Gracias!

Apr 6, 2011

Kalau Bukan Rezeki

Lama rasanya tak update blog...bukannya ape, penat keluar pergi audit dan berkursus tak hilang lagi...Bulan Mac 2011 memang hectic...Mana taknya, awal bulan kena pergi Kota Bharu seminggu, selepas seminggu berkursus di Bangi pulak, a week after kena rush pergi audit Kota Kinabalu selama seminggu, tak hilang penat lagi, kena pulak pergi kursus dekat Port Dickson...balik-balik sebab dah janji nak celebrate birthday emak yang ke-70 buat dekat Bagan Lalang...memang fulllah kalendar bulan Mac....Tapi nak buat macamana dah tugas...nak tak nak kena jugaklah berkorban tinggalkan suami & anak...Last-last tekak jadi perit & kenalah batuk & selsema...

Kalau orang tanya tentang kerja aku sekarang, memang aku suka & enjoy walaupun ada yang kurang memuaskan hati aku (part ni aku malas nak cerita)...Tapi kalau dari segi benefits & security memang aku bersyukur sangat...sebab bukan senang nak dapat tempat kerja yang menawarkan itu semua di tempat lain. Semenjak aku kerja disinilah aku dapat merasa macam-macam benda...dapat pergi tengok negeri orang especially Sabah & Sarawak yang selama ini tak pernah terlintas di fikiran aku untuk pergi...Apalagi naik kapal terbang, selama ni aku ingat susahlah aku nak merasa naik kapal terbang, tapi disebabkan kerja aku sekarang naik kapal terbang pun dah macam turun-naik bas pulak...itulah namanya rezeki & tuah badan...Cuma nasib aku belum lagi berpeluang ke Luar Negara, pergi Thailand pun aku ingat macam tak pernah...pergi Indon lagi lah...heheheee...maybe one day...bermastautin di tempat orang mana tau...

Masa bulan September tahun lepas, kalau tak silap aku 29/9/2010, aku ada menghadiri temuduga dalaman untuk kenaikan pangkat. Semasa aku di Kota Kinabalu hari tu, keputusan dah pun diumumkan. Keputusan bagi peringkat pertama dah diumumkan bulan Januari hari tu, keputusan yang baru ni aku tak pasti adalah peringkat kedua atau memang yang terakhir...macam-macam versi yang aku dengar...

Pada asalnya, bila aku check nama aku bukan antara yang tersenarai, aku taklah merasa apa-apa pun sebab aku memang dah ready...kalau ada rezeki adalah...sebab aku tahu ramai lagi yang lebih berkelayakan dari aku, walaupun aku memiliki kriteria yang dikehendaki...tapi tipulah kalau aku katakan aku tidak sedih dan kecewa...tetapi Allahkan lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya...Allah Knows Best...

Cuma, bila aku balik ofis dan semua orang bertanya & menyebut-nyebut pasal kenaikan pangkat tu, terus aku rasa frust giler...Seolah-olah macam aku ni bodoh sangat pulak...Ada yang sibuk nasihatkan aku walaupun aku tak mintak...aku sebenarnya taklah rasa ralat sangat tapi sebab orang bertanya & bercerita terus rasa bengang...Seolah-olah macam harapan aku punah pulak...

Sorry, aku tak kisah sangatlah kalau tak dapat jawatan tu tapi aku just nak keluar dari comfort zone aku sekarang je...Aku nak kerja yang lebih mencabar & menguji, serta mengaplikasikan ilmu yang aku dapat masa di Uni. dulu...Gaji is one thing...memang tawaran gaji die yang tinggi tu jadi one of the reasons aku nak jawatan tu...siapa tak nak gaji mati RM7,000- RM 8,000...jangan nak tipu aku...kalau kita rasa layak kenapa tidak?

Bagaimanapun kalau Allah kata itu bukan kita punya...walau kita usaha sekeras manapun tetap tidak akan mampu untuk kita memilikinya...bak kata orang, kalau dah bukan rezeki kita, dah masuk dalam mulut pun boleh keluar balik...

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah. Al Baqarah:216)

Biarlah aku pujuk hati aku sendiri...Tak payah simpati k...


No comments: