Gracias!

Mar 7, 2013

Where's my butterfly has gone? isk...isk...

Assalammualaikum wbt...

Hola mi amor!

Since am joining preggers group, jadinya cerita-cerita dalam blog ni pun akan lebih 'focus' on my preggy experience lah ye! Maaflah itu je mood yang ada untuk menulis... hehehe... Kesian kat you all yang kena hadap cerita yang mungkin membosankan ni ;))

Nampak gayanya kena tukar 'title' blog ni dari "FROM PERU WITH LOVE" kepada "FROM PREGGYLAND WITH LOVE" pulok! hikhikhik :D

Saya rasa kena abadikan pengalaman yang kedua ni dalam 'diary' ni sebab masa Iman dulu tak berpeluang pun nak catat tiap detik yang dilalui sebab faktor kesihatan... CTS- only people who's had the experience can tell you what it's like... Ok, full stop! :)

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 20 weeks... insya'Allah by end of this February Mac :) Maknanya ada 4 months to go! Rasa kejap je... Oh, I can't wait to finish this 2nd trimester! Setiap hari berdoa biarlah segala-galanya yang baik-baik sahaja...

Saya tak sabar nak rasa baby movement & tendangan-tendangan manja dia... Sekarang ni kalau tinggal berdua dengan Iman dah rasa ada seorang lagi 'teman'... Masa minggu 13-16 haritu, I can feel those wiggles! Terutama sekali bila saya berbaring mengiring ke sebelah kiri... at first I just thought that was gas! Kadang-kadang rasa macam flutter of a butterfly, a tickle with a feather is moving inside my belly!

Tapi bila perut makin membesar ni saya dah tak rasa dah movement tu... Or maybe its just my imagination as I'm too exciting to have those feeling & sensation... huhuhu... Atau perhaps my tummy dah makin banyak lemak dan membuatkan pergerakan comel tu saya tak rasa dah...hehehe :p ;))

Hari-hari dok complain dengan hubby, "Where did my butterfly go?" "Oh, babah dah hilang dah rasa butterfly dalam perut ummi" huhuhuuu... Macam biasa hubby akan cakap, "Takpe, dia baik-baik je dalam tu"...

15 weeks & 4 days

Masa scan ni baby dah 10cm... Ya Allah, lindungi anak kami...

Hari-hari Abang Iman akan cakap dengan baby & cium perut ummi... Bila ummi tanya, "Adik buat apa dalam perut ummi?" Iman akan jawab, "Adik lompat-lompat! Lepas tu dia 'burp, burp'" sambil tunjuk mulut macam minum air & sendawa! hehehe... 

Iman still macam tu jugak manja & taknak lekang dengan saya... Agak merisaukan, harap dia pandai bawak diri nanti... Hari-hari saya pesan, "Iman dah tak boleh manja-manja & nak peluk-peluk selalu dengan ummi nanti kesian dengan adik. Nanti Iman tidur dengan babah ye, sebab Iman dah selalu tidur dengan Ummi." Biasanya Iman akan jawab macam ni, "Ala, kenapa pulak? Adik tidur dengan babahlah, Iman tidur dengan ummi."

Alahai... macamana ni? T____T

Rasanya sampai masanya nanti dia akan faham kan... insya'Allah, Iman will be good abang! :))

Terima kasih sudi baca! xoxoxo




Mar 4, 2013

Mr & Mrs John!

Assalammualaikum wbt...

Hola!

Conversation antara Mr & Mrs John yang dari kecik dah mamam 'belachan' or 'Malay Cheese' hikhik :p 

*Jangan marah haaaa*

Mr John sangat excited bila tahu wife dia pregnant lagi & 'hari-hari ukur lilit pewut' wife die yang makin memboyot :p ;)

Mr J: "Tengok akak kat kedai tu perut dia lagi besar dari Bie, mengandung agaknya!"
"Kenapa dekat sini abang tengok ramai perempuan yang mengandung macam Bie?"
"Dia ni dah tahu mengandung macam Bie pakailah maternity dress kan elok sikit."
"Tengok tu perut dia macam Bie, mengandung gak kot." 

Mrs J: Errkk....! Stop it, abang! Banyak kali dah abang cakap macam tu... Tahulah orang tengah "muncit"... hikhik... =='

*****

Mr John juga jarang beri tazkirah pada isteri sendiri tapi jika sekali ceramah, memang boleh insaf T___T

Mrs J: Rasa macam nak kerja baliklah... Boleh tak kalau Bie balik dengan anak-anak lepas tu start kerja balik dan abang balik bila dah sampai waktunya kemudian... Rasa rindu nak bekerja semula! :)

Mr J: Boleh je... Pergilah...

Mrs J: Betul ke ni bang???

Mr J: Betullah kalau nak tengok syaitan bersorak suka...!

Mrs J: Ala... huhuhu T___T

*****

Mr John & Mrs John memang suka berangan-angan terutama sekali bila takde apa-apa aktiviti... Berangan memang best sebab free! hehehe ;))

Mr J: Best juga nanti kalau kita balik Malaysia ada pet! Macam kucing kita dulu... Tapi kali ni kita bela yang gebu & kembang bulunya ye!

Mrs J: Betul ke? Tapi nak yang comellah... Yang comot-comot takmau lah... Bela kucing macam Kak Ina/Bang Mat tu.... Cantik je bulu dia... :) *Cerewet & memilih pulak tu*

Mr J: Tapi dalam rumah ni semuanya alergi, dengan baby kecik lagi nanti! Larat ke?

Mrs J: Itulah kan... ermmm... apakata kalau kita bela ayam serama... Nanti kalau dah beli rumah baru bolehlah bina backyard chicken coop macam ni! *Kalau dah mula berangan* :p

*sambil tunjuk gambar dari internet*


Mrs J: Kemas & comel je chicken coop ni... Lagipun ayam serama cantik & comel... Sukalah... :) Kalau bandingkan bela ayam dengan kucing, bela ayam lagi senang & mudah... Tinggal pulak kat luar... Takdelah bulu-bulu dia terabur macam kucing! :) *Penuh semangat & harapan*

Mr J: Hurmmm... kita bela sepasang, jantan & betina... Cuba cari cara penjagaan dia susah tak?

Mrs J: Kejap! *After a few second* Ok, blog ni ada cerita cara-cara penjagaan ayam ni... Kena amik vaksins, kebersihan, keselesaan ayam, suhu, cuaca... bla...bla... bla...

Mr J: Huh! Susahnya... kita bela anak jelah!

Mrs J: *Grrrrr...*

*****

Mrs J: Kalau dah tua nanti, kita mati sama-sama ye bang... Kalau anak-anak dah besar, mesti bosan kalau abang dah takde... Kalau Bie mati dulu boleh juga abang kahwin lain... *mode:merepek*

Mr J: Semua tukan ditangan Allah... Macam kes di Lahad Datu tu... Kita mana tahu sampai bila ajal kita... 

