Gracias!

Oct 31, 2013

Sharing: Special Offer To All! ♥

*STICKY POST! PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY*

Assalammualaikum wbt.

Hola Amigos/as & peeps!

Tawaran untuk semua yang berminat untuk mendapatkan barang-barang yang terdapat di negara Peru...

Tawaran ni terbuka sehingga 31 Oktober 2013... Selepas tarikh tersebut secara automatik tawaran ini akan tertutup ok! :))

~Tertakluk kepada terma & syarat~

Antara barang-barangnya adalah :

1. Freeze Magnet Peru

Berharga RM 15 setiap satu... TIDAK termasuk harga pos... Jangan risau, saya akan buat penghantaran di Malaysia & BUKAN dari Lima, Peru.


Saya juga ingin membuat tawaran pertukaran FM dari luar negara selain Malaysia untuk ditukar dengan FM-Peru ini.

Untuk yang berminat boleh terus emailkan pada saya di maryayusof@gmail.com atau https://www.facebook.com/marya.yusof

2. Ruana atau Poncho 50% Alpaka 50% Acrylic 

Oleh kerana saya membeli dalam kuantiti yang banyak, saya mendapat harga istimewa dari butik. :)

Saya hanya menawarkan 2 jenis poncho/ruana yang PALING LARIS ini kerana selain cantik ia berkualiti eksport  :))

R1

Saiz M- RM 125
Saiz L- RM 145



Percuma Pin bunga yang berharga RM30 setiap satu! :)

R2
RM 125


-Colours available-

Harga adalah TERMASUK harga pos. Penghantaran akan dibuat di Malaysia & BUKAN dari Lima, Peru.

Lima pembeli pertama akan menerima pesanan pada bulan November 2013. Manakala, pembeli seterusnya hanya akan menerima pesanan pada bulan Januari/Februari 2014.

3. Permaidani Alpaka

Begitu juga dengan permaidani Alpaka.



40% diskaun untuk setiap satu tanpa mengira saiz & design. Harga selepas diskaun termasuk harga pos. Penghantaran akan dibuat di Malaysia & BUKAN dari Lima, Peru.

Design & Saiz boleh rujuk di sini:

Design Bulat
Design Segiempat Tepat

Pesanan hanya akan tiba di Malaysia pada bulan Januari/Februari 2014.

Email terus pada saya di maryayusof@gmail.com atau https://www.facebook.com/marya.yusof untuk sebarang pertanyaan.

4. Bengkung untuk bersalin Normal @ Ceaser


Oleh kerana ada yang berminat!

Harga bengkung ini adalah RM 250 setiap satu. Pernah saya ceritakan di sini : Berpantang ala Malaysia-Peru!

Ukuran pinggul dalam cm diperlukan... Jangan risau saya akan rahsiakan ukuran anda! ehehehe ;))

Untuk 5 pesanan yang pertama, pesanan akan sampai dalam bulan November 2013. Selebihnya akan tiba di Malaysia pada bulan Januari/Februari 2014.

Untuk yang berminat boleh email terus pada saya di maryayusof@gmail.com atau https://www.facebook.com/marya.yusof untuk maklumat lanjut.

Offer open to all serious buyers only!

♥ Muchisima Gracias! ♥

Oct 16, 2013

Pengalaman Memakai Bengkung B'Femme! :)


Assalammualaikum wbt.

Hola cariño!

Eid Mubarak to all! 

Harini saya nak share pengalaman memakai bengkung (korset/girdle) bersalin normal & caesar B'Femme!  Oh ya! Saya hanya share benda yang saya rasa berbaloi & selepas merasai sendiri keberkesanannya bukan sebab $$$$ ok :))

Lagipun sementara saya masih lagi berada di salah sebuah Negara Amerika Latin ni, lepas ni tak tahu lah bila boleh sampai sini lagi kan :):) Sesiapa yang berminat & percaya bolehlah beli dari saya sekarang. Kalau nak order dengan saya bila dah balik Malaysia nanti boleh juga, tapi saya tak janji harganya akan serendah RM250 :))

Di sini budayanya terbalik, kalau kita beli dengan kerap kadang-kadang susah nak dapat harga yang sama, malah lebih mahal lagi... Dan ianya bukan rekaan :))

Masa mengandung haritu, berat badan saya naik sehingga 15 kg daripada berat asal!


