Time In Lima, Peru

Gracias!

Oct 16, 2013

Pengalaman Memakai Bengkung B'Femme! :)


Assalammualaikum wbt.

Hola cariño!

Eid Mubarak to all! 

Harini saya nak share pengalaman memakai bengkung (korset/girdle) bersalin normal & caesar B'Femme!  Oh ya! Saya hanya share benda yang saya rasa berbaloi & selepas merasai sendiri keberkesanannya bukan sebab $$$$ ok :))

Lagipun sementara saya masih lagi berada di salah sebuah Negara Amerika Latin ni, lepas ni tak tahu lah bila boleh sampai sini lagi kan :):) Sesiapa yang berminat & percaya bolehlah beli dari saya sekarang. Kalau nak order dengan saya bila dah balik Malaysia nanti boleh juga, tapi saya tak janji harganya akan serendah RM250 :))

Di sini budayanya terbalik, kalau kita beli dengan kerap kadang-kadang susah nak dapat harga yang sama, malah lebih mahal lagi... Dan ianya bukan rekaan :))

Masa mengandung haritu, berat badan saya naik sehingga 15 kg daripada berat asal!


Nasuha lahir pada 9/8/2013, bersamaan 2 Syawal 1434H... ada yang tak percaya Nasuha lahir pada tarikh tu...ops! :p

Gambar kat atas tu semasa 1st Syawal, di masjid sehari sebelum Nasuha dilahirkan :)


Gambar yang ni adalah pada hari ke-4 Nasuha dilahirkan, credit pada Perwakilan Lima, Peru.

Muka tembam & kusut! hikhik... Tangan masih lagi ada wayar berselirat :p ;)


Gambar yang atas ni pula diambil pada 16/8/2013 seminggu selepas Nasuha dilahirkan... Masa ni nak pergi cabut benang jahitan diperut...ngeee~


Gambar terkini, yang saya ambil pada 6/10/2013.

Selain dari pemakaian bengkung, saya juga berpantang seperti biasa... Makan lauk orang dalam pantang & juga menyusukan anak... Memang cepat susut badan kali ni, ditambah lagi dengan pemakaian Faja B'Femme ni..! Memang berkesan pada saya :))

Kalau dulu masa mengandungkan Iman berat saya naik hampir 20 kg, tidak memakai bengkung... Hanya berpeluang memakai corset selepas 2 bulan... Berat asal hanya selepas satu bulan, tetapi kali ni saya dapat berat asal saya kembali hanya dalam tempoh 15 hari! :))

Nota: Saya bersalin secara caesarean :))


Untuk maklumat lanjut boleh ke website : Fajas Postparto Sentirte Cómoda y Segura!

Keistimewaan bengkung B'Femme ini selain mendapat kembali bentuk asal badan, ia diperbuat daripada material yang anti-alergi & cotton. Untuk bersalin secara pembedahan bengkung ini membantu mengurangkan rasa sakit ditempat dimana torehan dilakukan. Memberi keselesaan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian. Pengalaman saya sendiri; oleh kerana saya berpantang sendirian saya mula memasak & membuat kerja-kerja rumah yang ringan dalam tempoh masa seminggu :))

Alhamdullillah, bersalin kali ni saya tidak mengalami sakit tulang belakang dengan bantuan bengkung istimewa ini kerana ia memudahkan saya untuk bergerak :))

 Semalam saya call ejen yang menjual bengkung ni rupanya bengkung ini boleh dipakai oleh ibu yang bersalin normal (selepas 6 jam melahirkan) dan ibu yang bersalin secara pembedahan (selepas 24 jam)! Saya hanya memakai bengkung ini selepas 3 hari..! Subha'Allah, itulah yang saya rasa walaupun pada mulanya saya agak keberatan... :))

Kepada kawan-kawan sedang hamil atau yang sedang merancang untuk hamil dalam masa terdekat ini bolehlah buat tempahan dengan saya sebelum 31 Okt 2013 ini... Setakat ini saya telah menerima 3 pesanan dan berbaki 2 pesanan lagi untuk sampai ke tanahair pada pertengahan bulan Nov 2013, selebihnya akan sampai pada bulan Jan/Feb 2014.

