Gracias!

Dec 9, 2014

Koleksi Terkini Sephora Malaysia!

¡Hola Linda!
 
Que tal? (How are you doing?)
 
I hope all of you are doing great! 
 
Semua orang suka untuk kelihatan cantik... termasuklah diri saya sendiri... I still remember when I was a kid, I always wanted to be beautiful... but more desperately wanted to feel loved. ;))

 Tidak salah rasanya untuk kelihatan cantik asalkan tidak keterlaluan, sesuai dengan usia, kerjaya dan pendapatan sendiri... Yes, everyone deserve to look beautiful! 



Geli kan? Saya memang tak suka dan geli dengan semut. Walaupun begitu sebenarnya di sebalik gambar yang agak disturbing ini tersembunyi satu wajah yang cukup cantik.

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi adalah sifat semulajadi wanita untuk sentiasa mahu kelihatan cantik terutamanya jika berada di luar rumah dan terpaksa berhadapan dengan orang lain.

Bagi saya, wanita yang kelihatan cantik bukan sahaja membuatkan orang lain selesa malah memberikan keyakinan yang tinggi pada individu itu sendiri.

Adalah sangat penting untuk kita menjaga kesihatan kulit kita. Antara yang paling basic ialah jaga pemakanan, dapatkan tidur yang cukup, hindarkan rasa stress atau tekanan, amalkan rutin penjagaan yang konsisten dan yang terakhir ialah pilih produk skincare yang terbaik.

Selain daripada itu sebelum keluar dari rumah sangatlah penting untuk kita apply sedikit solekan ataupun makeup.  For me, makeup DOES make me more beautiful...this is compared to me without makeup. Ini bagi menghindari situasi yang mana kulit kelihatan kusam, tidak bermaya dan pucat. Paling tidak pun, sekurang-kurangnya mengenakan sedikit solekan pada wajah kita dengan lapisan blusher yang nipis dan gincu. Mudah sahaja untuk kelihatan cantik kan! :)





Antara jenama solekan dan kecantikan yang paling popular di Malaysia adalah Sephora Malaysia. Label ini sangat dikenali dalam kalangan wanita urban yang gemar bergaya. Produknya telah dipasarkan di banyak negara seluruh dunia dan telah mendapat sambutan serta permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran. Koleksi terkini Sephora Malaysia kini boleh didapati secara online di website online shopping Malaysia.



  

Nampak gayanya kita tidak perlu lagi keluar semata-mata untuk dapatkan jenama kegemaran ini. Buat sahaja pembelian secara online di internet dengan cukup mudah dari rumah sahaja!

Hanya dihujung jari kita boleh kelihatan cantik dan berseri-seri bersama-sama :))

See you then!

Chau! 

Dec 1, 2014

Good News Are Everywhere!

¡Hola!

Cómo está?

Alhamdullillah, hectic months finally over... but still, a long way to go! Year end is waiting and waving...

Good news are everywhere, thanks God of the universe... I think I have done my best and I rest my case with Allah swt. 

Good news not only for me but for you too my dear, peeps!

The first batch of  'Fajita' (girdle) have been their ways from Lima, Peru to Malaysia... Thank you for your support... It's just a beginning... Insha'Allah, I will do more promotion and be more aggressive afterward...:):)

Sorry for late update... but I've already informed my beloved customers about the current status of the girdle. I should thank my partner in Peru who dedicatedly helping me to deal with the matters... Gracias Maryam... :))

Pix taken by Maryam 
I really hope the parcel will successfully arrive on schedule... InshaAllah...

As we are coming to the end of the year, I think its time to move on and forget about the past, the failure, negative thought and comments... Let's gone by gone because I believe, Allah is about to do wonders in our life...

It's also almost a year we've already returned to our homeland... and when I reflect, He has already planned something for us... just to make it true, prayer and doa is always the key :)


There's still plus minus less than 30 days before upcoming new year... plenty of time to finish something, end something and start something new... with His will, I pray all good things will come our ways...

Thank you for reading peeps!

Salam...



Oct 27, 2014

Giving options! Take it or leave it :)

 
 
Salam Sejahtera!
 
Tangan terasa gatal nak update... rasa seronok tengok rakan-rakan blogger lain yang update blog, update status di FB dan sebagainya, sangat kagum bila semua dapat bahagikan masa antara kerjaya family dan dunia maya...
 
Saya cuba juga cari masa untuk update but easily getting lost in the middle of my own jungle of words... tapi sekarang sedang cuba untuk berbagi masa supaya blog ni tidak tinggal kenangan... at least I have place to express my thought and views about the world around...
 
