Gracias!

Oct 29, 2012

Rusuhan Di Lima


Assalammualaikum wbt.

Hola Malasia!

Sumber: RTM Berita Dunia 27 Oktober 2012
Ada yang 'alert' & ada yang tak... hehehe... Tak penting pun... :p Apa-apa jua, buat kaum keluarga Alhamdullillah, kami masih dibawah lindungan ALLAH SWT... We are all safe & sound... :) :)

27 Oktober 2012, semasa semuanya di tanahair sibuk merayakan Aidiladha meraikan daging qurban, kami menjalani rutin harian seperti biasa... Oleh sebab kesihatan tidak mengizinkan terutama sekali Iman, kami hanya berjalan-jalan disekitar bandar sahaja... Lagipun hubby dah sewa kereta, jadinya kena jugalah keluar... 

Suasana seperti biasa, bandar Lima, traffic adalah 'hectic' macam tu juga... Seperti tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah pukul 5 petang... kedai yang biasa dibuka sehingga malam ditutup lebih awal dari biasa... Polis juga lebih ramai dari selalu... Kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah lebih awal... sebagai persediaan jika rusuhan merebak...

Tiap-tiap bulan sememangnya menjadi rutin kami untuk membeli keperluan rumahtangga di downtown... Kebetulan hari yang sama berlakunya rusuhan kami ke China Town seperti biasa... Beli pun laju-laju... Sebab tak sesuai nak bersesak-sesak ditengah-tengah orang ramai dengan keadaan Iman yang tak berapa sihat lagi... Kalau nak beli kat pasaraya biasa, sayuran 'cina' sangat mahal! Cekik darah! huhuuu... Ya, kami tak malu pun pergi ke pasar jual murah-murah... Janji bersih & segar :)  

Alhamdullillah, sihat & sakit itu datang dari ALLAH... Dia Maha Pemelihara & Pelindung :)

Bila kita melihat peristiwa begini terjadi di negara orang, apa reaksi kita yang menontonnya dari jauh? Yang menerima berita dan mendengar berita begini? Pastinya kita merasakan negara yang terlibat itu tidak selamat bukan?

Begitu jugalah negara kita bilamana orang luar mendengar & melihat berita yang tak baik tentang negara kita... Sekiranya ada berlaku rusuhan, demonstrasi, perhimpunan haram dan sebagainya di negara kita, secara tidak langsung IMEJ negara kita juga akan terjejas... Terjejas & tercemar di mata dunia... Tidak malukah kita?

Walaupun demonstrasi, perhimpunan diadakan disatu-satu kawasan sahaja tetapi yang tercemar dan tercalar imejnya adalah satu negara! Tentu sahaja orang luar akan kata negara kita keseluruhannya tidak selamat... :(

Di sini, di Lima kami tinggal dalam satu kawasan yang selamat (dengan izin ALLAH jua)... Policia berada dimana-mana... ramah-ramah belaka... Tapi tak semua tahu, ada kawasan di Lima ini yang polis pun hilang kuasa mereka... Hilang kuasa kerana kawasan tersebut dikuasi oleh mafia, gangster, kongsi gelap & sebagainya... Menakutkan, betul tak?

Ya, memang betul! Kami pernah mendengar cerita dari mulut orang tempatan sendiri... Kalau ada polis masuk dalam kawasan tersebut bersendirian untuk menangkap penjahat silap-silap dia yang mati kena bunuh dulu... Sebabnya, mafia, gangster atau apa sahaja panggilan buat mereka ni akan bekerjasama mengerjakan sang polis tadi... 

Ada juga tempat-tempat orang-orang seperti kami tidak dibenarkan pergi tanpa bersama-sama orang tempatan... Kalau nak pergi juga, kena berpakaian biasa-biasa tanpa berhias-hias dan tidak membawa barang-barang berharga bersama-sama... Pencuri, perompak, penyamun, penyeluk saku adalah dimana-mana... menunggu masa & ruang sahaja...

Sebab itu disini, saya tak pakai langsung barang kemas! Semuanya saya simpan sahaja... Lagipun orang di sini tak pakai emas, walaupun gold mining is one of their major activities...

