Gracias!

Apr 30, 2013

It has been a while... Extraño mucho ♥♥♥

Assalammualaikum wbt.

Hola buddies!

It's been awhile ever since last update... fuhhh... =='

Rindu semua... ♥♥♥

Dari awal bulan Iman demam selsema, berjangkit-jangkit... Cuaca yang tak menentu kadang-kala panas kadang-kala sejuk pulak... Entering winter yang tak bersalji di bumi Lima ni buatkan badan pun serba tak kena... Alhamdullillah, sekarang semua dah back to normal... :))

Kemudian sibuk pula dengan aktiviti di Embassy, mak 'labu' ni cepat lelah walaupun sekadar jadi pembantu... hehehe ;)) Alhamdullillah, dah masuk 6 bulan dah pun, mas o menos (plus minus) 25 weeks :))

Kami pun dah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada 28hb yang lepas...  Kali kedua saya mengundi secara pos! Yang pertama dulu sebab jadi pegawai mengundi... ;))

Di Peru ni tak ramai rakyat Malaysia, yang datang mengundi pun tak ramai... Apa-apa pun saya kagum dengan seorang saudara kita ni yang datang jauh dari Columbia (beliau bekerja di sana) semata-mata untuk membuang undi di sini... Katanya satu undinya adalah sangat mahal untuk tempoh 5 tahun ini... Masa depan negara lebih mahal dari tiket kapal terbang & penginapan yang perlu dibayar... Sayang negara perlulah ada tindakan dan bukan setakat omongan kosong dan mencipta pelbagai alasan, betul tak?  Apa jua parti yang diperjuangkan, moga Allah pelihara negara kita yang tercinta... Kita dari keturunan bangsa yang baik-baik, insya'Allah doa orang baik-baik pasti dimakbulkan Allah ;))

Sebenarnya tak tahu nak story apa, sebab dah lama cuti membebel jadi idea tu macam sangkut-sangkut sikit... Lagipun harini 30/4/2013, waiittt... you all dah isi E-Filing belum? Ok kalau belum dengarnya LHDNM dah melanjutkan lagi tempohnya sehingga 15hb... Jadi, cepat ye! Sama-sama kita tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia! Bagi yang Islam, selain layak mendapat pelepasan yang lain, kita bayar zakat, bukan sahaja dapat rebate tetapi dapat pahala juga.. insya'Allah :))

Ok kita nak pergi check up... Appointment dengan doctor pun terpaksa ditangguhkan gara-gara kesibukan Mr Hubby... hiks... 

Here I share some of my latest pictures... taken during San Isidro's Day (Open its door to the world) 25 & 26 of April 2013... sorry ya, saya ni tak fotogenik...layan jelah :p ;))

25 April 2013


It was Thursday, allegedly I chose to wear Batik! Oh, my..! Barely can't breathing well... =='

Iman terpaksa 'menderhaka' sebab takde baju yang sesuai, alamatnya dia pilih sendiri one set Cars! from head to toe..! Belasah jelah... hehehe :D


26 April 2013


We sold "Nasi Lemak" or Arroz con leche de coco! As an effort to introduce our foods to the local and to the world :):)


With Greeks...

Tahun ni tak larat nak jalan-jalan di booth participants... So, dok tempat sendiri & orang lain yang mai datang amik gambar... Ramai yang suka dengan baju yang saya pakai ni...hahaha... Rasa bersalah pula sebab ni bukan baju kebangsaan kita... Senyum jelah... :D


Peristiwa lucu, bila ada orang tua yang merenung saya & kata, "Bonito sol" maksudnya beautiful sun! #blushed#... maybe sebab aura mengandung... *wink* ;))

Ada juga yang tak percaya bila kata saya orang Islam sebab tu bertudung, persepsi mereka terhadap semua wanita Islam memakai pakaian berwarna hitam, berkelubung & memakai niqab burkha sahaja... tak sangka pakaian wanita Islam Malaysia berwarna-warni :))


Bolivians...


Poland (Polish)


With my sweet sister, Rayhana... ♥♥♥

Sekian, entry pembuka Mei... Semoga Mei memberi seribu makna buat semua... Take care...

Adios!

P.S. Mohon semua pembaca blog saya mendoakan kesihatan TYT Duta Besar Malaysia di Lima, Peru. Beliau sekarang berada di hospital kerana masalah kesihatan. Sesungguhnya Allah Maha Penyembuh... Ameen ya Rab...






27 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Lama saya tak menjenguk di sini..Rasa happy bila u guys di sana sehat2 belaka..Demam2 tu biasa la, kat sini pun sama gak, cuaca tak menentu so demam ni senang ler singgap..

Anyway, glad to hear U guys ada macam aktiviti di sana..take care, InsyAllah satu hari boleh kita berjumpa...

Ruse Sulaiman said...

Assalamualaikum Marya.

Lama bercuti dr blog ;) tertanya-tanya juga apa khabar Marya. Mmg cantik pun baju coklat tu. Suka tengok.

Dah slmt mengundi ya.. nak tahu juga rakyat kita di luar negara, calon dikertas undi calon mcmana? Maksud akak nama calon yg tertera ikut alamat tempat mengundi di Malaysia atau mcmana? Maklumlah yg ada di sana mesti alamat lain-lain.

Akak doakan semoga Duta kita cepat sembuh.

Yunus Badawi said...