Nasuha lahir pada 9/8/2013, bersamaan 2 Syawal 1434H... ada yang tak percaya Nasuha lahir pada tarikh tu...ops! :p

Gambar kat atas tu semasa 1st Syawal, di masjid sehari sebelum Nasuha dilahirkan :)


Gambar yang ni adalah pada hari ke-4 Nasuha dilahirkan, credit pada Perwakilan Lima, Peru.

Muka tembam & kusut! hikhik... Tangan masih lagi ada wayar berselirat :p ;)


Gambar yang atas ni pula diambil pada 16/8/2013 seminggu selepas Nasuha dilahirkan... Masa ni nak pergi cabut benang jahitan diperut...ngeee~


Gambar terkini, yang saya ambil pada 6/10/2013.

Selain dari pemakaian bengkung, saya juga berpantang seperti biasa... Makan lauk orang dalam pantang & juga menyusukan anak... Memang cepat susut badan kali ni, ditambah lagi dengan pemakaian Faja B'Femme ni..! Memang berkesan pada saya :))

Kalau dulu masa mengandungkan Iman berat saya naik hampir 20 kg, tidak memakai bengkung... Hanya berpeluang memakai corset selepas 2 bulan... Berat asal hanya selepas satu bulan, tetapi kali ni saya dapat berat asal saya kembali hanya dalam tempoh 15 hari! :))

Nota: Saya bersalin secara caesarean :))


Untuk maklumat lanjut boleh ke website : Fajas Postparto Sentirte Cómoda y Segura!

Keistimewaan bengkung B'Femme ini selain mendapat kembali bentuk asal badan, ia diperbuat daripada material yang anti-alergi & cotton. Untuk bersalin secara pembedahan bengkung ini membantu mengurangkan rasa sakit ditempat dimana torehan dilakukan. Memberi keselesaan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian. Pengalaman saya sendiri; oleh kerana saya berpantang sendirian saya mula memasak & membuat kerja-kerja rumah yang ringan dalam tempoh masa seminggu :))

Alhamdullillah, bersalin kali ni saya tidak mengalami sakit tulang belakang dengan bantuan bengkung istimewa ini kerana ia memudahkan saya untuk bergerak :))

 Semalam saya call ejen yang menjual bengkung ni rupanya bengkung ini boleh dipakai oleh ibu yang bersalin normal (selepas 6 jam melahirkan) dan ibu yang bersalin secara pembedahan (selepas 24 jam)! Saya hanya memakai bengkung ini selepas 3 hari..! Subha'Allah, itulah yang saya rasa walaupun pada mulanya saya agak keberatan... :))

Kepada kawan-kawan sedang hamil atau yang sedang merancang untuk hamil dalam masa terdekat ini bolehlah buat tempahan dengan saya sebelum 31 Okt 2013 ini... Setakat ini saya telah menerima 3 pesanan dan berbaki 2 pesanan lagi untuk sampai ke tanahair pada pertengahan bulan Nov 2013, selebihnya akan sampai pada bulan Jan/Feb 2014.

Harga RM 250 tidak termasuk kos penghantaran dalam Malaysia. 

Harapan saya semoga perkongsian ini dapatlah saya membantu rakan-rakan senasib yang menjalani pembedahan untuk melahirkan serta memiliki kembali bentuk badan yang cantik, menarik kau memang di'bomb! hehehe... :D

Untuk yang bersalin normal boleh juga kalau nak tempah... Just email saya di maryayusof@gmail.com atau PM saya di FB ye >>>>https://www.facebook.com/marya.yusof

Ok, dear... ¡Chau mamita! xx

P.S. Lima pesanan poncho/ruana yang akan tiba di Malaysia pada pertengahan bulan Nov 2013 telah pun FULL, pesanan selebihnya akan tiba pada Jan/Feb 2014.  

