Gracias!

Nov 30, 2012

Muharam Mubarak & Giveaway!

*STICKY POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY*

Assalammualaikum wbt.

Hola Damas & Caballeros!

Alhamdullillah, syukur kita masih lagi diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk terus bernafas di muka bumi milikNYA yang indah ini... Salam Maal Hijrah 1434H kepada semua! :)

Semoga kita terus berusaha untuk terus berhijrah kepada yang lebih baik lagi... 

May ALLAH SWT grant freedom and ease to all who are oppressed or facing difficulties, shifa' to the sick, nur & jannatul firdaus to all deceased. May ALLAH SWT continue to grant us all that we need each day... Insya'ALLAH... Ameen...

Sempena bulan & tahun baru Hijrah ini, kami ingin berkongsi peluang kepada rakan-rakan FB atau Blogsphere yang memiliki akaun FB untuk memiliki barangan eksklusif terus dari Peru! :)

Dengan lafaz 
saya ingin mempelawa rakan-rakan blogger, silent readers dan sesiapa sahaja dari Malaysia, untuk menyertai FB EXCLUSIVE GIVEAWAY - From Peru To Malaysia With Love (Like, Share & Win) dan seterusnya memenangi  barangan eksklusif terus dari Peru.

15/11/2012 ~ 30/11/2012

SYARAT-SYARAT & TERMA

1. Like "Marya Yusof" Page. >>>>http://www.facebook.com/LivingInPeruByMaryaYusof?bookmark_t=page

2. Seterusnya, "Like & Share" gambar di 'wall' anda. Penting: Sila pastikan 'privacy setting' anda berstatus "PUBLIC". Ini untuk memudahkan kami mengesan 'entry' anda.

3. Kongsikan dengan kami seberapa banyak pengetahuan anda tentang Peru di bahagian komen.

4. "Tag" SEKURANG-KURANGNYA seorang daripada rakan anda untuk menyertai pertandingan.

5. Lima Pemenang Bertuah akan dipilih. Anda dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak 'entry' dan ini akan membuka lagi peluang untuk anda menjadi pemenang.

6. Anda berpeluang untuk memenangi produk eksklusif terus dari Peru.

7. Kami berhak untuk mengubah Syarat & Terma tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.

8. Tempoh: 15/11/2012 ~ 30/11/2012

9. Penyertaan yang tidak menepati semua kriteria di atas tidak akan diambil kira.

Buena Suerte! Good Luck!





Nov 28, 2012

Takziah buat Wan Nurul Hezrina...

Assalammualaikum wbt.



Takziah buat Wan Nurul Hezrina sekeluarga... Semoga Wan sekeluarga tabah & kuat menerima dugaan ini... 

~Al-Fatihah~

Wan adalah rakan saya semasa belajar dulu dan bertemu semula sejak aktif berblogging melalui Shima... Mendapat berita melalui Shima di FB... Selepas membaca blog Wan, saya mendapat tahu ayahnya koma dan dihantar ke hospital... Moga ALLAH permudahkan segala urusan dia & keluarganya... Ameen... 

Kehilangan sememangnya memeritkan bagi yang pernah mengalaminya... Saya juga pernah melalui keperitan itu 6 tahun yang lepas dimana saya kehilangan arwah abah tercinta & kakak yang disayangi pada tahun yang sama... Beza hanya 9 bulan sahaja... 

Tak terbayang bila kehilangan orang yang tersayang dalam tempoh tidak sampai setahun & melalui Hari Raya Aidilfitri dengan kehilangan insan-insan yang tersayang, 2 orang sekaligus! Hanya ALLAH sahaja yang tahu...

Kadang-kala kita rasa kita adalah manusia paling malang di dunia ini dengan ujian yang pelbagai... Tapi apalah sangat ujian itu jika dibandingkan dengan ujian yang dilalui oleh baginda Rasullullah SAW...  

Beginilah tiap kali saya memujuk diri sendiri... Selain ALLAH & Rasul, suami, anak & keluarga adalah pengubat duka... Dalam segala ujian yang datang saya masih memiliki mereka untuk meneruskan kehidupan... Yang masih ada & sayangkan saya... insya'ALLAH...

La Tahzan, Innallaha Ma'ana... Don't be sad, ALLAH with us! 

*Jauh disudut hati saya berharap akan ada yang ingatkan saya dan berkata yang sama apabila saat saya lemah & sedang diuji... Saat itu pasti tiba kerana hidup memang untuk diuji*



  

Nov 26, 2012

GA - 5 Days to Go!

Assalammualaikum wbt.

Hola cariño!

Buat pertama kalinya saya adakan GA-From Peru With Love (Like, Share & Win)

Alhamdullillah, walaupun sambutan tidak seperti yang saya sasarkan tapi saya tetap berpuashati kerana masih ramai yang sudi mengambil bahagian... Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi join! :):)

Kurang 5 hari GA ini akan ke kemuncaknya, insya'ALLAH tak lama lagi kita akan tahu siapa 5 pemenang bertuah itu! :))

Jika tiada sebarang masalah, kami akan umumkan pemenangnya secepat yang mungkin... Antara hadiah menarik menanti semua...

Mesti ramai yang nak tahu kan? :)

1.  KARPET ALPAKA - Size 0.8m x 0.6m (approx)


2. RUANA 

*Warna seperti di sebelah kanan anda-Merah Belacan*
3. Tiga FM- PERU


4. Apron Peru *Hadiah Tambahan*

Untuk makluman semua, hadiah no. 1 & no. 2 adalah hadiah UTAMA, jadi pemenang UTAMA boleh memilih salah satu hadiah tersebut... :) :)

Siapa JURI bagi GA ini?

Untuk makluman semua juga, saya BUKAN JURI bagi GA ini... Oleh kerana semua yang mengambil bahagian adalah terdiri dari kawan-kawan dan kenalan saya jadi, untuk menggelakkan berat sebelah atau 'bias' saya telah melantik JURI khas bagi GA ini!

Jurinya tidak lain dan tidak bukan adalah HUBBY saya! Mr Hubby-Nadzri Sani ;))

Puas pujuk dia ni untuk jadi juri... hehehee... :D

Terima kasih buat semua yang sudi mengambil bahagian! Semoga kita mendapat manfaat bersama... Salah satu cara saya mengeratkan lagi ikatan persahabatan sesama kita! Insya'ALLAH...

Good Luck! Buena Suerte! :))


Nov 25, 2012

Jom ikut Iman swimming! ;)

Assalammualaikum wbt.

Hola todos!

Update hari Ahad? Macam tak percaya je update time weekend...hehehe... Ok, ni curi-curi update jugak... Curi-curi update pun masih panjang berjela! hahaha :D

Terima kasih pada yang masih sudi membaca blog saya ni... :)

Semalam kami pergi picnic! Salah satu aktiviti school Iman untuk hujung tahun ni... Sebenarnye ala-ala 'campamento' (camping)... Nama tempat yang kami pergi ni namanye Cineguilla! :)

Kami yang benarnya takde idea macamana rupa tempat 'picnic' ni! Dahlah cuaca 'loco'-gila! Kejap sejuk, kejap panas (merujuk di Lima tempat kami tinggal)... Dengar-dengar cerita tempat tu cuacanya sangat baik! Terletak di timur Lima & siapa yang mengikuti blog saya ni mesti tahu yang Lima adalah sebuah tempat yang dikelilingi gurun yang berhumidity tinggi! Dingin dan purata hujan tahunan yang sangat minumum... Boleh dikatakan takdok hujan! hehehe :)

Terus pada cerita picnic

Kami pergi menaiki bas yang disediakan oleh sekolah Iman... Iman memang suka naik bas! Perjalanan lebih kurang 1 jam lebih... of course kami pergi bertiga! Lama rasanya tak bercuti jalan-jalan keluar dari Lima, sejak cuti-cuti semasa bulan Julai dulu! :) ;)

Alhamdullillah, cuaca memang sangat baik di sana... Cerah & bermandikan cahaya matahari! Lebih kurang 24-25 darjah celcius! Bagi kita yang asal dari negara cuaca tropika ni memang elok sangat! Tak panas & taklah sejuk benar :) :)

Awal-awal lagi teachers Iman bagitau suruh bawak solar cream protector! Mereka ni memang concern bab-bab gini ;):)

Sampai-sampai je, resortnya taklah sebesar mana... Ada kolam renang yang kecil! Cukuplah untuk budak-budak & mak bapak budak untuk menjadi 'dugong'! hikhikhik... *wink*wink*


Iman excited nak masuk dalam air! Tak menyabar langsung dia! :)


Sambil mandi sambil 'cuci-cuci mata'! ahaks :p ;)


Iman & Luca, kawan sekelas Iman yang muda sedikit dari Iman... Tapi badan dia lebih besar & 'tough' dari Iman...hehehe... Mr Hubby gelarkan dia "Belanda dapat tanah"... sedap betul 'memuji' orang yang tak faham bahasa kita time gini...hehehe... Ala, bukan selalu nakal-nakal sikit! hehehe :D :p

Apa-apa pun Luca memang comel, berani & tahan lasak, namapun budak-budak kan :)))


 Seronok tengok Iman berani bermain air yang dalam... Dulu ingat nak masukkan Iman swimming class, berkira-kira samada nak masukkan dia swimming class atau hantar ke school... Yurannya mahal jadi kami decide hantar school jelah ;)))


 Iman & babah! Suka pic ni! Melebor je senyuman anak beranak ni :))


Melepak sambil makan-makan... tengoklah dak tecik tu! Kelaparan lepas mandi & bermain...


