saya... :)

Pada siang hari sebelum saya sakit-sakit tu, saya memasak seperti biasa... Saya masih ingat bagaimana mangkuk untuk menghidang sayur kailan ikan masin pecah terbelah dua... Mungkin kerana sayur yang digoreng terlalu panas sehingga mangkuk yang 'microwave safe' pun boleh terbelah! Unbelievable! Tapi, mungkin itu hanya satu kebetulan, walaupun fikiran saya masa tu dah mula terfikir yang bukan-bukan... Ya Allah, apalah yang akan terjadi ni...

Sepanjang malam saya tak boleh nak tidur dengan nyenyak sebab sakit perut memulas-mulas ya amat! Emak & hubby tidur dengan nyenyaknya, tapi saya setiap satu jam menjadi pengunjung setia tandas!

Pagi tu semasa dalam bilik air saya tengok pada baju saya ada tompokan darah & lendir.. . Kami pun terus tergesa-gesa bersiap untuk ke hospital... Sebelum tu saya sempat memohon ampun dengan mak & mintak izin darinya untuk ke hospital... Saya juga pujuk emak untuk dihantar ke rumah abang saya yang no. 6 (atas saya) serta memberitahu adik-beradik yang lain tentang keadaan emak... Dalam keadaan lemah & mamai emak nampak bersetuju sahaja, kerana dalam keadaan begini kami tiada pilihan lain...

Rasa sedih kerana kalau boleh saya ingin emak saya sendiri yang menjaga saya dalam pantang... Sesiapa pun akan punya perasaan begitu kan... Tetapi Allah lebih tahu... Alhamdullillah emak mertua sudi untuk menjaga saya... Dia jugalah yang banyak beri nasihat kepada kami... Kerana dia sendiri melihat bagaimana keadaan mak saya ketika itu...

Sampai di hospital, pemeriksaan dilakukan seperti biasa... Berat saya ditimbang! Saya berasa sangat pelik kerana berat saya turun agak mendadak! Lost almost 3 kg within 2 days... Masa pregnant tu berat badan saya naik mendadak hampir 20kg... Memang rasa macam anak gajah dah masa tu! hikhik :p

Kata orang kalau nak bersalin memang berat badan akan turun... eh, betul ke? =='

Saya menanggung kesakitan agak lama, kata orang lagi kalau turun darah memang sakit untuk bersalin, lain pulak jika turun air... Orang tua-tua panggil, kembar darah dan kembar air...  Biasanya kembar air mudah untuk melahirkan... Oh, ni mak-mak saya yang cakap berdasarkan pengalaman mereka dan toknenek dulu-dulu! Tak tahulah sejauh mana kebenarannya... Tapi saya merasai semua rasa sakit contraction tu kecuali yang 'peak' sewaktu nak melahirkan... Ni tak rasa sebab kata bersalin 'operate' ;p

Oleh sebab saya terlalu 'asyik' melayan kesakitan yang datang, saya langsung tak berselera nak makan... Makanan yang pihak hospital hidangkan langsung tak bersentuh apa ntah lagi makanan yang hubby bawak... Saya cuma jamah sikit je... Air pun saya kurang minum, dan ini saya rasa salah satu kesilapan yang saya lakukan kerana selepas itu saya memang tiada tenaga langsung...

Selepas hampir 14 jam di wad & 9 jam di labour room doc check bukaan, keadaan tetap sama 1-3 cm... Air ketuban pun keluar & dipecahkan... Doktor dah mula bising-bising (typical GH!)... Saya masih ingat seorang doktor wanita  berbangsa India bertanya dengan saya, samada saya ada meminum air selusuh! Sudah tentu tidak! Kerana air selusuh yang ada masih tersimpan rapi dalam beg tak bersentuh! Kerana saya ingat akan pesan bidan yang buatkan air selusuh tersebut agar hanya meminum & menyapu pada perut bila bukaan telah mencapai 6cm... Dan saya memang ingat pesanan ni walaupun ada juga beberapa kali hubby desak untuk minum... Katanya emak dia pesan suruh minum... Saya memang degil & 'stick' dengan cakap bidan tu sebab dia yang buat air tersebut sudah tentu dia lebih arif... See, orang India pun percaya dengan air selusuh! ;))

Saya ada juga terfikir, adakah sakit saya ni disebabkan air yassin yang saya minum malam tadi? Air Yassin tersebut telah bertindak sebagai air selusuh? Hurrmmm... =='

Akhirnya, kerana terlalu letih & dehydrated saya terus demam... Suhu badan meningkat dan saya diberikan paracetamol! Selepas berjam-jam lamanya baru itulah saya dapat merasa minum air... Ya Allah dahaganya hanya Dia sahaja yang tahu... Rasa macam dah nak hujung nyawa dah...

