Gracias!

Dec 11, 2012

It's good to be together & Congratulations!

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Before story-mory panjang lebar cecah lantai... Tahniah buat semua pemenang GA (Like, Share & Win) From Peru With Love! 

As announced before, congratulations to all! *Clap*Clap*

Pemenang Utama: Kak Sal Ya (Permaidani Alpaka 0.8 x  0.6m-approx)
Pemenang Kedua: Zarina Tazari (Ruana Alpaka)
Pemenang Ketiga: Izan Husain Mia (Apron Peru)
Saguhati: Nuryn Ahmad  (FM-Peru)
Noor Azura Binti Usof (FM-Peru)
Masz Masmainiza Muhamad (FM-Peru)

Thank you for Mr Juri, terima kasih juga buat semua yang mengambil bahagian dan yang memberi sokongan... Insya'ALLAH, jika dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur boleh buat lagi & jangan serik untuk join lagi ye :):)

Dah seminggu saya pening-pening lalat, loya & rasa nak tidur je sepanjang hari... All the activities been slowed down... But we still enjoy our weekend! :):)

Pregnant? I don't think so...hikhikhik... tapi insya'ALLAH, lebih ramai lebih meriah! :)))) Iman pun dah besar! But, he will always be my baby... ;))

Sedar tak sedar 2012 dah nak sampai penghujungnya, bermakna hampir 1 tahun 3 bulan kami di bumi Peru ni... waktu bercuti juga semakin pendek! Tak tahu nak suka ke nak rasa apa...

 Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 2013 seterusnya 2014... Perit getir, suka duka, masam manis kami telan bersama-sama... Owh... tak dapat bayangkan kalau kami berjauhan... Tak pernah... Harapnya tidaklah! But everything is possible! :(

Dulu, paling lama terpisah seminggu, kalau saya tak berkursus, outstation selama seminggu setiap bulan adalah wajib! Masa tu Iman tecik lagi... baby lagi... Tinggal dengan babah & uwan... Tak dapat bayangkan lepas ni kemana & dimana akan ditempatkan... Harap dipermudahkan segalanya... Duduk tempat lama bagus juga boleh jalan-jalan serata Malaysia lagi... Harap my BOS baca....*wink*wink* :p ;);))

Saya memang manja! Paling manja dengan Mr Hubby! Eh, memang hubby tempat kita manja-manja pun kan... Bila saya tak sihat, sakit-sakit badan hubby yang urutkan... Hubby pandai urut! Sedaaaapppp.... hahaha :D Ini betul-betul urut tau! Naughty ek! ;))

Mana Hubby pergi mesti I nak ikut! Yes, I used been called 'Queen Control' among his friends... My colleagues & my girlfriends pun dah faham... some of them make face... But, who's care! :p ;)) Pergi kerja berjemput, balik kerja berambik! Nak jimat duit petrol! hehehe...

Kalau saya pergi outstation dekat-dekat dulu macam ke Melaka atau Shah Alam ke, Hubby akan sedaya upaya jemput walaupun lambat... Samada saya suruh atau dia yang nak jemput sendiri... Tapi kalau ke Sabah atau Sarawak tak pernah buat lagi... Setakat jemput kat KLIA tu biasalah... Maybe next time kot... kan bang :p ;))

Kalau hubby main futsal tengah malam pun saya akan ikut jugak! Even pergi meeting dengan kawan-kawan die pun saya ikut! Walaupun takde seorang pun perempuan kat situ...hehehe... And hubby tak pernah tak benarkan atau marah... Yang best tu my mother in law pun sokong! hehehehe :D

Jealousy, cemburu... dah lama in our love diary! Necessity! Cemburu itu perlu! hahaha :D

Iman pun sama tak pernah pisah lama dengan babah dia, paling lama 2 minggu itupun masa tu die kecik lagi... Sekarang dah besar, dah ada akal... Malam-malam pun sekarang tidur bawah tiak babah, dah kurang nak tidur dengan saya... Kalau babah balik lewat dah pandai cari-cari...

Kalau keluar kemana-mana pun nak pegang atau at least nampak dua-duanya... Rumah kami sekarang ada lif, kadang-kadang saya nak turun dulu atau kemudian mesti Iman jerit-jerit bising mulut kalau salah seorang tak turun sama-sama... Suka nak sakat dak tecik ni ;))

Gambar yang diperuk hampir 3 bulan... Cerita ber'picnic' penghujung musim sejuk...


Cuaca sekarang tak menentu, kadang-kala sejuk kadang-kala panas pula... Loco!

Ber'picnic' di Taman Zaitun (Olive Park) berhampiran dengan rumah... Just in front of our apartment! :):))


Lunch under the sky & olive trees... My 'special' chicken rice... Takde deep fryer, so the chicken are not as golden as KFC! hehehe... Iman & hubby's favorite! Ayam goreng (sila baca macam Upin-Ipin)!


Masak laju-laju & simple-simple! For hubby everyday mesti nak mamam nasi... angkut periuk ke park! hehehe :))


Drumstick ni special prepared for Iman... Yang lain-lain, ala-ala 'popcorn chicken'! Sedap!!


Salad or vegie is a must!


Ni sos for nasi ayam! Normally, I use fresh red-green chilies, cheat with sos cili sikit, smashed
garlic, lime juice, salt & sugar to taste! Rasa... super marvelous! Hot, spicy, sweet & sour are blended together! Don't forget to get it boiled ya! ;))


Kena pandai pilih spot... Kalau salah pilih, tak selera nak makan sebab manyak dog poop... eeuuuwwww...

Orang kat sini yang 'bertamadun' tu biasanya alert jaga kebersihan, macam orang kita juga ada yang jenis malas & jenis tak kisah tu, peduli pun tidak! huhuhuuu....

We end our day at park with the photo session! ;))



It's good to be together... Up & down... Through dark & bright, happiness & sadness, sometime we argue,  sometime we fight! But, most of the time we hugs & comforting each other because its so great to be together... Insya'ALLAH...

Thank you for reading friends :)





Dec 3, 2012

Kisah Misteri!

Assalammualaikum wbt.

Hola!

Saya berkira-kira juga samada nak cerita ke tak tapi CikPuan Shima macam teruja je nak tahu kan... kira ini entry khas buat  SHIMA! Beberapa hari dok peram cerita ni, tulis-tulis save, tulis-tulis save... hehehe :)) 

Boleh baca tapi percaya JANGAN ok! :)

Warning: Siapa suka boleh teruskan pembacaan, kalau tak...

You better stop now! 

I won't be responsible for any damages occurred ok! heeee heeeee heeeee *evil laugh* 

Ok tak kelakar & seram pun! :p :)

Since kecil saya memang suka dengar & baca kisah hantu... Jujurnya saya ni penakut orangnya! Pernah duk lepak memalam dalam bilik sensorang baca buku kisah benar cerita hantu, tup tup letrik terputus! Apalagi berlari macam lipas kudung menjerit sampai tersadung bengkak kaki, sehingga terpaksa pergi berurut. T___T

Itu kisah masa belum kahwin... Sekarang kalau takut peluk je cik abang! hehehehe... Cik abang pun malas nak layan... :p

Saya suka nak tahu, curious macamanalah rupa hantu tu sebenarnya... Kalau saya jumpa atau berdepan dengan real ghost apa yang saya akan buat? Adakah hantu itu akan cekik saya & bunuh saya macam cerita dalam TV tu atau saya akan lari lintang pukang tak cukup tanah? 

Tapi setakat saya hidup hampir 31 tahun di muka bumi ini saya tak pernah lagi dengar orang mati kena cekik dengan hantu! huhuhuuu... 

Cerita misteri, mistik & apa sahaja yang berkaitan dengannya memang banyak dalam koleksi saya! Walaupun saya ni tak seberapa nak berani tapi saya suka kumpul, baca, dengar & tonton kisah-kisah paranormal ni! 

Sebabnya???? Keinginan untuk saya tahu adalah sangat tinggi! :)

Saya juga tak terlepas dalam mengalami kejadian demi kejadian misteri dalam hidup saya! Percaya akan kewujudan makhluk ini, tetapi tidak terlalu taksub & yakin ianya memudharatkan kita...

Minat hanya sekadar minat, bukan menjadi fokus utama, saya rasa lebih baik saya tumpukan perhatian saya kepada alam nyata! Namun, kadang-kala saya masih juga membaca & menonton kisah-kisah paranormal ni tapi bukan seperti cerita di TV yang ntah apa-apa tu ye! :))

Saya tak pasti saya pernah melihat atau tidak makhluk misteri ni... Ada juga pengalaman berhadapan dengan makhluk ALLAH yang satu ni... Nak cerita macam terlalu banyak pulak! hehehe... 

Mendengar suara pelik-pelik seperti suara perempuan mengilai, mengekek adalah biasa bagi saya... Namun begitu saya pun tak pasti ianya suara hantu ke apa! huhuuu...

Ok back to cerita di Peru ni... Nama tempat, nama mereka yang terlibat terpaksa saya rahsiakan untuk menggelakkan sebarang salah faham... :) Sebelum tu, saya harap cerita ini hanyalah sebagai HIBURAN semata & diubah suai mengikut kesesuaian... Harap semua faham ;):)

Mukadimah yang panjang...hikhikhik :p

Kisah 1

Salah seorang kenalan saudara baru berkongsi cerita dengan saya bagaimana keluarganya yang tidak boleh menerima dia memeluk agama Islam... Keluarga beliau adalah penganut agama Khatolik yang kuat! 

Kisah misteri bermula bila rumah yang beliau diami kadang-kala terdengar pelbagai bunyi-bunyian... Rumah dua tingkat, yang dibahagian atasnya kosong tapi bila malam pasti akan kedengaran bunyi tapak kasut, seperti orang berpesta!

Gangguan demi gangguan seperti ditarik kaki semasa tidur, kelihatan imbasan kanak-kanak bermain di dalam rumah dan sebagainya... Sememangnya beliau rasa terganggu tetapi dengan pertolongan ALLAH, entah bagaimana dia menemui tulang, rambut dan patung yang ditanam di dalam kawasan rumahnya... Katanya, dia percaya akan apa yang ditemui adalah berpunca dari orang-orang yang menentang keputusannya untuk memeluk agama Islam!

Allahuakbar! Terasa ingin mengalir airmata apabila melihat ketabahan & kekuatan wanita ini menghadapi dugaan dalam mencari cahaya kebenaran seorang diri bersama anak perempuannya yang masih kecil :')

Kisah 2

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke satu bangunan ini hati saya dah berkata-kata, kenapa suram & tidak berseri... Cantik di dalam gambar tidak pada realiti, hurmmm...

Penjaga tempat tersebut yang telah bekerja hampir 30 tahun (tidak silap saya) pernah bercerita, pelbagai kejadian misteri yang berlaku kepada yang pernah pulang lewat dan mendiami bangunan tersebut.

Antaranya, typewriter/computer yang berbunyi sendiri, bunyi tapak kaki berjalan padahal waktu itu tengah malam buta, bunyi kanak-kanak bermain, kelibat-kelibat dan macam-macam lagi.

Menurut beliau bangunan 2 tingkat itu dulunya mempunyai bilik bawah tanah tetapi kemudiannya bilik itu terpaksa ditutup kerana berlakunya satu tragedi. Anak tuan asal bangunan itu yang berusia 3 tahun pada waktu tersebut mati terjatuh dari tingkat 2 bergolek sehingga ke bilik bawah tanah dan mayat budak itu hanya dijumpai selepas 3 hari. Semenjak dari peristiwa itulah, bilik bawah tanah tersebut ditutup.

Saya juga pernah melalui tangga yang dimaksudkan... Memang terasa seram sejuk walaupun saya belum tau kisah sebenar sejarah bangunan itu...ngeee~

Kisah 3

Di bangunan yang sama, pada waktu itu kami berlima, saya, dua kawan saya (orang Malaysia), Iman, termasuk seorang warga Peru. Waktu hampir Maghrib, Iman memang bising bermain seorang diri berhampiran tempat kami bersembang.