Mrs J: Yelah bang kesian kat wife dia tengah pregnant pulak tu anak kecik lagi... tapi dah tiba masanya pergi jua dia kan... Dapat juga dia mati syahid kerana mempertahankan tanahair...

Mr J: Kalau dah takde orang nak pergi berperang tu abang sanggup balik demi negara...

Mrs J: *Dalam hati, ye ke abang ni? Pegang senapang pun tak pernah...*

Kalau dah nama blogger memang tidak dapat tidak untuk menyentuh perkara ni... Sekarang ni tulisan blogger lebih kuat pengaruhnya & memberi kesan daripada reporter sendiri... Masing-masing tentu sekali ingin menunjukkan rasa cinta & kasih pada tanahair... Ramai juga yang cuba untuk menjadi 'keyboard warrior atau hero'! Yang berangan jadi 'perisik' pun ramai... 'Doctor know it all' pun ramai!  Sehingga kadang-kala saya rasa boleh menjejaskan kerja pihak berkuasa dan keselamatan... Kalau pun kita tahu apa yang terjadi eloklah berdiam diri & berdoa... Benar, rakyat perlu tahu semuanya tapi setiap satu itu perlu ada limitasi... Doa yang baik-baik buat tanahair kita & segalanya berakhir dengan segera! Al-Fatihah buat pejuang kita yang beragama Islam...

*Dulu masa belajar saya selalu guna handphone kawan/roomate saya, saja-saja missed call hubby (masa tu masih berkawan-kawan)... Satu hari kawan saya complain dapat panggilan dari sorang mamat ni... Dia kata dia benci dengan mamat tu sebab poyo! Lepas tu bila tanya nama, dia cakap nama dia 'John'...! hahaha :D

Mamat tu tuduh dia asyik missed-call2x dia! Oleh sebab tak puas hati, kawan saya ni terus call mamat tu... Saya tanya mana no dia? Saya tersenyum bila tengok no yang tertera, sebab itu no phone hubby! hehehe :))

Dari dulu hubby memang suka guna nickname 'John' tak tahu sebab apa! Masa mula-mula guna FB pun guna nickname tu - John Nash... Bila tanya kenapa suka sangat guna nama John? Dia tersenyum je... ingatkan saya je yang suka berangan... Rupanya ada orang tu lagi teruk! hehehe :p*

Mr John Nash, jangan marah! Nanti kena jual :p Larriiiikkkkk~



Godek-godek gambar lama terjumpa pulak keratan surat khabar ni... Teka yang mana Mr John Nash? :p

Feb 27, 2013

Cerita "binti" dan Mee Kari 'Musang Berjanggut'!

Assalammualaikum wbt...

Hola mi amor!

Now, Iman's taking his nap so, bolehlah update! :))

Saya rasa perut kali ni macam cepat membesar pulak! Kalau dulu, 5 bulan baru nampak tapi sekarang ni dah pun tukar uniform...hikhik... Seluar & baju manyak dah ketat wooo... Rasanya berat badan pun dah bertambah! Selera makin tajam! hehehe ;)))

Alhamdullillah, saya boleh masak & setakat ni takdelah pulak rasa nak makan yang pelik-pelik... :)) Hubby & Iman pun sama gak... Makin berselera sebab ummi masak sedap... ;p 

Next appointment maybe next week... Peliklah kat sini, appointment pun kena pandai-pandai sendiri... Ke kami yang tak faham? hahaha :D

Setiap kali ada appointment, kami kena dengar betul-betul nama yang dipanggil! Sebab mereka ni tak panggil nama kita tapi panggil "binti"! Biasanya berulang-ulang kali dorang panggil baru kami akan sedar... Yelah, siapa pulak nama "binti" kan...hehehe :))

"Binti, binti... binti..!" 

Mula-mula dulu sesiapa pun akan confuse, tapi sekarang ni alah bisa tegal biasa! Chewaahhh... :) 

Tapi lepas tu siaplah orang yang panggil tu kena 'sekolah' dengan kami... "Please call me Marya, binti is not my name!". Setiap kali kami explain, berkerut-kerut dahi orang yang dengar tu... Psssttt... kena explain in Spanish... Kalau explain in English, bukan berkerut mahu berkedut terus muka! hehehe :D

Kebanyakan "hispanicos"-orang Latin ni biasanya menggabungkan 'surnames' mereka dengan nama ibu & ayah! Contohnya: 

Nama ibu: Marya Yusof
Nama ayah: Nadzri Sani
Surnames: Sani Yusof

Jadi, nama seseorang itu akan ditulis atau dicatat mengikut kedua-dua 'surnames' ni, contohnya; Sani Yusof, Iman Yaqin.

Contoh lain:

Nama ibu: Maria Rivas
Nama ayah: Juan Perez
Surnames: Perez Rivas

Nama anak: Perez Rivas, Ana Maria

Lain-lain nama mereka yang pelik-pelik! 

Peña Aguilar, Rosa
Peña Gomez, Raul
Quesada Alvarez, Javier
Quesada Benitez, Octavia

Siapa yang bernama pelik sebenarnya ni? Kita ke mereka? hehehe :D

Sebab itu, oleh sebab nama saya Marya Binti Yusof... Mereka akan tulis begini = Binti Yusof, Marya. 

Jadi tak heranlah saya akan dipanggil "Binti"! hahaha~ :p

Apalah akan jadi dengan nama anak kami yang baru nanti ni... hikhik...

Walau apa jua yang jadi kemudian tak perlulah dirisaukan sangat kan :))

Sekarang ni fikir yang indah-indah & yang elok-elok sahaja... :))

Sebelum masak pagi tadi buka FB, tengok mana yang sempat! Ternampak Fyzz upload gambar mee kari ni! Dah lama Fyzz tak update blog! Bila nak update ya hotmama? 


Ya Allah, time-time tu jugak rasa nak jilat 'screen'! Punyalah drooooooooooooollllingggg! Meleh ayaq liur! Maaf ye Fyzz, kita curik gambar awak! hehehe :D

Memang dah lama teringat & teringin nak buat mee kari, tapi harini kugagahkan juga untuk masak! 
Yummm...yummmm...

Tapi sedih sebab bahan tak berapa nak 'hado'! Sebabnya bagi saya mee kari tak lengkap tanpa kerang, taugeh, sawi, tauhu & tauhu kering yang terapung-apung tu! Apantah namanya... pergghhh...

Sebab dah teringin punya pasal, tercetuslah ilham untuk buat Mee Kari 'Musang Berjanggut' ni!


Kenapa panggil 'Mee Kari Musang Berjanggut'?


Sebab dalam cerita klasik Musang Berjanggut, wanita yang berjaya memikat hati & berkahwin dengan putera mahkota tampan setelah berjaya memasak campuran ramuan makanan dalam uncang muslihat 'Tok Janggut'!   