Nak tahu bahaya atau tidak Lima ni, tengok sahaja pemandu teksinya, ada teksi yang di 'modified' diletak kalang besi sekeliling pemandu... Rasa lucu pun ada juga... ;)

Polis atau pak guard yang hanya mengawal shopping compleks atau hotel pun memakai baju kalis peluru... Betapa mereka ni berjaga-jaga... Perompak datang tembak & bunuh sahaja!

Demonstrasi atau strike boleh dikatakan setiap minggu ada...Ada sahaja hak asasi yang diperjuangkan... tapi negara mereka begitu juga... Nak komen banyak macamlah negara kita terlalu sempurna... haisshh... 

Bagi saya biarlah buruknya Malaysia, jam sana-sini... perpecahan/pertelingkahan kaum, unfair policies, existence of large of stupid people especially in the political sphere, pemandu teksi yang sombong, tipu meter, corruption, imbecilic media, tandas awam kotor & busuk, religious freak etc etc ect. 

Walau apa jua, Malaysia tetap dihati! Jika izinNya kami akan kembali juga ke tanah emas itu... Kerana negara itu, Dia lindungi dari lingkaran gunung berapi, Dia lindungi dari bencana alam yang besar-besar, di situlah saya dibesarkan dan mendapat pendidikan agama yang sempurna, rumah ALLAH dimana-mana, polis masih berkuasa dari penjenayah, tidak ada yang tiada di Malaysia... Salji pun dah ada...hiks :p

Yang tak suka tak apa, tiada siapa yang paksa... Persilakan tukar kerakyatan, lihat bagaimana diri diadili ditempat orang... Kita tak boleh nak ubah orang lain untuk ikut setuju sama dengan kita, kita juga tak boleh nak ubah dunia... Jika tak suka ramai lagi yang suka, menunggu peluang dan ruang sahaja... 

Politics is not everything and everything is not politics! Don't be sour puss all the time. Cherish the goodness of the country! Peace (,")v

Chau!

Oct 26, 2012

Eid Adha Mubarak ♥♥♥

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Eid Adha Mubarak 1433H! 

May ALLAH SWT accept the hajj performed by HIS guest. And those who have never been for hajj be blessed with the opportunity to do so and be HIS guest for the next hajj...insya'ALLAH... Ameen...

"Their meat will not reach ALLAH, nor will their blood, but what reaches HIM is piety from you. Thus have We subjected them to you that you may glorify ALLAH for that (to) which He has guided you; and give good tidings to the doers of good." Surah Al Hajj 22:37

Raya Qurban kali ke-2 di bumi Peru :)

Perasaan, biasa-biasa je... Actually, we are in blues... Blue, blues mood... hiks...

Rindu? Rindu dah semestinya... Tapi lebih daripada tu... kerisauan & kegusaran dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu...


Vegetarian Pizza... Itu je yang boleh makan & beli... Penat seharian masak rendang, kuah kacang & nasi himpit (arroz keke) dengan melayan si dak tecik yang tak seberapa sihat kebelakangan ni... :(

Batuk, selsema, demam & muntah hanpir 2-3 kali sehari... Badan yang makin mengecut... Ya ALLAH terasa luluh hati ni... Tapi tak terluah, takut nanti ada yang tersalah sangka dan merisaukan yang tersayang yang jauh dimata :'(


Kata nak mamam Pizza tapi bila depan mata, cuit sikit je... Lepas tu taknak, takut muntah katanya... Berjumpa doktor bukan sekali dua, dah berbondong-bondong ubat kimia masuk dalam pewut...huks :(


Inca Cola yang menjadi pujaan hati pun dipandang sebelah mata... :(


Siapa yang tak tahu, yang tak pernah ambil tahu, yang warna hitam/ungu tulah buah zaitun (olive)! Fresh... 


Di pagi raya, babah pergi masjid berseorangan... Tinggallah kami anak beranak suram & bermuram...


Masih boleh tersenyum walaupun badan tak bermaya... 


Semalam sempat mengajar kawan (Peruana) memasak rendang & kuah kacang... Dengan cara saya mengikut tekak saya, macamlah 'terror' sangat kan ;)


Hidangan pun tampak hambar... Takde mood nak kemana-mana mengenangkan si kecik masih tak seberapa sihat... Me & Mr Hubby pun dah terasa tak sedap badan... Semalam berpuasa hanya tawakal padaNYA sahaja, berjangkit sudah dari si tecik... Kafarah dosa-dosa... Ibadah yang dilakukan ikhlas dari hati... Ops, ikhlas tak boleh disebut-sebut!