Secara tidak semena-mena, kami bertiga terdengar bunyi seperti orang meniup wisel... Bukan! Bukan bunyi wisel tetapi seperti bunyi trompet yang biasa kanak-kanak bermain di party hari jadi!

Preeet... preeettttt...

Suasana sunyi  dipecahkan dengan bunyi tersebut yang sangat ketara & nyaring, datangnya dari arah luar membelakangi rakan kami warga Peru tadi. 5 kali kalau tak silap bunyinya. Kami bertiga terus terpinga-pinga... Secara tiba-tiba Iman melompat ketakutan... "Takut, takut." kata Iman... Muka Iman pucat. Saya hanya mampu tersenyum sumbing menenangkan Iman... Perlahan-lahan kami bertiga berpandangan & tersenyum sesama sendiri...

Yang hairannya, warga Peru itu tidak dengar langsung bunyi tersebut! Die pula yang kelihatan terpinga-pinga & kehairanan... Aneh!

Nampaknya 'bunyi' itu sengaja nak menyakat orang 'asing' seperti kami... Nampaknye kena 'cecah tanah' mengaku orang sini... hehehe... *Joking* :p ;)

Cukup dulu tiga kisah, ada yang saya dah terlupa... hehehe... Nanti kalau ingat saya story lagi ye...

Thank you for reading!

Adios~

P.S. Belajar takut hanya pada ALLAH :)
P.S.S. Pemenang GA akan saya umumkan secepat yang mungkin, kami memilih pemenang berdasarkan kriteria yang dinyatakan... Selebihnya terpulang pada Mr 'Juri'... Mr 'Juri', please be fair ok! :))


Dec 2, 2012

Kenangan 2012: Bersama Rakyat Malaysia

Assalammualaikum wbt...

Hola!

Bulan terakhir tahun 2012 telah menjelma, bulan pertama 1434H semakin menghampiri penghujungnya... Azam baru: Kurangkan berinternet, fokus yang lebih pada keluarga, memberi perhatian, bukan mencari perhatian... 

Menulis sebagai mengisi waktu lapang, bila benar-benar berkelapangan... Menulis untuk bacaan sendiri, anak-anak nanti dan sesiapa yang sudi... 

Bukan merajuk bukan berkecil hati, moga ALLAH yang sangat baik memaafkan diri ini, berkecil hati hanya kerana kata-kata & perbuatan manusia seolah-olah berkecil hati & merajuk dengan DIA yang Maha Esa... Kadang-kala terlepas pandang kerana melalui kata-kata dan manusia itu DIA menegur kita... :'( ALLAHUAKBAR!

Jumaat, 30/11/2012 bersamaan 16 Muharram 1434H Hari Bersama Rakyat Malaysia di kediaman TYT Duta Besar.

Pertama kali dalam sejarah 'menjala' berseorangan selama 5 jam untuk 200 pcs Roti Jala! Rasa nak 'fengsan', patah pinggang semua cukup! Terasa nak menangis kerisauan kerana kesuntukan waktu! 

Pengalaman zero! Biasa buat untuk mulut sendiri sahaja... 

Saat itu juga merasa kagum dengan mereka yang berniaga dan menerima tempahan... Patutlah mahal! T_____T
  

Suami tersayang 'pom pom boy' yang banyak memberi sokongan! Go Bie! Go! Sikit lagi! huhuhu...


Akhirnya, lebih 200 pcs selamat dihidangkan... Syukur Alhamdullillah! Terima kasih ALLAH yang memberikan kudrat! Terima kasih abang, tanpa sokonganmu pastinya kecundang dipertengahan jalan...

Antara hidangan untuk para tamu! 


Mee Kari!

 

Samosa!


Falafel @ Vadei


Pisang Goreng, kuih ketayap & buah-buahan


Kacang kuda & ubi kayu goreng pun ada! :))

  Pictures always speak a thousand words...







Puas Iman bermain, nasib baik tak terjun kolam! ;))

P.S. Terima kasih pada yang memeriahkan GA From Peru with Love (Like, Share & Win)! Saya pulak yang terlebih berdebarnya.... :))

Nov 30, 2012

Muharam Mubarak & Giveaway!