Sampai tak perasan dok mencangkung gini! Ops!!!


Sehari sebelum tu ada perkhemahan buat kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun... Iman tumpang nyibuk je dalam khemah tu... Tak dapat bayangkan kalau Iman kena bermalam tanpa kami di sana... Boleh ke? hurrmmmm...


 Kalau picnic macam ni, dorang memang suka berBBQ, minum-minum & sebagainya... Tapi kami tak join! Saya buat meehoon goreng je untuk haritu... Cancel puasa! huhuhuu :'(


Bersambung-sambung mandi! Pero ahora con las maestras! Teacher Guadalupe adalah teacher yang jaga class Iman, Teacher Sandra adalah cikgu Bahasa Inggeris Iman! Teacher Sonia adalah guru besar sekolah atau school's director! :)


Iman malu-malu lah konon... cittt...


Swimming with teacher Sonia!


Yang ni beberapa kawan sekelas Iman...





Saya ada juga join mandi sebab lepas solat babah malas nak tukar baju teman Iman mandi semula, terpaksalah saya melayan Iman... Yang kelakarnya saya mandi berbaju! Takkan nak 'vogel-vogel' macam depa jugakkan! ;))

Sampai ditegur seorang budak perempuan ni, "Sra. ¿Por qué lleva blusa?" Sambil tunjuk-tunjuk my baju... I just smiled smiled jelah... kihkihkih... Kesian kat budak perempuan tu, muka dia penuh tanda tanya! hehehe...


Penat sampai tertidur! Tapi sekejap je tak sampai setengah jam bangun & sambung mandi balik!


Keluar masuk khemah, macam tak penat-penat!


Aktiviti untuk parents pun ada juga...


Seronoklah juga walaupun ada yang kami tak berapa nak faham...hehehe...hentam jelah labu! :)


Asalkan participate!

Hubby tu pakai spek hitam! Ada makna tu! hehehe... I jealous? Orang bodoh je tak jeles... I tak boleh nak larang die nak tengok... takkan I nak tutup mata die kan... siku-siku je sikit...hehehe... maklumlah banyak sangat 'lolipop' yang terbuka pelbagai warna & rupa! hehehe... man's nature... Jadi bahan jenaka pada kami berdua pun ada juge ;))


Dak tecik ni sampai nak terbeliak mata tiup belon! Lepas belon meletop terus takmo main lagi dah... ;))




 So far, so gooooood! We enjoy the picnic & have fun together! 

Thank you for reading!

Chau :)



Beautiful Poncho From Peru!


Assaammualaikum wbt...

Hola cariño!

Harini curi-curi update sementara my baby 'titun'! Baby besor muchuk macham Iman lah! Penat sangat pergi school, balik rumah macam laporrrrr sangat pehtu dah kenyang kena tidur tengahari jap untuk 'restore' energy dia! Tapi tak boleh lama sangat tidur siang kang nanti payah nak suruh dia tidur malam...huhuhuuu...

Eh, saya ok-ok jer! Lega dapat coret & luah-luah kat sini apa yang kita rasa... Sebab kita ni bukan robot takdok perasaan ye tak? kikikiiii... Seriously, I'm ok & happy! Siap boleh tengok video & layan cerita Melayu back to back lagi... "Cian Iman takde kawan"... Ok, ni dialog biasa dak tecik muchuk...muchuk! ;):) 

Maaf ye entry saya panjang melebor... Nak share ni!

Straight to the point!

Pada rakan-rakan blogger yang dah jadi friend kat FB  maybe semua pun dah tau tentang Poncho made in Peru ni... Poncho atau orang sini panggil Ruana! Yang istimewanya Ruana ni diperbuat dari gentian Alpaka! Alpaka ni adalah sejenis haiwan 'camelid' yang sangat comel tau! Peru adalah negara pengeluar terbesar product berasaskan Alpaka ni! :)

Nak cerita panjang lebar tentang haiwan Alpaca ni maybe next entry lah kot! hehehe... Kang bertambah panjang pulok! :)

Actually, ada banyak jenis dan 'design', tapi yang saya nak tunjuk ni yang "Hot Sales" macam pisang goreng panas! Bentuknya yang unik & saya rasa takdok lagi kat Malaya nuuunnn... Negara lain saya tak tahulah pulak! :)

Ruana @ Poncho Con Bobo Grande!
Ok inilah rupa Ruana tu...  Tebal, selesa, bagi yang bekerja di pejabat yang berhawa dingin memang sangat sesuai nak bergaya-gaya dengan Ruana ni... Bak kata Kak Saniah, pakai untuk pergi tengok wayang yang sejuk tu mesti best! ;);):))


Ada lebih 30 pilihan warna mengikut kesukaan masing-masing! Pilih-pilih je :)

Harga: USD 90 (RM 269) termasuk kos penghantaran dan PERCUMA pin bunga berharga USD 10 (RM 30).

Material: 50% Alpaca, 50% Acrylic.

MAHALLLL??!

Wait sayang... Let's me explain ok! :)

Kenapa pakaian yang berasaskan Alpaka ini mahal? Pakaian yang berasaskan Alpaka adalah sangat halus (fine) buatannya, berkualiti tinggi (excellent quality) & sangat sukar diperolehi (rare). 

Seperti saya kata haiwan Alpaka ini hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja di dunia! Selain Peru, terdapat sedikit di Bolivia, United State America & Canada nunn... tapi yang terbaik adalah datangnya dari Peru! :)

Dan saya jamin kualitinya yang akan membuatkan semua puas hati...in sha ALLAH :)


Calidad de Exportacion ~ Quality Export

1.4m x 1.0m (approx)

Yang paling menyeronokkan, ia boleh dipakai dengan pelbagai gaya! And hubby cakap yang penting menutup aurat! :):))


Contoh beberapa warna yang menarik buat semua!

Siapa berminat untuk dapatkan satu bolehlah PM Marya kat email atau di FB... Special discount will be given untuk yang 'like' page saya! :)

Sementara kami di sini, saya kongsi & terpulang untuk semua to take the opportunity & grab it! :)

Serious Buyer Only, Por Favor...

Thank you darling for reading! :))

Nos vemos prunto! See you soon! :):))

P.S. Setiap pembelian Ruana @ Poncho ini, RM 5 akan didermakan ke Tabung Bantuan Khas GAZA...

Nov 19, 2012

The Beauty of Friendship!

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Como estas?

Alhamdullillah, nosotros muy bien... Kami sihat-sihat sahaja :)

Bulan ni and akan datang Disember will be hectic month! Dengan program school Iman, program di Embassy etc. etc.

Oh ya! Giveaway masih berjalan... Cuma saya ada kekangan untuk buat promotion... Terlalu banyak yang nak kena buat... Moga dapat sambutan... Kalau takde sambutan pun saya tetap akan bagi hadiah pada yang join... Terhad 5 hadiah je ye...hehehe ;):)

Thank you.

Thank you juga pada yang 'like' page "Marya Yusof"... Maybe we can share any news, knowledge and some benefits in future. I'm social-type (easy going) and hate to be alone...  I know, in some occasion its good to be alone, for muhasabah diri dan sebagainya... but two ways communication is better... make me feel so good :):)

And I understand some people don't like to be 'friend' with the people that they're not even know... It's ok! And thank you again for 'like' my page... :)

Understand me, por favor.

Talk about friendship... Saya memang suka berkawan & setakat ni saya berkawan dengan semua orang... Tak kira siapa pun dia, apa baju dia pakai, umur berapa, kerja apa, jawatan apa, dari mana... Just in certain cases I have to be careful... You know, manusia ni macam-macam kan ;) :)

Here, in blogsphere (blogging world) I have a lot of friends... Sampai saya tak terkejar! Some of them I can feel the 'bond', kita boleh 'rasa' betul-betul perasaan aura keikhlasan tu melalui tulisan/komen mereka... Lagi-lagi yang jenis tak berkira! Oh, occasionally they make me having 'special feeling': guilty & terhutang budi! hehehe... Anyway, I love you all... Thank you for being a good friend of mine :)

However, when its come to real life, everything not that's easy... the relationship become so complicated & difficult to understand! Yes, I have to admit & I can't take it for granted... 

Saya cuma ingin difahami bahawa saya juga seperti orang lain yang ada life, sosial & masalah saya sendiri... Saya manusia biasa yang tak dapat memenuhi kehendak, setiap permintaan. I'm not genie in the bottle to fulfill every wish! Semua pun kawan saya, semua pun saya sayang...

