Gracias!

Apr 3, 2013

Beza Hampir 360 Darjah! :)

Assalammualaikum wbt.

Hola mis amores!

Entry ni mungkin panjang berjela-jela mencecah lantai! Terlalu banyak yang nak diceritakan, faham-faham sahaja sebab jarang update..! :)

Malam tadi keluar dating dengan hubby minum hot choc! Sedap sikit tidur malam tadi :) Malam sebelum dan yang sebelum-sebelumnya asyik mintak minum Cappucino, akibatnya tak boleh tidur! Pregnant kali ni suka pulak minuman berkafein ni... dulu tak boleh nak minum selalu mau 'miong' kepala jadinya... Hubby pun pelik jugak sejak bila jadi peminat cappuccino ni? hikhik... ;))

Setakat harini, alhamdullillah takde 'craving' yang pelik-pelik! Cuma suka makan masakan tradisional negeri Sembilan! Hahaha :D Memang sah anak nogori ni :)

Masa awal mengandung dulu suka masak rendang & gulai lemak cili api! 2-3 kali seminggu masak yang sama... Mujurlah sekarang ni dah kembali ok! Semua pun makan... Cuma nak makan kat luar tu tak berapa nak selera... Sebab, tak kena tekak! Tak tahan nak makan Italian or Peruvian Cuisine setiap kali keluar! huhuhuu... Lagipun apa pilihan yang ada jika tak seafoods & veggie! Baik masak sendiri, larat tak larat gagahkan juga! :))

Sedar tak sedar, dah setahun 6 bulan dah kami di bumi asing ni! :) Alhamdullillah, syukur dengan apa yang ada... Banyak yang dipelajari dan apa yang dilalui banyak mencorak pemikiran kami pada hari ini... merubah diri kami, insya'Allah...

Kita belajar dari pengalaman, pengalaman setiap orang tidak sama... Cara seseorang itu mengadaptasi situasi juga tidak sama... Tetapi yang penting pengalaman itu sememangnya mematangkan fikiran serta mendewasakan kita... Setuju? Sila angkat keyboard! :)

DAGING HALAL (CARNE HALAL)

Tayang gambar dulu, bagi mudah untuk bercerita! hikhik ;)


Lamb Curry! 'Mbekkk...mmbeekkk...' ;)

Ada dalam setahun lebih tak 'mamam kamben'! Hubby memang tak makan kambing, pening katanya... Tapi yang ni dia makan pulak :) Alhamdullillah... Hampir 5-6 bulan kami tidak merasa makan daging! Tiada stok di masjid! Pendek cerita yang halal memang sukar di sini...

Kalau di UK, US, Australia, Jepun dan beberapa negara yang lain restoran halal boleh didapati... Jika pemiliknya bukan Pakistan, mungkin Palestin atau India (Muslim) atau juga orang Melayu kita... Tetapi tidak di Peru! Restoran Halal hampir tiada! Nada!

Semasa kami di Buenos Aires, Argentina dulu ada juga kedai Beriani Ayam yang halal... Di Peru ni, jika ada pun satu-dua kedai yang kami perlu buat tempahan awal seminggu-dua sebelum boleh menikmati hidangan ayam halal... Daging lembu atau kambing memang tidaklah... Setakat satu keluarga hanya ayam sahaja yang mereka boleh sembelihkan itupun bergantung pada tukang sembelih... :) Setakat harini kami hanya pernah makan Shawarma (Kebab) halal sahaja... :)

IKAN (PESCADO)


Asam pedas ikan tenggiri! Setelah sekian lama :))))

Laut di Peru adalah laut dalam yang sejuk & berombak kuat dipanggil Pacific Ocean... Makanya, ikan dan hidupan lautnya juga sedikit berbeza dengan negara kita...

