Gracias!

Mar 30, 2013

Semoga Allah Berkati Emak - 72 tahun!

Assalammualaikum wbt.

Hola todos!

Ni entry auto-publish... Busy buzz buzz lah kononnya... ;)

Alhamdullillah harini Hari Lahir yang ke-72 buat bonda saya Puan Sarina Hindun Binti Lokman... Happy Birthday Emak! Semoga Allah berkati usia & rezeki emak... Barakallahufik~

Emak memang takkan baca blog ni, tapi tetap nak wish juga... Seminggu sekurang-kurangnya 2 kali kami akan call mak, saya memang jarang bercakap dengan mak dalam telefon sebab kalau cakap kena jerit-jerit sikit...hikhik... mak tak berapa nak dengar kalau bercakap dalam telefon... Oleh sebab hubby lebih sabar dari saya so, biasanya dia yang akan borak dengan mak lebih lama...hehehe :))

Rindunya dengan mak... Dulu masa mengandungkan Iman, saya selalu mintak mak tolong urutkan kaki, kepala atau belakang... Mak bukan tukang urut dan mak urut tak kuat pun tapi sentuhan tangan mak menenangkan :'(

Rindunya... T__T

Lama dah tak lihat muka mak... Last, masa raya tahun lepas melalui skype... Agaknya makin tua dah mak... Tapi, alhamdullillah tiap kali call dengar suara, mak sihat-sihat sahaja... Mak juga takde sakit yang heavy-heavy, kencing manis dan darah tinggi pun masih terkawal! Mak kuat pantang... Makan ubat tak pernah miss... Tiap kali call mesti ingatkan dia makan ubat on time... hehehe... Cuma, sekali-sekala mak mengadu kaki dia yang bengkak sebab gout tu...

Dalam dunia dan hidup saya, saya tak pernah jumpa orang yang penyabar seperti mak... sebab tu semua menantu & anak-anak sayangkan mak... ♥♥♥

Tahun ni, kalau ikut IC tarikh hari lahir emak 30/3/1941... Orang dulu-dulu selalu tak ingat tarikh hari lahir dan yang dalam IC tu mungkin tarikh waktu mendaftar... Jadi, biasanya kami sekeluarga akan sambut hari lahir mak pada tarikh ini atau buat sekali sambutan Hari Ibu... :)

Teringat dulu, masa tahun 2011 saya nak update buku ASB emak di bank... kebetulan pegawai bank tu ramah pula... Dia tanya saya, "Buku siapa ni dik?" Saya jawablah, "Ni buku mak saya..." Pegawai tu tersenyum sambil membelek buku tu, sambil berkata "70 tahun dah umur emak kamu ni, kira BONUS tu! Sihat lagi ke dia?". Saya tersenyum ramah, "Alhamdullillah, mak sihat-sihat begitulah..." :))

Syukur ya Allah, mak masih sihat walaupun tak begitu kuat... Kalau ikut ramai kawan-kawan seusia emak yang dah tiada, yang berkerusi roda pun ramai... Moga emak sihat & dipanjangkan usianya... Moga kami sempat bertemu nanti... Ajal maut tak mengenal usia :))


Orang kata rupa mak mertua & mak saya hampir serupa! :) Ni masa kami bercuti ke Kota Kinabalu di Tips of Borneo (2011)... Cuba teka mana satu mak saya dan yang mana satu pula mertua saya? ;)) Eh, tanya macam orang kenal pulak! hehehe :D

Ya Allah, berkatilah kedua ibu & ibu mertuaku... Ameen...

Extrañamos mucho nenek & uwan! Can't wait to bring two of you 'honeymoon' again! Insya'Allah ♥♥♥

Terima kasih kerana sudi membaca! :)

Chau...

P.S. Iman cuti 4 hari, hubby pulak 3 hari termasuk Sabtu Ahad... Peru Public Holiday sempena sambutan Easter Day! Saya pernah share di entry ni dulu : What is Maundy Thursday!
P.S.S. Kadang-kala kita perlu tahu perayaan mereka ini agar tidak mudah terikut-ikut...