Thank you for reading!

Salam Aidiladha dari kami sekeluarga... From Peru With Love ♥♥♥ 


Oct 22, 2012

Dulu dan sekarang...


Assalammualaikum wbt.

Hola!

Macam biasa, every weekend mesti kami akan keluar jalan-jalan... 'window-window shopping'! hehehe... Sekarang kami berjinak-jinak menaiki bas! Bas yang macam bas mini tu...hiks... ada juga yang besar... ;):)


Bas di Lima

Semalam kami cuba naik Metropolitano Bus! Bas ni special sikit sebab konsepnya macam keretapi dengan laluannya yang istimewa! Hanya bayar S/.1,50  boleh pergi kemana-mana destinasi sekitar Lima :)

Iman lah paling excited, ajak naik teksi pun die tak mahu dah...hehehee... Teringat dulu masa kami nak ke Kota Kinabalu melawat kakak hubby di sana... First time bawa Iman naik train (komuter) & bus (sebelum naik flight)! Punyalah seronok! Sampai menangis-nangis bila dah turun dari train tu, sedih bebenor gamaknye...hiks!

Nampaknya di sini life kami back to basic semula! Naik bas, jalan kaki, naik teksi... Tak macam di Malaysia dulu, start je kereta terus jalan... :)

Dah lama rasanya kami meninggalkan zaman menaiki bas, train & teksi ni secara kerap... Rasanya ada 10-12 tahun... Zaman sekolah-sekolah dulu... :)

Cerita tentang kereta teringat kereta saya dulu, sekarang dah let go! Dah jual sebelum kami bertolak ke sini... My first car! Kereta Persona Blueberry... Saya ingat lagi no.nya WRS 1142... Sayang dengan kereta tu, tapi nak buat macamana kalau tinggal di Malaysia pun takde siapa nak jaga... Kena bayar pulak tiap-tiap bulan... Maklumlah hutang tarik maksimum! kehkehkeh :p

Sekarang ni tinggallah kereta kancil Mr Hubby! Hubby sayang sangat kereta tu walaupun bagi saya dah tak economical lagi untuk disimpan...hahaha... Hubby baca ni mesti dia marah... :p

Cerita pasal kereta teringat pulak rumah! Ya, sayang nak jual rumah tu! Jadi kami sewakan je pada orang... Angan-angan nak beli rumah lain, manatau ada rezeki... Rumah tu... ermmm...ntah terpulanglah pada hubby, nak jual atau nak sewakan je... Takmo pening kepala, jual jelah... Buat modal rumah baru... Betul tak bang?? ;):)

Sekarang ni kalau fikirkan balik, kami kena mula dari bawah semula... Bukan sedikit, tapi banyak!

Seronok juga back to basic gini... Rasa seperti 'orang baru' nak mulakan hidup... Kalau boleh biarlah lebih elok dan baik dari yang dulu... Sekurang-kurangnya biarlah ada perbezaannya... Tak banyak sikit pun jadilah... Kenalah setimpal dengan apa yang dilepaskan... kerana itulah tujuannya pun kan :)

Merepek... ye saya sedang merepek! hehehe ;p :)

Thank you for reading!

Chau!




Oct 20, 2012

Alpaca Rugs in The House! ;)

Assalammualaikum wbt.

Hola peeps & amigos!

Atas permintaan, di sini saya letakkan beberapa gambar Alpaca Rugs... Corak, warna dan bentuk yang menarik...tertarik... kau memang gebu! hehehe ;)

Jom, cuci-cuci mata dengan barangan eksklusif ini!

 Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke email saya maryayusof@gmail.com atau terus add saya di FB >>>>>> http://www.facebook.com/marya.yusof 

Makluman tambahan: Saya hanya akan approve selepas tuan/puan meninggalkan pesanan di inbox saya. Sekian, terima kasih :)

Kod di bawah gambar :)


AA 1


AA 2


 AA 3


AA 4


AA 5


AA 6


AA 7


AA 8


AA 10


AA 11


AA 12


AA 20


AA 14


AA 18


AA 19


AA 13


AA 21


AA 24


AA 25


AA 26


AA 27 

Gambar di atas adalah permaidani berasaskan bulu Adult Alpaca, lebih lembut & kuat dari bulu kambing biri-biri... Terdapat juga bulu Baby Alpaca, lebih lembut dari bulu Adult Alpaca... Tetapi lebih mahal dan tiada corak yang tertentu...