Bila kenang kembali hanya beberapa jenis ikan sahaja yang sama dengan kita... Nama dah tentu tidak sama! Ini juga menyukarkan saya untuk mengenali jenis-jenis ikan yang ada... Hubby lagi lah, dia memang tak tahu dan tak dapat bezakan apa jenis ikan yang ada... Segalanya saya perlu buat keputusan sendiri... Mujur juga saya jenis mudah kenal & ingat nama-nama ikan! Statement puji diri sendiri :p hehehe :D

Ikan laut dalam biasanya besar-besar... Ikan yang betul-betul saya kenal di sini contohnya seperti Cabrilla (Kerapu), Bonito (Ikan Aya/Tongkol-ni saya & hubby memang tak makan), Tilapia, Atun (Ikan Tuna), Lenguado (Ikan Sisa Nabi atau Ikan sebelah)... Baru-baru ni baru saya perasan Ikan Tenggiri mereka panggil Sierra!


Mee Sup tengahari tadi! Spaghetti sup yang sebenarnya :) with homemade fishball! Baru jumpa ikan yang sesuai, baru berani nak bikin... ;))

Lain-lain ikan yang pernah kami cuba seperti Cojinova! Sedap juga... Buat laksa gunakan ikan ni seperti rasa ikan kembung! Ikan ni saya tak tahu apa namanya di negara kita... Rasanya tak pernah jumpa di Malaya :)

SAYUR-SAYURAN (LAS VERDURAS)

Rasa lucu bila mengenangkan pertama kali membeli-belah barangan basah di Lima ni... Kenangan yang tak dapat saya lupakan seumur hidup...

Masa mula-mula dulu saya agak tertekan bila melihat ikan dan sayuran yang ada! Segalanya berbeza hampir 360 darjah! Ya, saya tidak tipu! Perlahan-lahan saya belajar menerima yang kini saya bukan berada di negara sendiri yang segalanya tidak sama... Hampir menangis bila mengenangkan jika perlu makan brokoli, kobis, sayur bayam (la espinaca), kacang buncis, carrot & salad berulang-ulang setiap hari!

Sedap sekali-sekala tapi jika tiap hari tekak kita ni pun boleh jadi bosan... Boleh pula kami terlupa jalan untuk ke tempat jualan sayuran cina di Barrio Chino (China Town)! Menambahkan lagi tekanan saya... Nak masak pun boleh tertekan :p ;))

 Oh, di sana pelbagai sayuran kita ada dijual! Contohnya; Sayur Kangkung, Kacang Panjang, Siew Pak Choy, Sawi (Choi San), Kailan, Peria dan Bendi (Okra-mengikut musim)... Tauhu juga ada dijual! Sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan keinginan kalau nak makan sayur-sayuran kita :))


Hidangan 2 hari sudah... Saya suka masak rebus-rebus gini... Cicah pulak sambal gesek atau belacan! Pergghhh... ;)))

Di sini takde kerang, lain-lain seafood macam udang, sotong tu masih sama cuma ada juga sotong kurita yang belalainya yang panjang tu... Dulu jakun nak makan sekarang rasa sedap pulak! hehehe :D

Yang ni namanya apa ye?


Lala ke? Oh, saya tak tahu namanya tapi bolehlah buat lepas rasa teringin, buat masak serai! :)

Alhamdullillah, kami masih lagi dalam proses menyesuaikan diri walaupun hampir 2 tahun di bumi asing ni... Itu baru bab makan-makan belum lagi bab budaya, cara hidup dan lain-lain... Peel dorang ni pun lain macam sikit... hehehe... ;))

Yang penting 'life' saya sekarang memang berbeza hampir 360 darjah! Dulu, hampir setiap hari makan di luar  sekarang ini setiap hari kerjanya memasak! Kalau dulu, pakai baju kurung, kebaya, sekali sekala pakai suit pergi kerja... Sekarang ni pakai track suit dan falda buat kerja rumah... Pssst... tak pandai pakai kain batik! ;) Dulu anak hantar rumah pengasuh, sekarang ni anak dok bawah tiak almost 24 hours... Oh, Iman dah start school, more or less 18 hours kami bersama!

Syukur Alhamdullillah... Cerita dan catatan ini untuk diri sendiri, jika ada rasa tak kena anggap sahaja sebagai hiburan ok! :))

 Terima kasih sudi membaca! :)


50 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Hola marya,

Apa khabar baby, umi & abang Iman? Semoga sihat2 sahaja ya. Sini skrg cuaca panas membahang, 'summer' in Penang.....hihihi.