Actually, I have received many questions about the girdle which I've promoted before... Salah satu soalannya adalah berkenaan cara pemakaian girdle/corset... Bagaimana cara untuk membuang air atau mengada' hajat semasa memakai bengkung tersebut?

Girdle B'femme ini dibahagian bawah cawatnya terdapat cangkuk yang membolehkan kita membuang air dengan mudah! Hanya buka cangkuk tersebut dan tarikkan ke atas... Kemudian bolehlah kita menunaikan hajat seperti biasa dengan selesa...

Saya sangat memahami wanita yang bersalin secara pembedahan... Kerana kedua-dua anak saya dilahirkan melalui pembedahan C-Section...  Tidak seperti bersalin secara normal, jika tidak dijaga dengan betul akan menyebabkan sakit bahagian belakang, sukar untuk bersin, ketawa dan sukar untuk bangun serta melakukan aktiviti harian yang lain...

Selain itu, yang menjadi perkara utama untuk wanita-wanita selepas bersalin adalah untuk mengembalikan semula bentuk badan seperti sebelum melahirkan...To get back in shape! The very vital & critical part for every pregnancy women all over the world after giving birth to their little one...

Saya pernah ceritakan sebelum ini pengalaman memakai girdle B'femme di sini: Pengalaman memakai bengkung B'femme...


Berdasarkan pengalaman tersebutlah saya rasa saya perlu berkongsi benda yang baik itu di sini... Selain itu juga saya  menerima hampir 20 pertanyaan di inbox sebelum ini berkenaan bengkung istimewa ini...

 Saya juga difahamkan terdapat banyak bengkung moden untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan di pasaran... Yes, you are free to compare and choose! I just give you an option! Whether you want to take it or not...it's always on your hand... :)))

Sharing is caring!

Saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dan sebarkan perkara yang baik!

Secara jujurnya, untuk kembali langsing selepas bersalin bukanlah perkara yang mudah... Melainkan dengan keazaman dan cara pengambilan pemakanan yang sihat dilakukan secara konsisten... Tiada jalan mudah untuk kembali langsing..! No pain No gain :))

Selain itu, bengkung juga memainkan peranannya yang tersendiri... Sebab itu tok nenek moyang kita dah lama mengamalkan pemakaian bengkung ni... Selain untuk mengembalikan bentuk badan, kita akan rasa lebih selesa disamping  ia boleh membentuk semula bentuk badan seperti asal... Lebih dari itu telah saya nyatakan dalam entry-entry sebelum ini kebaikan dan kelebihan memakai bengkung B'femme ini!

Pre-order untuk bengkung B'femme akan terus saya buka untuk semua yang tercari-cari bengkung yang selesa dan sangat membantu terutama sekali pada ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan...

Bagi ibu-ibu yang tidak mengandung dan bersalin, boleh juga menggunakan bengkung ini sebagai salah satu usaha untuk kembali langsing! Saya suka melihat orang lain juga kelihatan cantik dan menarik :)))

My last word, you no need to be skinny to look beautiful and attractive! Beauty is very subjective  as people always say 'Beautiful is in the eyes of beholder'... but out of all, women with curve are beautiful! Be confident, be comfort and appreciate your own skin and body!

See you again!

Hasta lavista :*


 
 
 
 


Oct 22, 2014

PRE-ORDER: GIRDLE B'FEMME!



Salam Sejahtera!

Apa khabar semua? Rindunya nak berblog tapi sekarang banyak komitmen tak sempat pun nak menjengah apalagi untuk update...

Terima kasih pada yang sudi datang bertanya khabar & baca past stories and 'like' my page... ada juga yang sudi add friend di FB... Thank you so much :):)



Saya banyak menerima pertanyaan tentang girdle B'Femme ini selepas baca iklan yang lepas-lepas... Saya minta maaf ada yang sempat saya balas ada yang saya tak sempat balas...

Berita baik untuk semua, sekarang saya buka untuk Pre-order girdle ini!

Harga adalah RM500 termasuk kos penghantaran!

Bayaran TUNAI dialu-alukan, tetapi boleh juga dibayar secara ANSURAN max 5 kali!

Deposit RM100, strictly no refundable!

SERIOUS BUYER ONLY!

Kelebihan girdle B'Femme?

1. Cara pemakaian yang mudah. Boleh terus digunakan 6 jam selepas bersalin normal manakala 24 jam selepas bersalin secara pembedahan.