Harga RM 250 tidak termasuk kos penghantaran dalam Malaysia. 

Harapan saya semoga perkongsian ini dapatlah saya membantu rakan-rakan senasib yang menjalani pembedahan untuk melahirkan serta memiliki kembali bentuk badan yang cantik, menarik kau memang di'bomb! hehehe... :D

Untuk yang bersalin normal boleh juga kalau nak tempah... Just email saya di maryayusof@gmail.com atau PM saya di FB ye >>>>https://www.facebook.com/marya.yusof

Ok, dear... ¡Chau mamita! xx

P.S. Lima pesanan poncho/ruana yang akan tiba di Malaysia pada pertengahan bulan Nov 2013 telah pun FULL, pesanan selebihnya akan tiba pada Jan/Feb 2014.  

23 comments:

Kakcik said...

Assalamualaikum Marya.

Nampak kembali langsing macam belum punya 2 anak... :)

Nurzakiah Hanum said...

oo bagus ek

Ummi Iman said...

Salam Marya,

Menarik. Rugi siapa tak beli ;) org tk bersalin boleh pakai ke? ;)

Yunus Badawi said...

Salam Marya,

Emak Adam dah tak mengandung lagi. Kalau tak boleh try bengkung ni .... ngeeee

Oh ya. Saya dan Nasuha berkongsi tarikh lahir iaitu pada 2 Syawal

Mila@Rimbun said...

kalau tak bersalin tapi sesaja nak pakai boleh tak hihihi

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Selamat Aidul Adha pada Marya sekeluarga walaupun agak lamat sikit. Tahniah dapat anak seorang lagi. Sepasanglah yer.

Nafira usof said...

Salam Marya dan keluarga..
moga sihat2 sentiasa k~

bende yang baik memang harus di kongsikan bersama..:)

Shima Salleh said...

hemmm shima dh beli yang lain, jenisnya pun lain hihihi..
Kak Mar, tak susuah ke nak buang air kecil? maksudnya tak basah ke. mcm kecik je lubang kain tu?

:: Mrs.Eady :: said...

Teringin!tapi belum mampu di ongkos nyer buat mase ni :)

suka suka said...

Assalam... akak pun curious gak ni.. org tak bersalin elok juga ke guna bengkong ni?

makchaq said...

Makchaq terlepas la nampaknya..... masa bersalin dulu pakai bengkung belit2 tu yang kena ikat kat tingkap/tombol pintu pastu pusing2 sampai pening...
tu yang tak lama pakai.. pasai pening sangat dok pusing2...he he..

rostina76 said...

slimnyeee marya. klu gini kena beranak lagi le :P

m.u.l.a.n said...

mcm vietnam dulu2, kalau lagi selalu beli lagi mahal..

.:fyzz:. said...

assalam marya..u look so so superb slim now..jelez fyzz..hot mama.:))..baguskan bengkung nih...tq for sharing..msti ramai kwn2 yg berminat..:))..yez do agree..bukan sbb $$$ kan marya...tp atas dasar sharing is caring ..

sudipVSsenduk said...

cemburunya sVs! Makin cun la...
Masa anak pertama dulu, lilit la mcm makchaq buat tu, nak pi toilet pun susah tau.

Niza Zahrin said...

hai,

saya mengandung 6 bulan.mcm berminat dengan bengkung ni.mcm mana saya nak order dengan sis?

Niza Zahrin said...

Hai,

saya mengandung 6 bulan.insyaAllah expected due next year on february.sy berminat dengan bengkung ni.ada jual kat malaysia x?

Jemari_Suri said...

hola marya bestnya dpt kurus ke asal..kalau js yg dh lama xbersalin blh guna tak...hehe..

Bulan Syurga Firdausi said...

nak pegang dukung baby kak heee

Sanisah Eeiyss said...

alamak.. jelesnya tengok kak marya... is dah demokkk.. wawawa ;'(

Rizal Slaughterheart said...

Salam kak Marya~

Lama tak nampak update~ hehe

che mid said...

Salam.. lama tak singgah sini tau-tau baby dah tembam dan bulat..ibunya pulak dah mcm anak dara..

Tahniah sayang! Semoga terus bahagia di rantau orang..

makcikkantin said...

slimnya marya in just abt 2 mths...bravo