Gracias!

Dec 29, 2010

Tahniah kepada squad negara!!!

Semua orang sudah tahu..Satu Malaysia pun sudah tahu Squad Harimau Negara telah berjaya membaham Garuda Indonesia di dalam perlawanan akhir Piala Suzuki (AFF Suzuki Cup 2010) yang berlangsung di negara Karno malam tadi...Wah, Mr Hubby lah yang tersangat gembira malam tadi...siap jerit & lompat-lompat katak lagi bersama-sama dengan Iman...huhuhuhuuu....katanya sekarang ni tengah bersemangat Malaysia Boleh...

Kepada squad bola sepak negara, tahniah kepada mereka yang telah berhempas-pulas demi negara Malaysia yang tercinta ini. Terima kasih juga kepada Perdana Menteri kita, Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak kerana pengumuman cuti umum esok, Jumaat 31/12/2010 sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan squad negara...Malaysia Juara!!! Yeay!!!

P/S: Mr Hubby tanya nak pergi mana cuti ni?? Apalagi jom 5S rumah...

Dec 24, 2010

Spagetti ala Fusion

Cheh... tengok nama resepi tak tahaaaannn...ini adalah resepi untuk orang malas yang letih & penat berulang-alik kerja...hehehee...yang penting simple & sedap...


Inilah rupanya Spagetti ala Fusion tu
 
Selera betul Iman makan



Dah macam anak toyol pun iye jugak...hehehee

P/S: Masak macam mee goreng biasa tu je...

Dec 22, 2010

Free Photoshoot

This photoshoot has been taken on last Sunday. After being tired persuading Iman went through the process, finally this is the result. The photoshoot took by a professional photographer for free. Yes FOC... I like free thing!!!





P/S: This is the scanned photo not the real one...



Dec 21, 2010

Sindrom Carpal Tunnel

Beberapa hari yang lepas, aku terserempak sahabat baik aku Sue di Terminal One semasa menunggu Mr Hubby menjemput aku & berbuka puasa bersama selepas mengambil Iman. Sue sedang bercuti kerana baru lepas surgery tangan kerana menghidap Sindrom Carpal Tunnel. Sue kena menjalani surgery kerana keadaannya sudah berada pada tahap kritikal. Tangan kanan pula tu...

Aku amat bersimpati dengan nasib Sue kerana dia salah seorang sahabat baik aku yang selalu ditimpa ujian yang hebat dalam hidupnya. Tetapi, beliau seorang wanita yang tabah, dan biasanya orang yang tabah disayangi oleh Allah dan selalu diuji olehNya.

Walaupun Sindrom Carpal Tunnel ni bukan sejenis penyakit yang popular tetapi bagi mereka yang pernah merasainya pasti tahu bagaimana seksanya keadaan mereka. Ini kerana aku pernah melaluinya sewaktu mengandung dahulu. Walaupun ia berlaku pada bahagian tangan namun rasa kebas dan tingling (menyengat) membuatkan keadaan serba tidak kena. Tidur malam yang tidak lena, sukar untuk membuat kerja-kerja rumah & ofis terutama bila menaip komputer. Sesetengah orang yang tidak faham akan mengatakan kita mengada-ngada, malas dan sebagainya, tetapi apa yang aku lalui hanya Allah sahaja yang tahu. MC tak boleh cakaplah, kerana tidak cukup tidur dengan keadaan diri yang memboyot membuatkan aku selalu ponteng kerja. Macam-macam orang cakap tentang aku, yang kononnya manja sangat bila mengandung. Tapi semuanya berakhir apabila aku selamat melahirkan Iman ke dunia. Kesakitan itu beransur-ansur hilang. Aku bersyukur sangat kerana tidak perlu mendapatkan rawatan sehingga terpaksa dibedah. Alhamdullillah...Disini aku ingin berkongsi info tentang Sindrom Carpal Tunnel ini.

Sindrom Carpal Tunnel

SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.
Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.
Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.
Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.
Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:
1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.
2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.
3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.
Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.
Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.
Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini.
Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.
Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:
* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.
Diagnosis
Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:
1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.
Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunne tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan.
Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut.
Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.
Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.
Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.
Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.
Rawatan
Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.
Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).
Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:
* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.
Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.
Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.
Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.
Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.
Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.
Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.
Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.

Dec 19, 2010

Iman's Day Out!!!

Date : 4/12/2010
Venue : Zoo Negara, KL

Iman terlopong tengok animal
There's Orang Utan


Siamang or something...tak ingat..

Uwan pun ikut jugak...

First time seeing the rabbit

Iman's yelling & crying when the pony come close to him...
Beautiful birds but can not stand the smell...yucks!

Iman & Babah are looking at Flamingo birds

 
Tak boleh tahan ngantuk..tertidur jugak..

Elephant...Jumbo...


Feeding time for jumbo...
 

Amazing Stage Show




 

Goodbye Zoo...Yeay!!!


A very experiencing journey for Iman... Hope he'll learn something... Thank you Babah for took us there.

Dec 14, 2010

Out of station again...

Alor Setar, Kedah 12/12/2010 until 16/12/2010- Working, working, working....
Langkawi, Kedah 17/12/2010-Shopping!!! Shopping!!! Shopping!!! Yeay!!!

Truly Best Friend

...is that true we still have truly best friend out there? This question always spinning in my mind...Who're your truly best friends? From my view, best friends won't leave you whatever happen... someone who's always by your side thru' happiness & hardship. Who's believe in you while others not. Who's never ever betray & back stab your back. Always remind & guide you whenever you go to the wrong way. Someone who've share the same interest with you. Someone who've never let's you down. Someone who've never been apart because it's so great to be together.

I got a lot of best friends but neither one is truly best friend...Best friend is just the kisses of hellos & goodbyes...When you're at one place, you will get one and after you've to move on, everything will change and all will be forgotten...I don't know why, maybe this is what I've been thru'...moreover, truly best friends is hard to find...Maybe I should be the true best friend of myself, my husband & our own child, children....   

Dec 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Hari ini, bersamaan 29 Zulhijjah 1431H, hujan rahmat mencurah-curah  turun seolah-olah ingin membasuh segala kekhilafan semalam yang setahun telah berlalu, semoga mataharikan bersinar menerangi jalanku di tahun baru...

Azam tahun baru 1432H , akan cuba kucapai, kugapai & kugenggami...Ameen...


Dec 1, 2010

Iman kena tinggal

Kecian anak umie kena tinggal sepanjang umie outstation seminggu ke Sungai Petani. Sudahlah babah handicaped, asyik kena marah je...Nak buat macamana terpaksalah belajar tinggal dengan anak...Yang terharu tu masa balik babah luahkan perasaan cakap, macamanalah babah nak hidup dengan Iman if umie takde kat sisi...umie cakap babah kena kahwin barulah nampaknye...heheheee..


Masa wedding K.Long Ifa @ rumah along Wad without umie
Comotnye anak umie macam takde mak...
Masa kat KLIA nak hantar umie, Iman buat perangai tak reti duduk diam...siap tampar-tampar lagi muka umie macam tau-tau je umie nak tinggalkan dia...Masa nak boarding tu Iman tengok je umie masuk boarding gate & start cranky nak menangis...Tetiba umie rasa sebak tapi taknak tunjuk...control...kalau tak memang tak jadi pergilah jawabnya...huhuhuuu

Akhirnya, seminggu pun berlalu...Tak sabar nak jumpa Iman & of course babahnye sekali...Umie ingat Iman tak kenal lagi umie...Tapi bila Iman nampak je muka umie terus terjerit terlompat-lompat as so excited. Nak umie dokong & hug puas-puas...Sepanjang perjalanan balik tu asyik senyum & happy je..Ni uwan die yang cakap...ape-ape pun next month kena keluar lagi...dah tanggungjawab nak buat macamana...Kenalah Iman tinggal dengan babah & uwan lagi...Terima kasih Uwan sebab tolong tengokkan Iman & babah...Love You All...

P/S: Babah dapat tukar ke Putrajaya-Wisma Putra effective 6/12/2010...Tak lama lagi kita dok oversea lah...kat mana lah tu...??