2. Diperbuat dari material yang lembut dan anti alergi. Lapisan dalamnya diperbuat dari kapas (cotton).

3. Struktur 'girdle' yang elastik berfungsi untuk menyokong otot perut dan  mengurangkan kesakitan pada bahagian  luka pembedahan.

4. Mempercepatkan proses penyembuhan dan mengembalikan bentuk badan.

5. Memberikan keselesaan dan membantu untuk menguruskan aktiviti seharian.

6. Membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat.

7. Berasal dari Amerika Selatan/Latin. Dijual di Peru, Chile & Argentina juga di Amerika Syarikat.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu set 'girdle' ini!

Bagi yang merancang untuk hamil juga boleh memilikinya!

Saya jamin anda puas hati :)

Insha'Allah...

Dec 30, 2013

Sebulan di tanahair 2...

Assalammualaikum wbt.

Feliz Lunes!

Minggu ke-3 kembali bekerja! Hurrmmm... Real life in Malaysia, totally not the same as before... Dua hari lagi dah nak masuk tahun baru... masa untuk mengutip energi & caj-caj positif... 

Sekarang ni saya masih 'poll'. Masih tak tahu akan dihantar kemana, so duduk-duduk rehat-rehat sebab masih tak ada kerja lagi... Lagipun sekarang ni semuanye sibuk nak close account & ada yang bercuti hujung tahun untuk habiskan baki cuti... Just relax & enjoy the environment!

Let's reading novel! :p


Actually, dah nak masuk 2 bulan kami di Malaya ni... For the first 2 months still be an adjusting month-to the whether, routine, lifestyle & etc. 

Everywhere I go, people keep telling me 'You look fat, chubby & tembam!!!' Hahaha... showing that how happy I am! To be honest, I just couldn't resist all the temptation and deliciousness of Malaysian foods!

Tiada istilah diet. Dan tak ada makna untuk rasa bersalah & menyesal...Heheheh...


Some of Malaysian traditional kueh (desserts/postres).


Berjalanlah satu dunia tapi mesti teringat juga masakan negara sendiri... Gambar di atas, hidangan pengantin semasa pergi kenduri kahwin di rumah biras di Kuala Terengganu... Simple tapi nampak menyelerakan... terus rasa lapar...hihihii :))

Alhamdullillah, selera makan Iman pun dah makin bertambah... Asyik ajak makan kat luar saja... aiyoo! :))

Iman semakin seronok lagi-lagi bila berjumpa & dapat main dengan sepupu-sepupu dia... Dia memang suka berkawan & dapat sesuaikan diri dengan mudah...

Sekali-sekala terkeluar juga patah-patah perkataan Spanish dari mulut dia... Contohnya, 'Gato (kucing), baño (tandas), fresa (strawberi)'...

Masa di Lima dulu, Iman memang sukar untuk bercakap bahasa asing dengan kami tetapi bila dia jumpa dengan kawan-kawan di sana atau dengan orang yang bukan berbangsa Melayu secara automatic bahasanya bertukar... Rasanye kalau kami tak praktikkan bahasa selain bahasa Melayu di rumah, tentu cepat hilang kemahiran berbahasa dia nanti... terasa rugi pulak...

Oh, sekarang ni dia belajar bahasa 'nogori' pulak dengan uwan die... Contohnye bila uwan die tanya, 'Dapek tak?' Dia boleh membalas, 'Dapek!' :))

Selain daripada itu, banyak juga perkara asing yang dipelajarinya... Boleh jadi kisah lucu untuk dikenang... :))

Di sana semua tandas adalah tandas duduk. Memang tak ada tandas cangkung.

Suatu hari, semasa di pusat membeli belah Iman beritahu dia nak buang air... Saya pun bawa dia ke tandas... kebetulan tandas fully-occupied... cuma ada satu tandas cangkung yang kosong. Oleh sebab si Iman dah mengelinting nak buang air terus saya bawa dia... Buka je seluar terus die nak duduk atas mangkuk tu... adehhh... cepat-cepat saya halang & ajar die mencangkung kat situ jugak...

Nasib baik tandas tu agak bersih... kalau tak mau dia terlepas dalam seluar...huhuhuu...

Cabaran bagi kanak-kanak seusia Iman adalah mereka ni banyak bertanya & kadang-kala sukar bagi kita nak menjawabnya... Bila ternampak benda yang pelik dimata dia mulalah sesi soal-jawab akan berlangsung...