Mar 22, 2013

Baby Shower (Lenggang Perut)! Na~ na~ na~

Assalammualaikum wbt...

Hola cariño!

Dah 2 minggu Iman mula sekolah, alhamdullillah ... Cuma, makin manja lak sekarang ni... Semester ni Iman mula sekolah seawal 8 pagi sampai pukul 1 petang... Balik makan terus boooomm tido! Penat sangat... Cian anak ummi... Babah kata balik sekolah pun kadang-kadang request nak berdukung, "Iman penatlah babah"...hikhik...

Tak sampai 2 hari sekolah dah demam & kena selsema... Awal-awal lagi dah ponteng! Lepas tu berjangkitlah dengan babah & seterusnya ummi... Alhamdullillah, harini dah makin ok! :):)

Story last 3 weeks, saya terima jemputan Baby Shower! :)


Kad comel ni ditulis:

"I'm Aliah Ugaz. The baby of Ankisa & Eduardo, I want to invite you to my Baby Shower which will be held on Saturday, 9 March 2013 at 6.30 pm in Calle Bartolome Herrera 450 Las Gardenias, Surco."

Baby Shower ni kalau adat orang Melayu adalah seperti adat melenggang perut... Saya tak pernah melihat upacara melenggang perut ni cuma, masa saya mengandungkan Iman dulu, yang saya ingat kami hanya membuat kenduri doa selamat semasa kandungan saya mencapai 7/8 bulan. Lain-lain upacara tu kami memang tak buat :):)

Mungkin lain tempat lain pula namanya... Dan rasanya sekarang ni tak ramai yang menjadikannya satu amalan pun :)

Di sini, tentulah cara meraikannya adalah berbeza dengan budaya kita... Melalui apa yang saya ketahui, hanya orang yang mampu sahaja yang akan membuat sambutan Baby Shower ni... Di Peru ni, golongan miskin & kaya sangat ketara... Kebiasaannya golongan yang kaya ini memang suka mengadakan parti seumpama ini... :) :)

Sayangnya, pada hari tersebut banyak gambar yang saya tidak dapat kongsikan kerana kehabisan bateri kamera... Teringin nak bawa kamera besar tu tapi seganlah pulak! Dah macam reporter... hehehe... Kamera kecil memang sentiasa ada dalam tas saya tapi pada hari tersebut saya terlupa nak periksa baterinya kerana jarang digunakan. Tak sangka pulak bateri habis! hukhuk


Berkonsepkan garden party! Hiasannya sangat simple, sweet & lovely! Sayangnya tak dapat nak tunjuk semua di sini... Oh ya, yang dijemput pun semuanya ladies! No man is allowed! Kecuali pelayan dan ayah baby...hehehe... ;))


Maaf tak berapa clear... Bagi saya hiasan rumah mereka ni simple & practical sangat! Tapi barang-barang semua 'classy & pricey' you! :))

Majlis mereka pun simple je, besides chatting with each other, ada games and minum-minum... Mereka hidang Pisco Sour! Alcohol yang famous di Peru ni... But we have to kindly refused :):))

Berbeza dengan kita, makan-makan bukanlah perkara utama! Yang penting mereka enjoy the party and ada gift opening ceremony juga! :))


With the Ladies... Next to me, was Ankisa (Baby's mother) 7 months pregnant... Duduk sebelah orang cantik bagi berjangkit aura mengandungnya tu...hehehe... :D

Latina ni memang suka kulit tanned... Macam si Ankisa ni kulit dia sebenarnya taklah gelap macam tu tapi dia suka berjemur & biarkan kulit dia jadi warna perang gitu... Kalau tak jemur pun diorang ni memang suka letak tanning cream... berbeza dengan orang kita yang suka nak jadi putih walaupun kulit memang dah semulajadi kelabu asap! hikhik...

