Assalammualaikum wbt.
Feliz Lunes!
Minggu ke-3 kembali bekerja! Hurrmmm... Real life in Malaysia, totally not the same as before... Dua hari lagi dah nak masuk tahun baru... masa untuk mengutip energi & caj-caj positif...
Sekarang ni saya masih 'poll'. Masih tak tahu akan dihantar kemana, so duduk-duduk rehat-rehat sebab masih tak ada kerja lagi... Lagipun sekarang ni semuanye sibuk nak close account & ada yang bercuti hujung tahun untuk habiskan baki cuti... Just relax & enjoy the environment!
Actually, dah nak masuk 2 bulan kami di Malaya ni... For the first 2 months still be an adjusting month-to the whether, routine, lifestyle & etc.
Everywhere I go, people keep telling me 'You look fat, chubby & tembam!!!' Hahaha... showing that how happy I am! To be honest, I just couldn't resist all the temptation and deliciousness of Malaysian foods!
Tiada istilah diet. Dan tak ada makna untuk rasa bersalah & menyesal...Heheheh...
Tiada istilah diet. Dan tak ada makna untuk rasa bersalah & menyesal...Heheheh...
Some of Malaysian traditional kueh (desserts/postres).
Berjalanlah satu dunia tapi mesti teringat juga masakan negara sendiri... Gambar di atas, hidangan pengantin semasa pergi kenduri kahwin di rumah biras di Kuala Terengganu... Simple tapi nampak menyelerakan... terus rasa lapar...hihihii :))
Alhamdullillah, selera makan Iman pun dah makin bertambah... Asyik ajak makan kat luar saja... aiyoo! :))
Iman semakin seronok lagi-lagi bila berjumpa & dapat main dengan sepupu-sepupu dia... Dia memang suka berkawan & dapat sesuaikan diri dengan mudah...
Sekali-sekala terkeluar juga patah-patah perkataan Spanish dari mulut dia... Contohnya, 'Gato (kucing), baño (tandas), fresa (strawberi)'...
Masa di Lima dulu, Iman memang sukar untuk bercakap bahasa asing dengan kami tetapi bila dia jumpa dengan kawan-kawan di sana atau dengan orang yang bukan berbangsa Melayu secara automatic bahasanya bertukar... Rasanye kalau kami tak praktikkan bahasa selain bahasa Melayu di rumah, tentu cepat hilang kemahiran berbahasa dia nanti... terasa rugi pulak...
Oh, sekarang ni dia belajar bahasa 'nogori' pulak dengan uwan die... Contohnye bila uwan die tanya, 'Dapek tak?' Dia boleh membalas, 'Dapek!' :))
Selain daripada itu, banyak juga perkara asing yang dipelajarinya... Boleh jadi kisah lucu untuk dikenang... :))
Di sana semua tandas adalah tandas duduk. Memang tak ada tandas cangkung.
Suatu hari, semasa di pusat membeli belah Iman beritahu dia nak buang air... Saya pun bawa dia ke tandas... kebetulan tandas fully-occupied... cuma ada satu tandas cangkung yang kosong. Oleh sebab si Iman dah mengelinting nak buang air terus saya bawa dia... Buka je seluar terus die nak duduk atas mangkuk tu... adehhh... cepat-cepat saya halang & ajar die mencangkung kat situ jugak...
Nasib baik tandas tu agak bersih... kalau tak mau dia terlepas dalam seluar...huhuhuu...
Cabaran bagi kanak-kanak seusia Iman adalah mereka ni banyak bertanya & kadang-kala sukar bagi kita nak menjawabnya... Bila ternampak benda yang pelik dimata dia mulalah sesi soal-jawab akan berlangsung...
Tidak seperti di Lima, hujan lebat adalah perkara biasa di sini... Guruh berdentum, kilat sabung-menyabung adalah perkara lumrah... Awal-awal dulu banyak betul soalan dari Iman tentang hujan... Masa kami tinggalkan Malaysia dulu, Iman masih kecil lagi... Waktu tu dia baru berusia 2 tahun... Jadi tak banyak memori yang tersimpan dalam ingatan dia...