Tidak seperti di Lima, hujan lebat adalah perkara biasa di sini... Guruh berdentum, kilat sabung-menyabung adalah perkara lumrah... Awal-awal dulu banyak betul soalan dari Iman tentang hujan... Masa kami tinggalkan Malaysia dulu, Iman masih kecil lagi... Waktu tu dia baru berusia 2 tahun... Jadi tak banyak memori yang tersimpan dalam ingatan dia...

Iman benar-benar terkejut bila mendengar bunyi petir... Muka dia penuh tanya soal... Tapi cepat faham dan reda selepas diberi penerangan... 'This is Malaysia, Iman! Hot & humid throughout the year'


Showing Iman durian's tree while having our breakfast last weekend! :))

Iman sangat teruja melihat semut, lalat dan cicak... Sanggup berhenti di tengah jalan sambil duduk mencangkung semata-mata untuk melihat dan memerhatikan setiap ekor semut yang lalu di depan mata dia...

Di sana (Peru) cuaca average adalah sejuk jadi kebanyakan serangga jarang kelihatan... Sebab itu Iman terlihat sedikit 'gayat'... ;)))


Short picnic at Port Dickson beach! Iman con sus tio/tia y primas... Sekadar melepaskan rindu dengan pantai di Malaysia...

Last kami pergi pantai adalah sewaktu saya mengandungkan Nasuha 4/5 bulan... Waktu tu kami pergi bercuti ke Asia di Lima... Lima itself nearby the beach... tapi di sana open sea, memang tak berani nak mandi sebab ombak yang tinggi dan kuat... Hanya sesuai untuk surfer...

Jika diikutkan masih tak puas lagi berjalan di Malaysia ni... Tahun ni cuti-cuti Malaysia untuk melepaskan rindu... inshaAllah... kalau bertemu dimana-mana tegur-tegurlah saya ye...

Got to go! Thank you for reading peeps! Before you leave wanna show-off my new ring...hiks


Ordered before balik haritu... Thank you Miss Sharmini for handover it to me from Lima, Peru. Me gusta 💙💜💛💚

Till then... Chau!





























Dec 19, 2013

Sebulan di tanahair...

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Harini hari ke-4 saya mula bekerja... Cabaran betul bila terpaksa tinggalkan anak, walaupun tinggal dengan mak mertua... sedih sebab beberapa tahun ni tak pernah berenggang lebih dari 5 jam... Dengan si kecik tu lagi... bayangkan seminggu lagi nak kerja baru biasa-biasakan pakai botol... Alhamdullillah, Chu ha memang takde masalah guna botol sebab memang dah ajar since newborn lagi...

Saya memang tak simpan stok, sejak balik aritu memang tak sempat nak simpan stok EBM... apa yang saya buat hanyalah tawakal pada Allah... Isnin haritu kantoi, stok tak cukup terpaksa guna susu formula... tp sikit dalam 2 ounces sahaja... Chuha memang baby yang baik, tak cerewet dan senang urus... Syukur sangat, mungkin hikmah anak perantau! Hehehe... Pandai bawak diri 😊

Since balik, kami memang sibuk... Macam-macam nak diuruskan termasuklah persekolahan si abang Iman... Dari awal kami dah booking sekolah tu, even dari Peru lagi kami dah siap bayar pendahuluan... Sekarang ni sedang mencari-cari pengasuh untuk Nasuha pula... Nursery ditempat kerja saya dah full & waiting list pun panjang berjela, harap boleh selesai before masuk rumah next year...

Buat masa sekarang kami berulang dari rumah mil di Seremban ke Cyberjaya/Putrajaya setiap hari... Iman pun tak start school lagi... Now Iman tinggal dengan uwan & adik... Makin manja & kuat cemburu pula... Selalu buli & menunggang si adik... Naik horse katanye...grrrrr...





Sikap membulinya tu memang terserlah walaupun semasa tidur... yang hairannya adik buat selamba je... hikhik...

Walaumacamana pun Iman tetap sayangkan adik dia... Dicium & dipeluknya sampai naik rimas si adik... Nama pun adik-beradik kan... Rasanya bila besar nanti mereka ni akan jadi sangat rapat sebab muka pun saling tak tumpah irasnya... Dan memang itu yang kami harapkan 😊

Ahamdullillah, kedua-duanya dapat menyesuaikan diri dengan cepat... Cuma mula-mula haritu Chu ha kena ruam sebab cuaca yang panas... Kena bawa kioas & ber 'aircond' selalu... maklumlah di Peru bercuaca sejuk...

Iman pulak sekarang semakin happy... Kalau tanya nak balik ke Peru tak? Pantas menggeleng kepala...

Teringat masa seminggu nak pulang ke Malaysia dulu... Iman buat drama swasta masa nak pindah keluar dari rumah...