Tapi saya sukalah kulit macam Ankisa ni! Cantik & glowing...! Oh trust me, they will do anything for their skin! :))

Malam tu kami menjadi perhatian, maybe sebab bentuk muka yang lain ditambah lagi dengan pakai tudungkan... Mesti dorang ingat, 'sister' mana pulaklah yang datang ni...hehehe.. .Yang kami pulak dok sibuk tengok pakaian depa ni! ;)

Masya'Allah, memang cantik-cantik dorang ni! :)) Latinas ni memang cantik-cantik lagi-lagi yang ada darah campuran Sepanyol tu... Dengarnya wanita yang paling cantik di Latin ni adalah Venezuelan... Siap ada kilang ratu cantik di sana! No wonderlah, dorang banyak produce ratu cantik! :)


 Balik tu dapatlah door-gift ni! Lama tak keluar without Iman & hubby... Kira ni hadiah untuk Imanlah... hehehe... Kesian dia, buka je cupcakes tu terus suruh Ummi nyanyikan dia lagu birthday... Siap pura-pura tiup lilin lagi... Yelah, last year kami tak celebrate pun birthday dia... This year kemungkinan besar akan share birthday dengan adik! Tapi, tu semua ketentuan Allah kan :)

Thank you for reading!

Chau!











Mar 18, 2013

Baby Blues~

Assalammualaikum wbt.

Hola mi amor!

Terpanggil untuk buat entry 'Baby Blues' ni! Dalam bahasa mudah orang kita panggil meroyan... Biasanya 'Baby Blues' ni rendah sikit dari depression selepas melahirkan atau dalam bahasa perubatan dipanggil Postpartum Depression... Para doktor dan yang ahli sila betulkan jika salah ye :)

Dulu, Lynn pernah buat satu entry tentang meroyan ni dan saya ada tinggalkan komen dalam entry tu... Tak sangka pulak mendapat perhatian & ada yang hantar email kepada saya untuk bertanya lebih lanjut... Itulah gatal sangat tangan bagi komen yang bukan-bukan... Oh ya, baru-baru saya ada terima email gara-gara komen yang saya tinggalkan disatu blog ni... dengan tak terduga juga traffic diblog saya meningkat! Ok, yang ni saya cerita lain kali... :))

So, harini saya nak share beberapa cerita yang ada kaitan dengan 'Baby Blues' ni... Cerita yang saya kongsikan ni adalah kisah benar yang berlaku disekitar saya, moga-moga menjadi pengajaran & panduan... Kebetulan saya juga akan melalui fasa tersebut tak lama lagi... Fasa melahirkan, insya'Allah :))

Baby Blues 1

Saya namakan rakan saya ni Che Nik (Bukan nama sebenar). Orangnya cantik, aktif dan ceria... Kami berkenalan semasa sama-sama mengikuti kursus yang dianjurkan pejabat. Kebetulan kami ditempatkan di bilik hotel yang sama. Perhubungan kami berterusan sehingga di luar kursus dan di pejabat. 

Sepanjang berkenalan dengan dia, saya tidak nampak pun ada perkara yang pelik tentang diri dia. Cuma saya lihat dia agak lurus dan kalut orangnya tetapi saya senang berkawan dengan dia. 

Pada suatu hari ketika saya keluar bersama dengan seorang rakan saya yang lain, kami terserempak dengan Che Nik yang pada ketika itu kelihatan sedikit kelam-kabut. Saya menegur Che Nik, tetapi dia buat tidak endah sahaja... Saya agak tersinggung juga ketika itu... Tetapi, lekas-lekas rakan saya menarik & menceritakan pada saya tentang keadaan Che Nik sebenar.

Rupa-rupanya Che Nik baru sahaja pulih, beliau mengalami depression selepas melahirkan... Melalui cerita yang disampaikan oleh rakan saya tu... Che Nik seorang yang baik, dia telah berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri tetapi hubungan mereka kurang mendapat restu keluarga kerana lelaki tersebut adalah anak kesayangan ibunya. Selepas melahirkan anak (yang keberapa saya tak pasti) dia terpaksa berpantang & menjaga anak-anak berseorangan. Suaminya dipaksa pulang oleh ibunya ke kampung (tidak pasti sebab apa). Keluarga Che Nik nun jauh di pantai timur. Tinggallah dia seorang diri melayani kerenah anak-anak. Tak termasuk anak yang baru lahir dengan keadaan diri yang masih berpantang dan belum kuat. Melalui cerita yang disampaikan, ibu mertuanya ingin mengahwinkan suaminya itu dengan orang lain.

Selepas kembali bekerja, Che Nik yang ceria ni tadi bertukar menjadi seorang yang murung & tidak terurus... Nasib baik rakan-rakan sepejabat memahami keadaan dia ketika itu. 

Sejak itu, perwatakan Che Nik ni jadi berubah... Satu habit yang selalu dilakukan adalah dia gemar membuka beg tas orang lain dan menyelongkar isi kandungannya... Gelagatnya tak ubah seperti orang tidak waras... Terasa sedih bila saya dengar ceritanya tu...

Sebelum berangkat ke Peru dulu, saya tak ingat bila kali terakhir saya berjumpa dengan dia tetapi yang saya ingat dia kelihatan sihat & ok... Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat diri Che Nik...

Baby Blues 2

Saya dah lama tak berjumpa dengan sahabat baik saya ni semenjak tamat belajar. Masa belajar dulu, dia seorang yang ceria & agak gila-gila juga orangnya... kami memang rapat & pernah tidur sebantal dan makan sepinggan bersama-sama.

Lepas tamat belajar dia terus berkahwin (dia berkahwin dalam usia muda) dan kami hanya berhubung melalui FB, itupun tidak semesra & seakrab dulu, yelah masing-masing dah ada life sendiri :)

Ada khabar angin yang mengatakan dia sakit... Pada mulanya saya tak pasti apakah penyakit dia. Tetapi melalui cerita dari orang yang rapat dengannya, saya dengar dia mengalami penyakit misteri selepas melahirkan anaknya yang sulung.

Semasa dalam pantang, dia akan menangis & meracau-racau setiap kali tibanya waktu Maghrib. Dia juga pernah mengaku yang bayi yang dilahirkan itu bukan anaknya.

Keluarganya begitu runsing & risau dan berusaha membawanya berubat ke sana ke mari... Penyebabnya tidak diketahui... 

Sekarang saya lihat dia kelihatan sihat dan gembira. Alhamdullillah dah selamat pun melahirkan anak yang ketiga (kalau tidak silap saya). Moga sahabat saya ni sihat & bahagia sentiasa hendaknya. :)

Baby Blues 3

Cerita yang terakhir ni berlaku dalam keluarga saya sendiri... Selepas melahirkan anak yang bongsu (doktor nasihatkan untuk ikat peranakan), ahli keluarga saya ni mengalami sendawa yang tak putus-putus. Badannya seperti berangin sahaja... Kepala pening & pandangan seperti berbalam-balam seolah-olah seperti ingin pitam. 

Bila buat pemeriksaan doktor tekanan darah & segalanya ok! Hampir berbulan-bulan juga dia menanggungnya... Puas juga pergi berurut dan berubat namun tak juga berkurangan. 

Alhamdullillah, sekarang dah pun sihat. Rupa-rupanya meroyan ni tidak semestinya seseorang itu kelihatan tidak waras tetapi banyak juga simptom-simptom lain... Yang ni saya tak pasti sebabnya jadi perlulah dirujuk pada yang arif... mungkin dari segi perubatan lain pula istilahnya :)

Dipendekkan cerita, sebab itu orang-orang tua dulu-dulu menasihatkan kita agar berpantang dengan betul. Walaupun kita anak-anak zaman moden, kadang-kala sukar untuk terima cara orang dulu-dulu tetapi ada baiknya juga kita dengar cakap tok nenek kita... Selagi tidak melanggar akidah dan tuntutan agama apa salahnya... 

Dalam pantang, kita kena makan makanan berkhasiat... Benar, tak semua petua dulu-dulu semuanya betul. Yang baik tak salah kita ikut... Jangan sombong sangat... Sebab ada cerita yang pernah saya dengar meroyan juga boleh menyebabkan kematian... wallahu'alam...

Dulu saya pun tak percaya, tapi bila lihat kejadian depan mata... sendiri kena fikir juga :)

Sokongan keluarga & orang yang rapat adalah penting, terutama sekali suami... 

