Assalammualaikum wbt.
Hola!
¿Cómo están?
Feliz Día Papá!
Especialmente para mi querido esposo y todos los padres del mundo! Padre es un regalo único de Allah para nosotros! Appreciate them while we can... :)) ♥♥♥
Rindunya dengan arwah abah, rindu nak cabut uban dia, nak ketip kuku dia, nak masakkan cekodok lembut untuk dia..! Rindu nak borak-borak... Rindu nak peluk & cium abah...
Saya anak manja abah, tak siapa boleh nafikan... Dulu, setiap kali balik hujung minggu dari Uni, kalau arwah abah ada depan rumah tengah mengemas mesti saya akan peluk & cium dia ditengah laman rumah tu jugak... Biar pun busuk peluh melekit... Abah mesti tersenyum-senyum kalau ada orang yang lalu masa tu... Kadang-kadang ada yang honkan kereta atau moto sambil 'thumb up' kat abah... hehehee... :))
Segalanya kini tinggal kenangan... Tiada apa yang perlu ditangisi dan disedihkan lagi, after all semua dalam dunia ni pinjaman sahaja... Sebenarnya saya tak suka cerita perkara sedih... Dengan kawan-kawan pun saya jarang bercerita cerita sedih... Sebab saya mudah nangis... So, better tak payah cerita kerana tangisan & airmata tak membantu untuk sampai pada yang telah pergi... Hanya doa yang perlu dipanjangkan supaya dia tak sunyi di sana... Kita hanya berpisah di dunia, tetapi negeri yang kekal abadi ada di sana menunggu kita... Ni semua pun orang tahu kan... One said, cry a river, build a bridge & get over it! :))
Cerita weekend kami, actually tiap-tiap minggu pun keluar kalau tak sekejap mesti akan keluar jugak untuk ambil angin... penat duduk rumah, lagi-lagi housewife macam saya ni kan :)) Tapi, syukur pada Allah sebab diberi peluang menyandang jawatan paling mulia ni... am not perfect or yet again to be a domestic goddess! Bukan mudah... I have to admit... Tapi saya memang sangat kagum dengan surirumah yang buat kerja A to Z for the whole day... fuhhh... Tabik toink... toink..! :))
Entah bila dapat rasa jadi fulltime housewife lagi nanti... Housewife tu, once dah kahwin memang automatic akan dapat title tu kan...hehehe... Terima kasih pada hubby jugak! Kalau tak memang tak merasa mengandung sambil bercuti...hahaha... Heaven ok! :))
Kat sini sambutan Hari Ibu, Bapa atau apa sahaja memang meriah... Sales sana, sales sini, diskaun sana, diskaun sini... so, masa nilah nak ambil peluang beli apa-apa yang patut... Rasanya kat Malaysia pun sama kan :))
Sekarang ni tengah musim sejuk, tahun ni cepat sejuk berbanding tahun lepas... Suasana mendung je, macam nak hujan... susah nak nampak matahari... Walaupun sejuk, orang yang mengandung macam saya ni rasa sejuk kejap je, lepas dah bungkus-bungkus mesti cepat rasa panas... my body memang cepat heating... Teringat masa mula-mula kahwin, hubby ingat saya demam sebab bila malam badan akan rasa hangat je... Tapi sebenarnya saya sihat je... sebab tu kena minum banyak air & duduk bawah aircond selalu...hahaha :D
Ada yang nak tengok 'baby bum' saya sekarang... So, saya upload kat sini... Kat blog tak segan sangat sebab orang ada pilihan nak tengok atau tidak berbanding dengan FB... hehehe... Macamlah comel sangat kan ;))
Close-up sikit! 8 months ++
Hubby kata kesian tengok saya preggy kalini tak bulat macam dulu risau tak cukup makan katanya... eh...eh... dah naik 10kg tau! hahaha :D
Satu hari tawaf Jockey Plaza, its a must to drop by LEGO Store... Tapi tengok-tengok jelah... bagi Iman puas hati... Kumpul duit dulu ye Man ;))
Nasib baik Iman boleh bawak runding, dapat cuit-cuit sikit pun jadilah :)
Nanti balik Malaysia dah janji dengan dia nak bawak pergi LEGOLAND... So, babah kenalah fulfill your promise! hehehe :D
Jalan-jalan dah penat mamam aiskrim... Pagi, breakfast beehoon goreng jek, ummi masak! hehehe :D
Sempena Hari Bapa ni, Ummi ingat nak bagi babah hadiah motor ni...
