Gracias!

Dec 29, 2010

Tahniah kepada squad negara!!!

Semua orang sudah tahu..Satu Malaysia pun sudah tahu Squad Harimau Negara telah berjaya membaham Garuda Indonesia di dalam perlawanan akhir Piala Suzuki (AFF Suzuki Cup 2010) yang berlangsung di negara Karno malam tadi...Wah, Mr Hubby lah yang tersangat gembira malam tadi...siap jerit & lompat-lompat katak lagi bersama-sama dengan Iman...huhuhuhuuu....katanya sekarang ni tengah bersemangat Malaysia Boleh...

Kepada squad bola sepak negara, tahniah kepada mereka yang telah berhempas-pulas demi negara Malaysia yang tercinta ini. Terima kasih juga kepada Perdana Menteri kita, Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak kerana pengumuman cuti umum esok, Jumaat 31/12/2010 sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan squad negara...Malaysia Juara!!! Yeay!!!

P/S: Mr Hubby tanya nak pergi mana cuti ni?? Apalagi jom 5S rumah...

No comments: