Gracias!

Mar 13, 2013

Semerbak limau kasturi & jambu air 3 biji! hehee ;)

Assalammualaikum wbt...

Hola mi amor!

Comel tak tajuk tu..? hehehe... Tak tahu nak letak tajuk apa... Tu yang terlintas di kepala waktu ni... Masa tengah menulis ni tengah 'masyak-masyak' kat dapur! hahaha...hebat tak? Buat dua kerja dalam satu masa, maksudnya dah takde kerja lain.. :p ;))

Semalam hubby balik dari kerja & jemput Iman from school... Ok, Iman dah start sekolah hari Isnin kelmarin selepas cuti summer hampir 3 bulan... Best, sebab anak ummi tak nangis pun masa first day at school! :)) Maybe sebab babah yang hantar kot! hehehe :))

Sekarang Iman dah dypers-free kecuali waktu tidur (Ummi malas nak kemas kalau terlepas :p)... Kalau kat sekolah pesan dengan dia cakap dengan teacher Iman nak 'pee cee' tau! Dia angguk-angguk tanda faham ler tu...hehehe... :D

Ok, sambung cerita... Semalam hubby balik bawak balik limau kasturi & buah jambu air 3 biji! :))


Apa nak dihairankan...?

Orang Malaya memang takkan hairan... tapi bagi kami ni macam dapat pingat! hehehe... Rasanya dah hampir nak masuk setahun tak jumpa buah-buah ni! :)

Nasib baik ada yang baik hati mengirimkan buah-buah ni pada kami, orang yang kirimkan tu pun bukan orang lain orang kita juga... Tanam nun jauh kat hutan... Saya tanya hubby, buah rambutan takde? ahahaha... Teringinnyalah hai nak 'mamam' rambutan... :p

"Kat sana takde ke buah rambutan, durian, manggis Marya? Dulu masa I duk US, UK, Arab, Jepun, Russia, Bangla berlambak-lambak buah-buahan kita dijual kat Pasaraya!"

Lalalalala... soalan yang paling saya tak gemar & letih nak jawab! hikhik...

Cik puan, janganlah samakan US & UK dengan Peru ni... Jauh panggang dari api... Depa ni tak 'mamam' macam kita, kita pun tak 'mamam' style depa... Kita 'mamam' belachan, depa ni 'mamam' cheese!

"Orang Peru makan cheese Marya? Bukan ke dorang tu makan telur katak?" =='

Katanya dapat info dari program seperti Discovery Channel, NatGeo Channel, History Channel, Bio Channel... Takpun di youtube, internet... Tak mengapa, sekurang-kurangnya dia bertanya :))

Hampir 2 tahun kami di bumi Peru ni belum pernah lagi dicadang dan dihidangkan dengan katak atau telur katak... Saya ada juga tanya maid, dia pun tak pernah makan & jumpa... Tapi katanya pernah dengar ada dijual di downtown tapi bukan semua orang makan... Makanya, ia bukanlah makanan rugi atau rasmi mereka...

Teringat dulu masa saya pertama kali menjejakkan kaki di Kuching atas urusan kerja... Lepas habis kerja saya pun keluar dengan kawan-kawan di sana... Mereka bertanya apa pendapat saya tentang Kuching since kali pertama sampai... Saya kata impressive, sebab di Semenanjung pun saya ramai kawan-kawan dari Sabah/Sarawak... Tak ada apa yang menghairankan saya...

Mereka bercerita, bila mereka ke Semenanjung ada yang bertanya bagaimana Kuching sekarang? Masih adakah orang yang tinggal di atas pokok?

Saya yang dengar nak tersembur air minuman masa tu? Alahai, hai... hai... Bila ditanya mana dapat info ni? Katanya dia tengok dalam TV cerita Dokumentari lah...!

Yelah, kalau dalam dokumentari tu biasanya kalau Sabah/Sarawak tunjuk cerita Orang Utan, rumah atas pokok lah, rumah panjang sambil penari joget-joget enjut-enjut tu... Kesian pulak dengan orang yang menonton tu sebab apa yang dilihat masa tu sahaja yang melekat di kepala dia... hikhik...