Eksklusif kerana Peru adalah pengeluar terbesar produk-produk berasaskan Alpaca ini... Hanya terdapat di Amerika Selatan...TIADA di tempat lain di dunia... Jika adapun, percayalah harganya sangat-sangat MAHAL! :)

 Exclusive goods only for exclusive people. And, absolutely you are exclusive! :) 

Oct 15, 2012

Kisah saya & Permaidani Alpaca! :)

Assalammualaikum...

Hola carino!

Lama tak menjenguk & dijenguk...hiks... Ada yang rindu??? :) hehehe... ;p

Ok harini Iman dah start school after seminggu vacacion! Ok, Iman pun ade semester break jugak.. hehehe... Kira macam cuti pertukaran season gitu... Sekarang ni kami di sini nak masuk musim panas dah, kira sekarang ni ala-ala Primavera (Spring) gitu! hahaha ;D

Harini nak update cepat-cepat sebab nanti saya nak jalan-jalan rumah kawan-kawan pulak... Lama dah tak mendengar khabar berita semua... Maaflah... lately busy buzz buzz bees ler pulok! kihkihkih ;):)

Sebenarnya Marya nak share cerita tentang Permaidani Alpaca... Masih ingat? Dulu-dulu pernah saya cerita kat sini : Recipe & Alpaca Rugs! Ermmm... actually, kami dah ada satu...hiks... And insya'ALLAH, nak angkat lagi & lagi... 

Waaah, manyak duit ko Marya! kikikiii... Bukan duit kite lor tapi duit hubby... Tapi isteri tetap ada portion kat situ jugak khennn... eh, silap bukan portion tapi hak! Hak isteri... Uik... tuntut hak ler pulak! muahahahaa ;) :)

Saja lah nak share story, bukan nak riak-riak... No... no... no... mintak dijauhkan perasaan tu...huhuu... Sharing perasaan gembira & benda yang baik, insya'ALLAH... :)


Yang ni seseorang punya! Insya'ALLAH, moga selamat sampai ke destinasi dalam keadaan yang baik :)

Dulu-dulu, hubby macam tak suka nak guna & pakai karpet semua bagai sebab dia alergik... Tahu jelah karpet trap abuk, berdebu etc. kan... Marya pulak, suka je nak pakai karpet/permaidani ni tapi dah hubby tak suka nak buat camna ikut jelah... So, kami pakat-pakat guna tikar Sarawak je atau tikar rotan tu... hehehe... :))

Tapi sekarang dah lain... Sekarang ni hubby pulak yang terlebih sudu dari kuah! hahahaa ;D Kalau boleh dia nak bawak tidur 'rug' kat depan tu...huhuuu... Saya cakap nanti kita beli comforter pulak ye...hehehe...


Gambar atas ni adalah perbezaan antara Sheep Wool no 1 and Alpaca Fur no 2... Ntahlah ye, maybe sebab kami dah sentuh, rasa & pegang bulu kedua-duanya tu... So, kami dapat rasa bezanya memang ketara sebab bulu biri-biri lebih kesat & kasar sikit jika dibandingkan dengan bulu Alpaka ni :) Kalau tengok pun boleh nampak bulu biri-biri yang bergumpal-gumpal tu, manakala Alpaka Rugs tu lebih nampak smooth gitu kan... hehehe :)


Supersoft! Tu dia... tengelam kaki dak tecik ni...hehehe ;):)


Cerita tentang Alpaca Rugs ni, saya ada kawan Peruvian yang pernah tinggal di Malaysia dulu... Dia cerita dengan kami... Dulu, masa dia tinggal di Malaysia dia ada bawak Alpaca Rugs ni... Satu hari adalah kawan dia (orang Melayu) datang rumah & tanya pasal permaidani ni... Kalau boleh kawan dia tu nak beli dari dia tak kira berapa harga yang ditawarkan sekali pun... Sebab dia dah jatuh cinta dengan kecantikan & kelembutannya tu... Tapi, dia tak boleh nak jual sebab jiran dia pun nak jugak permaidani yang sama...huhuuu... 