Tapi dalam gambar jelah... Tak mampulah babah...hikhik... Dah penat jalan-jalan, pusing-pusing & dapat apa yang dihajati terus balik rumah... Kejar waktu solat dan sebagainya terus keluar balik sebab perut dah lapor... Satu hari tak makan nasi, mana tahan....hehehe... :))
Iman sempat tidur sebelum keluar balik dari rumah... Mula-mula tu ingat nak makan tempat lain tapi 2-3 hari tu perut saya asyik sakit je memulas-mulas so, kami pilih resto yang dekat dengan rumah je... Resto ni baru dan ini kali kedua kami pergi... First time dulu tak berapa sedap sangat makanannya... Presentation pun biasa-biasa je... Tapi sebab nak elak jalan jauh, perut pun dah berkeroncong plus dekat sikit dengan rumah kalau tetiba perut meragam, kira tempat yang sesuai sangatlah nak berkejar..! hehehe :D
Di Lima,terutamanya di tempat kami tinggal (San Isidro) semua restoran adalah standard hotel! Harga pun macam hotel jugaklah...hehehe... Kalau sekali makan untuk 2 orang plus tips lebih kurang RM100...
Kami memang fussy dalam memilih restoran di sini selain faktor halal kami memang tak makan restoran di tepi-tepi jalan tu, sebab pertamanya dari segi kebersihan & food tolerance... Bagi orang tempatan yang dah biasa tidak ada masalah tapi bukan bagi kita yang foreigner ni... Travel advice dari saya, if datang ke Peru please makan di restauran yang proper, di sini makanan yang dah siap masak memang mahal... Even yang dijual di calle (jalanan) pun harganya adalah mahal jika dibandingkan dengan negara kita :))
Sebagai contoh, kalau nasi + ayam bakar + salad + air harganya lebih kurang S/.15 (RM 18). Kami tak pernah makan ayam dan daging, biasanya kami makan seafood & ikan... Seafood & ikan lebih mahal kerana makanan ni dikategorikan makanan mewah! :))
Dalam sebulan tu adalah 3-4 kali kami keluar makan... Walaupun saya suka memasak tapi boring jugak kalau hari-hari makan masakan sendiri...lebih-lebih lagi bila time preggy ni! Bila dah tiba penghujungnya ni kadang-kadang saya rasa dah tak tahu nak masak apa... Rasa tak kena je dengan tekak... Sedih :(
Limonada Frozen or Frozen Lemonade :)) One thing yang best di Lima ni semua fruit juice very natural, fresh & rich! They won't use artificial colouring.. My compliment :))
Inca Cola... Ni babah punya... Dia serik dah nak minum surtido (mixed fruit juice) sejak kena diarrhea tempoh hari... Nanti kalau kami balik for good siapa nak order Inca Cola ni boleh bagitau saya ok! Tiada ditempat lain di dunia ni kecuali di Peru sahaja... Kalau ada jumpa dimana-mana sila bagi tau saya ye... Non Alcohol & insha' Allah halal :))
Ni babah punya Arroz Chaufa y Mariscos! Nasi goreng ber'seafood'... Untuk pengetahuan semua, makanan dan cara masakan di sini setiap menu serta resepinya adalah sama. Begitu juga rasanya tidak banyak beza antara restoran :))
Saya pun dah try masak masakan ni... Cuma belum ada kesempatan nak share lagi ;))
Arroz blanco, mariscos y pescado con salsa de aji amarillo... White rice, seafood and fish with yellow chilies sauce... Rasanya macam arroz con mariscos cuma ada ikan di situ! :))
Kebetulan restauran ni ada show yang didatangkan dari Argentina... Kami tak tahu pun pada asalnya, oleh sebab takde apa nak buat so kami bayar S/.30 seorang untuk tengok persembahan tu... Walaupun sebenarnya masing-masing dah letih & mengantuk... Serba salah sebenarnya...T__T
Persembahan termasuk muzik latin, nyanyian soprano & tarian tango! Yang hadir pada malam tu kebanyakkannya well-dressed & yang wanita well-groomed lagi... Terasa pulak selekeh..! Mana taknya, dengan tak mandi & pakai pun simple je sebab restoran tu belakang rumah je pun..! hehehe :D
Persembahan nyanyian soprano!
Orang diraikan... babah yang boring..! hehehe...
Tarian tango pun bermula...
Overallnya, kami bagi 50% je dari fullmark 100%...hehehe... Sebab, kami pernah tengok persembahan yang lebih baik lagi... Kata hubby masa di Buenos Aires, street performers di situ lebih passionate & energetic... Yelah babah, dah tentu Tango dari sana sudah semestinya orang sana perform better ;))
Balik malam tu, lepas solat & bersihkan diri terus kejar katil & boom tidur kepenatan... Tak sedar diri lagi dah... :))
Anyway, should be thanked babah for the wondeful & tiring day! hehehe... Thank you jugak for the unexpected gift... Sayang babah! xx
Eh, celebrate siapa sebenarnya ni?!
Happy father's day, babah!
Terima kasih sudi membaca coretan yang panjang lebar ni... Jangan serik pulak!
Hasta luego!
Cuidate! Allah Hafiz..!