Menangis-nangis merayu taknak keluar rumah dan tidur di hotel... Katanya, Iman dah takde rumah... Taknak balik Malaysia... Malaysia tak best katanya... Puas juga nak pujuk... Terasa lucu bila dikenangkan kembali...

Sekarang ni tersangatlah happy sebab dikelilingi sepupu yang hampir sebaya dengan dia...

Awal-awal tiba dulu first benda yang Iman nampak adalah durian... Biasa tengok durian dalam CD Upin Ipin je... Excited bukan main tengok gambar durian je pun...hehehe... Itupun kebetulan ada gerai kecil yang jual product berasaskan durian di KLIA..

Semasa kami di sana kemain lagi berangan nak makan durian & rambutan... Tapi bila dah ada depan mata... boleh pulak cakap busuk & tak sedap..! Rugi betul! Nasib baik ummi ni hantu durian... Satu haritu pulun durian tak ingat...

Terima kasih pada Tok Lang & Pakboy Iman yang tersangat baik hati belanja kami semua... Sampai-sampai je terus pergi carik durian... So blessed!! Alhamdullillah, saya dipertemukan dengan keluarga yang sangat sporting 💜💛💚

Banyak perkara pelik yang baru dipelajari Iman bila pulang ke tanahair ni... Saya rasa nak terus menulis sebagai kenangan... Insha'Allah, nanti sambung lagi...

Apa benda yang Iman rasa pelik & curious sangat di Malaya ni berbanding Peru..? Saya sambung next entry ya..

Hasta prunto!

Adios xxx







Dec 16, 2013

To blog or not to blog...

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Hi everyone! How I missed all of you badly... blogger friends, acquaintances & silent readers... and of course my Peruvian friends, sisters/brothers in Islam which are far far, thousand miles away from me... *sobs*

Alhamdullillah, we're now in Malaysia and I just resume my work today after a very long break... So here, on my desk... I write this just to cut the ribbon to celebrate the day where my holiday is over! 😉😄

It's a mixed feeling to be honest... to leave the kids after a few years never been apart from you and to start the work you love... indeed is not easy... but this is life... asi es la vida...

Wah, I hope we won't forget the Castellano (Spanish) as most of the time we eat 'sambal belachan'... hehehe... 😀😀

A few months back, I'd have think whether to blog or not to blog... I've been blogging since 2008, for the beginning my blog was all about business (mini shop) and my personal stories... and I never thought to make it seriously until we'd move to Lima, Peru... There, where I learned how to be a good blogger... hurmmm am I a good blogger?????! Hahaha 😁😁😁

Anyway, I have enjoyed it! I've got new friends and my readers increasing over the years... Those of you who have visiting frequently, I wish to thank you for your support... Thank very much loves... 💚💛💜

Alhamdullillah, from this world of blog I've experienced so many things in life... Oh, I've already met my blogger friends and readers!!! MashaAllah, que hermosa la vida! 💙👠👒


With blogger Ibu Hani...


With bloggers Kakcik Juariah, Iyra Mutalib & Ibu Hani... (Sorry, takde backlink sebab guna notes... belum explore habis lagi... hehehe 😉😉)

Thank you also to my blog reader where we met at Tesco few weeks ago. Thank you Puan for saying hi and introduce yourself... sorry for the clumsiness if you're noticed... and I hope its not that obvious...hehehe 😉😉😉 

Wow, until today and to this moment I still don't believe where I am!!! Goshhh... it's a month already... how time flies...

Since back home, I've been so busy... And how I missed the blogsphere... But now I'm asking myself  whether blogging the way I have been blogging is consistent with how I want to live my life... I don't think there is a simple answer... I have to decide whether I should continue blogging...

If I decide in the affirmative, then the next question is what should I blog about? Should I continue the 'rojak' blog that I am doing now? With no specific theme and focus. Moreover, I'm no longer living in Peru... I've to change the name of my blog as well... Should I write about my never ending personal stories? Oh, not an easy question for me to answer.

By the way, its good to feel what I feel now... In my home country, surrounded with our beloved ones, friends, families and relatives... Eating local fruits durians, rambutans, manggis, langsat and etc.


Alhamdullillah, we still have chanced to smell the grass after the rain... to hear the thunder, to see the flash of lightning and to see the rainbow after the rain...

In front of my mil's house after rain...

But, sometime we still missing our life back in Lima, Peru... Life that less hectic, warm friends, cold whether and beautiful tranquil olive park in front of our house and of course we miss a lot cebiche!!! One of Peruvian dishes...