Kata mak saya, "Badan kita orang perempuan ni nak pakai lama. Mungkin muda-muda tak rasa kesannya, bila dah tua nanti baru tahu azabnya." 

Bagi kawan-kawan yang dalam pantang tu, jaga diri baik-baik & berpantanglah elok-elok... Banyakkan berzikir ya! Ciudate!

P.S. Moga Allah beri kesihatan fizikal & mental yang baik sebaik melahirkan nanti... Ameen...



Mar 13, 2013

Semerbak limau kasturi & jambu air 3 biji! hehee ;)

Assalammualaikum wbt...

Hola mi amor!

Comel tak tajuk tu..? hehehe... Tak tahu nak letak tajuk apa... Tu yang terlintas di kepala waktu ni... Masa tengah menulis ni tengah 'masyak-masyak' kat dapur! hahaha...hebat tak? Buat dua kerja dalam satu masa, maksudnya dah takde kerja lain.. :p ;))

Semalam hubby balik dari kerja & jemput Iman from school... Ok, Iman dah start sekolah hari Isnin kelmarin selepas cuti summer hampir 3 bulan... Best, sebab anak ummi tak nangis pun masa first day at school! :)) Maybe sebab babah yang hantar kot! hehehe :))

Sekarang Iman dah dypers-free kecuali waktu tidur (Ummi malas nak kemas kalau terlepas :p)... Kalau kat sekolah pesan dengan dia cakap dengan teacher Iman nak 'pee cee' tau! Dia angguk-angguk tanda faham ler tu...hehehe... :D

Ok, sambung cerita... Semalam hubby balik bawak balik limau kasturi & buah jambu air 3 biji! :))


Apa nak dihairankan...?

Orang Malaya memang takkan hairan... tapi bagi kami ni macam dapat pingat! hehehe... Rasanya dah hampir nak masuk setahun tak jumpa buah-buah ni! :)

Nasib baik ada yang baik hati mengirimkan buah-buah ni pada kami, orang yang kirimkan tu pun bukan orang lain orang kita juga... Tanam nun jauh kat hutan... Saya tanya hubby, buah rambutan takde? ahahaha... Teringinnyalah hai nak 'mamam' rambutan... :p

"Kat sana takde ke buah rambutan, durian, manggis Marya? Dulu masa I duk US, UK, Arab, Jepun, Russia, Bangla berlambak-lambak buah-buahan kita dijual kat Pasaraya!"

Lalalalala... soalan yang paling saya tak gemar & letih nak jawab! hikhik...

Cik puan, janganlah samakan US & UK dengan Peru ni... Jauh panggang dari api... Depa ni tak 'mamam' macam kita, kita pun tak 'mamam' style depa... Kita 'mamam' belachan, depa ni 'mamam' cheese!

"Orang Peru makan cheese Marya? Bukan ke dorang tu makan telur katak?" =='

Katanya dapat info dari program seperti Discovery Channel, NatGeo Channel, History Channel, Bio Channel... Takpun di youtube, internet... Tak mengapa, sekurang-kurangnya dia bertanya :))

Hampir 2 tahun kami di bumi Peru ni belum pernah lagi dicadang dan dihidangkan dengan katak atau telur katak... Saya ada juga tanya maid, dia pun tak pernah makan & jumpa... Tapi katanya pernah dengar ada dijual di downtown tapi bukan semua orang makan... Makanya, ia bukanlah makanan rugi atau rasmi mereka...

Teringat dulu masa saya pertama kali menjejakkan kaki di Kuching atas urusan kerja... Lepas habis kerja saya pun keluar dengan kawan-kawan di sana... Mereka bertanya apa pendapat saya tentang Kuching since kali pertama sampai... Saya kata impressive, sebab di Semenanjung pun saya ramai kawan-kawan dari Sabah/Sarawak... Tak ada apa yang menghairankan saya...

Mereka bercerita, bila mereka ke Semenanjung ada yang bertanya bagaimana Kuching sekarang? Masih adakah orang yang tinggal di atas pokok?

Saya yang dengar nak tersembur air minuman masa tu? Alahai, hai... hai... Bila ditanya mana dapat info ni? Katanya dia tengok dalam TV cerita Dokumentari lah...!