Dipendekkan cerita, akhirnya dia tak jual pada sesiapa pun sebab takut nanti ada yang jealous & merajuk hati... Payahlah kan... Sana kawan, sini pun kawan jugak...hiks... So, sebab terpengaruh dengan cerita dia, hubby pun terus ajak pergi tengok permaidani ni... Tak kusangka hubby boleh jatuh cinta jugak! hehehe... Tahu jelah orang lelaki bukan suka sangat menda-menda ginikan... :)

Alhamdullillah, selama kami menggunakan permaidani ini tiada alahan/elergi kerana bulu Alpaca tidak seperti wool biasa... Less allergy reaction atau hypoallergenic (Kurang tindakbalas elergi)! Boleh baca di sini : Wikipedia  :)

So, sekarang ni kami fikir why not we share with our friends & relatives di Malaya nun... Benda yang baik, rare @ sukar diperolehi pulak tu... Nak tahu lebih lanjut boleh PM saya :)

maryayusof@gmail.com atau clicks fanpage kat atas tu ye... Thank you! ;)

~Quality is remembered long after the price is forgotten~










Oct 9, 2012

Yuuuhuuuuuu~`It's my birthday! (^___^)V

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Tick...tick...tick...tick... What's that sound? It's your biological clock, Marya! :)

 Alhamdullillah, syukur pada ALLAH masih bernafas & dapat menjalani hidup yang penuh indah ini walaupun bukan di tanahair sendiri... 8 Oktober 2012 secara pengiraan tahun Shamsiah (Masihi) saya genap 30 tahun... :) Semoga tahun-tahun mendatang lebih cerah, bermakna dan yang paling penting sisa kehidupan 30 tahun akan datang dan seterusnya (jika panjang umur) diberkati olehNYA.. Ameen Ya Rab :):)

Terima kasih atas ucapan & doa yang tak putus-putus saya terima... Semoga setiap doa yang dititipkan adalah buat kalian juga... Muchas gracias! Abrazos & besitos islamicos a todos! xoxoxoxoxo

Harini baru sempat nak update... Kebetulan 8 Oktober di Peru ni diumumkan Public Holiday! Oh, bukan sebab birthday saya! Ferasan jap... Tapi disebabkan oleh peristiwa Battle of Angamos - dimana Peru kalah perang dengan Chile! ngeee~

Kelakar pulak rasanye sebab kalah perang pun nak cuti...hehehee... Oops! ;p

Sambutan birthday? Macamlah ada yang nak tahu... ;p Ermmm... biasa-biasa je... hehehe... Anyway, turning 30's make me feel so good! It's just a number after all *Sambil belek-belek muka dicermin* :p ;)

Actually, there's no cake & fancy celebration but we have our special lunch at Kak Siti's house... She & her husband invited us  and it was like celebrating my birthday there...weeee~

Jom tengok menu apa Kak Siti hidangkan kami tadi :))


Ada pasta Alfredo, chicken & potato grill, bun & salad yang yummy! Pssssssssssttt... Kak Siti ni terror masak tau! And masakan dia sangat-sangat sedap & class gitu! ;))


Tengoklah 'birthday girl' tu... Still looks like 20's kan... ngeee~ hehehe :p ;)

Seperti orang lain juga, sambutan hari lahir pada kali ini amat bermakna kerana bukan sahaja usia bertambah tetapi juga merupakan permulaan fasa yang baru dalam timeline kehidupan... Another milestone in my life... 

Rata-rata umur umat Rasullullah SAW ialah 60 hingga 70 tahun sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud; "Umur umatku di antara 60 sehingga 70 tahun. Dan sedikit sahaja di kalangan mereka yang melebihi tempoh tersebut." (riwayat al-Hakim Tarmidzi dan Ibnu Majah)

Bermakna jika berdasarkan hadis ini, jika dipanjangkan umur oleh ALLAH SWT maknanya saya ada 30 ke 40 tahun sahaja lagi untuk merasai nikmat-nikmat kehidupan di dunia ini... ALLAHUAKBAR!

Kita ni memang banyak gelak ketawa... Suka sangat sampai kadang-kadang terlupa yang kita akan mati juga kan...  ALLAH!

Rasullullah SAW bersabda; "Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air." Baginda ditanya, "Ya Rasullullah, apakah penggilapnya?" Rasullullah bersabda, "Banyak ingatkan mati dan membaca Al-Quran."- Abdullah Bin Umar

Mati itu pasti! Janji & rahsia ALLAH... Mengingati matikan sunat :)

Thank you for reading! Nak tidur, lewat sangat dah ni... Take care... Buenas noches a Peru! Que tengas un buen dia Malasia! Nos vemos! Muaaaahss :))





Oct 4, 2012

BASTON DEL EMPERADOR! ;)

Assalammualaikum w.b.t...

Hola!

Que tal? How are you doing? :)

Harini Iman pergi school selepas 5 hari bercuti... tambah satu hari (semalam) ponteng sebab selsema & batuk... again... :(

Lepas lama bercuti harini pergi sekolah, nangis bagai nak rak! Aduh, kalau ikut hati nak bawak balik je... tapi tak bolehlahkan nanti esok-esok dia buat tricks yang sama takmo pergi sekolah pulak...hiks...

Cerita 2 minggu lepas, kami ke Festival de Las Flores di Parque de Kennedy! Macam-macam munga ade! hiks... geeeeraaammmm sangat! Tapi kena istighfar banyak-banyak supaya tak terjebak nak borong bunga-bunga yang ade... Kalau ikutkan hati macam-macam nak beli tapi sebab hubby dah bagi lampu merah awal-awal so, macam beringat-ingat sikit lah...huhuu... 

Nak buat macamana walaupun menjawat jawatan sebagai 'Menteri Kewangan' tetap tak boleh nak berbelanja suka-suki... Kenalah kawal perbelanjaan mengikut budget yang telah diperuntukan...hakhakhak ;D

Jejak-jejak je kaki kat pesta tu, saya dah nampak dah bunga idaman hati! Berbulan-bulan dah cari kot-kot terjumpa... Akhirnya, jodoh kami di sini ;):) Hati berbunga riang...


Bunga apakah itu?? ;)


Nama bunga ni Baston del Emperador! Maksudnya Maharaja Rotan! Hebat tak?! Khelass gitu kan... kan :))

Orang kita panggil bunga Kantan (Ginger Flower/Torch Ginger Bud) :)

Masa saya beli ni ramai yang dok tanya-tanya saya nama bunga ni... Tetiba saya jadi perhatian kat kedai bunga tu...hehehe... Bunga kantan ni dah jadi macam exotic flower kat sini sebab di jual bersama-sama dengan heliconia dan beberapa bunga hutan yang lain... memang susah nak dapat bunga ni kat sini...Kalau ade pun kat kedai bunga macam nilah...huhuu...

Puas juga cari serata town tak jumpa-jumpa jugak lagi... Nampaknye kenalah tunggu next year bila ade fiesta bunga lagi :(  *sigh*


 Tersipu-sipu bila saya kena explain yang bunga ni kita guna dalam masakan... hahaha ;))  Dah jadi tukang explain pulak kat makcik-makcik ni macamana saya masak & makan...kehkehkeh... Mesti dorang pelik, sebab orang kita makan bunga...hehehe... :))


Happylah dapat jumpa bunga idaman... Lepas ni completelah kalau nak masak asam laksa, asam pedas, kerabu...perggghhhh.... :))


Manja-manja sikit bergambar dengan bunga Kantan! Abaikan hidung kembang & jerawat tu... Gedix betul! ;p ;)

 Kalau kat negara sendiri tentulah pelik bergambor dengan munga kantan... Siapa yang pelik sebenarnya ni? Kita ke mereka? hahaha... Sila jawab?? :);)

Lagi gambar boleh tengok di FB saya ye... just 'Like' kat sebelah kanan atas tu... Nanti saya add anda di blog peribadi saya ok! :) Macam ni lebih mesra kot... 

Dulu, saya hanya add/approve kawan-kawan yang saya kenali je... sebab FB peribadi so, exclusive sikitlah kan... Saya tak kisah sangat dengan 'stalker' semua ni sebab,  siapalah saya ni orang nak 'stalk-stalk' kan...hiks... Tapi atas nasihat hubby & untuk tujuan keselamatan juga, saya kenalah juga hati-hati... Manusia ni kan macam-macam... Faham-faham jelah :)

Jadi, kalau ada yang 'like' maknanya dia sudilah berkawan dengan saya, maybe we can share something somewhere, ilmu bermanfaat etc etc... To be honest, I also very keen to know my silent readers! Wah, ferasan ;p :)

Wait... rakan blogger juga! So, click-click kat situ & be friend-friend ya! ;):) *w*

Takmo pun takpe :)

Thank you for reading! Adios :)



Oct 1, 2012

Dah setahun??! Setahun lagi... :)

Assalammualaikum...