*STICKY POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY*

Assalammualaikum wbt.

Hola Damas & Caballeros!

Alhamdullillah, syukur kita masih lagi diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk terus bernafas di muka bumi milikNYA yang indah ini... Salam Maal Hijrah 1434H kepada semua! :)

Semoga kita terus berusaha untuk terus berhijrah kepada yang lebih baik lagi... 

May ALLAH SWT grant freedom and ease to all who are oppressed or facing difficulties, shifa' to the sick, nur & jannatul firdaus to all deceased. May ALLAH SWT continue to grant us all that we need each day... Insya'ALLAH... Ameen...

Sempena bulan & tahun baru Hijrah ini, kami ingin berkongsi peluang kepada rakan-rakan FB atau Blogsphere yang memiliki akaun FB untuk memiliki barangan eksklusif terus dari Peru! :)

Dengan lafaz 
saya ingin mempelawa rakan-rakan blogger, silent readers dan sesiapa sahaja dari Malaysia, untuk menyertai FB EXCLUSIVE GIVEAWAY - From Peru To Malaysia With Love (Like, Share & Win) dan seterusnya memenangi  barangan eksklusif terus dari Peru.

15/11/2012 ~ 30/11/2012

SYARAT-SYARAT & TERMA

1. Like "Marya Yusof" Page. >>>>http://www.facebook.com/LivingInPeruByMaryaYusof?bookmark_t=page

2. Seterusnya, "Like & Share" gambar di 'wall' anda. Penting: Sila pastikan 'privacy setting' anda berstatus "PUBLIC". Ini untuk memudahkan kami mengesan 'entry' anda.

3. Kongsikan dengan kami seberapa banyak pengetahuan anda tentang Peru di bahagian komen.

4. "Tag" SEKURANG-KURANGNYA seorang daripada rakan anda untuk menyertai pertandingan.

5. Lima Pemenang Bertuah akan dipilih. Anda dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak 'entry' dan ini akan membuka lagi peluang untuk anda menjadi pemenang.

6. Anda berpeluang untuk memenangi produk eksklusif terus dari Peru.

7. Kami berhak untuk mengubah Syarat & Terma tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.

8. Tempoh: 15/11/2012 ~ 30/11/2012

9. Penyertaan yang tidak menepati semua kriteria di atas tidak akan diambil kira.

Buena Suerte! Good Luck!





Nov 28, 2012

Takziah buat Wan Nurul Hezrina...

Assalammualaikum wbt.



Takziah buat Wan Nurul Hezrina sekeluarga... Semoga Wan sekeluarga tabah & kuat menerima dugaan ini... 

~Al-Fatihah~

Wan adalah rakan saya semasa belajar dulu dan bertemu semula sejak aktif berblogging melalui Shima... Mendapat berita melalui Shima di FB... Selepas membaca blog Wan, saya mendapat tahu ayahnya koma dan dihantar ke hospital... Moga ALLAH permudahkan segala urusan dia & keluarganya... Ameen... 

Kehilangan sememangnya memeritkan bagi yang pernah mengalaminya... Saya juga pernah melalui keperitan itu 6 tahun yang lepas dimana saya kehilangan arwah abah tercinta & kakak yang disayangi pada tahun yang sama... Beza hanya 9 bulan sahaja... 

Tak terbayang bila kehilangan orang yang tersayang dalam tempoh tidak sampai setahun & melalui Hari Raya Aidilfitri dengan kehilangan insan-insan yang tersayang, 2 orang sekaligus! Hanya ALLAH sahaja yang tahu...

Kadang-kala kita rasa kita adalah manusia paling malang di dunia ini dengan ujian yang pelbagai... Tapi apalah sangat ujian itu jika dibandingkan dengan ujian yang dilalui oleh baginda Rasullullah SAW...  

Beginilah tiap kali saya memujuk diri sendiri... Selain ALLAH & Rasul, suami, anak & keluarga adalah pengubat duka... Dalam segala ujian yang datang saya masih memiliki mereka untuk meneruskan kehidupan... Yang masih ada & sayangkan saya... insya'ALLAH...

La Tahzan, Innallaha Ma'ana... Don't be sad, ALLAH with us! 

*Jauh disudut hati saya berharap akan ada yang ingatkan saya dan berkata yang sama apabila saat saya lemah & sedang diuji... Saat itu pasti tiba kerana hidup memang untuk diuji*



  

Nov 26, 2012

GA - 5 Days to Go!

Assalammualaikum wbt.

Hola cariño!

Buat pertama kalinya saya adakan GA-From Peru With Love (Like, Share & Win)

Alhamdullillah, walaupun sambutan tidak seperti yang saya sasarkan tapi saya tetap berpuashati kerana masih ramai yang sudi mengambil bahagian... Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi join! :):)

Kurang 5 hari GA ini akan ke kemuncaknya, insya'ALLAH tak lama lagi kita akan tahu siapa 5 pemenang bertuah itu! :))

Jika tiada sebarang masalah, kami akan umumkan pemenangnya secepat yang mungkin... Antara hadiah menarik menanti semua...

Mesti ramai yang nak tahu kan? :)

1.  KARPET ALPAKA - Size 0.8m x 0.6m (approx)


2. RUANA 

*Warna seperti di sebelah kanan anda-Merah Belacan*
3. Tiga FM- PERU


4. Apron Peru *Hadiah Tambahan*

Untuk makluman semua, hadiah no. 1 & no. 2 adalah hadiah UTAMA, jadi pemenang UTAMA boleh memilih salah satu hadiah tersebut... :) :)

Siapa JURI bagi GA ini?

Untuk makluman semua juga, saya BUKAN JURI bagi GA ini... Oleh kerana semua yang mengambil bahagian adalah terdiri dari kawan-kawan dan kenalan saya jadi, untuk menggelakkan berat sebelah atau 'bias' saya telah melantik JURI khas bagi GA ini!

Jurinya tidak lain dan tidak bukan adalah HUBBY saya! Mr Hubby-Nadzri Sani ;))

Puas pujuk dia ni untuk jadi juri... hehehee... :D

Terima kasih buat semua yang sudi mengambil bahagian! Semoga kita mendapat manfaat bersama... Salah satu cara saya mengeratkan lagi ikatan persahabatan sesama kita! Insya'ALLAH...

Good Luck! Buena Suerte! :))


Nov 25, 2012

Jom ikut Iman swimming! ;)

Assalammualaikum wbt.

Hola todos!

Update hari Ahad? Macam tak percaya je update time weekend...hehehe... Ok, ni curi-curi update jugak... Curi-curi update pun masih panjang berjela! hahaha :D

Terima kasih pada yang masih sudi membaca blog saya ni... :)

Semalam kami pergi picnic! Salah satu aktiviti school Iman untuk hujung tahun ni... Sebenarnye ala-ala 'campamento' (camping)... Nama tempat yang kami pergi ni namanye Cineguilla! :)

Kami yang benarnya takde idea macamana rupa tempat 'picnic' ni! Dahlah cuaca 'loco'-gila! Kejap sejuk, kejap panas (merujuk di Lima tempat kami tinggal)... Dengar-dengar cerita tempat tu cuacanya sangat baik! Terletak di timur Lima & siapa yang mengikuti blog saya ni mesti tahu yang Lima adalah sebuah tempat yang dikelilingi gurun yang berhumidity tinggi! Dingin dan purata hujan tahunan yang sangat minumum... Boleh dikatakan takdok hujan! hehehe :)

Terus pada cerita picnic

Kami pergi menaiki bas yang disediakan oleh sekolah Iman... Iman memang suka naik bas! Perjalanan lebih kurang 1 jam lebih... of course kami pergi bertiga! Lama rasanya tak bercuti jalan-jalan keluar dari Lima, sejak cuti-cuti semasa bulan Julai dulu! :) ;)

