Gracias!

Dec 29, 2010

Tahniah kepada squad negara!!!

Semua orang sudah tahu..Satu Malaysia pun sudah tahu Squad Harimau Negara telah berjaya membaham Garuda Indonesia di dalam perlawanan akhir Piala Suzuki (AFF Suzuki Cup 2010) yang berlangsung di negara Karno malam tadi...Wah, Mr Hubby lah yang tersangat gembira malam tadi...siap jerit & lompat-lompat katak lagi bersama-sama dengan Iman...huhuhuhuuu....katanya sekarang ni tengah bersemangat Malaysia Boleh...

Kepada squad bola sepak negara, tahniah kepada mereka yang telah berhempas-pulas demi negara Malaysia yang tercinta ini. Terima kasih juga kepada Perdana Menteri kita, Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak kerana pengumuman cuti umum esok, Jumaat 31/12/2010 sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan squad negara...Malaysia Juara!!! Yeay!!!

P/S: Mr Hubby tanya nak pergi mana cuti ni?? Apalagi jom 5S rumah...

Dec 24, 2010

Spagetti ala Fusion

Cheh... tengok nama resepi tak tahaaaannn...ini adalah resepi untuk orang malas yang letih & penat berulang-alik kerja...hehehee...yang penting simple & sedap...


Inilah rupanya Spagetti ala Fusion tu
 
Selera betul Iman makan



Dah macam anak toyol pun iye jugak...hehehee

P/S: Masak macam mee goreng biasa tu je...

Dec 22, 2010

Free Photoshoot

This photoshoot has been taken on last Sunday. After being tired persuading Iman went through the process, finally this is the result. The photoshoot took by a professional photographer for free. Yes FOC... I like free thing!!!





P/S: This is the scanned photo not the real one...



Dec 21, 2010

Sindrom Carpal Tunnel

Beberapa hari yang lepas, aku terserempak sahabat baik aku Sue di Terminal One semasa menunggu Mr Hubby menjemput aku & berbuka puasa bersama selepas mengambil Iman. Sue sedang bercuti kerana baru lepas surgery tangan kerana menghidap Sindrom Carpal Tunnel. Sue kena menjalani surgery kerana keadaannya sudah berada pada tahap kritikal. Tangan kanan pula tu...

Aku amat bersimpati dengan nasib Sue kerana dia salah seorang sahabat baik aku yang selalu ditimpa ujian yang hebat dalam hidupnya. Tetapi, beliau seorang wanita yang tabah, dan biasanya orang yang tabah disayangi oleh Allah dan selalu diuji olehNya.

Walaupun Sindrom Carpal Tunnel ni bukan sejenis penyakit yang popular tetapi bagi mereka yang pernah merasainya pasti tahu bagaimana seksanya keadaan mereka. Ini kerana aku pernah melaluinya sewaktu mengandung dahulu. Walaupun ia berlaku pada bahagian tangan namun rasa kebas dan tingling (menyengat) membuatkan keadaan serba tidak kena. Tidur malam yang tidak lena, sukar untuk membuat kerja-kerja rumah & ofis terutama bila menaip komputer. Sesetengah orang yang tidak faham akan mengatakan kita mengada-ngada, malas dan sebagainya, tetapi apa yang aku lalui hanya Allah sahaja yang tahu. MC tak boleh cakaplah, kerana tidak cukup tidur dengan keadaan diri yang memboyot membuatkan aku selalu ponteng kerja. Macam-macam orang cakap tentang aku, yang kononnya manja sangat bila mengandung. Tapi semuanya berakhir apabila aku selamat melahirkan Iman ke dunia. Kesakitan itu beransur-ansur hilang. Aku bersyukur sangat kerana tidak perlu mendapatkan rawatan sehingga terpaksa dibedah. Alhamdullillah...Disini aku ingin berkongsi info tentang Sindrom Carpal Tunnel ini.

Sindrom Carpal Tunnel

SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.
Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.
Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.
Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.
Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:
1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.
2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.
3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.
Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.
Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.
Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini.
Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.
Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:
* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.
Diagnosis
Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:
1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.
Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunne tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan.
Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut.
Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.
Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.
Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.
Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.
Rawatan
Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.
Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).
Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:
* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.
Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.
Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.
Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.
Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.
Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.
Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.
Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.

