Gracias!

May 24, 2013

Pink or Blue?

Assalammualaikum wbt.

Hola cariño!

I'm still here! Gracias a Allah... Alhamdullillah... :)

Lama tak update... Kami tak berapa sihat seminggu yang lepas... Hubby kena diarrhea, muntah-muntah sebab salah makan, walaupun Iman bercuti seminggu tapi kena selsema & batuk-batuk tak hilang lagi... di sini masuk musim sejuk dah... winter without snow... matahari seperti menyorok dan hujan renyai halus hampir setiap hari... Alhamdullillah, Dia berikan kesihatan yang baik untuk jaga suami & anak! Baby pun banyak gerak dah sekarang... Masa berjalan sangat pantas, macam mimpi dah masuk 7 bulan pun :))

Terima kasih atas ingatan & ucapan takziah rakan-rakan samada di FB atau di blog... Only Allah will repay all your kindness... Besitos & abrazos Islamicos a todos... xoxoxoxo

Benar, hidup ini adalah ujian... Life is a big big test! Allah test us with the things that we love the most, and He test us with the things that we hate the most... Everything is belong to Allah and to Him shall we return...

Hidup perlu diteruskan...

Walau sedih bagaimana pun kita perlu berdiri dan berpijak atas bumi yang nyata... Bukan sebab untuk menunjukkan betapa kuatnya kita tetapi kerana amanah & tanggungjawab... Yang pergi tetap akan pergi, walau sekuat mana pun kita kejar tetap tidak akan mampu kita capai... 

Dari awal lagi saya telah bersedia dengan risiko atas jalan yang dipilih ini... Saya tidak menyalahkan sesiapa pun, semua ini tak akan terjadi jika bukan atas izin Dia... Menangis bukan kerana kita lemah, kadang-kala airmata adalah kekuatan kita... :)

Tinggalkan dunia 'biru', yang penuh dengan cerita sedih... Hari ini saya nak kongsi cerita dunia 'pink' saya! :) Jangan salah faham, kawalan emosi sangat penting kan lagi-lagi bila berbadan dua ni... Sekarang ni nak fikir yang indah-indah sahaja walaupun berdebar-debar nak tunggu 2 bulan lagi... erk! 2 bulan je lagi?? O Allah... ngeee~~

Dulu, masa awal mengandung ingatkan yang kedua ni nak bersederhana sahaja... Tapi rasa macam dah terlebih sudah! hikhik... Hubbylah orang yang paling-paling excited sekali... Beli macam-macam... Katanya rezeki lebih untuk adik... Tapi dalam beli barang adik, mesti terselit jugak barang untuk abang Iman... Kalau tak cemburu pulak nanti... Tapi Iman nampak relax je... Kadang-kadang macam suka, kadang-kadang macam confuse... Tapi, selalu cakap perut ummi buncit! hahaha :D

Perut kali ni tak sebesar macam Iman dulu, Hubby pun cakap dah 6 bulan baru nampak perut... badan pun tak naik banyak... banyak tak banyak, sekarang ni dah naik 7 kilo lebihlah jugak! hehehe... Alhamdullillah, risau juga kalau badan tak naik... Risau yang kat dalam tu tak cukup 'mamam'! Kesian kat dia... Haritu last check up doc suspect baby kecik sebab tinggi rahim tak mencapai standard yang sepatutnya (betul ke ayat ni? erkk...)Ya Allah risau sangat..! Doc arahkan untuk ambik darah & buat urine test... Pergi scan jugak! Risaunya hati Allah je yang tahu... Sampai tak nyenyak tidur malam... Risau jadi apa-apa kat adik... Allahu'akbar!

Tapi, alhamdullillah lepas scan and dapat result blood & urine test... semuanya ok! Kiraan doc & keputusan kiraan scan berbeza... EDD yang doc bagi pun tak sama dengan hasil ujian ultrasound! Itulah akibatnya sebab terlupa tarikh hari pertama period yang terakhir... huhuhu... Ingatan buat semua jugak ye, bagi yang dah kahwin kena selalu ingat tarikh keramat tu... kalau tak kalau preggy jadi macam saya...huhuhu...

Tak tahulah nak komen tentang doc kat sini... Tapi kami doa yang terbaik je... Masa scan tu doc pun dah bagitahu jantina baby... Oh! Budaya orang sini memang akan ambil tahu tentang jantina baby... Jangan terkejut kalau baby masih dalam perut dah ada nama! :)

Saya dah beberapa kali orang tanya nama baby... mula-mula dulu terkejut jugak... erk, baby belum keluar lagi dah ada nama? Setiap kali orang tanya saya akan jawab, we have listed a few names, but not decided yet! hahaha... Selamat tak jawapan saya? ;)

Memang dari awal mengandung lagi saya dan hubby sangat berharap yang kedua ni biarlah baby girl... Ada jugalah usaha & amalkan beberapa petua, terutama sekali amalan membaca & dengar surah Maryam... Hasil scan haritu secara positifnya doc cakap baby saya adalah GIRL... Rasa nak mengalir airmata... Banyak kali juga saya suruh doc repeat & sahkan betul-betul... Siap tanya berapa percent lagi... Doc tu dengan confidentnya cakap 100%!!! Wah, dah macam tuhan pulak ye kau tuan doktor! hehehe... ;)) Apa-apa pun semuanya adalah ketentuan Allah... Yang penting selamat & dipermudahkan segalanya... Itu yang sangat kami harapkan... Walaupun dah beli semua kelengkapan pink-pink kaler... tawakal sahajalah ;))


What a craze!!! Pink always on my eyes! Pink, purple... owh hooo... Tunjuk sikit jelah, buat kenangan kat sini ;))


Oklah better stop now, time for relaxing nak masuk pukul 12 dah... before my 'panda eyes' getting even worse! A cup of Chamomile tea and a book, time to enjoy this spare time before spending long night to cradle my little angel! Very soon... insya'Allah... :))

Thank you for reading..!

Hugs & kisses peeps! xoxoxo

Chau...

P.S. Nanti BW slow-slow key ;))




May 13, 2013

Al-Fatihah - Buat Along...

Assalammualaikum wbt.

Antara perkara yang paling saya takuti bila berjauhan... Abang saya yang sulung telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya pada lebih kurang pukul 3 pagi waktu Malaysia, 13 Mei 2013 bersamaan 3 Rejab 1434H...

Khusosan ila ruhi allahyarham Baharudin Bin Mohd Yusof, Al-Fatihah...


Berita tentang pemergian arwah along tidak saya terima secara terus, keluarga di Malaysia tidak dapat menghubungi kami di sini... Seperti biasa, hujung minggu (perbezaan waktu Malaysia-Peru) saya memang jarang online... Kebetulan siangnya, selepas memotong rambut Iman hati saya tergerak untuk menghubungi emak untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu seperti tahun-tahun yang sudah...  

Biasanya hubby yang akan mendail & bercakap dulu dengan emak, tetapi kali ni saya pula yang mendail & talian disambut oleh abang saya yang no. 4... 

Talian terputus-putus menyukarkan saya untuk memahami butir bicara abang saya... 

Saya : Assalammualaikum...
Abang Syam : Wa'alaikumusalam... Mar, mak.... (terputus) dah takde... (tersekat-sekat) dekat rumah along...
Saya: Hah! Apa? 
Abang Syam : (Terputus-putus) meninggal... kau tak tahu ke?
Saya : Meninggal? Siapa meninggal? (Rasa kaki tak jejak di tanah lagi... Dalam kepala emak, emak, emak... Rasa nak pengsan)
Abang Syam : Ya Allah, along dah takde... along dah meninggal...
Saya : Along? Along mana? (Hati dah teragak, tapi still in denial state)
Abang Syam : Ya Allah, Along... Nanti-nanti cakap dengan Yanti (kakak ipar, isteri abang saya no. 6)

Talian bertukar tangan...

K.Yanti : Hello, Assalammualaikum...
Saya : Wa'alaikumusalam... Kak Yanti, along meninggal? (suara dah bertukar, terasa macam terawang-awang, dada berdegup kencang... berharap semua ini adalah mimpi) 
K.Yanti: Along dah takde Mar... Sekarang tengah urusan pengebumian... 
Saya : Ya Allah, kenapa tak bagi tahu? (Terlerai juga airmata, tak dapat dibendung lagi)
K. Yanti: Kitorang semua panik dan kelam kabut... Sabarlah, dah sampai masanya... Dia jatuh pengsan & terus masuk CCU malam tadi. Pukul 3 pagi meninggal... Kau jaga diri baik-baik.
Saya : Tak dapat balik Kak Yanti, tak boleh nak balik... (Deras mengalir airmata, hanya itu yang saya mampu ucapkan)

Talian ditamatkan, hubby berada di sisi sepanjang malam... Sukar melelapkan mata... satu demi satu wajah yang tersayang bermain di mata... Kalaulah, kami di Malaysia waktu ini...

Semuanya begitu pantas... Sebelum arwah pergi, kami hanya bertegur sapa di FB... Gembira melihat arwah, suami isteri dan anak-beranak pergi berjalan-jalan dan makan-makan bersama... Arwah kelihatan sihat sahaja... Sudah beberapa tahun arwah mengidap sakit jantung... Tak sangka, pertemuan di majlis pertunangan anaknya yang no 2 dulu adalah pertemuan kami yang terakhir sebelum kami berangkat ke Peru... 

Pemergian arwah begitu mengejut... Arwah along saya meninggalkan seorang isteri & empat orang anak... Anak-anak arwah semuanya telah menamatkan persekolahan kecuali yang kecil sekali... Arwah pergi dalam usia 51 tahun beza antara kami, 20 tahun...

Sekarang ini tinggallah kami 5 orang adik-beradik daripada 7 orang kesemuanya...  arwah kakak juga meninggal dunia 7 tahun yang lepas dalam tahun yang sama dengan arwah abah... Walaupun Allah meminjamkan arwah along & ateh dalam waktu yang singkat dalam hidup saya, namun kehadiran mereka tetap mewarna-warnikan & mencorakkan kehidupan saya pada hari ini...

Buat kaklong dan anak-anak, semoga kaklong tabah menghadapi ujian dari Allah swt ini... Hanya doa yang dapat kami kirimkan dari jauh... Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh along... Moga along ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... ameen ya Rab...

Segalanya adalah ketentuan Allah... Ya Allah, bantulah aku, redhakanlah aku...