Bila tinggal di perantauan, kita pun kenalah bijak menggunakan helah muslihat macam Puspawangi & Tok Janggut jugak! hahaha :D
  
*Berangan jadi Puspawangi pulok dahh, ya ampun!* :p


Yang sebenarnya, barang dalam icebox hanya tinggal basic-basic je-hujung bulanlah katakan... lagipun di Peru ni manalah nak cari kerang & tauhu kering terapung-apung tu! hikhik...

Kari pun Malaya mari... 

Kata orang, pergilah serata dunia... Rasa kari tiap tempat tak sama tau! ;))


Rempah kari Babas tetap pilihan hati saya! hewhewhew...

Hidangan mee kari untuk santapan tengahari Tok Janggut saya! Hahaha :D

Thank you for reading!

P.S. Tahniah buat colleague's hubby Syahrom & sahabat saya Ika Jamaluddin yang berada di Dubai kerana baru sahaja menimang cahayamata yang ke-4! Terlupa lak nak tanya pompuan ke lelaki...hehehe... Selamat berpantang & jaga diri baik-baik... Peluk cium untuk baby baru ye! xoxoxoxo








Feb 23, 2013

Aduh, nak gugur jantung!

Assalammualaikum wbt...

Hola!

Rajin pulak update! hehehe... ;))

Kejadian semalam betul-betul buatkan saya rasa, "Allahuakbar, Alhamdullillah... Sesungguhnya Engkau Maha Pelindung, ya Allah!"

Terasa nak gugur jantung!

Semalam, macam biasa Iman akan main-main dekat dengan saya dalam bilik... Dia memang gitu... Sibuk suruh buka kartun tapi nak jugak menyelit dengan umminya... Melompat-lompat atas katil bila saya tengah browsing internet! Main bawah selimut sambil 'cak-cak'... Kalau tengah chatting memang terganggu...hikhik...

Tapi semalam agaknya boring sebab ummi tak mo layan, dia dok menyelongkar meja drawer TV yang memang khas untuk babah-Iman main game... Tak tahu apa yang dicarinya... saya biarkan aja... Sebab waktu tu tengah leka nak upload sesuatu...

Tak semena-mena meja tersebut boleh terbalik & TV yang ada atas meja tu mengelongsor menghempap dia! Kejadian berlaku depan mata saya... Sekelip mata, Iman berada bawah TV & meja!

Yang saya dengar hanyalah jeritan & tangisan dia... Ya Allah, Ya Allah, anak aku! TV tu memang berat sebab TV fesyen lama... Saya cuba angkat TV tu tapi tak boleh... Hanya mampu mengalihkannya sedikit sahaja... Iman terus menangis, meraung-raung... Memang saya panik!

Saya panggil-panggil nama dia, "Iman, Iman, keluar... keluar..." Saya suruh dia keluar sebab saya dah selak sikit TV tu... Dalam masa yang sama, saya jerit panggil pembantu rumah saya, "Gloria! Gloria! Ayudame! Por favor!"-Help me, please! Rasanya adalah dalam 5-6 kali saya panggil... Dah macam tarzan! Sempat saya menjeling keluar tingkap bilik yang terbuka luas menghadap Olive Park tu. Orang yang duk melepak pun saya perasan tercari-cari manalah datangnya suara tarzan tu ye, cuak muka masing-masing... hikhik... :p

Tapi boleh pulak si Gloria tak dengar... Iman tak juga keluar dari bawah TV & meja yang kedengaran hanyalah suara tangisan dia yang makin hebat... Dalam fikiran saya, Ya Allah pecah ke kepala anak aku ni... Apa aku nak cakap dengan abang(hubby) nanti. Benda yang tak baik sahaja yang berlegar-legar di kepala masa tu...

Ntah macamana tetiba ada satu kekuatan untuk saya angkat TV tu... Terlupa sekejap yang diri tengah mengandung! Saya angkat & alihkan sikit TV tu dan terus 'grab' Iman! Saya peluk & cium dia... Bersungguh-sungguh dia memeluk saya! Saya tanya mana sakit, dia tunjuk kepala dia... Saya gosok-gosok kepala dia... Check-check tempat lain juga... Alhamdullillah, takde apa-apa...

Dia masih mengigil-gigil menangis & memeluk erat saya! Terasa deras degupan jantung dia, berlawan-lawan dengan degupan jantung saya... Kurang 5 minit Gloria datang tergesa-gesa... Mungkin guard kat bawah call dia tanya apa yang bising-bising kat atas tu! Gloria dalam lavanderia-laundry sebab tu dia tak dengar!

Terus dia bagi segelas air untuk beri Iman minum... Waktu tu Iman masih lagi menangis tersedu-sedan... Yang terlintas difikiran saya masa tu adalah surah Al-Insyirah... Saya baca & tiupkan ke dalam air dengan niat untuk memulihkan kembali semangat Iman... Kemudian saya beri dia minum & sapu sedikit ke muka dia... Barulah dia tenang & berhenti menangis... Saya periksa lagi tubuh badan dia, tunggu 5 minit untuk lihat kalau-kalau dia muntah atau apa sahaja... Risau juga, dari mata kasar seperti  tiada apa yang cedera takut-takut kecederaan dalaman yang kita tak tahu & tidak dapat dilihat dengan mata kasar...

Terus dia baring & mintak shushu (susu)! Bila keadaan kembali tenang, saya lihat Gloria mula mengemas dan cuba mengangkat TV yang jatuh tu... Dia pun tak berjaya nak angkat TV tu... Berat betul! Ntah bagaimana saya mampu mengangkat dan mengalihkannya tadi...hikhik... Terpaksalah saya membantu dia... Memang berat TV tiub 21 inci tu... Tulahkan bila dalam terdesak manusia mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan! SubhanAllah!

Kejadian ni banyak mengajar saya, terima kasih ya Allah! Baru je bercerita tentang jerih-perih melahirkan si dia di entry sebelum ni >>> sini & sini! Jika terjadi apa-apa padanya tentulah saya yang paling lemah sekali... huhuhu...

Lepas minum susu, kurang setengah jam... Iman kembali pulih, kembali seperti biasa! Terlompat-lompat & berlari-lari semula! Siap jenguk-jenguk lagi kat TV tadi! Begitulah budak-budak kan... Mudah melupakan, memaafkan dan terus bergembira! Something that we should learn from them! :))


Sijil kelas agama yang diterima Iman petang tadi! Belajar seminggu sekali, itu pun banyak ponteng sejak ummi tak larat nak teman...hikhik...

4/3/2013 ni Iman start school balik selepas bercuti hampir 2 bulan! Tak boleh bangun lambat lagi! :))

Thank you for reading!

Adiooooooosss~~



Feb 21, 2013

... yang tidak diceritakan (C-Section)!-Part 2

Assalammualaikum wbt...

Hola mi amor!

Alamak, ramai yang marah sebab cerita tergantung! hikhik... Sorry sangat-sangat! Saya rasa cerita saya ni macam membosankan je, dok ulang-ulang benda yang sama... Dugaan kecil yang kadang-kala macam malulah pulak nak cerita lebih-lebih...