Hola a todos!

Lamakan tak update... ada yang rindu tak? keh3... *Ferasan* ;):)

Harini Iman cuti school 2 hari, Isnin & Selasa... One-off Public Holiday katanya due to Third Summit of South American-Arab Countries (ASPA) kat Lima ni... Uih...ramai gaklah Pak Arab kat sini dok jalan-jalan kat bandar semalam...hehehe... Polis pun merata-rata buat rondaan... Kat Masjid pun... Semalam Menteri Luar Negara Palestin bagi salam pun saya tak kenai... hahaha... Teruk betui kan ;)) Kalau tak boleh juga snap, posing, posing amik gambar...hehehe ;):)

Ok, stop melalut... Apa pun, hubby kena juga pergi kerja sebab tak boleh cuti lor... :( 

Nak story & nak catat kat sini, 27/9/2012 beberapa hari berlalu genap setahun kami meninggalkan tanahair Malaysia... Bermakna setahun jugalah kami tidak melihat wajah mak, mil & ahli keluarga yang rapat yang lain secara 'live' walaupun keluar kat Rancangan MHI TV3 Raya haritu... sobs... sobs... :'( 

29/9/2012 yang lalu juga genap setahun kami hidup diperantauan... Meninggalkan bumi Malaysia dan meneruskan kehidupan di bumi asing, Peru... Asingnya seperti hidup di hujung dunia yang jika dikorek tanah dari sini maka tembuslah hingga ke Semenanjung sana... Wah, kelass tak ayat! hehehe :)

Setahun juga saya memegang gelaran yang mulia, Surirumah Sepenuh Masa di dalam bahasa Inggeris dipanggil Full Time Housewife dan dalam bahasa Espanol, Ama de Casa! Gelaran yang mana satu ketika dulu amat saya tak suka... Takde standard lah kononnye...hehehe... Yelah Surirumahkan tak boleh nak pakai baju glamer-glamer, tak boleh nak touch-up2, nak pakai heel.... Gile ke apa nak pakai heel dalam rumah...hehehe... Tapi sebenarnya boleh aje... Untuk hubby kita kan... Boleh gitu-gitu...ahaks! *wink* ;))

Bermakna setahun juga saya bercuti tanpa gaji... Ya ALLAH, peluang begini bukan semua orang boleh rasa kan... Kadang-kala timbul juga kerinduan untuk kembali bekerja... Jumpa kawan-kawan... Gossip-gossiping! Ops! Sekarang dah insaf...hehehe ;):)

Dalam lama tak update tu saya doklah belek-belek entry lama-lama... Tetiba rasa sakit perut... rasa geli kat telinga, nak rasa muntah pun ade... eeeeeiiii.... tak suka nak baca... macam Yo Oo Oo je... Rasa nak delete pun ade... hahaha ;D

Tapi, takpelah buat kenangan... Tak sabar nak tunggu setahun lagi... Nak balik Malaya oooiiii... Rindu dah tak tertahan ni... Doakan kami... Next year, kami nak balik... nak balik... Dah buat list apa nak 'export' & 'import' dari sini ke sana, dari sana ke sini...ssssshhh rahsia...hehehe... walaupun beg tak cukup besor... hakhakhak... ;))

Macam mimpi setahun yang berlalu... Kerana kasih & sayang aku turutkan... Kerana kutahu syurgaku di sini.... Bersamamu... Hubby :):) Big apple for you ♥ ...muaaahhhhhh... 
(Puji mau lebih, Oktober nikan...*wink*wink*) ;))


 Macam tak lengkap entry tanpa gambar... Macam mamam nasik tanpa lauk...hehehee... Tepek jugaklah gambar ni kat sini... Sila abaikan jerawat batu tu ye...tak reti nak edit bagi nampak flawless... Dah memang gitu kulitnya.... Bertambah umur sudahhhh...hehehe :))

Oklah, besitos a todos! xxxxxxxx

Chau :)

P.S. October is coming! Aiyooo... October already lah... ;):)