Tapi tu cerita lama dulu, rasanya sekarang ni tak lagi sebab semua orang pun dah mampu nak 'terbang'... hehehe :))

Rasanya banyak maklumat yang tidak disampaikan dan diterima dengan berkesan... Kadang-kala rasa sedih juga...  Contoh tentang negara kita pun tak semua orang di Peru ni tahu, saya yang memakai tudung pun dipandang pelik...

Pernah yang tanya saya ni orang Arab ke? Hahahaha... rasa nak guling-guling... Tak nampak agaknya hidungku yang pesek & mataku yang sepet ni...hihihihi...

Pernah juga kawan saya ditanya, awak pakai 'hijab' ni sebab kepala awak botak ke? ish..ish..ish... macam-macam cerita & andaian... lawak pun ada, lucu pun ada! Rasa nak marah pun ada! grrrrrrrr...*marah sangat lah tu* :p

Di sini, pernah juga kami menonton dokumentari tentang wanita yang berhijab dan berniqab serta berpurdah di sebuah negara... Saya tak ingat negara mana, tapi sebagai seorang Muslim saya agak kecewa kerana apa yang dipaparkan mungkin akan mengundang pelbagai persepsi... seolah-olah wanita berhijab itu adalah disebabkan oleh budaya kuno yang menafikan hak seorang wanita & menyusahkan... Menunjukkan betapa lelaki-lelaki Islam/Muslim mendominasi seseorang wanita itu... Ditambah pula dengan keadaan rumah mereka yang serba dhaif dan miskin... Bagi saya, ini bukan hanya menunjukkan bahawa Islam itu agama yang sukar tetapi juga menunjukkan bahawa ajaran Islam itu agama yang pengikutnya bukan sahaja miskin tetapi kurang maju dan kuno... Sedih :(

Moralnya di sini... Pilihlah bahan tontonan, maklumat & informasi disaluran yang betul... Jangan telan bulat-bulat maklumat yang diperolehi... Buka mata & minda... Carilah ilmu bukan mencari berita... Bagi yang mampu, berjalanlah atas muka bumi ini untuk mencari ilmu & pengalaman bukan semata-mata untuk ber'shopping' & bersuka-ria! Ops! Ni kata diri sendiri sebab saya selalu macam tu *wink*wink*

Ok, melalut sudah... Makanan pun dah siap masak! Nak mandi & tunggu my boooo boooo balik!

Thank you for reading!

Chau! Hasta luego! xoxoxo





41 comments:

Farah said...

ahahaha that's funny!! i can feel it too as its so hard to find tropical fruits in france too :( when my sister's friend came with a bag of mangosteens rasa nak menangis savor every bit hehe.

xx
farah

sal ya said...

salam marya...

ingt nak cerita psl jambu air dgn limau kasturi td. hehehe...

Anum said...

bestnya jambu air

Ruse Sulaiman said...

Salam Marya,
Oh iman baru dyper free ya? Iman akak belum lg.. baru nak ajar, iman ckp tak nak ;) mcmana tu..
Setuju jgn apa yg kita tgk itu yg kita 'hukum'. Kita nampak apa yg kita lihat tp kita tak tahu apa yg kita tak lihat. Ilmu tu penting. Kalau tak tahu.. buat research dulu ;)

Suria Amanda said...

wah seronok sungguh eh dapat 2 buah tu...jgn mengidam yang bukan2 dah la dear..

yana-feehily said...

sedapnya bau limau kasturi tu :) org tu tanam kt hutan mana kak?