Tapi sebab blog ni 'ana yang punya!', so 'special feeling' tu tolak tepi jelah... hehehe ;))

Jujurnya, sesiapa pun akan buat perkara yang sama jika ianya terjadi pada mereka... Jadi, tiada yang lebih & kurangnya saya... :)

Pada siang hari sebelum saya sakit-sakit tu, saya memasak seperti biasa... Saya masih ingat bagaimana mangkuk untuk menghidang sayur kailan ikan masin pecah terbelah dua... Mungkin kerana sayur yang digoreng terlalu panas sehingga mangkuk yang 'microwave safe' pun boleh terbelah! Unbelievable! Tapi, mungkin itu hanya satu kebetulan, walaupun fikiran saya masa tu dah mula terfikir yang bukan-bukan... Ya Allah, apalah yang akan terjadi ni...

Sepanjang malam saya tak boleh nak tidur dengan nyenyak sebab sakit perut memulas-mulas ya amat! Emak & hubby tidur dengan nyenyaknya, tapi saya setiap satu jam menjadi pengunjung setia tandas!

Pagi tu semasa dalam bilik air saya tengok pada baju saya ada tompokan darah & lendir.. . Kami pun terus tergesa-gesa bersiap untuk ke hospital... Sebelum tu saya sempat memohon ampun dengan mak & mintak izin darinya untuk ke hospital... Saya juga pujuk emak untuk dihantar ke rumah abang saya yang no. 6 (atas saya) serta memberitahu adik-beradik yang lain tentang keadaan emak... Dalam keadaan lemah & mamai emak nampak bersetuju sahaja, kerana dalam keadaan begini kami tiada pilihan lain...

Rasa sedih kerana kalau boleh saya ingin emak saya sendiri yang menjaga saya dalam pantang... Sesiapa pun akan punya perasaan begitu kan... Tetapi Allah lebih tahu... Alhamdullillah emak mertua sudi untuk menjaga saya... Dia jugalah yang banyak beri nasihat kepada kami... Kerana dia sendiri melihat bagaimana keadaan mak saya ketika itu...

Sampai di hospital, pemeriksaan dilakukan seperti biasa... Berat saya ditimbang! Saya berasa sangat pelik kerana berat saya turun agak mendadak! Lost almost 3 kg within 2 days... Masa pregnant tu berat badan saya naik mendadak hampir 20kg... Memang rasa macam anak gajah dah masa tu! hikhik :p

Kata orang kalau nak bersalin memang berat badan akan turun... eh, betul ke? =='

Saya menanggung kesakitan agak lama, kata orang lagi kalau turun darah memang sakit untuk bersalin, lain pulak jika turun air... Orang tua-tua panggil, kembar darah dan kembar air...  Biasanya kembar air mudah untuk melahirkan... Oh, ni mak-mak saya yang cakap berdasarkan pengalaman mereka dan toknenek dulu-dulu! Tak tahulah sejauh mana kebenarannya... Tapi saya merasai semua rasa sakit contraction tu kecuali yang 'peak' sewaktu nak melahirkan... Ni tak rasa sebab kata bersalin 'operate' ;p

Oleh sebab saya terlalu 'asyik' melayan kesakitan yang datang, saya langsung tak berselera nak makan... Makanan yang pihak hospital hidangkan langsung tak bersentuh apa ntah lagi makanan yang hubby bawak... Saya cuma jamah sikit je... Air pun saya kurang minum, dan ini saya rasa salah satu kesilapan yang saya lakukan kerana selepas itu saya memang tiada tenaga langsung...

Selepas hampir 14 jam di wad & 9 jam di labour room doc check bukaan, keadaan tetap sama 1-3 cm... Air ketuban pun keluar & dipecahkan... Doktor dah mula bising-bising (typical GH!)... Saya masih ingat seorang doktor wanita  berbangsa India bertanya dengan saya, samada saya ada meminum air selusuh! Sudah tentu tidak! Kerana air selusuh yang ada masih tersimpan rapi dalam beg tak bersentuh! Kerana saya ingat akan pesan bidan yang buatkan air selusuh tersebut agar hanya meminum & menyapu pada perut bila bukaan telah mencapai 6cm... Dan saya memang ingat pesanan ni walaupun ada juga beberapa kali hubby desak untuk minum... Katanya emak dia pesan suruh minum... Saya memang degil & 'stick' dengan cakap bidan tu sebab dia yang buat air tersebut sudah tentu dia lebih arif... See, orang India pun percaya dengan air selusuh! ;))

Saya ada juga terfikir, adakah sakit saya ni disebabkan air yassin yang saya minum malam tadi? Air Yassin tersebut telah bertindak sebagai air selusuh? Hurrmmm... =='

Akhirnya, kerana terlalu letih & dehydrated saya terus demam... Suhu badan meningkat dan saya diberikan paracetamol! Selepas berjam-jam lamanya baru itulah saya dapat merasa minum air... Ya Allah dahaganya hanya Dia sahaja yang tahu... Rasa macam dah nak hujung nyawa dah...

Baby pun dah dalam keadaan distress, jadinya doktor cadangkan untuk melakukan ceaserean ke atas saya... Menurut doc untuk bersalin normal saya perlu menunggu 5-6 jam lagi, itupun jika boleh... huhuhu... Sanggup ke? Setelah menanggung lebih dari 24 jam menahan kesakitan, dalam keadaan diri yang demam, lemah saya tak rasa saya mampu untuk menunggu lagi... Akhirnya kami bersetuju untuk melakukan pembedahan...

Alhamdullillah, segalanya berjalan-lancar selepas itu! :)) Emak pun makin sihat & pulih dari sakit... Pada awalnya saya tidak nampak dimana hikmahnya...

Hikmahnya selepas Iman dilahirkan bersama-sama dugaan kecil yang lain, cerita yang ni perlu mintak minta kebenaran hubby dulu sebelum boleh publish! Sebab agak kontroversi sikit...hehehe... ;))

Iman lahir dengan selamat dan sihat dengan berat 3.6kg! Ada orang kata, eloklah C-sect sebab baby besor! hiihii... Tak mustahil adiknya nanti akan lebih berat... Next childbirth, saya hanya berserah pada Allah... VBAC or C-Sect saya terima dengan hati terbuka... Kami suami-isteri dah pun berbincang tentang ni. Hubby cakap, bersalin normal atau tidak dia tetap akan jaga saya... hahaha :D Siapa lagi yang nak jaga kalau bukan suami sendiri *wink*wink* ;))

Bersalin secara normal atau tidak bukan persoalannya... Allah Maha Adil, Maha Pengasih & Penyayang... Pahala melahirkan tentu sekali bukan bergantung pada cara melahirkan... Bersalin secara normal ada risikonya apantah lagi bersalin secara pembedahan... Nyawa menjadi taruhan... Siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah?

Thank you for reading!