Baby pun dah dalam keadaan distress, jadinya doktor cadangkan untuk melakukan ceaserean ke atas saya... Menurut doc untuk bersalin normal saya perlu menunggu 5-6 jam lagi, itupun jika boleh... huhuhu... Sanggup ke? Setelah menanggung lebih dari 24 jam menahan kesakitan, dalam keadaan diri yang demam, lemah saya tak rasa saya mampu untuk menunggu lagi... Akhirnya kami bersetuju untuk melakukan pembedahan...

Alhamdullillah, segalanya berjalan-lancar selepas itu! :)) Emak pun makin sihat & pulih dari sakit... Pada awalnya saya tidak nampak dimana hikmahnya...

Hikmahnya selepas Iman dilahirkan bersama-sama dugaan kecil yang lain, cerita yang ni perlu mintak minta kebenaran hubby dulu sebelum boleh publish! Sebab agak kontroversi sikit...hehehe... ;))

Iman lahir dengan selamat dan sihat dengan berat 3.6kg! Ada orang kata, eloklah C-sect sebab baby besor! hiihii... Tak mustahil adiknya nanti akan lebih berat... Next childbirth, saya hanya berserah pada Allah... VBAC or C-Sect saya terima dengan hati terbuka... Kami suami-isteri dah pun berbincang tentang ni. Hubby cakap, bersalin normal atau tidak dia tetap akan jaga saya... hahaha :D Siapa lagi yang nak jaga kalau bukan suami sendiri *wink*wink* ;))

Bersalin secara normal atau tidak bukan persoalannya... Allah Maha Adil, Maha Pengasih & Penyayang... Pahala melahirkan tentu sekali bukan bergantung pada cara melahirkan... Bersalin secara normal ada risikonya apantah lagi bersalin secara pembedahan... Nyawa menjadi taruhan... Siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah?

Thank you for reading!

 "Some people might say whatever they want because they have no idea what we have been through... There is a whole lot in life that we simply cannot control. Sometimes, the lesson lies in our ability to let go and accept things for how they are. 

I never feel less feminine when underwent C-Sect. Childbirth is painful. It's not the same for every mother, or even with every child. As hard as childbirth is, though, the long haul is still ahead. Raising kids is where it counts."

-The End-







31 comments:

Kakcik Seroja said...

Dua kali kakcik bersalin normal dan dua kali melalui pembedahan. Kebetulan, bersalin normal di GH dan bersalin secara pembedahan di Pusrawi, pengalaman dan layanannya memang berbeza...

sal ya said...

pengalaman lain2 kan. memang kalau blh nak avoid c-sec. pd yg suka anak ramai tu lagi la.

Eye_nee said...

As-Salam sis..
Lain wanita lain pengalaman sewaktu bersalin...Bg akk pula..Alhamduliilah..tiada masalah sewaktu melahirkan terutamanya Izzati...Pukul 1030 pagi akk lahirkan dia selepas 30 minit sakit dan pukul 1030 malam hari yg sama akk dibenarkan keluar dari hospital..Semoga kamu sentiasa dilindungi Allah sis...dan semoga nnt dipermudahkan sewaktu melahirkan..InsyaAllah...

Unknown said...

betul tu bersalin normal atau c-sec tiada beza....yg penting kita & anak sihat & selamat....sha pun kena c-sec last minit cos amzar berak dlm perut...sakit makin kurang cos bb makin kurang bergerak....if tunggu nak bersalin normal gak mmg bleh memudaratkan baby....so last minit dr labor room sha ditolak masuk ke OT room....kiranya dua2 sakit kita dah rasa la ye...:)..ALHAMDULILLAH amzar selamat & sihat lihat dunia....ALLAH LEBIH TAHU apa yg terbaik utk hambaNya kan....