Iman benar-benar terkejut bila mendengar bunyi petir... Muka dia penuh tanya soal... Tapi cepat faham dan reda selepas diberi penerangan... 'This is Malaysia, Iman! Hot & humid throughout the year'
Showing Iman durian's tree while having our breakfast last weekend! :))
Iman sangat teruja melihat semut, lalat dan cicak... Sanggup berhenti di tengah jalan sambil duduk mencangkung semata-mata untuk melihat dan memerhatikan setiap ekor semut yang lalu di depan mata dia...
Di sana (Peru) cuaca average adalah sejuk jadi kebanyakan serangga jarang kelihatan... Sebab itu Iman terlihat sedikit 'gayat'... ;)))
Short picnic at Port Dickson beach! Iman con sus tio/tia y primas... Sekadar melepaskan rindu dengan pantai di Malaysia...
Last kami pergi pantai adalah sewaktu saya mengandungkan Nasuha 4/5 bulan... Waktu tu kami pergi bercuti ke Asia di Lima... Lima itself nearby the beach... tapi di sana open sea, memang tak berani nak mandi sebab ombak yang tinggi dan kuat... Hanya sesuai untuk surfer...
Jika diikutkan masih tak puas lagi berjalan di Malaysia ni... Tahun ni cuti-cuti Malaysia untuk melepaskan rindu... inshaAllah... kalau bertemu dimana-mana tegur-tegurlah saya ye...
Got to go! Thank you for reading peeps! Before you leave wanna show-off my new ring...hiks
Till then... Chau!
28 comments:
Cantik banget deh!
nice~
ooo marya dah balik malaysia ye...
best kan
kalu iman ckp fully spanish...abis terpinga2 la kazen2 dia... ;-)
Pattern cincin tu lebih kurang je cincin akak...:)
Dah blk M'sia rupanya,Happylah Iman dpt jumpa dan bermain2 dgn saudaranya di sini.slmt menjalani semula kehidupan di M'sia yg telah lama ditinggalkan.
Hola marya moga lbh sukses di tanahait terchenta...
hehehhe dh blik malaysia awal2 nih bedal je sume nk bedal yek Marya, maklum baru dpt jumpa lps dh bertahun2 tak jumpa... Iman nk tau sume benda kt malaysia nih yek, sgt teruja
cantik kuku u Marya.. secantik cincin baru
jalan - jalan, makan - makan.... hhh.. the best ever.. nikmat yang tak akan dapat kalau sakit kann..hee
Marya dah kembali ke Malaysia ke?
Moga iman dapat suaikan diri dgn keadaan cuaca, makanan dan persekitaran di sini.....
Salam Marya..
hehehehe... tak peee.. makan dulu mana2 makanan yang dirindui tuh.. dh abes makan nanti baru diet balik.. hehehehe.
Selamat Berkerja semula~
Selamat Tahun Baru..
alhamdulillah :) seronoknya..
kak marya!!!!
windu kamu (^___^)
lamaaaaa is xberblog... dah balik malaysia upanya, patut pasan kat fb bau malaysia... ingatkan balik bercuti kejap... upanya dah menetap ;)
Salam Marya,
Slmt thn baru n salam maulidurrasul. Masih lg menikmati apa yg tiada d peru ya :) enjoy
alhamdulillah dah blk m'sia rupanya...
pssst... cantik cincin :)
Best plak dengar citer pengalaman baru Iman….u will survive Iman. No worry!!!heheh
hihi,,seronok baca pengalaman iman..terutama bab tengok semut tu,,hihi..comel je sy bayangkan..
nanti datang bercuti ke langkawi pulak marya..
assalamualaikum marya...sweetnya pengalaman baru di sini...:)
bes kn kak maria dpt balik malaysia,,heheh btw selamat tahun baru kak (walaupon da dekat bulan 3 kekekeke)
nampak sangat akak dah lama tak ke sini.. dah balik sini rupanyer.. dapat kat manaler kejenyer sekarangni?? mesti busy sesangatkan??? semoga dah biasa2kan diri...
bila kita dapat jumpa ya...
lama x jenguk blog.. terkejut jugak bila terjumpa husband kak mar kat padang bola.. rupanya dah pindah sini ye...
welcome back to malaysia.. amacam, dah dapat sesuaikan diri? hehe.. (",)
salam marya...busy eh, lama tak menulis..rindu plak celoteh marya
sis dh stop dari dunia blogger ke...lama menyepi...
salam aidilfitri dear..
Post a Comment