This is what we call life... Life is all about the kisses of hellos & goodbyes... Happy at the beginning, hate the middle and sad in the ending... How I always wish for a happy ending...

One again, to all of you, blogger friends, my readers wherever you are... thank you very much... keep in touch 💌

Besitos xx

💘💋💘

Hasta luego!

Chau!



Oct 31, 2013

Sharing: Special Offer To All! ♥

*STICKY POST! PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY*

Assalammualaikum wbt.

Hola Amigos/as & peeps!

Tawaran untuk semua yang berminat untuk mendapatkan barang-barang yang terdapat di negara Peru...

Tawaran ni terbuka sehingga 31 Oktober 2013... Selepas tarikh tersebut secara automatik tawaran ini akan tertutup ok! :))

~Tertakluk kepada terma & syarat~

Antara barang-barangnya adalah :

1. Freeze Magnet Peru

Berharga RM 15 setiap satu... TIDAK termasuk harga pos... Jangan risau, saya akan buat penghantaran di Malaysia & BUKAN dari Lima, Peru.


Saya juga ingin membuat tawaran pertukaran FM dari luar negara selain Malaysia untuk ditukar dengan FM-Peru ini.

Untuk yang berminat boleh terus emailkan pada saya di maryayusof@gmail.com atau https://www.facebook.com/marya.yusof

2. Ruana atau Poncho 50% Alpaka 50% Acrylic 

Oleh kerana saya membeli dalam kuantiti yang banyak, saya mendapat harga istimewa dari butik. :)

Saya hanya menawarkan 2 jenis poncho/ruana yang PALING LARIS ini kerana selain cantik ia berkualiti eksport  :))

R1

Saiz M- RM 125
Saiz L- RM 145



Percuma Pin bunga yang berharga RM30 setiap satu! :)

R2
RM 125


-Colours available-

Harga adalah TERMASUK harga pos. Penghantaran akan dibuat di Malaysia & BUKAN dari Lima, Peru.

Lima pembeli pertama akan menerima pesanan pada bulan November 2013. Manakala, pembeli seterusnya hanya akan menerima pesanan pada bulan Januari/Februari 2014.

3. Permaidani Alpaka

Begitu juga dengan permaidani Alpaka.



40% diskaun untuk setiap satu tanpa mengira saiz & design. Harga selepas diskaun termasuk harga pos. Penghantaran akan dibuat di Malaysia & BUKAN dari Lima, Peru.

Design & Saiz boleh rujuk di sini:

Design Bulat
Design Segiempat Tepat

Pesanan hanya akan tiba di Malaysia pada bulan Januari/Februari 2014.

Email terus pada saya di maryayusof@gmail.com atau https://www.facebook.com/marya.yusof untuk sebarang pertanyaan.

4. Bengkung untuk bersalin Normal @ Ceaser


Oleh kerana ada yang berminat!

Harga bengkung ini adalah RM 250 setiap satu. Pernah saya ceritakan di sini : Berpantang ala Malaysia-Peru!

Ukuran pinggul dalam cm diperlukan... Jangan risau saya akan rahsiakan ukuran anda! ehehehe ;))

Untuk 5 pesanan yang pertama, pesanan akan sampai dalam bulan November 2013. Selebihnya akan tiba di Malaysia pada bulan Januari/Februari 2014.

Untuk yang berminat boleh email terus pada saya di maryayusof@gmail.com atau https://www.facebook.com/marya.yusof untuk maklumat lanjut.

Offer open to all serious buyers only!

♥ Muchisima Gracias! ♥

Oct 16, 2013

Pengalaman Memakai Bengkung B'Femme! :)


Assalammualaikum wbt.

Hola cariño!

Eid Mubarak to all! 

Harini saya nak share pengalaman memakai bengkung (korset/girdle) bersalin normal & caesar B'Femme!  Oh ya! Saya hanya share benda yang saya rasa berbaloi & selepas merasai sendiri keberkesanannya bukan sebab $$$$ ok :))

Lagipun sementara saya masih lagi berada di salah sebuah Negara Amerika Latin ni, lepas ni tak tahu lah bila boleh sampai sini lagi kan :):) Sesiapa yang berminat & percaya bolehlah beli dari saya sekarang. Kalau nak order dengan saya bila dah balik Malaysia nanti boleh juga, tapi saya tak janji harganya akan serendah RM250 :))

Di sini budayanya terbalik, kalau kita beli dengan kerap kadang-kadang susah nak dapat harga yang sama, malah lebih mahal lagi... Dan ianya bukan rekaan :))

Masa mengandung haritu, berat badan saya naik sehingga 15 kg daripada berat asal!


