Assalammualaikum wbt...
Hola mi amor!
Now, Iman's taking his nap so, bolehlah update! :))
Saya rasa perut kali ni macam cepat membesar pulak! Kalau dulu, 5 bulan baru nampak tapi sekarang ni dah pun tukar uniform...hikhik... Seluar & baju manyak dah ketat wooo... Rasanya berat badan pun dah bertambah! Selera makin tajam! hehehe ;)))
Alhamdullillah, saya boleh masak & setakat ni takdelah pulak rasa nak makan yang pelik-pelik... :)) Hubby & Iman pun sama gak... Makin berselera sebab ummi masak sedap... ;p
Next appointment maybe next week... Peliklah kat sini, appointment pun kena pandai-pandai sendiri... Ke kami yang tak faham? hahaha :D
Setiap kali ada appointment, kami kena dengar betul-betul nama yang dipanggil! Sebab mereka ni tak panggil nama kita tapi panggil "binti"! Biasanya berulang-ulang kali dorang panggil baru kami akan sedar... Yelah, siapa pulak nama "binti" kan...hehehe :))
"Binti, binti... binti..!"
Mula-mula dulu sesiapa pun akan confuse, tapi sekarang ni alah bisa tegal biasa! Chewaahhh... :)
Tapi lepas tu siaplah orang yang panggil tu kena 'sekolah' dengan kami... "Please call me Marya, binti is not my name!". Setiap kali kami explain, berkerut-kerut dahi orang yang dengar tu... Psssttt... kena explain in Spanish... Kalau explain in English, bukan berkerut mahu berkedut terus muka! hehehe :D
Kebanyakan "hispanicos"-orang Latin ni biasanya menggabungkan 'surnames' mereka dengan nama ibu & ayah! Contohnya:
Nama ibu: Marya Yusof
Nama ayah: Nadzri Sani
Surnames: Sani Yusof
Jadi, nama seseorang itu akan ditulis atau dicatat mengikut kedua-dua 'surnames' ni, contohnya; Sani Yusof, Iman Yaqin.
Contoh lain:
Nama ibu: Maria Rivas
Nama ayah: Juan Perez
Surnames: Perez Rivas
Nama anak: Perez Rivas, Ana Maria
Lain-lain nama mereka yang pelik-pelik!
Peña Aguilar, Rosa
Peña Gomez, Raul
Quesada Alvarez, Javier
Quesada Benitez, Octavia
Siapa yang bernama pelik sebenarnya ni? Kita ke mereka? hehehe :D
Sebab itu, oleh sebab nama saya Marya Binti Yusof... Mereka akan tulis begini = Binti Yusof, Marya.
Jadi tak heranlah saya akan dipanggil "Binti"! hahaha~ :p
Apalah akan jadi dengan nama anak kami yang baru nanti ni... hikhik...
Walau apa jua yang jadi kemudian tak perlulah dirisaukan sangat kan :))
Sekarang ni fikir yang indah-indah & yang elok-elok sahaja... :))
Sebelum masak pagi tadi buka FB, tengok mana yang sempat! Ternampak Fyzz upload gambar mee kari ni! Dah lama Fyzz tak update blog! Bila nak update ya hotmama?
Ya Allah, time-time tu jugak rasa nak jilat 'screen'! Punyalah drooooooooooooollllingggg! Meleh ayaq liur! Maaf ye Fyzz, kita curik gambar awak! hehehe :D
Memang dah lama teringat & teringin nak buat mee kari, tapi harini kugagahkan juga untuk masak!
Yummm...yummmm...
Tapi sedih sebab bahan tak berapa nak 'hado'! Sebabnya bagi saya mee kari tak lengkap tanpa kerang, taugeh, sawi, tauhu & tauhu kering yang terapung-apung tu! Apantah namanya... pergghhh...
Sebab dah teringin punya pasal, tercetuslah ilham untuk buat Mee Kari 'Musang Berjanggut' ni!
Kenapa panggil 'Mee Kari Musang Berjanggut'?
Sebab dalam cerita klasik Musang Berjanggut, wanita yang berjaya memikat hati & berkahwin dengan putera mahkota tampan setelah berjaya memasak campuran ramuan makanan dalam uncang muslihat 'Tok Janggut'!
Bila tinggal di perantauan, kita pun kenalah bijak menggunakan helah muslihat macam Puspawangi & Tok Janggut jugak! hahaha :D
*Berangan jadi Puspawangi pulok dahh, ya ampun!* :p
Yang sebenarnya, barang dalam icebox hanya tinggal basic-basic je-hujung bulanlah katakan... lagipun di Peru ni manalah nak cari kerang & tauhu kering terapung-apung tu! hikhik...
Kari pun Malaya mari...
Kata orang, pergilah serata dunia... Rasa kari tiap tempat tak sama tau! ;))
Rempah kari Babas tetap pilihan hati saya! hewhewhew...
Hidangan mee kari untuk santapan tengahari Tok Janggut saya! Hahaha :D
Thank you for reading!
P.S. Tahniah buat colleague's hubby Syahrom & sahabat saya Ika Jamaluddin yang berada di Dubai kerana baru sahaja menimang cahayamata yang ke-4! Terlupa lak nak tanya pompuan ke lelaki...hehehe... Selamat berpantang & jaga diri baik-baik... Peluk cium untuk baby baru ye! xoxoxoxo