Salam Marya,

Dah 6 bulan tapi tak nampak sangat mcm berbadan dua. Macam emak Adam dululah. Dah 8 bulan masih berani masuk S'pore.

Tabiklah kepada warga M'sia yang sanggup datang all the way dari Columbia utk mengundi tu.

Puan Kutu said...

wah lamanya tak update..seronk tgok marya kt sana.macam2 aktiviti jugak ye..nmpk sgt org luar memandang islam sbg agak kolot dr segi fesyen.hehe..

Alhamdulillah dh dpt tunaikan tnggungjwab sbg rakyat Malaysia.sy taun ni rugi la tak dpt nak mengundi..:)

buat tyt,semoga cpt sembuh.

umiyumi said...

Salam Marya,
Lama tak jenguk Marya kat sini. Nampak berseri2 sekali. Semoga Marya sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat melahirkan baby yg sihat nanti. Amin... <3

Cik Lily Putih said...

bestnya... mesti seronok kan..

Nai @ TPJ said...

Askm. Masa tgk gambar pakai kurung, I kata, tak nampak pun baby bump. Skali skrol bawah dah nampak.. Pakai maxi dress kaler ceklat tu lawa... Suka..! Mmg makin berseri2 pun.. Anugerah Ilahi utk wanita yang berjihad membawa makhluk Allah dalam perut...

maszull said...

assalamualaikum marya....lama mama x singgah ke sini moga sihat hendaknya yer...;)

Anonymous said...

hola marya..rindu sama kamuuuu..hehe

Rumah Kuning said...

Comel. Berseri gitu.

Queenie said...

take care a bun in the oven...:)

JunAina said...

Doa yang terbaik buat kalian yang jauh. Baju hijau tu cantik.

Alhamdulillah Marya dah mengundi kami kat Malaysia ni tengah perang poster, perang bendera, moga siapa juga yang menang dapat menggalas amanah yang diberi sebaik mungkin.

AiniHalim said...

Hi k.marya.. u look gorgeous.. seronok tgk aktiviti di sana..it reminds me when i was in Australia..

Take care kak.. (^_^)

Acik Erna said...

assallam Marya..buka aura mengandung je..Marya memang manis dan ayu je acik tengok

Anonymous said...

Salam Marya,

Baju kita memang cantikkan.

Teringat beberapa tahu dulu dalam satu majlis di tempat kak ani bekerja, masa tu agak pakai kebaya labuh dari kain batik sutera terengganu, siap berkerongsang.

Majlis tu adalah majlis khas untuk seorang pembesar negara luar eropah. Masa tu kak ani jadi salah seorang penyambut tetamu untuk majlis tu.

Mula2 kak ani tak perasan rupanya dia orang sedang 'bergambar dengan kak ani' tanpa sedar. Padanlah nampak beberapa orang lelaki dari negara berkenaan duk keliling tempat kak ani berdiri.

Bila dia orang perasan yang kak ani dah perasan, baru dia orang minta izin nak bergambar, sebab kata mereka kerana kak pakai pakaian tradisional.

Mulan said...

salam marya...

seronok kalau ada booth@expo ni.. macam2 boleh tengok...

take care ya.. doa kami TYT cepat sembuh..

Fiza Rahman said...

Tak sabar nak mengundi ahad ni. Comelnya perut ☺☺

Smoga TYT cepat sembuh.

mama aini said...

assalam dear marya..sekejap dah masuk enam bulan..semuga marya & baby sihat2 sahaja..semuga iman cepat pulih..amin..
@~ maaf mama lambat melawat marya..mama sibuk uruskan baby `dayyan`..blog pun kurang berupdate..he2..

Mylesung said...

salam marya..lama giler tak skodeng sini..lawa berbaju batik..chek suka! eyh..nasi lemak tu versi sana ada ala2 nama Aaron Aziz..mesti hensem nasi lemak tu..hehe..take care ya!

Mama3Q said...

dah 25 weeks!! Qaid dah lahir waktu ni...heheh....
erk... apsal kat booth jual nasi lemak tu ejaan dia MALASIA? sedih lak tgk....huhu

MulutPayau said...

Alhmdulillah..dah mengundi Marya ya...akak ttak sabar nak tnggu esok..
Semoga TYT cepat sembuh....

norhidana said...

rindunyer kt Marya.... ingtkan nk diam sampaikan bersalin huhuhui... makin berseri2 tgk skrg nih, comei mak yong tau...

seronoknyer join event camtu kan, blh tayang apa ada kt malaysia pd dunia...

semoga duta besar malaysia tu cpt sembuh ye

Bulan Syurga Firdausi said...

baju tema hijau dengan coklat he~ insyaAllah moga Allah beri hikmah ujian sakit dengan sihat yang lebih baik dan berpanjangan insyaAllah... :)

Izwa Kamaruddin said...

syok nyer!!!! :)

Unknown said...

Salam Marya~
sonok setiap kali marya tulis n3 pasal xtvt cam nih~ tumpang bangga sebagai seorang rakyat malaysia.

masa pakai baju batik tak nampak cam peknen pon~ tapi bila pakai baju coklat baru nampak.. hehehehe

take care k~ moga Marya dan bb sentiasa sihat~

Ibuhani said...

weeeeeiii.....dia masih blh pki bju kurung lg.....hehehe......cntk jubah coklat dia! hrp iman dh sembuh.

mummyrinazone beauty said...

cantik kak mar wit jubah coklat.ayu=)sronok tgk kak mar sihat2 disana..kak dah berapa bulan?