Gracias!

Aug 8, 2013

Luarbiasa: Raya, Anniversary & Keep Waiting ♥

Assalammualaikum wbt.

Hola hermanas y hermanos!

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga yang jauh... Taqabbalallahu minna wa minkum, wa ja'alanallahu minal aidin wal faizin... Semoga Allah menerima (amal) yang telah kita lakukan dan semoga Allah menjadikan kita termasuk (orang) yang kembali (fitrah) dan (mendapat) kemenangan... Maaf Zahir & Batin ♥♥♥

Raya yang sangat luarbiasa bagi kami di sini... Tahun ni persiapan hanya ala kadar sahaja... Errrmmmm... boleh dikatakan tiada... Nada..!

Dalam tiada tu, semalam saya berdua dengan Iman pergi beli baju baru untuk dia... Kesian kat anak ummi... Feeling guilty... Tapi nampaknya dia pun tak berapa nak faham sangat... just excited bila dengar lagu raya..! :) Terjerit-jerit nyanyi,"esok hari raya!, esok hari raya!" :)

Syahdu terasa bila dengar lagu raya... Tapi kena gagahkan jugak diri, sebab raya bukan untuk bersedih-sedih kan :) :)

Cuma raya tahun ni kami terasa sunyi & sedikit terasing... dahlah duk jauh, mak pulak jauh...huwaaaaa...!

First hari raya, saya ada check up terakhir (I wish) dengan doc... Haiisshhh... si kecik ni tak mau keluar lagi... comfort agaknya dok dalam tu... Tapi takpelah, biarlah dia betul-betul ready & 'masak' baru keluar ye sayang :) Doktor pun dah bagitau, if tak bersalin 14hb ni, jawabnya memang adik sama macam abang Iman, keluar ikut tingkap...ngeee~

Nampaknya, babah tak dapatlah nak pergi solat sunat Hari Raya... sebab kena teman ummi pergi check up... Lepas tu tak tahu nak pergi mana, maybe ke China Town (down town) untuk beli barang-barang keperluan...

Hari Raya tahun ni juga kebetulan jatuh sama dengan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 5! Subhan'Allah..! Saya ni macam berharap adik keluar time ni... Konon-konon sebagai hadiah anniversary lah... tapi nampaknya sehingga saat ni macam takde apa-apa tanda lagi... Apa-apa pun kami doakan yang terbaik dariNya...

Happy Anniversary dear hubby! May our loves last till jannah..! The tide is high and we'll be holding on..! Insha'Allah... Insha'Allah.. ♥♥♥

Oklah, takde apa rasanya nak share lagi kat sini... Selamat Hari Raya semua!

Terima kasih sudi baca :)

Luuuffffffsssssssssssss... xoxoxoxo ♥

Adios!








17 comments:

dear anies said...

Selamat hari raya + ulangtahun utk marya sekeluarga..

rumah kuning said...

selamat hariraya marya.

Acik Erna said...

selamat hari raya marya..maaf zahir dan batin..semoga yang ditunggu akan lahir dengan selamat..in syaa allah

suka suka said...

Selamat Hari Raya , happy anniversary...take care..

AiniHalim said...

Selamat Hari Raya k.marya & Happy Anniversary.. (^_^)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Selamat Hari Raya & Happy anniversary Marya. Moga kekal bahagia hingga ke Syurga.

CaDLyNN said...

selamat hari raya n happy anniversary kakmarya! :)

mamawana said...

Selamat hari Raya dari kejauhan tanah air...

The Unknown said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, kak Marya.

Puan Kutu said...

selamat hari rya maafzahir batin buat marya sekeluarga.happy annivesary..tahniah juga dengan kelahiran baby comel

Unknown said...

selamat hari raya marya & family, maaf zahir batin.....
moga marya n baby sihat2 jer yerk.....

mak encik | SZ said...

salam lebaran utk marya sekeluarga!

Alhamdulillah tahniah atas kelahiran baby girl!


Fiza Rahman said...

Salam Aidilfitri buat Maryaa & family.

Happy 5th anniversary to both of you. Smoga kekal bahagia selamanya.

Unknown said...

Selamat Hari Raya buat Marya sekeluarga,
Penantian akhirnya telah berakhir,.
Adik masih lagi merupakan hadiah anniversary terbaik yang Allah kurniakan kepada Marya and hubby..

mummy juga beraya ala kadar. Sangat terasa kosong tanpa daddy.. Kami punya anniversary yang ke7 adalah 18 Ogos, tapi Allah lebih sayangkan arwah.. Tahniah ye, balik Malaysia, insyaallah mummy pergi lawat Marya :)

Mulan said...

Taqobbalallahu minna waminkum...

Salam Aidilfitri Marya...!!

IntaNBerliaN said...

selamat hari raya kak..
maaf zahir batin..

btw, dah bersalin ek.. tahniah kak.. dah sepasang :-)

Ruse Sulaiman said...

Happy anniversary to both of u. Semoga terus bahagia hingga ke syurga.