Yelah, kalau dalam dokumentari tu biasanya kalau Sabah/Sarawak tunjuk cerita Orang Utan, rumah atas pokok lah, rumah panjang sambil penari joget-joget enjut-enjut tu... Kesian pulak dengan orang yang menonton tu sebab apa yang dilihat masa tu sahaja yang melekat di kepala dia... hikhik...

Tapi tu cerita lama dulu, rasanya sekarang ni tak lagi sebab semua orang pun dah mampu nak 'terbang'... hehehe :))

Rasanya banyak maklumat yang tidak disampaikan dan diterima dengan berkesan... Kadang-kala rasa sedih juga...  Contoh tentang negara kita pun tak semua orang di Peru ni tahu, saya yang memakai tudung pun dipandang pelik...

Pernah yang tanya saya ni orang Arab ke? Hahahaha... rasa nak guling-guling... Tak nampak agaknya hidungku yang pesek & mataku yang sepet ni...hihihihi...

Pernah juga kawan saya ditanya, awak pakai 'hijab' ni sebab kepala awak botak ke? ish..ish..ish... macam-macam cerita & andaian... lawak pun ada, lucu pun ada! Rasa nak marah pun ada! grrrrrrrr...*marah sangat lah tu* :p

Di sini, pernah juga kami menonton dokumentari tentang wanita yang berhijab dan berniqab serta berpurdah di sebuah negara... Saya tak ingat negara mana, tapi sebagai seorang Muslim saya agak kecewa kerana apa yang dipaparkan mungkin akan mengundang pelbagai persepsi... seolah-olah wanita berhijab itu adalah disebabkan oleh budaya kuno yang menafikan hak seorang wanita & menyusahkan... Menunjukkan betapa lelaki-lelaki Islam/Muslim mendominasi seseorang wanita itu... Ditambah pula dengan keadaan rumah mereka yang serba dhaif dan miskin... Bagi saya, ini bukan hanya menunjukkan bahawa Islam itu agama yang sukar tetapi juga menunjukkan bahawa ajaran Islam itu agama yang pengikutnya bukan sahaja miskin tetapi kurang maju dan kuno... Sedih :(

Moralnya di sini... Pilihlah bahan tontonan, maklumat & informasi disaluran yang betul... Jangan telan bulat-bulat maklumat yang diperolehi... Buka mata & minda... Carilah ilmu bukan mencari berita... Bagi yang mampu, berjalanlah atas muka bumi ini untuk mencari ilmu & pengalaman bukan semata-mata untuk ber'shopping' & bersuka-ria! Ops! Ni kata diri sendiri sebab saya selalu macam tu *wink*wink*

Ok, melalut sudah... Makanan pun dah siap masak! Nak mandi & tunggu my boooo boooo balik!

Thank you for reading!

Chau! Hasta luego! xoxoxo





Mar 7, 2013

Where's my butterfly has gone? isk...isk...

Assalammualaikum wbt...

Hola mi amor!

Since am joining preggers group, jadinya cerita-cerita dalam blog ni pun akan lebih 'focus' on my preggy experience lah ye! Maaflah itu je mood yang ada untuk menulis... hehehe... Kesian kat you all yang kena hadap cerita yang mungkin membosankan ni ;))

Nampak gayanya kena tukar 'title' blog ni dari "FROM PERU WITH LOVE" kepada "FROM PREGGYLAND WITH LOVE" pulok! hikhikhik :D

Saya rasa kena abadikan pengalaman yang kedua ni dalam 'diary' ni sebab masa Iman dulu tak berpeluang pun nak catat tiap detik yang dilalui sebab faktor kesihatan... CTS- only people who's had the experience can tell you what it's like... Ok, full stop! :)

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 20 weeks... insya'Allah by end of this February Mac :) Maknanya ada 4 months to go! Rasa kejap je... Oh, I can't wait to finish this 2nd trimester! Setiap hari berdoa biarlah segala-galanya yang baik-baik sahaja...

Saya tak sabar nak rasa baby movement & tendangan-tendangan manja dia... Sekarang ni kalau tinggal berdua dengan Iman dah rasa ada seorang lagi 'teman'... Masa minggu 13-16 haritu, I can feel those wiggles! Terutama sekali bila saya berbaring mengiring ke sebelah kiri... at first I just thought that was gas! Kadang-kadang rasa macam flutter of a butterfly, a tickle with a feather is moving inside my belly!

Tapi bila perut makin membesar ni saya dah tak rasa dah movement tu... Or maybe its just my imagination as I'm too exciting to have those feeling & sensation... huhuhu... Atau perhaps my tummy dah makin banyak lemak dan membuatkan pergerakan comel tu saya tak rasa dah...hehehe :p ;))

Hari-hari dok complain dengan hubby, "Where did my butterfly go?" "Oh, babah dah hilang dah rasa butterfly dalam perut ummi" huhuhuuu... Macam biasa hubby akan cakap, "Takpe, dia baik-baik je dalam tu"...

15 weeks & 4 days

Masa scan ni baby dah 10cm... Ya Allah, lindungi anak kami...

Hari-hari Abang Iman akan cakap dengan baby & cium perut ummi... Bila ummi tanya, "Adik buat apa dalam perut ummi?" Iman akan jawab, "Adik lompat-lompat! Lepas tu dia 'burp, burp'" sambil tunjuk mulut macam minum air & sendawa! hehehe... 

Iman still macam tu jugak manja & taknak lekang dengan saya... Agak merisaukan, harap dia pandai bawak diri nanti... Hari-hari saya pesan, "Iman dah tak boleh manja-manja & nak peluk-peluk selalu dengan ummi nanti kesian dengan adik. Nanti Iman tidur dengan babah ye, sebab Iman dah selalu tidur dengan Ummi." Biasanya Iman akan jawab macam ni, "Ala, kenapa pulak? Adik tidur dengan babahlah, Iman tidur dengan ummi."

Alahai... macamana ni? T____T

Rasanya sampai masanya nanti dia akan faham kan... insya'Allah, Iman will be good abang! :))

Terima kasih sudi baca! xoxoxo




Mar 4, 2013

Mr & Mrs John!

Assalammualaikum wbt...

Hola!

Conversation antara Mr & Mrs John yang dari kecik dah mamam 'belachan' or 'Malay Cheese' hikhik :p 

*Jangan marah haaaa*

Mr John sangat excited bila tahu wife dia pregnant lagi & 'hari-hari ukur lilit pewut' wife die yang makin memboyot :p ;)

Mr J: "Tengok akak kat kedai tu perut dia lagi besar dari Bie, mengandung agaknya!"
"Kenapa dekat sini abang tengok ramai perempuan yang mengandung macam Bie?"
"Dia ni dah tahu mengandung macam Bie pakailah maternity dress kan elok sikit."
"Tengok tu perut dia macam Bie, mengandung gak kot." 

Mrs J: Errkk....! Stop it, abang! Banyak kali dah abang cakap macam tu... Tahulah orang tengah "muncit"... hikhik... =='

*****

Mr John juga jarang beri tazkirah pada isteri sendiri tapi jika sekali ceramah, memang boleh insaf T___T

Mrs J: Rasa macam nak kerja baliklah... Boleh tak kalau Bie balik dengan anak-anak lepas tu start kerja balik dan abang balik bila dah sampai waktunya kemudian... Rasa rindu nak bekerja semula! :)

Mr J: Boleh je... Pergilah...

Mrs J: Betul ke ni bang???

Mr J: Betullah kalau nak tengok syaitan bersorak suka...!

Mrs J: Ala... huhuhu T___T

*****

Mr John & Mrs John memang suka berangan-angan terutama sekali bila takde apa-apa aktiviti... Berangan memang best sebab free! hehehe ;))

Mr J: Best juga nanti kalau kita balik Malaysia ada pet! Macam kucing kita dulu... Tapi kali ni kita bela yang gebu & kembang bulunya ye!

Mrs J: Betul ke? Tapi nak yang comellah... Yang comot-comot takmau lah... Bela kucing macam Kak Ina/Bang Mat tu.... Cantik je bulu dia... :) *Cerewet & memilih pulak tu*

Mr J: Tapi dalam rumah ni semuanya alergi, dengan baby kecik lagi nanti! Larat ke?