Alhamdullillah, cuaca memang sangat baik di sana... Cerah & bermandikan cahaya matahari! Lebih kurang 24-25 darjah celcius! Bagi kita yang asal dari negara cuaca tropika ni memang elok sangat! Tak panas & taklah sejuk benar :) :)

Awal-awal lagi teachers Iman bagitau suruh bawak solar cream protector! Mereka ni memang concern bab-bab gini ;):)

Sampai-sampai je, resortnya taklah sebesar mana... Ada kolam renang yang kecil! Cukuplah untuk budak-budak & mak bapak budak untuk menjadi 'dugong'! hikhikhik... *wink*wink*


Iman excited nak masuk dalam air! Tak menyabar langsung dia! :)


Sambil mandi sambil 'cuci-cuci mata'! ahaks :p ;)


Iman & Luca, kawan sekelas Iman yang muda sedikit dari Iman... Tapi badan dia lebih besar & 'tough' dari Iman...hehehe... Mr Hubby gelarkan dia "Belanda dapat tanah"... sedap betul 'memuji' orang yang tak faham bahasa kita time gini...hehehe... Ala, bukan selalu nakal-nakal sikit! hehehe :D :p

Apa-apa pun Luca memang comel, berani & tahan lasak, namapun budak-budak kan :)))


 Seronok tengok Iman berani bermain air yang dalam... Dulu ingat nak masukkan Iman swimming class, berkira-kira samada nak masukkan dia swimming class atau hantar ke school... Yurannya mahal jadi kami decide hantar school jelah ;)))


 Iman & babah! Suka pic ni! Melebor je senyuman anak beranak ni :))


Melepak sambil makan-makan... tengoklah dak tecik tu! Kelaparan lepas mandi & bermain...


Sampai tak perasan dok mencangkung gini! Ops!!!


Sehari sebelum tu ada perkhemahan buat kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun... Iman tumpang nyibuk je dalam khemah tu... Tak dapat bayangkan kalau Iman kena bermalam tanpa kami di sana... Boleh ke? hurrmmmm...


 Kalau picnic macam ni, dorang memang suka berBBQ, minum-minum & sebagainya... Tapi kami tak join! Saya buat meehoon goreng je untuk haritu... Cancel puasa! huhuhuu :'(


Bersambung-sambung mandi! Pero ahora con las maestras! Teacher Guadalupe adalah teacher yang jaga class Iman, Teacher Sandra adalah cikgu Bahasa Inggeris Iman! Teacher Sonia adalah guru besar sekolah atau school's director! :)


Iman malu-malu lah konon... cittt...


Swimming with teacher Sonia!


Yang ni beberapa kawan sekelas Iman...





Saya ada juga join mandi sebab lepas solat babah malas nak tukar baju teman Iman mandi semula, terpaksalah saya melayan Iman... Yang kelakarnya saya mandi berbaju! Takkan nak 'vogel-vogel' macam depa jugakkan! ;))

Sampai ditegur seorang budak perempuan ni, "Sra. ¿Por qué lleva blusa?" Sambil tunjuk-tunjuk my baju... I just smiled smiled jelah... kihkihkih... Kesian kat budak perempuan tu, muka dia penuh tanda tanya! hehehe...


Penat sampai tertidur! Tapi sekejap je tak sampai setengah jam bangun & sambung mandi balik!


Keluar masuk khemah, macam tak penat-penat!


Aktiviti untuk parents pun ada juga...


Seronoklah juga walaupun ada yang kami tak berapa nak faham...hehehe...hentam jelah labu! :)


Asalkan participate!

Hubby tu pakai spek hitam! Ada makna tu! hehehe... I jealous? Orang bodoh je tak jeles... I tak boleh nak larang die nak tengok... takkan I nak tutup mata die kan... siku-siku je sikit...hehehe... maklumlah banyak sangat 'lolipop' yang terbuka pelbagai warna & rupa! hehehe... man's nature... Jadi bahan jenaka pada kami berdua pun ada juge ;))


Dak tecik ni sampai nak terbeliak mata tiup belon! Lepas belon meletop terus takmo main lagi dah... ;))




 So far, so gooooood! We enjoy the picnic & have fun together! 

Thank you for reading!

Chau :)