Izwa Kamaruddin said...

suka word last tu!!!izwa dedua c-sect asyik la disindir sb c-sect like tak advanture sb tak bersalin normal!

mama aini said...

salam dear marya..semuga marya & baby sihat2 sahaja..ehem banyak dugaan marya waktu bersalinkan iman ya..kesakitan marya hilang bila melihat iman membesar & semakin petah bercakap..betul tak?..mama waktu melahirkan anak pertama tiada masalah..syukur alhamdulillah..waktu ank kedua (meninggal) mama telah disahkan sakit pada usia 27 thn..n doc.tak benarkan mama preg.lagi..akan ada masalah katanya..sekurang2nya mama masih ada seorg anak.. ;)..
slm sayang dr mama..

Izwa Kamaruddin said...

akak...izwa buat entry utk akak...thanks' a lot for this entry kak!TQ so much!~

Anum said...

assalamualaikum
singgah pagi jumaat
semoga hari yang ceria

mummyrinazone beauty said...

setakat ni 2 anak wan normal kak..mujur jugak tapi yang 1st walaupun normal jahitan bukak balik.azab btul rasa..huhu..kak ko dah bape bulan?

mamawana said...

Assalam,

Salam pagi Jumaat.

Hola beautiful marya..

Acik Erna said...

assalam marya..yang sulong juga acik bersalin melalui pembedahan..yang kedua forcep yang ketiga baru normal..tapi forcep lagi teruk menanggung sakit marya

Ratu Hatiku said...

Lain org lain pengalaman kan..apapun semoga dipermudahkan semuanya ya.. Amin

Lynn said...

Assalam Marya..

Pengalaman ketika mengandung dan bersalin tu satu kenangan yang cukup indah..Tapi masa lynn preggy kat Najah dulu..lynn jadi takut tau..teringat balik saat sakit masa nak bersalinkan zahin..jadi fobia..Tapi lynn tengok Marya cool je..hehe..Insyaallah akan dipermudahkan kelak..amin.

Unknown said...

Salam Marya..
pelbagai pengalaman bersalin kita dengarkan.. setiap orang ade pengalaman tersendirik..

moga semua urusan peknen dan melahirkan dipermudahkan k~

take care..:)

Kakzakie Purvit said...

Ngilu bila teringat masa bersalin. Tapi kakak bersyukur jenis mudah bersalin sebab ketiga-tiga anak kakak bersalin normal dan duduk dibilik bersalin pun tak sampai satu jam. Anak last lagi 12 minit dah jenguk dunia. Tak sabarlah tu agaknya...

Anonymous said...

hola marya...
lama tak singgah..mai singgah hari jumaat..sebenarnya bersalin ni takdir dh tentukan...cuma kita je x tau..ada yg senang ada yg susah...ada normal ada yg tak...mcm js first ank kluar breeze tp ttp bersalin normal..hanya DIA yang Maha mengetahui yang terbaik utk kita...insyaallah..

Nai @ TPJ said...

Mujahidaat kaum ibu nih... Kalu meninggal, pahala syahid... You take care, dear.. My du'aas are with you.. ^_^

Fiza Rahman said...

Betul tu marya. Bersalin normal atau tak, kita tetap bertarung dengan nyawa nak melahirkan amanah dariNYA.

Normal & c-sec pon ada risikonya juga. Pengalaman anak 1st, luka jahitan kat bawah tu agak lambat juga nak sembuh. Nak membuang pon takut sbb takut jahitan bawah tu terbuka. Terpaksa lah tahan sampai kena sembelit...huhuhu...lagi parah kan. Sampai terfikir...bestnya klo bersalin operate. Tak effect kat bawah pon.

Tapi bila tgk adik yg c-sec, dan luka operate dia terbuka. Yg scarynya, dr cuci luka yg dah bernanah tu hidup2 tanpa bius. Buat saya sedar. Normal atau s-sec, itu dah bahagian masing2. Tetap rasa sakit.

Ruse Sulaiman said...