Oct 7, 2013

My revolution..! Ecehhh...

Assalammualaikum wbt.

Hola!

¿Cómo están?

Harini macam biasa, bangun pagi lepas Mr Hubby pergi work baring-baring pastu peluk-peluk dengan anak-anak dulu... Malas-malas baru nak bangun... sambil-sambil nak siap & mandikan chu-ha sempat lagi tengok drama-online tu...hehehe... ;))

Selesai tidokan chu-ha dalam buai, terus bekejar masuk dapur... Hadoii..! Ini amoi 2 minggu sudah masuk buai! Takmo tido terletak macam abang Iman dulu... dulu Iman tidur meniarap, pok-pok terus tido...

Sekarang tak boleh nak lengah-lengah sangat, semua kerja kena buat laju-laju... Masak pun sesimple yang boleh... Time is more valuable than gold... hikhik...

Harini masak nasik ayam, the easiest, simplest yet yummy! Itu yang penting... :))


Hubby pulak dah beberapa hari tak sihat, demam, batuk & selsema... hopefully bila mamam hidangan sihat & pantas ni berseleralah sikit makannya... sebab apa saya kata sihat & pantas? Sebab masak tanpa minyak, cuma taruk minyak zaitun untuk bakar ayam & yang lain tu rebus-rebus je tanpa minyak... sos tu pun saya tipu-tipu sikit... campur sos cili life dengan sos manis Thailand campur pulak dengan cili Lima (Aji lima)! Pedas cili ni... Nak habiskan stok yang ada :))

Sekarang ni sibuk nak kemas-kemas barang... Sempat pulak tengok album lama... Gambar-gambar masa zaman belajar dulu... rasa lucu pun ada bila kenang balik zaman dulu-dulu... Gambar yang dah berbelas tahun usianya pun ada... terjumpa pulak gambar berukuran passport kan... Macam-macam fesyen & trend... heheee... :D


Tembamkan I? hehehe...

Masa ni lepas SPM, masa sekolah dulu I was a bit chubby! Masa form 1 & 2 saya kategori gemuksss & gelap... hikhik... Tak pandai bergaya, main hentam je & tak kisah langsung tentang penampilan diri... sampai satu masa saya crush dengan seorang budak lelaki cute ni, biasalah sekolah dulu mesti ada orang yang kita minatkan...hehehe... secret admire lah kononnye... saya cerita kat kawan yang saya minat gile dengan budak ni... but my friend tu boleh pulak bocor rahsia dengan budak lelaki tersebut... yang sedihnya, budak lelaki tu boleh pulak dia cakap depan-depan saya tanpa perasaan, "Siapa suka saya? Budak gemuk ni..?" Sambil tangan tunjuk kat saya... sedih gila masa tu... rasa terhina jugaklah... Tapi, sampai kat situ jelah... pastu saya boleh minat kat orang lain pulak...hehehe...

Masa hujung tahun form 2, ditakdirkan Allah saya kena asma yang teruk... Seminggu tak pergi sekolah... Masa tu jugak berat badan saya turun mendadak..! Dan lepas tu saya terus berdiet & badan jadi kuruih... hehehe... Syukur boleh kurus walaupun terpaksa menahan sakit... Good hikmah kan :) Oh, sekarang asma pun dah lama tak attack... dah takde rasanye :))

Owh, masa sekolah dulu saya memang gelap gelita orangnya..! Sekarang ni pun taklah putih bebenor...hehehe... dulu sebab active main netball bawah cahaya matahari terik...tu yang kelabu asap je kulit... hehehe...


Ni gambar lepas SPM...  Masa ni dah kenal dah dengan Mr Hubby... Masa cuti panjang lepas SPM kerja dalam air-cond so, kulit cerahlah sikit...hehehe...


 Ni masa belajar kat Uni...


Ni pun sama... Hubby simpan gambar ni dalam wallet dia sampai sekarang... siap ada yang tegur, ni gambar masa tingkatan berapa? hahaha... Muka suci ni masa I early 20's ok! hehehe :))


Yang ni rasanya masa tahun 2006... Saya ingat 2-3 hari selepas beli spek mata ni abah meninggal
dunia... innallillah... Allahummafirlahu warhamhu wa'afihi wafuanhu~

Banyak lagi gambar saiz passport yang tersimpan dalam album ni dah terguna, tak sempat nak diselamatkan, rasa sayang pulak...


 Ni gambar 2 years ago... Bila tengok gambar-gambar ni semua buat saya sedar, umur makin banyak wrinkle pun makin banyak jugak! hehehe...

Anak pun dah banyak... dua orang - plural! Kira banyaklah kan...hehehe ;)


... con Nasuhita gordita! Bam bam dah sekarang ni :)


Imancito dengan muka 'gumball'nye.... hikhik...

8 October adalah hari lahir saya yang ke-xx (cubalah teka?!) hikhik...


Gambar masa bertunang year 2007, kurus gila masa ni... alahai... mimpilah nak kurus balik macam ni...hehehe... Munga atas pala, feeling-feeling puteri meh... weee~

Dah, amoi bam bam dah panggil!

Chau mi amor!


P.S: Dear all, thank you for birthday wishes... cayang sikit! xx

Oct 3, 2013

Home Spa & Relax2 Story! ♥

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Quick update with a long long stories..! :) Lama sangat tak bercerita kat sini... bila tengok entry-entry lepas sebulan hanya 3 post je... nak bloghopping pun rasa macam segan-segan...hikhik...

Terima kasih buat semua yang sudi tinggalkan jejak & komen pada entry2 yang lepas... ada yang sempat saya balas & yang tak sempat tu, sorry sesangat... sekarang masa memang sangat 'cemburu' dengan saya... buka fb pun curi-curi je... tengok yang penting-penting je! hikhik...

Dunia maya memang indah, tapi dunia nyata lagi indah! :)

Nasuha nak masuk 2 bulan dah by this Oct, 9... a day after my birthday...insha'Allah... moga semuanya sihat & dipermudahkan segala urusan... Banyak yang perlu diuruskan... ;))

Being a mom sometimes we need a break & release all the stress muscles... Dah lama tak manja-manjakan diri... Dulu rajin ke Spa, for massage, facial...sekarang ni kalau nak pergi kemana-mana kena fikir siapa nak jaga anak-anak... Itu persoalan yang utama! Lagi-lagi ada si tecik ni, which need extra care kan :))

Lagipun lepas bersalin yang kedua ni belum pergi berurut lagi, plan balik Malaysia nanti baru nak pergi urut tradisional terus... Sengal-sengal kat badan tu dah mula terasa dah... Makanya, home spa is the only choice I have! ;))

Kids? Babah take over!hikhik :)


Soaking in the hot bath water with the scatter beautiful rose petals while inhaling the scent promise you luxurious at-home break

Sekali-sekala berangan jadi tuan puteri tak salah kan :)

Setiap hari pukul 10 memang saya dah set waktu untuk Nasuhita mandi... Dia memang suka mandi! Kalau saya tak mandikan dia ikut time yang ditetapkan memang dia akan jadi gelisah... :)

Princesita ummi pun nak berendam juga! :)


Alamak, nampak pushat (pusat) laaa... 2 minggu pusat chu-ha dah tanggal! Pusat dia senang sangat nak jaga, sebab doktor potong pendek & cepat pulak kering...


 Tengoklah punya suka dia mandi.. :)


Cerita pasal pusat teringat tentang perihal tembuni/uri dia...

Di awal kehamilan lagi, semasa routine check up kami dah siap-siap beritahu genea selepas baby dilahirkan nanti minta dia tolong simpankan kami plasenta (uri/tembuni) untuk dikebumikan... Almost every check up kami akan remind doctor... And she's seem to understand apa yang kami cakap, maklumlah bahasa Spanish kami ni macam budak darjah 1...hehehe :D

Sehinggalah hari yang dinanti-nantikan... Bukan saje Genea, orang yang nak kebumikan yakni hubby pun boleh terlupa! huhuhu =='

Pagi tu lebih kurang pukul 4 pagi selepas saya keluar dari bilik pemantauan, hubby dengan muka cemasnya beritahu saya yang dia terlupa nak mintak uri tersebut... We had a small fight! Sakit-sakit pun sempat gaduh lagi...huhuhu... Gaduh-gaduh sayang gitu! Risau & cemas sebenarnya... Semasa dalam OT saya dah teragak nak tanya tentang uri tu tapi tak terkeluar dari mulut... Hubby pulak dengan kepala yang ting tong tak cukup tidur bersama pengurusan hospital yang agak mengelirukan terlupa terus...

Selepas saya ditolak masuk ke bilik wad, beberapa orang nurse masuk untuk membersihkan saya & juga menukar drip ubat... tanpa membuang masa kami pun ambil peluang tu untuk bertanya tentang uri tersebut...

Malangnya, mereka kata biasanya uri tu akan di dispose terus!!

Uwaaa..!!!

Macamana ni... tapi nurses yang ada suruh tanya doktor nanti...manalah tau plasenta tu masih ada...

Dalam pukul 9, doktor datang buat pemeriksaan... Cepat-cepat hubby tanya... mula-mula cuak juga muka doktor tu... yelah, dari first day check up kita dah bagitahu kan tentang uri tu...

Tanpa lengah masa, Genea tu terus berkejar untuk dapatkan balik placenta tu kot-kotlah masih ada lagi... kelam kabut juga dia..hehee

Masa tu saya & hubby berserah sepenuhnya pada Allah... Macam-macam bermain dalam kepala... kalau mak tanya nak jawab apa...? Takkan nak tipu kan...sure maklah orang paling bising nanti...hehehe

Alhamdullillah, nasib baik masih ada... Hubby tanya juga betul ke tu plasenta Nasuhita... risau juga kan, manalah tau orang lain yang punya... Dia kata betul sebab malam tadi saya seorang je yang operate... nama bilik OT yang tertulis kat baldi tu pun sama... angkut placenta tu siap dengan baldi2 sekali...hehehe... :D

Mereka tanya, nak buat apa dengan uri tu? Kami explainlah yang uri tu untuk ditanam, part of body & wajib kita respect :))

Alhamdullillah, Allah bagi kekuatan untuk hubby menyempurnakan uri tu... Untuk pengetahuan, Mr hubby memang takut dengan darah... dia takkan sentuh benda-benda yang bagi dia busuk & hanyir... senang cakap hubby penggeli orangnya... Macam potong ayam, sekarang ni baru dia berani & pandai potong ayam... Kerja-kerja dapur memang dia tak reti buat... Sayang, I'm not condemning you tau... hehehe... tapi memang betul kan :p ;))

Sekarang semua dia dah pandai..! Come, come... un abrazo fuerte para mi esposito! xoxoxo :))

Pergi pasar, beli sayur pun dah pandai & dah kenal pun mana sayur sawi, mana sayur peria... kalau tak lain yang dipesan lain yang dibeli...hehehe :))

Mula-mula risau juga pandai ke hubby nak uruskan uri tu nanti... Dia kata dia dah google dah pun cara-cara nak sempurnakan uri tu... Saya tanya juga macamana caranya... Dia pun cerita step by step seperti yang dibaca/ditonton, dari bersihkan dengan asam limau & asam keping sehingga kering darahnya beserta selawat sehinggalah dibungkus dengan kain putih, ready untuk ditanam...

Saya menyampuk... dah lepas bersihkan uri tu jangan diletak dalam peti ais, terus pergi tanam... takut-takut nanti ada yang taruk kunyit kemudian goreng & terus dimakan... awet muda gitu...eeerrrk!

Just kidding! :))

Apa-apa pun segalanya mematangkan kita... Where there's a will, there's a way... Kater nye kalau balik Malaysia semua pun boleh lupa..! hehehe... :D

Thank you for reading! :)

xx

P/S: Uri Nasuha selamat dikebumikan di sekitar Embassy Malaysia, Lima :)