 "Some people might say whatever they want because they have no idea what we have been through... There is a whole lot in life that we simply cannot control. Sometimes, the lesson lies in our ability to let go and accept things for how they are. 

I never feel less feminine when underwent C-Sect. Childbirth is painful. It's not the same for every mother, or even with every child. As hard as childbirth is, though, the long haul is still ahead. Raising kids is where it counts."

-The End-







Feb 20, 2013

... yang tidak diceritakan (C-Section)!-Part 1

Assalammualaikum wbt.

Hola cariño!

Alhamdullillah, sepanjang kehamilan yang kedua ni segalanya berjalan-lancar! Kami memilih untuk bersederhana dalam segala hal...  Ada juga pergi survey barang-barang baby tapi belum membeli apa-apa lagi... Masih awal rasanya nak shopping walaupun hati meronta-ronta...hikhikhik... ;))

Teringat masa saat menantikan kelahiran Iman dulu... Saya memang takde mood nak shopping-shopping ni! Bukannya sebab tidak gembira tapi sebab alahan yang teruk, dengan 'sindrom carpal turnel' buatkan saya jadi sangat muram & suram... Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan saya waktu itu! Tapi, syukur Iman lahir dengan sempurna & bulan ni genap umur Iman 3 tahun 6 bulan... Dah nak masuk 4 tahun dah anak umi & babah! Setahun lagi dah boleh pergi sekolah tadika kalau di Malaysia... Di sini juga ;))

Sekarang ni saya lebih banyak menghabiskan masa mencari ilmu tentang kehamilan dan kelahiran... walaupun dah ada pengalaman tetapi setiap kehamilan & kelahiran itu pastinya berbeza-beza... Seperti yang saya rasai sekarang ni! Syukur saya melalui fasa yang berlainan pula untuk kali ini :))

Masa mencari-cari maklumat tu, saya terjumpa dengan satu e-book ni yang menceritakan pengalaman ibu-ibu melalui detik-detik kelahiran si permati hati. Kisah dalam e-book ni adalah melalui pengalaman sebenar mereka! Kisah benar yang dikongsi dalam bentuk buku...

Bila saya baca kisah mereka ni, saya terus teringat pengalaman sendiri semasa melahirkan Iman dulu... Melalui buku ini saya bertambah yakin & bersyukur dengan segala kuasa Allah. Tiada manusia di dalam dunia ini memilih jalan sukar, jika boleh semuanya ingin yang mudah-mudah sahaja... Tiada siapa juga suka untuk menyusahkan orang lain... Tapi Allah lagi tahu & Dia sebaik-baik perancang :))

Saya melahirkan Iman secara Caesarean... Pengalaman sakit sehingga melahirkan pernah saya coretkan di >>> sini. Ops! Tapi sebenarnya banyak lagi yang saya tak ceritakan... So, harini nak share dengan semua dengan harapan sedikit sebanyak adalah sesuatu yang boleh dipelajari :))

Beberapa hari sebelum saya melahirkan itu, dengan takdir Allah emak saya jatuh sakit... Saya telefon emak dari pejabat, tanya khabar... Tapi emak menangis suruh saya balik ke rumah dia... Waktu itu saya dan hubby jadi gelabah sangat... Sebab emak tak pernah begitu... Kalau tak sihat sangat pun, dia hanya akan mintak dihantar ke klinik sebab taknak menyusahkan anak-anak... Emak jarang sakit, kali terakhir seingat saya mak sakit teruk selepas arwah abah & arwah kakak meninggal dunia dalam tahun yang sama (2006).

Dia juga berjanji untuk menjaga saya dalam pantang nanti... Sekarang ni dah jadi terbalik... Saya pula yang kena jaga emak... Jangan ditanya mana adik-beradik yang lain... Kerana mak memang rapat dengan saya... Mungkin saya anak perempuan, yang bongsu pula...

Emak lebih senang dengan saya mungkin kerana saya antara anak yang tinggal lama dengannya berbanding yang lain selain arwah kakak saya... Lepas jemput emak, saya terus bawa emak ke klinik... Keadaan mak waktu itu sememangnya merisaukan... Mak seperti bukan macam emak yang selalu... Emak tampak layu & tak bermaya, nak pergi tandas pun dah tak larat, sehingga saya & hubby terpaksa pujuk emak untuk pakai 'pampers' walaupun pada awalnya mak tak mahu... Rumah pun dah tak terurus... Sedih sangat masa tu... Lagi-lagi bila kenangkan diri yang tengah sarat, saya gagahkan juga...

Di klinik, saya minta MC dari doktor sebab saya pun dah sarat sangat, ditambah dengan emak yang tak sihat... Alhamdullillah doktor yang merawat emak itu sangat baik hati dan memberi MC 2 hari...

Segala yang berlaku ada hikmahnya, bercuti 2 hari tu saya jaga emak, masak untuk emak & buat apa sahaja yang perlu untuk emak... 2 hari itu juga saya boleh tidur dengan nyenyak selepas berbulan-bulan tak dapat tidur yang berkualiti... Terasa ajaib! :))

Pada 30/7/2009, hubby sangat risau dengan keadaan emak & juga saya... Due date semakin hampir, 1/8/2009. Kami berbincang dan berdoa, mudah-mudahan mak sembuh sebelum saya melahirkan... Malam itu, kebetulan malam Jumaat, seperti biasa hubby akan buat tahlil & membaca Yaasin... Katanya juga, nak buat air Yaasin untuk emak mudah-mudahan mak pulih...

Saya juga tumpang sekaki nak juga air yaasin & minta hubby buatkan untuk saya juga! ;))

Selesai baca yaasin, saya tanpa disuruh-suruh minum air Yaasin tersebut dengan niat Allah permudahkan segalanya :)) Malam itu juga saya sakit perut dan berulang-alik ke toliet sehingga 5 ke 6 kali... Sebenarnya itu petanda awal saya akan melahirkan cuma saya sahaja yang tidak tahu...

Rasanya sampai sini dulu, nak bersiap pergi class... Nanti sambung lagi!

Thank you for reading mi amor! :))


Feb 19, 2013

Mi Nieta Bella! (My Beautiful Granddaughter)

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Qué tal?

Rasa 'kesian' melihat blog ni yang makin ditinggalkan... Malah mungkin makin dilupakan...

Sebab tu harini saya gagahkan juga diri untuk update! Banyak yang ingin dikongsikan sebenarnya... Dalam draft je ada lebih 5 cerita yang tak sempat saya habiskan... Tulis-tulis terhenti... Macam tulah...