Nasuha lahir pada 9/8/2013, bersamaan 2 Syawal 1434H... ada yang tak percaya Nasuha lahir pada tarikh tu...ops! :p

Gambar kat atas tu semasa 1st Syawal, di masjid sehari sebelum Nasuha dilahirkan :)


Gambar yang ni adalah pada hari ke-4 Nasuha dilahirkan, credit pada Perwakilan Lima, Peru.

Muka tembam & kusut! hikhik... Tangan masih lagi ada wayar berselirat :p ;)


Gambar yang atas ni pula diambil pada 16/8/2013 seminggu selepas Nasuha dilahirkan... Masa ni nak pergi cabut benang jahitan diperut...ngeee~


Gambar terkini, yang saya ambil pada 6/10/2013.

Selain dari pemakaian bengkung, saya juga berpantang seperti biasa... Makan lauk orang dalam pantang & juga menyusukan anak... Memang cepat susut badan kali ni, ditambah lagi dengan pemakaian Faja B'Femme ni..! Memang berkesan pada saya :))

Kalau dulu masa mengandungkan Iman berat saya naik hampir 20 kg, tidak memakai bengkung... Hanya berpeluang memakai corset selepas 2 bulan... Berat asal hanya selepas satu bulan, tetapi kali ni saya dapat berat asal saya kembali hanya dalam tempoh 15 hari! :))

Nota: Saya bersalin secara caesarean :))


Untuk maklumat lanjut boleh ke website : Fajas Postparto Sentirte Cómoda y Segura!

Keistimewaan bengkung B'Femme ini selain mendapat kembali bentuk asal badan, ia diperbuat daripada material yang anti-alergi & cotton. Untuk bersalin secara pembedahan bengkung ini membantu mengurangkan rasa sakit ditempat dimana torehan dilakukan. Memberi keselesaan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian. Pengalaman saya sendiri; oleh kerana saya berpantang sendirian saya mula memasak & membuat kerja-kerja rumah yang ringan dalam tempoh masa seminggu :))

Alhamdullillah, bersalin kali ni saya tidak mengalami sakit tulang belakang dengan bantuan bengkung istimewa ini kerana ia memudahkan saya untuk bergerak :))

 Semalam saya call ejen yang menjual bengkung ni rupanya bengkung ini boleh dipakai oleh ibu yang bersalin normal (selepas 6 jam melahirkan) dan ibu yang bersalin secara pembedahan (selepas 24 jam)! Saya hanya memakai bengkung ini selepas 3 hari..! Subha'Allah, itulah yang saya rasa walaupun pada mulanya saya agak keberatan... :))

Kepada kawan-kawan sedang hamil atau yang sedang merancang untuk hamil dalam masa terdekat ini bolehlah buat tempahan dengan saya sebelum 31 Okt 2013 ini... Setakat ini saya telah menerima 3 pesanan dan berbaki 2 pesanan lagi untuk sampai ke tanahair pada pertengahan bulan Nov 2013, selebihnya akan sampai pada bulan Jan/Feb 2014.

Harga RM 250 tidak termasuk kos penghantaran dalam Malaysia. 

Harapan saya semoga perkongsian ini dapatlah saya membantu rakan-rakan senasib yang menjalani pembedahan untuk melahirkan serta memiliki kembali bentuk badan yang cantik, menarik kau memang di'bomb! hehehe... :D

Untuk yang bersalin normal boleh juga kalau nak tempah... Just email saya di maryayusof@gmail.com atau PM saya di FB ye >>>>https://www.facebook.com/marya.yusof

Ok, dear... ¡Chau mamita! xx

P.S. Lima pesanan poncho/ruana yang akan tiba di Malaysia pada pertengahan bulan Nov 2013 telah pun FULL, pesanan selebihnya akan tiba pada Jan/Feb 2014.  

Oct 7, 2013

My revolution..! Ecehhh...

Assalammualaikum wbt.

Hola!

¿Cómo están?

Harini macam biasa, bangun pagi lepas Mr Hubby pergi work baring-baring pastu peluk-peluk dengan anak-anak dulu... Malas-malas baru nak bangun... sambil-sambil nak siap & mandikan chu-ha sempat lagi tengok drama-online tu...hehehe... ;))

Selesai tidokan chu-ha dalam buai, terus bekejar masuk dapur... Hadoii..! Ini amoi 2 minggu sudah masuk buai! Takmo tido terletak macam abang Iman dulu... dulu Iman tidur meniarap, pok-pok terus tido...