Sesiapa yang benar-benar mengenali saya akan tahu betapa saya menghargai sebuah "PERSAHABATAN". Dan persahabatan bukan sekadar 'add' button 'friend' and 'approve'! It's not only about saying "Hello & Goodbye". It's means a lot...

Bloglist Cleansing.


Saya menghargai semua sahabat maya apalagi rakan-rakan yang kenal saya secara terus. Saya minta maaf kerana terpaksa me'remove' serta membersihkan 'bloglist' yang ada untuk memudahkan saya BW dan sebagainya... Lagipun, ada yang tak ber'update' up to one year! So, I assume the owner is no longer interested in blogging anymore. Semoga kita berjumpa di lain-lain sosial networking.

Business & friends. 

Pengalaman yang saya rasa semua yang ber'business' pun pernah alami... "Friend-friend' discount! The lowest as possible...hiks ;)

Dear my lovely friends, I have to be professional & fair to all... You're my friend & others also are my friends too! Please do understand... :)

Friends will never betray & back-stab their friend.

Please, I share because I care... Saya berkongsi bukan untuk memporak-perandakan hidup orang lain. You want, you take it. But, if you don't want... it's ok & peace no war! As simple as that... And please don't run because I'm not going to chase & force you dear...

Okeeyyy... Just seek & hide! hahaha :D Just kidding :p :)

I'm a Libran (Libra)! You can read how most Libran would react to their friends! Kena bezakan antara menilik masa depan & personaliti ye! Nanti ada pulak yang kata Haraaam...ops! :x

Bersahabat dan berkawan tanpa syarat adalah yang terbaik! Pahala & barakah adalah bonus bagi yang bersahabat kerana ALLAH! :)

Pengalaman baru.

Menerima jemputan dari sahabat untuk menikmati hidangan Peru yang tidak pernah kami rasai kerana faktor 'Halalan Toyiban' ;)

Mereka pernah tinggal di Malaysia, pernah cerita dulu di sini: Edisi Khas Merdeka Raya!

Aji de Gallina 
Arroz con Pollo 
Peruvian Causa de Atun 
Fresa con Chocolate  
Crema Volteada- Peruvian Caramel Custard
Jangan risau saya dah mintak resepi, insya'ALLAH nanti saya share kan ye! :)


Jazakallah khair... Gracias por las comidas estaba riquisssimmmma... Muy rica y muy deliciosa! :)b

Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa... Unforgettable memory for us! :):)

Salah satu cara saya berlatih berbahasa Spanish adalah bergaul dan bercakap dengan mereka... dan ianya sangat membantu :)

Sebagai isteri seorang diplomat kadang-kala agak sukar untuk saya bersosial! Walaupun saya sedar suami saya hanyalah 'diplomat kecik' tapi biarlah ALLAH sahaja yang tahu segala-galanya...

Bersosial juga adalah hak kami dan kami bebas untuk berkawan & bersahabat dengan sesiapa sahaja... Usahlah mempertikaikan 'profesionalisme' dan sebagainya kerana kami tahu tanggungjawab kami as long it's not against the rules & laws... Terima kasih pada yang mengambil berat :)

Darah Melayu masih mengalir dan akan terus mengalir selama-lamanya... Fact!

Jamuan berjemput, datang berbalas... Adat Melayu memang indah... Persahabatan dirai seolah satu anugerah...

Spaghetti Goreng sebagai ganti Mee Goreng 
Jeruk Cili @ Chillies Prickle
Ni saya jumpa di China Town aritu... Kata hubby, pedasnya lambat sampai! Not up to my standard! Eksyen betul orang Melayu sorang ni...hehehe :p

Roti Jala
 50 pcs pun rasa nak fengsan buat macam manalah nak buat 150 pcs nanti ni...hiks... :p

Pisang Tanduk Goreng

Tiada yang lebih indah dari dapat berjemaah bersama-sama... Berkongsi cerita sambil makan-makan :)

Pie de Limon
 Buah tangan dari tetamu yang datang! Gracias hermanita Roxana & familia! :)

Bukan kedekut berkongsi resepi, saya pun dalam proses belajar lagi...hiks ;)


Kuah kari yang pekat... Favorite saya ni mamam dengan nasi panas-panas! Perghhh...melekat kat tangan seminggu! hehehe :D


Teh tarik pun ada! :)

 Thank you for reading...

Chau! :)

P.S. Suka, tak suka, benci, sayang... Setiap manusia ALLAH kurniakan naluri atau instinct dan setiap tindak balas seseorang pada kita secara lisan atau tidak, bagai gelombang yang boleh kita rasakan... Kita tidak boleh menipu diri sendiri apatah lagi orang lain... Jika ada salah saya, maafkan saya.