Assalammualaikum wbt.
Hola todos!
Update hari Ahad? Macam tak percaya je update time weekend...hehehe... Ok, ni curi-curi update jugak... Curi-curi update pun masih panjang berjela! hahaha :D
Terima kasih pada yang masih sudi membaca blog saya ni... :)
Semalam kami pergi picnic! Salah satu aktiviti school Iman untuk hujung tahun ni... Sebenarnye ala-ala 'campamento' (camping)... Nama tempat yang kami pergi ni namanye Cineguilla! :)
Kami yang benarnya takde idea macamana rupa tempat 'picnic' ni! Dahlah cuaca 'loco'-gila! Kejap sejuk, kejap panas (merujuk di Lima tempat kami tinggal)... Dengar-dengar cerita tempat tu cuacanya sangat baik! Terletak di timur Lima & siapa yang mengikuti blog saya ni mesti tahu yang Lima adalah sebuah tempat yang dikelilingi gurun yang berhumidity tinggi! Dingin dan purata hujan tahunan yang sangat minumum... Boleh dikatakan takdok hujan! hehehe :)
Terus pada cerita picnic!
Kami pergi menaiki bas yang disediakan oleh sekolah Iman... Iman memang suka naik bas! Perjalanan lebih kurang 1 jam lebih... of course kami pergi bertiga! Lama rasanya tak bercuti jalan-jalan keluar dari Lima, sejak cuti-cuti semasa bulan Julai dulu! :) ;)
Alhamdullillah, cuaca memang sangat baik di sana... Cerah & bermandikan cahaya matahari! Lebih kurang 24-25 darjah celcius! Bagi kita yang asal dari negara cuaca tropika ni memang elok sangat! Tak panas & taklah sejuk benar :) :)
Awal-awal lagi teachers Iman bagitau suruh bawak solar cream protector! Mereka ni memang concern bab-bab gini ;):)
Sampai-sampai je, resortnya taklah sebesar mana... Ada kolam renang yang kecil! Cukuplah untuk budak-budak & mak bapak budak untuk menjadi 'dugong'! hikhikhik... *wink*wink*
Sampai-sampai je, resortnya taklah sebesar mana... Ada kolam renang yang kecil! Cukuplah untuk budak-budak & mak bapak budak untuk menjadi 'dugong'! hikhikhik... *wink*wink*
Iman excited nak masuk dalam air! Tak menyabar langsung dia! :)
Sambil mandi sambil 'cuci-cuci mata'! ahaks :p ;)
Iman & Luca, kawan sekelas Iman yang muda sedikit dari Iman... Tapi badan dia lebih besar & 'tough' dari Iman...hehehe... Mr Hubby gelarkan dia "Belanda dapat tanah"... sedap betul 'memuji' orang yang tak faham bahasa kita time gini...hehehe... Ala, bukan selalu nakal-nakal sikit! hehehe :D :p
Apa-apa pun Luca memang comel, berani & tahan lasak, namapun budak-budak kan :)))
Iman & babah! Suka pic ni! Melebor je senyuman anak beranak ni :))
Melepak sambil makan-makan... tengoklah dak tecik tu! Kelaparan lepas mandi & bermain...
Sampai tak perasan dok mencangkung gini! Ops!!!
Sehari sebelum tu ada perkhemahan buat kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun... Iman tumpang nyibuk je dalam khemah tu... Tak dapat bayangkan kalau Iman kena bermalam tanpa kami di sana... Boleh ke? hurrmmmm...
Bersambung-sambung mandi! Pero ahora con las maestras! Teacher Guadalupe adalah teacher yang jaga class Iman, Teacher Sandra adalah cikgu Bahasa Inggeris Iman! Teacher Sonia adalah guru besar sekolah atau school's director! :)
Iman malu-malu lah konon... cittt...
Swimming with teacher Sonia!
Saya ada juga join mandi sebab lepas solat babah malas nak tukar baju teman Iman mandi semula, terpaksalah saya melayan Iman... Yang kelakarnya saya mandi berbaju! Takkan nak 'vogel-vogel' macam depa jugakkan! ;))
Sampai ditegur seorang budak perempuan ni, "Sra. ¿Por qué lleva blusa?" Sambil tunjuk-tunjuk my baju... I just smiled smiled jelah... kihkihkih... Kesian kat budak perempuan tu, muka dia penuh tanda tanya! hehehe...
Penat sampai tertidur! Tapi sekejap je tak sampai setengah jam bangun & sambung mandi balik!
Keluar masuk khemah, macam tak penat-penat!
Aktiviti untuk parents pun ada juga...
Seronoklah juga walaupun ada yang kami tak berapa nak faham...hehehe...hentam jelah labu! :)
Asalkan participate!
Hubby tu pakai spek hitam! Ada makna tu! hehehe... I jealous? Orang bodoh je tak jeles... I tak boleh nak larang die nak tengok... takkan I nak tutup mata die kan... siku-siku je sikit...hehehe... maklumlah banyak sangat 'lolipop' yang terbuka pelbagai warna & rupa! hehehe... man's nature... Jadi bahan jenaka pada kami berdua pun ada juge ;))
Dak tecik ni sampai nak terbeliak mata tiup belon! Lepas belon meletop terus takmo main lagi dah... ;))
Thank you for reading!
Chau :)