Lebih 2 hari sakit kepala... Semalam adalah kemuncaknya! Rupa-rupanya ada jerawat dalam hidung! Besar lak tu! Hadoiii! Nak menangis rasanya menahan sakit sehingga kelenjar pun jadi bengkak! Maybe sebab 'infection' pada jerawat tu... Alhamdullillah, harini makin pulih lepas taruk minyak gamat...hikhik... Banyak bawak stok haritu ;))

Syukur pada Allah, 1-st trimester dah pun berlalu... :)) Ops! Istilah1-st trimester saya tak seperti orang lain! hahaha.. Trimester pertama saya berakhir bila masuk bulan ke-4...hehehe... Minggu ni adalah minggu ke-17! Yeaay!!! Alahan pun makin kurang, muntah pun dah makin takde... Kaki pun tak membengkak, begitu juga badan & hidung pun taklah kembang semangkuk macam yang first dulu! :p Berat badan pun maintain...hehehe...ini agak merisaukan & appointment last week doc cakap kalau tak naik jugak 2-nd trimester ni kena amik vitamin...hikhik... memang terasa perbezaannya... Alhamdullillah, moga sihat-sihat dan yang indah-indah sahaja :))

Alhamdullillah, Allah tahu kemampuan hambaNya - jauh dari tanahair, jauh dari keluarga untuk bermanja-manja, segalanya dipermudahkan... Doa semoga sampai penghujungnya... Ameen...

Berita gembira, haruslah dikongsikan di sini... Minggu lepas saya menerima berita gembira bila anak buah sulung (anak kakak) saya selamat melahirkan anak pertamanya! Secara tidak langsung saya juga mendapat gelaran baru! :))

Now, I'm proudly to announce myself as a GRANNY! Rasa tak sangka dalam usia semuda ini saya bergelar nenek! hehehe... :D


Mi nieta bella! ♥♥♥

*Nak kugapai, tangan tak sampai*

Nekcu terasa nak cium-cium pipi kamu tu... Si comel nampak baik sangat! Welcome to this beautiful world sayang! Moga Allah lindungi kamu... Insya'Allah hujung tahun ni nekcu, tokcu, uncle Iman & insya'Allah newcomer-is most likely 'aunty' will back & kiss your cheek! xoxoxoxo

To your mommy & daddy, jaga diri elok-elok... pantang elok-elok! Welcome to the world of parenthood and enjoy every moment passed by! :))

Insya'Allah panjang umur, murah rezeki kita berjumpa juga nanti! Salam sayang dari kami yang jauh...♥♥♥

Nos vemos prunto! Cuidate! 

Chau!

Feb 6, 2013

Datin Maria Musa??!

Assalammualaikum wbt...

Hola cariño!

Walaupun tak update & tak membalas kunjungan, saya tetap membaca & membuka email, check message @ comment, jenguk-jenguk FB, jadi stalker...errkkk... hahaha :D ... Mana yang sempat saya tegur saya tegurlah... Supaya tak hilang dan dilupakan terus dari alam maya ni! hehehe ;p :)

Buka PC pun tak boleh lama-lama walaupun wifi kat rumah ni 24 hrs, saya buka sekejap-sekejap je... Kalau tenung lama-lama boleh buat kepala pening & terasa loya! huhuhu... Tak sabar nak tunggu 1st trimester ni berakhir... Dan berharap sangat ianya tak berlarutan sehingga bersalin nanti, macam Iman dulu...hikhik...

Back to the title, setiap hari & setiap minggu ada sahaja carian di blog saya yang mencari-cari nama ni ---> DATIN MARIA MUSA

 Padahal nama glamer saya MARYA YUSOF & takde title Datin pun kat depan tu...hakhakhak... Ok! Tak kelakar pun :p


Saya test buat carian sendiri di Chrome... Memang jump into my bloglah! For sure lah kan... ;p ;))



Carian imej juga! :D



*Click pada gambar untuk imej besar & jelas*

Tapi siapakah gerangan empunya nama ini ye? jeng... jeng... jeng...

Kemungkinan orang yang sebaya dengan saya, yang kurang 'peka', juga seperti saya sudah tentu tidak mengenali beliau... Tetapi jika orang yang seusia emak, abang & kakak saya tentu sekali sangat mengenali beliau ;)

Nama beliau sebenarnya adalah Ines Maria Reyna, beliau adalah bekas isteri kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (dibawah Tun Mahathir), Tun Musa Hitam... Beliau lebih dikenali sebagai Datin Maria Musa dikalangan rakyat Malaysia :)

Datin Maria adalah wanita berketurunan Spanish-Peruvian (orang PERU) dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak. Salah seorang anaknya juga yang terbunuh semasa berlakunya runtuhan Highland Towers pada Disember 1993. Boleh baca di wikipedia untuk lebih lanjut :))

Di sini saya pernah beberapa kali bertemu dengan beliau dibeberapa functions & events... Pernah saya ceritakan sekali di sini>>> Corat-coret 81Anniversario de San Isidro Part 1


For those who're searching for Datin Maria Musa and incidentally get into my blog  ... I have to apologize since I couldn't provide so much  information about her... But, here my personal impression whenever I met her ~

Orangnya baik, masih cantik-she married with Tun in 1959, so you can imagined how old she is now ;) ramah & tidak sombong... Yang sangat saya kagumi beliau fasih berbahasa Melayu :)))

See you then... Chau! :)

P.S. Walaupun cuti tetap kena amik EXAM & buat ACCOUNT! Bertambah feninggggg... -status mencari perhatian- :p

Jan 27, 2013

Doa buat teman...

Assalammualaikum wbt...

Memang lama tak update... Memang rindu... Menulis juga boleh menjadi satu terapi... Walaupun saya tak sempat untuk 'menyingah' ke rumah kawan-kawan(blogger) tapi ada juga yang saya masih ikuti perkembangan di FB...  Sesetengahnya saya tak sempat nak bertegur sapa jika tiada yang menarik hati & penting di mata saya... Hanya sekadar membaca sambil lalu, lagi-lagi dengan keadaan diri yang tidak sebegitu mengizinkan sekarang ni ;))

Saya sihat, hubby sihat, Iman juga Alhamdullillah sihat. Baby? Setakat hari ini, baik-baik sahaja, Alhamdullillah... :))

Semalam saya menerima perkhabaran duka dari seorang teman. Terasa mengigil lutut saya, tanpa ditahan-tahan airmata saya gugur seperti tali air yang deras mengalir... Tak malu untuk menangis tersedu-sedu depan hubby & Iman... Hubby yang sibuk melayan Iman terus terhenti untuk bertanya hal... Saya kata sahabat saya baru sahaja kehilangan suami tercinta pada 24hb Januari bersamaan dengan 12 Rabiu'awal 1434H yang lalu... 

Saya mengenali beliau hanya di alam maya, kami hanya berhubung melalui blog & juga FB... Kami tidak pernah berjumpa tetapi sangat berharap untuk bertemu di alam nyata... Insya'ALLAH, satu hari nanti... Saya senang memanggil beliau Mummy Mariam Bebakar (blog: D'Shire's Eden), beliau & arwah suaminya dikurniakan 2 orang puteri yang sangat comel, Che Che & Mei Mei serta seorang putera kecil yang 'cute' bernama Umar yang baru berusia lebih kurang 6 bulan...