Besarnya Iman masa lahir.. makin besar tak besar pula ;) pandai dia jaga badan ;) akak belum ada pengalaman lg. Betul.. apa pun cara bersalin sakit tetap sakit. Bg akak operation lg susah nak maintain semula kesihatan perut tu. Dah terpaksa nk buat mcmana. Yg penting ibu dan anak selamat dan cukup bertuah kerana boleh hamil dan melahirkan. Byk pahala dan keindahan disebalik kesakitan yg dirasa.

Take care

Miss Mirror a.k.a Sam said...

As salam Marya...

Ketiga2 anak I lahir normal, tp kan... pernah terpikir, klu la tetiba dgn tak sengaja ditakdir TERpregnant dlm usia2 I yg mcm dah nak lanjut ni, ingat nak Scissor je.. sbb takut la.. tak cukup tenaga nak push ke kan..

azieazah said...

Elok menulis kisah sebegini untuk tatapan di masa akan datang.

pengorbanan dan pengalaman yang berbeza dengan orang lain. Hanya kita yang rasa yg akan faham...

Bunda_nora said...

Alhamdulillah keempat2 anak bunda bersalin normal..

Puan Kutu said...

lamanya marya tanggung sakit..dugaan bersalin setiaporg tak sama.yg pasti pahala dan ganjaran sama rasanya..

dh ketinggalan part 1,nak p baca skang..:)

nurul elma afzhan said...

salam kak marya...

insyaAllah moga nnti dipermudahkan semua nyer...

nunu pun masa anak sulung c-zer jugak... bersalin kt hospital teluk intan...

yg kedua pun bersalin kt teluk intan... tp alhamdulillah doktor suh try normal dulu...

sbb kes anak yg sulung dh nk lemas lepas pecah kan air ketuban tu yg kena gak c-zer....

insyaAllah... jgn terlalu risau sgt... Allah sentiasa berada disisi kite...

Ibuhani said...

yelah......lahir cara mn pun x kisah! Janji anak cukup sifat, sihat n cergas! Smoga Iman jd anak yg solleh!

QA's ~ mamapapa said...

Salam,marya..takpela..normal or c-sect..janji baby n mummy selamatkn...ngeri plak..trkenang2 waktubmelahirkan anak...

Unknown said...

mmg betul tu tiap yg berlaku dugaanNYa sbb DIA sayangkan hambanya.. Biar sekecil zarah dugaan yg kita terima tu kdg2 kita tak sedar, dan mula la bising2 ckp itu dan ini kan...
Shima pun terima juga ckp2 nurse, malah emak shima sendiri kata anak no2 kena jaga, jadi besar lagi.. Kalau aqil dah sebesar 4kg berapa besar pula adik2 nya? hehehee..
Tapi shima dgr cerita dr mulut suami, akak kedai mkn yg selalu dia singgah tu anak2 nya yg paling kecil lahir 4.5kg.. lain2 5kg ke atas!!! can u imagine that?
Sepanjang 2nd prngt shima tolak tepi ttg berat baby. Cuma kawal mkn.. Hikmah kawal mkn dan terlalu berjaga2, shima kena pulak kencing manis, buat BSP every month, keluar masuk spital berbeza dgn aqil.. TP di mudahkan dgn kelahiran yg mudah 1jam sakit, baby yg kecil 3.3kg walau tanpa suami disisi... ^___^
Syukran!

The Unknown said...

best entry nie kak...

baru rasa nikmat membaca bila dpt baca sampai 'The End'. Hehe

Anonymous said...

pengalaman untuk kita seumur hidup tu !

Dr K said...

Persetan kan kata kata org yg menyindir pasal bersalin Caesar tu....cewahhhhh...ekekeke...

Sebab wife saya pun alami sakit yg serupa masa kelahiran anak 1st kami....almost 24jam bertarung utk normal delivery, bukaan cervix hanyalah 3cm...Saya bincang betul2 dgn Gynae nya, dan kami decide yg terbaik buat wife saya ialah, Caesarean..

Qashmere said...

Saya rasa trauma jugak. Dari pregnant sorang-sorang, C-sect sorang-sorang..jaga anak pon sorang2...

.....