Seronok baca pengalaman Marya. Diamond experience tau.

Pssst....dini pon x reti berkain batik, pakai semasa pantang jer....kihkihkih....

Take care.

Ibuhani said...

Seronoklh iman dpt duk bwh tiak mak slalu.....tp bagus jugk masak sbb air tangan mak tulh yg dpt eratkn lg hubungan anak n suami isteri tau!

saniah said...

Tulah kan...masuk kandang kambing kena lah belajar mbek mbek....hihi
Mmg berbeza lah kehidupan di peru...klau us ...uk even korea pun rasa nya tak sukar mcm ni kan...sedih jugk mmbaca cerita marya...
Semua tu cabaran dan lagi akak rasa ada jgk baiknya...tu marya dah terer masak kann :)
So sabar lah dik....nnt balik msia boleh berpesta mkn mcm mcm :))

Kakcik Seroja said...

Assalamualaikum Marya.

Kakcik baca sambil bayangkan semua yang Marya catatkan - konon2 kakcik mengalami situasi macam Marya lalui... hehehe...

suka suka said...

assalam Marya.. walau apa pun memang kena menyesuaikan diri ditempat orang kan..dimana hubby yang disayangi ada.. disitu kita ada insyaallah.. ayo gulai cili api tak leh tinggal he he.. lepas ni bulih buat gulai daging salai lak..

Hudalatip said...

Ini adalah kisah hidup Marya di tempat orang..Seronok baca tau..Sekarang Marya dah berapa bulan?? Kita pun kadang2 masak jugak sebab tak larat dan takde selera nak makan luar..Mostly malam memang tak makan la, just amik roti dan buah je..

Izwa Kamaruddin said...

takde la panjang mencecah lantai!heheheeh..ralit membaca tgk-tgk alaaa dah habis ke??

sambung la lagi kak!gmbr sayur & ikan diaorg kenape akak tak letak?lagi-lagi sotong kurita tu...nak jugak tgk dari mata org melayu...kekekeke...

atuk said...

Assalamualaikum Maria

rasa2 macam tak berupa elok minum benda2 berkafein semasa prenant..

Golden Rose said...

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....apa2 pun negeri sendiri yg terbaik.

Shila said...

alhmadulillah..
berpeluang rasa pengalaman baru..
hihihi..
mesti sebak je dada teringat malaysia kan.. ;)

kak, kite tak bole makan lala tu.. alergik kot.. setiap kali mkn mesti sakit perut..

Mila@Rimbun said...

tetiba terasa teringin nak duduk negara orang hahaha

dear anies said...

marya, sambal belacan + cencalok + budu x da ka? ;-)

sethn 6 bln? how time flies...

JunAina said...

Pengorbanan seorang isteri demi kelangsungan hidup. Tak dapat nak bayangkan kalau akak terpaksa duduk luar negara. Pergi Indonesia 4 hari pun dah terasa rindu dengan udara Malaysia. Landing ja kat airport Malaysia terasa alangkah bahagianya....

Ada bahan tak pandai masak susah jugak, nasib baik pandai masak tapi sekarang ni google je nak resepi apa, senang.

safurara said...

hmmm kalau saya jd akk,ntah lah kak,ikan,sayur,masakan,budaya,cuaca,bahasa.ahhhh boleh jd gila.tp as long as kita pk +ve mst ok kan.hee,teringin nk g sana.

Kayu Manis said...

mmg terbaiklah hidangannya..sambal belacan tu yg best..lesung batu byk jual kat sana ke..?

Unknown said...

Salam Marya..
sonok baca pengalaman Marya di bumi asing nih..
macam2 boleh jadikkan teladan~

harus bersyukur kerana zura masih di bumi Malaysia walaupon sedikit jauh dari mak dan ayah..:)

The Unknown said...

Nasib baik baca lepas sarapan... hehe

Mama3Q said...

beza 360 darjah , tapi hidup tidak upside down...malah makin baik dan makin matang...so tukar 360 darjah pun takper......alhamdulillah:)

azieazah said...

Entri yang sangat seronok dibaca...! Pengalaman orang yang mengalami sendiri tu yang best. Wpun rasa tak mungkin nak menetap di Peru, tapi andai tercampak seketika di sana, tahu la juga serba sedikit info.

faraherda.razalan said...