Seronok baca cerita akak..boleh buat novel dh tu..apa kata akak buat? yana org pertama akan beli..hihi..btl ni, serius..

rostina76 said...

salam marya...amboi panjang celoteh harini. btw maafkan le dgn akak yg bertanya tu. dia dah byk merantau ke negara org tu kecuali Peru, itu yg no idea at all ttg Peru. hehe
btw kros pun baru tgk rancangan pasal Peru, ada satu tmpt nama wichu pichu (lebih kurang le kot bunyinya, dah lupa spelling)....tempat tinggalan kota lama atas gunung. wow magnificient view nya. pastu ada jugak dia tjk sikit2 ttg org Peru. depa suka pakai topi ye, betul? jgn ko marah kros plak kalau salah tanya ni.....btw org preggy kena sentiasa bersangka baik kan. wah layan sambal belacan cantik tu limau kasturi banyak2

JunAina said...

Meh...meh balik Malaysia cepat2 nanti boleh ngap2 semua yg teringin...

Semoga bertabahlah Marya ye...sabau bebanyak...

Unknown said...

Kak Mar!

Kat sini macam dah payah nak jumpa jambu air yang kaler pink tu!

Kat sini yang selalu ada jambu madu!

Sangat sangat sangat sedey! Tak tau la kat Chow Kit ada ke tak jambu tu...huhuhuhuhu

Mila@Rimbun said...

lawak plak pertanyaan pakai hijab sebab botak tuh hahaha...

Dah sekian lama tak tengok cerita dokumentari, in other words sebenarnya tak tengok TV hihi

Mixed-family in da house.... said...

Marya,

Dini nak berjalan-jalan kenal negara orang tapi belum mampu....kihkihkihkih..

Ala kes makan katak tu, tak perlu nak tanya orang Peru makan ke tak, Malaysian Chinese pun makan apa....dulu2, sebelum couple dgn hubby, dini dok ingat Chinese selalu makan katak. Then lepas kahwin tanyalah hubby. Dia explain lah hanya orang kaya Chinese jer yg makan, sebab benda tu mahal.....so it is not a common food also among the Chinese......heheheh....

And lagi satu, sebelum convert, hubby selalu anggap perempuan yg bertudung macam NINJA !!!! .

kihkihkih......

Izwa Kamaruddin said...

yeahhhhh geng hidung pesek!hehehee..

Ratu Hatiku said...

Kalau buat air sedap limau kasturi tu... plak tu makan dengnan asam kecut lagi best... hihihi

faraherda.razalan said...

Wah...nsb bek jambu ngan limau tu kekal sihat walafiat eh? Jauh jln tu.

Sy pun tak terpk lak org peru mkn telur katak n katak. Setau sy lah kan, org cina kat sini...suke lah mkn katak. Klu boleh, nak makan hari-hari. Hahahahaha....

emarieys said...

sebegitu sekali perspepsi mereke

wardah @ fie shah said...

Aduh macam² soalan dapat ye..sabar je lah Maria :)

Kayu Manis said...

MESTI BESTKAN..JAMBU TU LAMA JUGA TAK MAKAN..LIMAU TU WAJIB ADA DI RUMAH..

PANDANGAN ORG LUAR MCM TULAH.YAHUDI GEREJA PAKAI MCM SELIMUT DIORG TAK KATA PULAK KAN..

Unknown said...

Salam Marya..
zura plak yang kecur air liur tengok buah jambu n limau tuh~
sedapnye kalo dapat makan jambu..
tapi kat mesia x susah nak carik jambu..:)

betol lah kan~
kadang2 info yang kita dapat x betol.. x pe~ sekurang2 tanya untuk dapat kepastian kan~

Ibuhani said...

Duk tmpt org kalau dpt makan makanan sendiri mmg kira beruntunglh tu........balik nanti makan semua puas2 ye!

Puan Kutu said...

iman dh start school ye.baguslah tak nangis..:)

biasalah tu org menilai melalui apa yg mereka lihat dan faham..kena buka minda n teroka dunia bukan hanya melalui dokumentari saja kan marya?

Unknown said...

Suka ngan entry ni :)


Kirim salam rindu sama Mrs John ye.. Eh! Macam penah jumpa je nak rindu-rinduan..hihi

nazayiena said...