Dec 19, 2010

Iman's Day Out!!!

Date : 4/12/2010
Venue : Zoo Negara, KL

Iman terlopong tengok animal
There's Orang Utan


Siamang or something...tak ingat..

Uwan pun ikut jugak...

First time seeing the rabbit

Iman's yelling & crying when the pony come close to him...
Beautiful birds but can not stand the smell...yucks!

Iman & Babah are looking at Flamingo birds

 
Tak boleh tahan ngantuk..tertidur jugak..

Elephant...Jumbo...


Feeding time for jumbo...
 

Amazing Stage Show




 

Goodbye Zoo...Yeay!!!


A very experiencing journey for Iman... Hope he'll learn something... Thank you Babah for took us there.

Dec 14, 2010

Out of station again...

Alor Setar, Kedah 12/12/2010 until 16/12/2010- Working, working, working....
Langkawi, Kedah 17/12/2010-Shopping!!! Shopping!!! Shopping!!! Yeay!!!

Truly Best Friend

...is that true we still have truly best friend out there? This question always spinning in my mind...Who're your truly best friends? From my view, best friends won't leave you whatever happen... someone who's always by your side thru' happiness & hardship. Who's believe in you while others not. Who's never ever betray & back stab your back. Always remind & guide you whenever you go to the wrong way. Someone who've share the same interest with you. Someone who've never let's you down. Someone who've never been apart because it's so great to be together.

I got a lot of best friends but neither one is truly best friend...Best friend is just the kisses of hellos & goodbyes...When you're at one place, you will get one and after you've to move on, everything will change and all will be forgotten...I don't know why, maybe this is what I've been thru'...moreover, truly best friends is hard to find...Maybe I should be the true best friend of myself, my husband & our own child, children....   

Dec 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Hari ini, bersamaan 29 Zulhijjah 1431H, hujan rahmat mencurah-curah  turun seolah-olah ingin membasuh segala kekhilafan semalam yang setahun telah berlalu, semoga mataharikan bersinar menerangi jalanku di tahun baru...

Azam tahun baru 1432H , akan cuba kucapai, kugapai & kugenggami...Ameen...


Dec 1, 2010

Iman kena tinggal

Kecian anak umie kena tinggal sepanjang umie outstation seminggu ke Sungai Petani. Sudahlah babah handicaped, asyik kena marah je...Nak buat macamana terpaksalah belajar tinggal dengan anak...Yang terharu tu masa balik babah luahkan perasaan cakap, macamanalah babah nak hidup dengan Iman if umie takde kat sisi...umie cakap babah kena kahwin barulah nampaknye...heheheee..


Masa wedding K.Long Ifa @ rumah along Wad without umie
Comotnye anak umie macam takde mak...
Masa kat KLIA nak hantar umie, Iman buat perangai tak reti duduk diam...siap tampar-tampar lagi muka umie macam tau-tau je umie nak tinggalkan dia...Masa nak boarding tu Iman tengok je umie masuk boarding gate & start cranky nak menangis...Tetiba umie rasa sebak tapi taknak tunjuk...control...kalau tak memang tak jadi pergilah jawabnya...huhuhuuu

Akhirnya, seminggu pun berlalu...Tak sabar nak jumpa Iman & of course babahnye sekali...Umie ingat Iman tak kenal lagi umie...Tapi bila Iman nampak je muka umie terus terjerit terlompat-lompat as so excited. Nak umie dokong & hug puas-puas...Sepanjang perjalanan balik tu asyik senyum & happy je..Ni uwan die yang cakap...ape-ape pun next month kena keluar lagi...dah tanggungjawab nak buat macamana...Kenalah Iman tinggal dengan babah & uwan lagi...Terima kasih Uwan sebab tolong tengokkan Iman & babah...Love You All...

P/S: Babah dapat tukar ke Putrajaya-Wisma Putra effective 6/12/2010...Tak lama lagi kita dok oversea lah...kat mana lah tu...??

Nov 30, 2010

Raya Haji

Mungkin dah basi nak cerita pasal raya haji yang dah hampir 2 minggu berlalu..tapi yang syoknye raya haji @ korban tahun ni lain sikit, sebab first time in my life tak beraya bersama mak & family aku yang lain. Jangan salah faham kitorang takde masalah pun, cuma tahun ni berbeza sikit dengan tahun-tahun yang lepas. Sebabnya anak buah aku yang sulung aka anak kakak aku nikah 19/11/2010, so majlis persandingan 20/11/2010 bersamaan tarikh aku berlepas ke Sg Petani, oleh sebab nak jaga hati semua orang so, kami decide raya ni lepak rumah MIL dan hari seterusnya kenalah korbankan masa duduk merewang rumah akak aku untuk persiapan majlis tu nanti...aku & husband memang busy lah time tu...tambah-tambah lagi husband dilantik sebagai pembaca doa..kelakar betul, tak sesuai langsung dah macam Ustaz Rock pun ada...hehehe...tapi oleh kerana hajat angah...kenalah tunaikan...banyak hati nak kena jaga...

Hari Raya jatuh pada 17/11/2010, awal-awal lagi MIL dah tempah mintak aku buatkan laksa asam @ penang untuk tetamu, nak tukar selera katanya...so, balik je kerja hari selasa tu tergopoh-gapahlah aku buat laksa sebab kalau buat keesokkan hari memang tak sempat. Menu utama laksa, rendang daging, nasi himpit & kuah kacang. Ramai jugaklah tetamu yang datang.
Terliuq tak??
Tak cukup tangan sekali datang serentak da...mula-mula aku ingat family husband ni tak suka makan laksa tapi nasib baik habis, 6 kilo laksa lagi...hehehee...happy betul, MIL tak habis-habis memuji...itu tak penting yang penting segalanya berjalan dengan baik..Kat bawah ni, gambar time raya hari tu...ini je yang sempat ambik sebab sibuk sangat...sayang tak ambik gambar iman pakai baju melayu...

Time raya boleh pulak dua beradik ni repair kereta

Baju melayu semua dah tercabut nak repair kereta punya pasal...
Next entry; nak cerita pasal Majlis Perkahwinan Norkhafifah binti Shamsudin dan Mohd Fuad Yazid...Anak buah aku yang sulung dah kawin dah...tunggu...

Nov 16, 2010

~Salam Aidiladha~


Saat Berderai Jatuh Titisan Air Mata IBRAHIM
Melihatkan Anaknya ISMAIL
Dikala Itulah Bermula Sejarah Agung
Erti Sebuah Pengorbanan

~Selamat Menyambut Aidil Adha ~

p/s: Esok start cuti sampai hari Jumaat, Sabtu ni dah nak fly pergi Sungai Petani
Apa yang best kat sana ye...??

Nov 12, 2010

My Lil' Boy

This is my lil' boy, his name Muhammad Iman'ul Yaqin Bin Muhamad Nadzri. The name that's been chosen by me and husband. He calls me 'Umi' and 'Babah' for my husband. But most of the time, he rather likes to call me 'Mama' or 'Amie'. Whatever lah Iman, as long you will be good boy when you're grown up. Be a pious man who pray gor his parents. Ameen...

Latest Pic of my Iman...


Makan Chicken Rice lagi...



I'm the best one!

Opps...nampak tiak!


Senyum nampak gigi



 Ni pun sama gak, senyum tapi gigi tak nampak



"Main bakul kain nenek lagi best," Iman

Paling sayang dengan Umi
Arghh...showing my tiny teeth


enjoy your life with
your young children while
they still depend on you and
listen most of
your words


Hug your children
...kiss them and smell them
holding them
by their hands for soon you will be
walking, dragging your feet and
holding on to them



Nov 11, 2010

Malang Memang Tidak Berbau

Kalau korang nak tahu tangan husband aku fractured sikit masa main futsal hari Khamis 2 minggu sudah, so sekarang ni sedang pakai cast, jadi handicaped lah sekarang ni, manja betul. Lepas jumpa doktor terus call aku bagitahu cast die tak boleh buka lagi dan mc pun extend sampai 25hb. Cuti sakanlah dia.

Masa dia injured tu ingat terseliuh biasa je so, kami pun pergilah klinik panel syarikat aku bekerja.  Tapi doktor tu cakap kemungkinan besar fractured so kena refer hospital untuk X Ray. So, kami decide pergi Columbia sebab sebelum ni pernah hantar Iman ke sana. Service dia boleh dikatakan tiptop jugaklah. Mula-mula tu aku tak berapa setuju sebab takut insurans aku tak cover pulak, sebab bukan emergency case. Tapi husband aku insist jugak nak pergi, dia cakap if kena warded even satu malam insurans yang akan bayar. Sebab malas nak argue kami pun pergilah. Doktor advise supaya husband aku warded sebab lepas X Ray memang ada fractured. Malam tu tinggallah aku & Iman dekat rumah sebab husband aku tidur hospital. Esoknya lepas dipasangkan cast tu husband aku dibenarkan balik. Aku pun checklah bill yang sepatutnya dibayar oleh kami. Total semua sekali adalah dalam RM 1,200+++. Charge untuk doktor pakar sahaja nak dekat RM 300, sekali visit & untuk satu hari.  Mujur ada insurans, if tak mana nak cekau duit sebanyak tu dalam masa terdekat ni. Kalau pergi GH, silap-silap dia suruh balik dan buat appointment yang entah bila-bila untuk rawatan. Nasib baik ada kemudahan insurans jadi bolehlah dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Cast yang dipasang ke tangan husband aku ni pun jenis fiber dan bukan disimen macam biasa tu. Husband aku cakap taklah berbau macam pakai simen. Dia cakap kawan dia dulu tu pakai simen bau kepam. Hehehee..kelakar pulak aku rasa...

Inilah tangan yang fractured tu, sebenarnya retak dekat bahagian wrist je tapi satu tangan kena simen.

Masa dalam ward lepas cast dipasang

Itulah macam orang selalu cakap malang tidak berbau, jadi kenalah sediakan payung sebelum hujan. Insurans yang cover suami aku ni adalah insurans kelompok yang aku bayar bulan-bulan melalui syakrikat aku bekerja. Dalam masa yang sama husband aku ada 2 lagi insurans yang dibeli untuk diri sendiri, so dia pun dah buat claims pada insurans dia tu and maybe akan dapat maksimum RM500 atas kemalangan yang terjadi ke atas dirinya. Kalau ada yang nak tahu tentang insurans ni, bolehlah hubungi aku melalui email dan husband aku akan menceritakan dengan lebih detail lagi. 

Sekarang ni pun aku dah beli insurans pendidikan untuk Iman, untuk masa depan dia nanti. Sekiranya apa-apa terjadi pada aku adalah sesuatu untuk dia yang boleh aku tinggalkan. Untuk diri sendiri, aku dah ada PruBSN Takaful yang aku ambil 2 tahun yang lepas. Dibawah ni aku ada satu cerita nak share dengan korang semua sebagai renungan.

KOSMO Ahad 19 April 2009
Dia bagaikan tahu ajalnya

Malang tidak berbau. Nahas jalan raya yang berlaku pada 18 September tahun lalu bukan sahaja menyebabkan seorang isteri menjadi balu, malah dua anaknya yang masih kecil kehilangan seorang bapa.

Bagaimanapun, kejadian tidak diduga itu ada hikmah tersendiri. Secara kebetulan, allahyarham yang tidak pernah mengambil insurans tiba-tiba berbuat demikian ketika pulang ke tanah air sewaktu menyambut kelahiran anak keduanya.

Arwah sekadar mahu keluarganya dilindungi system insurans berasaskan syariah iaitu Prudential-BSN Takaful melalui agensinya, Al-Isra’ Associates Sdn. Bhd. kerana ia lebih terjamin.

"...biarpun sudah balik ke Libya, allahyarham sering bertanyakan sama ada permohonan Takaful-Link yang disertainya telah diluluskan. Seperti tahu ajalnya hampir, permohonan Allahyarham diluluskan pada 15 September 2008.
Beliau meninggal dunia tiga hari kemudian yang kebetulan jatuh pada malam Nuzul Quran dan ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa Ramadan."

"...ditemui pada majlis penyerahan pampasan takaful berjumlah RM60,000 di Petaling Jaya, Selangor Selasa lalu."

Bukan itu sahaja, walaupun allahyarham Cuma sempat membayar premium kali pertama sebanyak RM300, keluarganya diberi perlindungan takaful. Malah dua anaknya menerima pengecualian bayaran premium sehingga berusia 25 tahun.

Kem Labu

Bosan betullah hari ini, aku ni hari-hari memang bosan je...lagi-lagi bila hari bekerja dan tak keluar. Apakata kita bercerita tentang pengalaman hantu lagi nak tak...kalau tak nak aku tetap akan cerita juga...

Ceritanya bermula begini, masa tu aku tingkatan 3 if tak silap. Masa sekolah dulu aku memang aktif dengan aktiviti kokurikulum di sekolah. Kalau boleh semua badan beruniform kat sekolah tu aku nak join. Tapi pada masa ni aku lebih aktif dengan Pergerakan Puteri Islam. Dipendekkan cerita, masa kejadian tu kami kena pergi berkhemah dekat Kem labu. Kem Labu ni memang famouslah time tu lagi-lagi dengan cerita horor dia. Kejadian yang aku tidak boleh lupakan ini berlaku semasa malam terakhir kami di sana.

Sudah menjadi kebiasaan malam yang terakhir setiap group perlu membuat persembahan masing-masing. Malam tersebut dipanggil sebagai Malam Kebudayaan. Disebabkan masa yang suntuk ditambah lagi dengan aktiviti yang padat sepanjang kami di sana, group kami tidak sempat membuat apa-apa persiapan untuk malam itu. Sebelum kami dipanggil masuk ke dewan, aku & group member membuat sedikit latihan persembahan yang akan kami lakonkan nanti.

Aku, Marlia dan Ida termasuk Ifa (anak saudara aku yang sulung) happened to be a group member. Sebenarnya aku yang adjust supaya kami menjadi satu group. Sebab kami memang berkawan rapat masa sekolah dulu. Back to the story, masa kami sedang sibuk bercerita watak yang dibahagikan, tiba-tiba aku, Ida & Ifa terdiam dan terpaku. Mata kami semua memandang ke arah yang sama mengikut pergerakkan sesuatu objek. Korang agak apa objek tu? Aku memang tidak mempercayai apa yang aku lihat tapi itulah dia kepala tanpa badan terbang betul-betul di atas kepala Marlia.  Dia terbang menuju ke arah pokok pinang yang terletak tidak jauh dari tempat kami. Aku masih ingat dengan jelas lagi bentuk kepala tersebut walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu. Kepala itu milik seorang perempuan tua, rambutnya putih panjang seperti kapas, kedutan diwajahnya begitu jelas kelihatan. Tapi tidak mempunyai badan. Dia terbang dengan perlahan-lahan tetapi apabila tiba dipokok pinang yang aku maksudkan tadi, dia terus berubah menjadi warna hitam dan serta-merta sepasang tangan keluar dan menangkap batang pinang tersebut sambil berdesup memanjat pokok pinang sebelum hilang dari penglihatan. Melihatkan kejadian itu, Marlia yang terpinga-pinga mengejutkan kami dengan berkata, "Wei, kenapa?" dan ketika itu juga kami yang terpukau menjerit serta lari lintang-pukang masuk ke dalam dewan diikuti Marlia yang tidak tahu menahu apa yang kami lihat.

Apabila masuk ke dalam dewan apalagi kecohlah semua menanyakan apa yang terjadi, tetapi kami semua hanya mendiamkan diri sehingga ustazah yang mengiringi perkemahan tersebut berjumpa dengan kami. Ustazah menasihatkan kami supaya tidak menceritakan apa yang kami nampak itu kepada peserta yang lain. Takut pula diorang nanti.

Selepas majlis selesai, kami bergerak menuju ke dalam pondok yang telah disediakan untuk tidur. Malam itu, sebelum tidur kami duduk berbual-bual sesama sendiri, tidak semena-mena radio yang dibawa salah seorang daripada kami berbunyi dengan sendiri. Siap tukar-tukar channel lagi. Kami terdiam kerana terkejut. Salah seorang dari kami yang agak berani telah mencampakkan radio tersebut ke lantai. Namun, ia tetap berbunyi, apalagi kami cepat-cepat membuka radio tersebut dan mengeluarkan baterinya. Barulah dia senyap. Mungkin dia mengarahkan agar kami segera tidur, apalagi tanpa membuang masa kami terus melelapkan mata sampai pagi. Yang menjadi tanda tanya aku, suis radio tersebut agak ketat, bagaimana ia boleh terpasang sendiri...?

Itulah peristiwa yang menyeramkan berlaku kepada kami di Kem Labu. Syukurlah tidak ada apa-apa yang terjadi kepada kami selepas itu. Tetapi aku tetap tidak dapat melupakan peristiwa tersebut sehingga hari ini. Kem Labu, tempat bermain lagi dikenang, inikan pula tempat ..........

Nov 10, 2010

Daily Routine

Salam,
Seperti biasa aktiviti berjalan seperti rutin. Bosan sungguh, sebab kerja macam aku ni bermusim. If there's outstation, then there'll be works to do. Kadang-kadang kebosanan yang melampau inilah yang membuatkan aku mengisi masa yang ada ber 'blogging'...Kadang-kadang terfikir juga seperti makan gaji buta, tetapi itulah nature of work aku. Everyday, do the same thing, therefore something must be done if not I will regret...

Kepada rakan-rakan bloggerku, sokongan serta kritikan sangatlah dialu-alukan dari anda semua. Doakan kejayaan aku di dunia dan akhirat. Sekian....

Money For Nothing

Poor Pak Su was walking around the market place one evening when he came across a man grilling satay. The smell of the roasting satay was so enticing that Pak su's mouth began to salivate.
Alas, he had no money and therefore, could not afford to buy any. All he had in his pouch was a loaf of bread he had been saving. He took out the loaf of bread from his pouch and held it to the smoke coming off of the roasting satay. Once the loaf had become saturated with the delicious aroma, Pak Su began to devour the bread. "Aah, this is almost as good as the real thing," Pak Su said to himself. Once he had quelled his appetite, Pak Su got up to leave. As he was walking away, the satay vendor caught up with him and demanded money. " What for?" protested  PakSu. "I did not eat any of your satay." "I don't care," was the greedy vendor's reply. "I saw you enjoying the smoke coming off of the roasting satay, so you owe me." The argument began to escalate. As luck would have it, Pak Pandir happened to be in the vicinity. Pak Pandir happened to the village magistrate at the time, so the two adversaries sought Pak Pandir's counsel. Both men were asked to relay the story to Pak Pandir while he listened intently. After they had finished narrating everything that had taken place between them, pak Pandir reached into his pockets and pulled out a few coins and dropped them on the table. The coins fell on the table with the clicking noise. "Did you hear the sound the coins made as they hit the wooden table?" Pak Pandir asked the satay vendor. "Yes, O wise Pak Pandir," replied the vendor hoping that the magistrate would rule in his favor. "If you are charging Pak Su for the smell of roasting satay, then Pak Su will pay you with the sound of money," was Pak Pandir's reply.


Sources: Chronicles of malay Humour-Syed Ali Tawfik Al-Attas

Bunyi itu...


Masa aku mengandungkan Iman, waktu itu usia kandunganku menjangkau 7 bulan. Pada petangnya kami suami isteri telah menerima berita tentang kematian bapa sahabat baik suamiku. Jadi, pada malamnya suamiku mencadangkan agar kami bermalam di rumah emakku kerana jenazah akan dikebumikan pada tengah malam hari yang sama. Rumah emak terletak di kawasan yang boleh dikatakan kawasan kampung tetapi berada ditengah-tengah bandar. Sebelum tiba ke rumah emak biasanya akan melalui makam perkuburan orang islam, kristian dan juga gurkha. Rumah ibuku terletak betul-betul berhampiran dengan Kolej Tunku Kurshiah & Sekolah Agama Hj Mohd Said.Tentang gangguan yang datangnya dari makhluk halus ni sudah biasaku dengari kerana di situlah tempat aku dibesarkan. Namun, aku belum pernah lagi terjumpa, tetapi kalau bunyi-bunyian yang menakutkan memang biasa kudengar.

Pada malam tersebut seperti biasa aku akan masuk tidur awal maklumlah orang mengandung memang mudah letih dan penat. Suamiku pula sejak awal petang lagi telah pergi mengiringi jenazah ke kubur islam yang berdekatan. Lebih kurang pukul 12 ke 1 pagi, suamiku pulang ke rumah. Tetapi beliau tidak terus masuk ke rumah kerana ini petua orang dulu-dulu. Beliau duduk diluar seketika, kemudian setelah meludah ke kiri sambil berselawat barulah masuk ke dalam. Selepas mandi dan bersolat barulah beliau masuk tidur dan menegurku. Lebih kurang 1-2 jam kemudian dengan tidak semena-mena aku terdengar bunyi seperti orang menangis. Mendayu-dayu bunyinya. Aku segera tersedar dari tidur yang nyenyak untuk memastikan betulkah apa yang aku dengari. Bunyi iu semakin kuat pula jadinya. Bulu romaku serta-merta berdiri lagi-lagi bila aku teringat yang aku mengandung anak yang sulung. Oleh kerana aku sudah lama tidak mendengar bunyi tersebut aku menjadi takut dan terus membaca ayat-ayat Al-Quran yang boleh diingat pada waktu itu. Tetapi oleh kerana terlalu takut bacaanku menjadi lintang-pukang. Tanpa membuang masa aku mengejutkan suamiku. Apabila suamiku terjaga, beliau terus terdengar bunyian itu dan tanpa melengahkan waktu beliau terus membaca ayat kursi sebanyak 3 kali, serta-merta bunyi suara tersebut beransur-ansur hilang dan menjauh. 
Itulah pertama kali suamiku mendengar bunyi yang menakutkan itu. Selama ini hanya mendengar cerita dariku sahaja. Aku tidak tahu bunyi apakah itu, adakah ia bunyi sejenis haiwan atau sememangnya 'makhluk itu' yang mengekori suamiku pulang...

Nov 8, 2010

Keperluan atau kehendak

Pagi tadi, seperti selalu husband akan menghantar aku ke terminal bas untuk ke tempat kerja. Setiap hari aku akan bertolak dari rumah ke terminal bas pukul 5.45 pagi. Sewaktu di dalam perjalanan kami ternampak sebuah motorsikal yang membawa budak sekolah rendah sebagai pembonceng. Husband aku berkata "Awalnya budak ni pergi sekolah," dan aku hanya memerhati sambil berkata, "Mungkin dia dari kampung agaknya, tak pun ada urusan kena pergi awal ke sekolah maklumlah semalamkan cuti lama". Sewaktu kereta kami memotong mereka, kami melihat bukan hanya budak tersebut di belakang tetapi di bahagian hadapan pembawa motorsikal tersebut ada seorang lagi budak yang memakai pakaian sekolah rendah sedang tidur.
Kasihan sungguh aku melihat budak-budak tersebut. Masih ada lagi orang yang tidak memiliki kereta untuk kemudahan keluarga. Mungkin mereka tidak mampu. Kami suami isteri hanya membisu mengenangkan peristiwa tadi. Tetiba aku teringat semasa kami belum lagi diijabkabulkan, maksudnya zaman bercinta-cinta dululah...waktu itu husband aku pernah berkata yang dia akan membeli kereta terlebih dahulu sebelum kahwin agar bila kami mempunyai anak kelak kami tidak perlu lagi menaiki motorsikal ke mana-mana. Kesian pada anak. Tidak kiralah kereta kecil atau secondhand kerana ia satu keperluan sekarang ni. Kini, kami bukan sahaja memiliki kereta kancil yang kecil tu tetapi aku telah membeli sebuah lagi kereta-persona yang dibeli seminggu selepas berkahwin. Kata husband, kereta kancil untuk town drive-ke tempat kerja, persona untuk long distance. Alhamdullillah, everything's according to the plan. Yang kancil adalah keperluan, Persona adalah kehendak aku..heheheee

Nov 7, 2010

Finally....

 

Finally...
Selepas sekian lama menangguh-nangguhkan kewujudan blog ini,
akhirnya keinginan yang lama terpendam terlaksana jua. Bukan aku tidak pernah ada blog, tapi yang ada hanya bertujuan untuk perniagaan yang tidak seberapa nak diusahakan. Almaklumlah rajin sesangat. Heheheee...

'Mind Of Mine' ini adalah sebagai tempat atau ruang untuk aku meluahkan apa-apa sahaja yang tersirat di hati & fikiran...tempat untuk melepaskan tension di tempat kerja, di rumah dan di mana-mana sahaja. Di sini juga aku ingin berkongsi interest @ minat yang sering berubah-ubah mengikut mood. Kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi cerita, pengalaman @ apa sahaja silalah berkunjung ke 'Mind of Mine'