Mrs J: Itulah kan... ermmm... apakata kalau kita bela ayam serama... Nanti kalau dah beli rumah baru bolehlah bina backyard chicken coop macam ni! *Kalau dah mula berangan* :p

*sambil tunjuk gambar dari internet*


Mrs J: Kemas & comel je chicken coop ni... Lagipun ayam serama cantik & comel... Sukalah... :) Kalau bandingkan bela ayam dengan kucing, bela ayam lagi senang & mudah... Tinggal pulak kat luar... Takdelah bulu-bulu dia terabur macam kucing! :) *Penuh semangat & harapan*

Mr J: Hurmmm... kita bela sepasang, jantan & betina... Cuba cari cara penjagaan dia susah tak?

Mrs J: Kejap! *After a few second* Ok, blog ni ada cerita cara-cara penjagaan ayam ni... Kena amik vaksins, kebersihan, keselesaan ayam, suhu, cuaca... bla...bla... bla...

Mr J: Huh! Susahnya... kita bela anak jelah!

Mrs J: *Grrrrr...*

*****

Mrs J: Kalau dah tua nanti, kita mati sama-sama ye bang... Kalau anak-anak dah besar, mesti bosan kalau abang dah takde... Kalau Bie mati dulu boleh juga abang kahwin lain... *mode:merepek*

Mr J: Semua tukan ditangan Allah... Macam kes di Lahad Datu tu... Kita mana tahu sampai bila ajal kita... 

Mrs J: Yelah bang kesian kat wife dia tengah pregnant pulak tu anak kecik lagi... tapi dah tiba masanya pergi jua dia kan... Dapat juga dia mati syahid kerana mempertahankan tanahair...

Mr J: Kalau dah takde orang nak pergi berperang tu abang sanggup balik demi negara...

Mrs J: *Dalam hati, ye ke abang ni? Pegang senapang pun tak pernah...*

Kalau dah nama blogger memang tidak dapat tidak untuk menyentuh perkara ni... Sekarang ni tulisan blogger lebih kuat pengaruhnya & memberi kesan daripada reporter sendiri... Masing-masing tentu sekali ingin menunjukkan rasa cinta & kasih pada tanahair... Ramai juga yang cuba untuk menjadi 'keyboard warrior atau hero'! Yang berangan jadi 'perisik' pun ramai... 'Doctor know it all' pun ramai!  Sehingga kadang-kala saya rasa boleh menjejaskan kerja pihak berkuasa dan keselamatan... Kalau pun kita tahu apa yang terjadi eloklah berdiam diri & berdoa... Benar, rakyat perlu tahu semuanya tapi setiap satu itu perlu ada limitasi... Doa yang baik-baik buat tanahair kita & segalanya berakhir dengan segera! Al-Fatihah buat pejuang kita yang beragama Islam...

*Dulu masa belajar saya selalu guna handphone kawan/roomate saya, saja-saja missed call hubby (masa tu masih berkawan-kawan)... Satu hari kawan saya complain dapat panggilan dari sorang mamat ni... Dia kata dia benci dengan mamat tu sebab poyo! Lepas tu bila tanya nama, dia cakap nama dia 'John'...! hahaha :D

Mamat tu tuduh dia asyik missed-call2x dia! Oleh sebab tak puas hati, kawan saya ni terus call mamat tu... Saya tanya mana no dia? Saya tersenyum bila tengok no yang tertera, sebab itu no phone hubby! hehehe :))

Dari dulu hubby memang suka guna nickname 'John' tak tahu sebab apa! Masa mula-mula guna FB pun guna nickname tu - John Nash... Bila tanya kenapa suka sangat guna nama John? Dia tersenyum je... ingatkan saya je yang suka berangan... Rupanya ada orang tu lagi teruk! hehehe :p*

Mr John Nash, jangan marah! Nanti kena jual :p Larriiiikkkkk~



Godek-godek gambar lama terjumpa pulak keratan surat khabar ni... Teka yang mana Mr John Nash? :p