Sekarang tak boleh nak lengah-lengah sangat, semua kerja kena buat laju-laju... Masak pun sesimple yang boleh... Time is more valuable than gold... hikhik...

Harini masak nasik ayam, the easiest, simplest yet yummy! Itu yang penting... :))


Hubby pulak dah beberapa hari tak sihat, demam, batuk & selsema... hopefully bila mamam hidangan sihat & pantas ni berseleralah sikit makannya... sebab apa saya kata sihat & pantas? Sebab masak tanpa minyak, cuma taruk minyak zaitun untuk bakar ayam & yang lain tu rebus-rebus je tanpa minyak... sos tu pun saya tipu-tipu sikit... campur sos cili life dengan sos manis Thailand campur pulak dengan cili Lima (Aji lima)! Pedas cili ni... Nak habiskan stok yang ada :))

Sekarang ni sibuk nak kemas-kemas barang... Sempat pulak tengok album lama... Gambar-gambar masa zaman belajar dulu... rasa lucu pun ada bila kenang balik zaman dulu-dulu... Gambar yang dah berbelas tahun usianya pun ada... terjumpa pulak gambar berukuran passport kan... Macam-macam fesyen & trend... heheee... :D


Tembamkan I? hehehe...

Masa ni lepas SPM, masa sekolah dulu I was a bit chubby! Masa form 1 & 2 saya kategori gemuksss & gelap... hikhik... Tak pandai bergaya, main hentam je & tak kisah langsung tentang penampilan diri... sampai satu masa saya crush dengan seorang budak lelaki cute ni, biasalah sekolah dulu mesti ada orang yang kita minatkan...hehehe... secret admire lah kononnye... saya cerita kat kawan yang saya minat gile dengan budak ni... but my friend tu boleh pulak bocor rahsia dengan budak lelaki tersebut... yang sedihnya, budak lelaki tu boleh pulak dia cakap depan-depan saya tanpa perasaan, "Siapa suka saya? Budak gemuk ni..?" Sambil tangan tunjuk kat saya... sedih gila masa tu... rasa terhina jugaklah... Tapi, sampai kat situ jelah... pastu saya boleh minat kat orang lain pulak...hehehe...

Masa hujung tahun form 2, ditakdirkan Allah saya kena asma yang teruk... Seminggu tak pergi sekolah... Masa tu jugak berat badan saya turun mendadak..! Dan lepas tu saya terus berdiet & badan jadi kuruih... hehehe... Syukur boleh kurus walaupun terpaksa menahan sakit... Good hikmah kan :) Oh, sekarang asma pun dah lama tak attack... dah takde rasanye :))

Owh, masa sekolah dulu saya memang gelap gelita orangnya..! Sekarang ni pun taklah putih bebenor...hehehe... dulu sebab active main netball bawah cahaya matahari terik...tu yang kelabu asap je kulit... hehehe...


Ni gambar lepas SPM...  Masa ni dah kenal dah dengan Mr Hubby... Masa cuti panjang lepas SPM kerja dalam air-cond so, kulit cerahlah sikit...hehehe...


 Ni masa belajar kat Uni...


Ni pun sama... Hubby simpan gambar ni dalam wallet dia sampai sekarang... siap ada yang tegur, ni gambar masa tingkatan berapa? hahaha... Muka suci ni masa I early 20's ok! hehehe :))


Yang ni rasanya masa tahun 2006... Saya ingat 2-3 hari selepas beli spek mata ni abah meninggal
dunia... innallillah... Allahummafirlahu warhamhu wa'afihi wafuanhu~

Banyak lagi gambar saiz passport yang tersimpan dalam album ni dah terguna, tak sempat nak diselamatkan, rasa sayang pulak...


 Ni gambar 2 years ago... Bila tengok gambar-gambar ni semua buat saya sedar, umur makin banyak wrinkle pun makin banyak jugak! hehehe...

Anak pun dah banyak... dua orang - plural! Kira banyaklah kan...hehehe ;)


... con Nasuhita gordita! Bam bam dah sekarang ni :)


Imancito dengan muka 'gumball'nye.... hikhik...

8 October adalah hari lahir saya yang ke-xx (cubalah teka?!) hikhik...


Gambar masa bertunang year 2007, kurus gila masa ni... alahai... mimpilah nak kurus balik macam ni...hehehe... Munga atas pala, feeling-feeling puteri meh... weee~

Dah, amoi bam bam dah panggil!

Chau mi amor!


P.S: Dear all, thank you for birthday wishes... cayang sikit! xx