Betul tu xleh percaya bulat2 apa yg ditonton,x semuanya betul.Pandai2lah nak menilaikan.

Anonymous said...

hola marya...
wah ada jugak jambu kat peru..

bengellz said...

saya punya banyak nih di belakang rumah

Mat Som Sadona said...

Assalam Marya
Membaca tulisan Marya ni saya teringat tulisan seorang penulis wanita Cina dlm majalah Mastika, yang menceritakan pelbagai kisah suka duka di negara orang. Akan datang, kalau Marya telah kembali ke tanah air dah boleh menulis artikel majalah atau menulis buku ni. Kata orang, banyak berjalan luas pandangan...

Mula2 tadi ingat kat Lima pun ada limau kasturi, ....

sudipVSsenduk said...

limau kasturi tu kalau dibelah 2 tak putus, selitkan pulak asam boi... peeeergh!

Fiza Rahman said...

Salam jumaat marya.

Limua kasturi tu klo makan dgn asam boi...sedapnya ☺☺

Anonymous said...

Salam Marya,

begitu jugalah orang 'luar' menyangka kita juga masih ada yang tinggal atas pokokkan.

Dulu masa kak ani baru bekerja di sebuah IPTA dalam tahun 70an, pernah seorang mat saleh lupa dari UK atau US yang kami offer dia jawan pensyarah di universiti kami bertanya di mana dia akan tinggal. Sebab dia bayangkan yang kita tinggal atas pokok. Entah bila yang kita tinggal atas pokok kan.

Tentang buah rambutan pula, kak ani dah 2 bulan cari buah ramburan kerana teringin, tapi tak ada, dah di luar musim agaknya.

norhidana said...

kalu kt malaysia msti org tk heran jambu air tuh ngn limau kastri tp yg duk jauh nun di perantauan... hatta biskut kering pun rsa rindu bebeno kn

nOe suhaimi said...

nanti suh kim durian plak...hehehe...

tak semua info dalam media benar 100%....bila citer pasal org islam n pompuan berhijab..nampak sgt berat sebelah n org yg buat rencana tu not smart enough...

makchaq said...

Makchaq pun lama tak makan jambu ayaq, la ni susah dah nak jumpa, banyak juai jambu madu ja..
Janfan la mengidam buah2 M'sia, jenuh pulak cik abang masuk utan keluaq utan, naik bukit turun bukit kat Peru...

maszull said...

assalamualaikum marya...ingatkan nak buat apa dgn jambu n limau kasturi tu hehehehe...;)

Bunda_nora said...

assalam,

kalau yang jarang jumpa tu lah yang nak sangat...yang kita kat sini ada satu pokok pun baik jambu atau limau tu, sampai berteraburan bersepah2 tak dikutip makan...membazir...

Mulan said...

mmg betol.. kalo duduk jauh, ahasil pemberian buah tangan malaya dari kenkawan sangat lah berharga..

kurus said...

akkk jarang dahh tgk TV ...
dirumah selalu bukan FB dan ngadap internet sbb dah sebuk dgn herbalife ;)

The Unknown said...

Sy tertarik kat part yg pandangan mata org luar ttg wanita berhijab... rata2 cerita yg sy baca di fb & blog2 suma ckp camtu... asal wanita berhijab je mesti kuno & nak sembunyikan kecacatan... huhu... sedih.

Masya said...

wa'alaikumussalam..

alahai kt dok diperantauan bila org tanya soalan² mcm tu mesti rasa mcm terkilan kan.. nak bertanya tak kene gaya....

mama aini said...

ehem ada juga jambu & limau kasturi kat sana ek..

Golden Rose said...

biasalah tu....sbb tu kita tak leh percaya apa yg ditunjukkan...kena alami sendiri

Chibi Maruko said...

nak masuk 7 tahun tak pernah jumpa bebuah ni kat sini.... baru terasa lama dah tak makan jambu air.......

safurara said...

nanti sy pos rambutan kat akk eh.heee,