Saya menangis kerana saya terkenangkan mummy & anak-anak yang masih kecil... Memang mudah untuk berkata sabar & bertabahlah, namun bak kata ibu saya, "Tak rasa, tak tahu..." Sememangnya ujian ini hanya untuk hambaNya yang terpilih, terpilih kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambaNya... Allah know best!

Buat mummy, tiada kata yang dapat Marya ungkapkan bagi melegakan hati mummy hanya doa yang mampu Marya titipkan buat mummy sekeluarga agar terus kuat demi anak-anak... Jaga diri & kesihatan... La tahzan innallah ma'ana... Semoga Allahyarham suami mummy, Adam Thongcharen di bawah rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan yang beriman... Al-Fatihah~

Sehingga hari ini, saya mempunyai lebih dari 4 orang rakan yang kehilangan suami samada berpisah mati atau hidup dalam usia yang masih muda serta mempunyai anak-anak yang masih kecil... Perkara ini banyak menyedarkan saya bahawa apa yang kita miliki di dalam dunia ini bukanlah milik kita yang mutlak... Semuanya adalah milik Allah, dan Dia boleh ambil & beri bila-bila masa mengikut perkiraanNya...

 Seminggu dua ini juga saya menerima khabar duka (musibah) yang menimpa beberapa kenalan & sahabat di tanahair... Ada yang sakit, suami/isteri tidak sihat, keguguran, anak yang sakit, cedera kerana kemalangan dan sebagainya... 

Buat teman-teman saya ini, mungkin kita jarang bertegur sapa tetapi saya tetap mendoakan yang terbaik buat  semua... Moga Allah beri yang lebih baik nanti...  

Salam dari jauh buat teman semua...

Doakan juga buat kami di sini, semoga berjumpa nanti...

Nos vemos...

Jan 10, 2013

First check up! GULP!!!

Assalammualaikum wbt.

Hola a todos!

Fuhhh... lamakan? Ada yang ternanti-nanti cerita saya tak? :p ;) Alhamdullillah harini rasa ok sikit untuk berkongsi cerita! Ermm... banyak nak story tapi oleh sebab mood & keadaan diri yang tak mengizinkan saya terpaksa pendamkan segalanya dalam hati je...hehehe :))

Kami semua Alhamdullillah sihat-sihat belaka! :) Preggy kali ni memang berbeza dengan yang dulu... Agak ketara perbezaannya... Maybe kena buat satu entry tentang ni sebagai kenangan buat anak-anak baca... Supaya mereka lebih appreciate & memahami wanita-wanita disekeliling mereka nanti! Insya'ALLAH ;))

Harini saya rasa ok sikit, so bolehlah melepaskan dendam untuk update! Biasanya kalau bernasib 'baik' saya akan muntah 5 kali sehari tapi pernah juga tak muntah langsung dalam sehari tu! :) As for myself it's such a miracle! :)) Alhamdullillah, saya masih boleh memasak walaupun tak lalu tengok masakan sendiri! Makan hanya sekadar untuk mengalas perut! :)

Berat badan pun tak berubah kalau compare masa preggykan Iman dulu berat saya lebih 2kg dari sekarang... 1st trimester turun 500g je tapi lepas tu naik macam taknak turun-turun dah! hehehe :)) Setakat harini, 10 minggu 6 hari berat takde apa-apa perubahan! Tak naik & tak jugak turun! Alhamdullillah...Alhamdullillah... :))

TERIMA KASIH

Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger, silent readers & kawan-kawan yang mendoakan saya di sini... Maaf saya tak sempat lagi nak membalas kunjungan apa ntah lagi beramah mesra dengan semua... Lately memang agak 'sombong' sikit, jarang buka blog & FB... Kalau buka pun tak boleh nak tenguk lama-lama sebab nanti mata berpinar-pinar! hikhik...

Saya juga akan cuba avoid untuk melihat gambar makanan, sebab pertamanya takut teringin (mana nak cekau makanan Malaya kat sini) dan ada gambar makanan yang akan membuatkan saya rasa loya nak tengok! hikhik... Rasa nak muntah... First trimester ni macam tulah kan... Asyiklah loya, asyiklah muntah! Bila fikir balik terasa cukuplah setakat ni nak preggy! Rasa macam cukuplah anak yang ada sekarang ni... Tapi esok lepas anak dah besar terasa pulak nak baby lagi... Lupa semua sakit dan jerih perih yang ditanggung tu! Betapa ALLAH Maha Agung! :)

Terima kasih juga atas ucapan tahniah dari semua... Bagi yang teringin nak baby lagi, belum ada rezeki lagi bersabarlah insya'ALLAH your turn will come! Saya sentiasa doakan :))

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Oh! Lupa pulak nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013! FELIZ AÑO NUEVO 2013! Lewat 10 hari, tapi masih dalam bulan Januari rasanya tak terlewat lagi :) :)

Seperti tahun lalu sambutan tahun baru di Lima, Peru ni memang meriah! Dentuman mercun tengah malam mengalahkan Chinese New Year di Malaysia...Begitu juga sambutan Krismas! Maklumlah perayaan terbesar mereka! Yang pelik & hairan, semua Supermarket terkemuka tutup sepanjang perayaan! Pelik! Sunyi sepi! Memang berbeza dengan negara kita! Itulah untungnya negara kita yang multiracial kan! Arggghhhh... rindunya dengan tanahair...hikhik ;))

EXPERIENCE FIRST CHECK UP

Macam biasa panjang membebel baru nak cerita tentang tajuk! hehehe... First check up memang 'mencabar'!  Walaupun dah setahun kami di sini, masalah bahasa adalah suatu yang pasti! Tahap bahasa Sepanyol kami bolehlah disama levelkan dengan budak sekolah rendah! hehehe... Boleh faham cuma sukar untuk membalas kembali! Belum kaya vocab lagi! Itu belum grammar & lain-lain! Memang hancus! hehehe... Kebanyakan doctor yang ada lebih selesa menggunakan bahasa mereka! Itu yang bagusnya mereka ni! Memartabatkan bahasa sendiri walaupun kadang-kala menyukarkan sesetengah orang terutamanya yang seperti kami ini...

Pada mulanya saya agak tertekan dan rasa kurang keyakinan untuk meneruskan niat mengandung & bersalin di sini... Terasa ingin kembali ke tanahair... Lebih selesa walaupun perlu melalui routine check up serta bersalin di hospital kerajaan... Bukan kerana teknologi mereka ini tidak canggih cuma oleh kerana masalah bahasa ini membuatkan saya berasa risau! Ya, kerisauan yang tidak munasabah! hehehe... Tapi Alhamdullillah, selepas melalui beberapa prosedur & layanan stafnya yang mesra, kurang sedikit tahap kerisauan itu! Ada juga antara pegawai perubatannya yang pandai dan fasih berbahasa Inggeris... Lega rasanya :))

Biasanya saya akan merekodkan atau sekurang-kurangnya menulis di kalendar hari pertama period terakhir saya tetapi boleh pulak kali ni saya terlupa! Last October 2012 saya memang agak busy, apatah lagi dengan Iman yang tak seberapa sihat... Jadi, saya terlupa untuk menulis di dalam diari... Oleh sebab itu, EDD saya tidak dapat ditentukan secara tepat tanpa melalui ujian imbasan (scan)...