Sy baca dr mula smpi habis. Hahahaha...gamba makanan tu, sy tak puas. Sila post byk2 k? Awak ni boleh dikategorikan pndi msk, kan? Ctk2 lak tu rupanya.

Klu sy kat tmpt awak, mgkn keadaan sama. Tertekan! Ouh....nak msk tu, ade je kekangan. Tapi, mcm ne dgn ayam? Awak tak cite lak psl supplier ayam halal. Hahahahaha....sy klu takde ayam, asik mkn ikan...adeh!!! Boleh jdk gila. Camne tu?

Eye_nee said...

As-Salam Sis..

Seronok membaca catatan kamu...akk tak pernah berjauhan dari bumi Malaysia ni...sekadar bercuti sehari dua ketempat lain...itu pun kenegara Jiran yg berdekatan..Thailand ,Vietnan,Indonesia...makanan hampir sama..Sampai nak masak pun boleh tertekan..Kasihan kamu...Redha saja demi sebuah kehidupan yg lebih baik..

Puan Kutu said...

untung juga marya jenis yg cpt n mudah kenal jenis ikan.sy nie mmg fail la.tp en suami expert..dh namanya jual ikan msti la kenal byk jenis ikan.

wpun berbeza 360 darjah.pengalaman tu yg penting.Tak semua org dpt yg tu..:)

Rumah Kuning said...

pengalaman yg mematangkan diri. dah blk m'sia nanti, mesti terkenang2 semua yg ada di sana.

Mulan said...

walopon berbeza bermacam benda tapi pengalaman merantau sangat berharga kan.. have fun in peru..!! nak jgk rasa ke sana...

take care marya...

Aku Seorang Pengembara said...

Assalam Dik Marya

firstly, kasik gelak dulu baca N3 ni, kelakor la pulak....
secondly, memang benor, pengalaman adalah guru terbaik, mematangkan pemikiran dan tindak tanduk, segala rasa boleh dicerita samada buka mulut or tarikan jemari di keyboard kaaaaaannnnn.....semua lahir dari dalam kotak minda... itu siri cerita yang Yong sangat suka...
thirdly, lagi byk kita kenal orang, budaya asing dan yang segala nya berbeza, Yong rasa perjalanan hidup lagi bertuah kerana kita dapat kenali dan rasa sesuatu yang orang lain mungkin tak dapat rasa apa yang kita rasa, memijak benua yang mungkin tak ramai yang mampu.... bukankah itu suatu nikmat? Alhamdulillah, Marya punye kesempatan itu...dan tak lokek berkongsi cerita dengan pembaca...

Anonymous said...

setuju..berada di perantauan mmg mematangkan kita tp ketika time rindu tu..aduhai hati tak terkata..

moga marya tabah ye...

Ruse Sulaiman said...

Salam Marya,
Smlm dah baca tp tak sempat nak taip, Iman dah take over ;) mcm biasa nampak sedap je menu yg Marya masak.

Bunda_nora said...

salam dari kejauhan...
BUNDA

nOe suhaimi said...

bab2 nak ingat nama ikan ni mmg la failed...husband yg tau semua...hehehe..Mee sup tu nampak menyelerakan...x pernah buat fishball..rajinnya marya..duduk kat tempat asing..mesti hampir semua berbeza...dan ianya satu pengalaman yg amat menarik... caiyok2

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalam Marya!!.

Mcm tu la bila tinggal di negara org kan Marya.. kena pandai2 sesuaikan diri. Untung jugak dpt jumpa belacan. Ke you proses belacan sendiri?. Kekeke...

Klu susah nak cari daging halal, pe kata, you je la jadi pengusaha daging halal kat sana. Hehe..

Mat Som Sadona said...

Assalamualaikum Marya,
Minum Cappucino,...ini mungkin baby tu macam abangnya juga lelaki...
Banyak2le makan kacang badam
Minum jus buah-buahan segar agar membina sel-sel minda yg cerdas utk baby yg sedang tidur di sana

Maknanya duduk di Lima ni elok jadi vegetarian dan lauk yang sesuai lala dan ikan-ikan ....wah sedap tu...!

Jumpa lagi, adios

Kakzakie Purvit said...

Apa yg penting ada kebahagiaan keluarga dan nyata sangat erat bila tiada org lain yg terdekat selain suami dan Iman dlm hidup Marya. Makan pun almost 100% Marya masak sendiri laaagi hebat skill memasak mesti bertambah - salute tu kakak bab ini.

makcikkantin said...

pengalaman yang sangat2 berguna. seronok baca entry ni...rasa cam best ja merantau kan....

NinaAz said...

Salam kenal bloggers. Jemput join GA nina ♥

Anonymous said...

Salam Marya.

Seronok baca cerita kehidupan Marya di sana. Terima kasih berkongsi cerita.

Semoga Marya sekeluarga sentiasa sihat dan sentosa.

emarieys said...

Salam, bagusnya walaupun tinggal di negara orang..masih dapat merasa masakan Malaysia...yg penting kena rajin dan pandai masak juga..tk pun google dlm internet jer..gngeh3xx..

(tak dpt bayangkan jika ema ke tempat orang mcm ni)...

Hanis Azla said...

Salam marya..

Berubah 360 darjah ya.. Tapi perubahan itu tentunya memberi 1001 pengalaman dan ilmu yang berguna buat marya dan keluarga kan.. terima kasih kerana berkongsi kisah2 itu dengan kami yang tidak berpeluang merasainya.. membaca coretan marya di bumi asing terasa semakin jatuh cinta dengan tanah air sendiri.. Take care ya marya..

Bulan Syurga Firdausi said...

as salam kak, terima kasih ye doakan :) maaf juga tentang x dapat bukak link blog hari tu, ade masalah teknikal sikit.. tengok pict pescado tu rase nak makan la pulak hee yup ramai jgk yg x makan kambing.. terus doakan sy ye kak :)

che mid said...

takde panjang mana rasanya, kalau tulisan tak membosankan.. sedar-sedar dah habis he he.. lain padang lain belalang.. kalau orang sana datang tempat kita, mau ke makan belacan dan tempoyak!

Myra Jay said...

Pengalaman mematangkan kita..

At least akak ada pengalaman di negara orang yg tak semua orang alami ;)

fuad ansari said...

dalam banyak2 perkara, sy paling teringin nak dengar akak bercakap dalam bahasa peru.. mesti memberi keterujaan.. (",)

kurus said...

kejap je masa kan dik
kejam celik dah 6 tahun ..
nak gelak akak baca entry myra nie ekke ;)

rajin myra masak .. kira disana x susahlah nak cari bahan halal utk masak kan .. hurmmm ;)

Meis Izz said...

# akak ni kalau publishkan buku masakan mesti meletop di pasaran, kak ;)

Unknown said...

Kak marya!
TAhniah! mabruk2... is baru tau bila kak marya komen kat entry is.. tahniah... asa cam nak nagis je hepi.. moga selamat semuanya ye kak. iman dah nak dapat kawan... alhamdulillah.. alhamdulillah.. suka sangat.. is pulak yang suka (^___^) kekeke

MulutPayau said...

Assalamualaikum dear...

Semoga ceria2 selalu...
Akak suka baca pnglman Marya...bnyak pngalaman yg Marya dapat kutip drpda perubahan 360 darjah tu...terima kasih dear berkongsi cerita...

Suria Amanda said...

bestnya...itu namanya kepah dear..ada erk kat sana...favvy i tuh...

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

semua sedap2,,,lapar,hehehehe

nazayiena said...

Dah sthn stgh marya dan family di sana,dah kira bolehlah menyesuaikan diri di sana.Seronok baca pengalaman org duduk di obersea.

mama aini said...

ehem bestnya dpt tinggal dinegara orang, tapi makanan halal kadang2 sukar nak jumpa.. ;)

Masya said...

lama jugakkan.. dah 2 tahun.. rasanya seusia saya menulis blog ... jauh diperantauan luas pemandangan walaupun negara sendiri adalah yg plg baik.. tp mesti seronokkan kat sana.. blh tambah skill memasak.. hihihihih