Awal-awal lagi hubby dah booked doktor perempuan... Untuk rekod nama doktor yang akan bersama saya sepanjang tempoh kehamilan hingga melahirkan adalah: Dra.  OVIEDO SARMIENTO, EDDA NAIR.

 Pengalaman pertama kali check up sememangnya memeranjatkan saya! Kalau dulu saya hanya melakukan check up di Klinik Kesihatan dan biasanya nurse yang ada akan membuat pemeriksaan dipermukaan abdomen atau perut sahaja.... Terutamanya untuk memeriksa tinggi rahim dan kedudukan bayi! Tetapi di sini, first check up dah kena seluk! erkkkk...

Saya pun tak pasti kenapa... Adakah kerana saya terlupa tarikh last period saya atau sememangnya begitu prosedur di sini? huhuhuuu...  

Saya beritahu doktor tersebut, di Malaysia routine check up kita tak kena seluk lagi! Unless dah nak dekat bersalin... Doktor tersebut hanya tersenyum! Dan masa check up kali ke dua yang lepas saya tak kena seluk lagi dah! hehehehe... :D

Cerita diseluk tidak berakhir di situ, selepas bertemu dengan doktor saya diarahkan untuk membuat ujian imbasan (scan)- Ecografia... Teruja sebab nak tengok kedudukan baby & sebagainya! :))

Pegawai perubatan kalini adalah lelaki... Tapi dia sangat profesional dan yang penting fasih berbahasa Inggeris! Barulah terasa selesa & mudah! But... the scan has been performed thru my "V"! Again... errrkkkk... Terseksa rasanya... =='

Nevertheless, the result is awesome! I can see my baby clearly! Subhan'ALLAH :')

Kedua-dua prosedur ni saya ditemani oleh hubby & Iman... Thank you hubby, thank you also for abang Iman for being supportive! :))

Saya harap & berdoa agar segalanya dipermudahkan olehNYA... Ameen...

MERAIKAN TETAMU

Jumaat lepas, owner rumah kami datang melawat! Pertama kali bersua muka dengan tuan rumah sebab mereka tidak tinggal di sini... Mereka sekeluarga tinggal di Maryland, United State... Sepanjang kami tinggal di sini kami hanya berhubung dengannya melalui ejen rumah!

Adat orang Melayu, walau siapa pun tetamu kita mesti raikan walaupun hanya segelas air kosong! :)) Sebenarnya lebih kepada sunnah Rasullullah SAW dalam memuliakan tetamu... :))

Nasib mengandung kali ni saya boleh memasak walaupun saya tak tahan dengan bau bawang putih! Saya memang suka masak campur bawang putih banyak-banyak lagi-lagi bila menggoreng sayur! hehehe... Tapi sejak berbadan dua ni habis bawang putih menjadi makanan tong sampah! Poning & kombang tokak den bau! huhuuu...

Leka berbual tak sempat nak amik gambar tuan rumah sekeluarga, dia datang bersama isteri, ibunya, seorang anak perempuan serta anak lelaki kembar mereka! Sukalah Iman dapat kawan... Semenjak cuti summer ni Iman tak bersosial langsung! Tu yang suka sangat bila kawan datang rumah...

Identical twin! :))
  
Mereka ni ada darah Peru (Spaniard) dan Itali... Tu yang cantik & comel anak-anak dorang... Budak yang pakai baju biru tu ada darah Cina, Minang & Banjar! Comel jugak! hahahaa :D

Saya hanya mampu hidangkan Meggie Goreng & Teh O! Dorang ni memang suka makan-makan! Lagi-lagi makanan yang pelik-pelik... Puji takyah cakaplah, mat salleh ni memang mulut manis :))

Lepas tu hari Ahad, kami menerima tetamu lagi tapi kali ni tetamu yang agak special juga! Datang nun jauh dari Malaya! :))


Dari kanan sebelah hubby, Riyadh dan isterinya Kak Adibah bersama anak mereka Amin :))

Riyadh adalah Peruvian yang sekarang bekerja di Malaysia dan berkahwin dengan orang Malaysia Kak Adibah... Pulang ke Peru untuk berjumpa dengan keluarga Riyadh selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga... Nampaknya Mr Riyadh sekarang more to Malaysian than Peruano! :))

Baru 2 minggu berada di sini sudah merindui masakan Malaysia! Saya dan hubby sangat memahami tekak orang Melayu, sebab tu hari tersebut saya buat masakan istimewa buat mereka! Taklah sedap tapi oklah kan ;)) Saya hidangkan Nasi Beriani, Ayam Goreng Berempah, Kurma Telur & Sayur Campur sebagai hidangan... Kalini takde pics makanan sebab nanti saya tengok saya jadi loya! hikhikhik...


Disebelah saya, bro Hadi & Roxana, mereka ni tetamu wajib kami sebab mereka juga pernah tinggal di Malaysia dan saya pernah ceritakan dulu kalau masih ingat bagaimana mereka juga merindui untuk merasai  masakan orang Melayu! Lagipun kami dah anggap mereka seperti saudara sendiri :))

Harapan saya moga kami semua boleh berkumpul lagi seperti ini... Kalau boleh biarlah di Malaysia! :)

Panjang bualan antara saya & kak Adibah, yang bestnya we shared the same sentiment about the country, especially the culture, environment, life style & ect. Maknanya bukan saya seorang yang berperasaan begitu & begini selama ini...

Secara jujurnya saya ingin katakan buat warga Malaysia terutama sekali yang beragama Islam yang masih berpegang kepada agama & percaya akan wujudnya syurga & neraka! If you think of having vacation or holiday here, perhaps its will be one of the best place you can go but to be living here, personally its not a good idea unless you have a good business then... Just my personal view... I'm really sorry about that! 

 Ya, kami tak sabar nak pulang ke tanahair! Kalau boleh, kalau ada rezeki keluar negara lagi lepas ni... No more western country, please... Asia or Middle East will be considered, insya'ALLAH... My lovely hubby please take note! Por favor ;)))

Thank you for reading!

Jenguk-jenguk gambar adik Iman dulu :))


Nampak tak? Kepala, tangan dan kaki dah makin membesar! :') Waktu scan baby berusia 8 minggu 6 hari! Moga anak ummi sihat, terus membesar & selamatt... ameen... :))

EDD: 07/08/2013 (30 Ramadhan 1434H) Sehari sebelum jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2013 bersamaan 1 Syawal 1434H. Sehari sebelum Anniversary kami 08/08/2013. Lewat seminggu dari Hari Lahir abang Iman yang ke-4 pada 01/08/2013...

Ya ALLAH, lindungi anak kami ini... Ameen~