Gracias!

Jan 27, 2013

Doa buat teman...

Assalammualaikum wbt...

Memang lama tak update... Memang rindu... Menulis juga boleh menjadi satu terapi... Walaupun saya tak sempat untuk 'menyingah' ke rumah kawan-kawan(blogger) tapi ada juga yang saya masih ikuti perkembangan di FB...  Sesetengahnya saya tak sempat nak bertegur sapa jika tiada yang menarik hati & penting di mata saya... Hanya sekadar membaca sambil lalu, lagi-lagi dengan keadaan diri yang tidak sebegitu mengizinkan sekarang ni ;))

Saya sihat, hubby sihat, Iman juga Alhamdullillah sihat. Baby? Setakat hari ini, baik-baik sahaja, Alhamdullillah... :))

Semalam saya menerima perkhabaran duka dari seorang teman. Terasa mengigil lutut saya, tanpa ditahan-tahan airmata saya gugur seperti tali air yang deras mengalir... Tak malu untuk menangis tersedu-sedu depan hubby & Iman... Hubby yang sibuk melayan Iman terus terhenti untuk bertanya hal... Saya kata sahabat saya baru sahaja kehilangan suami tercinta pada 24hb Januari bersamaan dengan 12 Rabiu'awal 1434H yang lalu... 

Saya mengenali beliau hanya di alam maya, kami hanya berhubung melalui blog & juga FB... Kami tidak pernah berjumpa tetapi sangat berharap untuk bertemu di alam nyata... Insya'ALLAH, satu hari nanti... Saya senang memanggil beliau Mummy Mariam Bebakar (blog: D'Shire's Eden), beliau & arwah suaminya dikurniakan 2 orang puteri yang sangat comel, Che Che & Mei Mei serta seorang putera kecil yang 'cute' bernama Umar yang baru berusia lebih kurang 6 bulan...

Saya menangis kerana saya terkenangkan mummy & anak-anak yang masih kecil... Memang mudah untuk berkata sabar & bertabahlah, namun bak kata ibu saya, "Tak rasa, tak tahu..." Sememangnya ujian ini hanya untuk hambaNya yang terpilih, terpilih kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambaNya... Allah know best!

Buat mummy, tiada kata yang dapat Marya ungkapkan bagi melegakan hati mummy hanya doa yang mampu Marya titipkan buat mummy sekeluarga agar terus kuat demi anak-anak... Jaga diri & kesihatan... La tahzan innallah ma'ana... Semoga Allahyarham suami mummy, Adam Thongcharen di bawah rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan yang beriman... Al-Fatihah~

Sehingga hari ini, saya mempunyai lebih dari 4 orang rakan yang kehilangan suami samada berpisah mati atau hidup dalam usia yang masih muda serta mempunyai anak-anak yang masih kecil... Perkara ini banyak menyedarkan saya bahawa apa yang kita miliki di dalam dunia ini bukanlah milik kita yang mutlak... Semuanya adalah milik Allah, dan Dia boleh ambil & beri bila-bila masa mengikut perkiraanNya...

 Seminggu dua ini juga saya menerima khabar duka (musibah) yang menimpa beberapa kenalan & sahabat di tanahair... Ada yang sakit, suami/isteri tidak sihat, keguguran, anak yang sakit, cedera kerana kemalangan dan sebagainya... 

Buat teman-teman saya ini, mungkin kita jarang bertegur sapa tetapi saya tetap mendoakan yang terbaik buat  semua... Moga Allah beri yang lebih baik nanti...  

Salam dari jauh buat teman semua...

Doakan juga buat kami di sini, semoga berjumpa nanti...

Nos vemos...

40 comments:

Pen Biru said...

salam Marya.. al-fatihah untuk almarhum..
pd sy..lebih elok berpisah mati dari berpisah hidup..yg pergi itu akan meninggalkan kerinduan dan kenangan manis.
jika berpisah hidup..yg bergi itu hnya akan meninggalkan kebencian dan kenangan pahit..
apaun kita harus redho dan tabah..kan?

Qashmere said...

Amin..semoga termakbul doa2 ni. InsyaAllah

Nai @ TPJ said...

السلام عليكم
Takziah buat teman Marya.. You take care! xoxo.

Yunus Badawi said...

Assalamualaikum Marya,

Sedih dan hiba bila mendengar kawan2 kita (w/pun yg tak pernah kita temui di alam nyata) kehilangan org yg tersayang. Bertambah sedih bila mereka masih mempunyai anak2 yg masih kecil. Tapi ketentuan Allah mengatasi segala2nya. Kita hanya mampu berdoa dan memberi kata2 semangat.

Terima kasih kpd Marya kerana mendoakan kami semua. Kami juga mendoakan yg terbaik buat Marya sekeluarga yg jauh di perantauan.

che mid said...

Salam rindu untuk adikku Marya.. semoga Marya dan kita semua juga terus kuat menghadapi hidup ini. Dugaan dan ujian datang dalam bentuk berbeza utk setiap hambaNya..

Unknown said...

innalillah..mmg sedih kan kak..nens pon xleh bayangkan kalo nens kehilangan tulang belakang ni..nauzubillah..semoga Allah panjangkan usia kami dan jodoh kami..begitu juga kpd kawan2 sume..aminn

Ibuhani said...

Ye...hanya org yg merasa jer yg lbh tahu. Smoga roh suaminya dirahmati n ditmptkn diklgn org2 yg beriman.

Ibuhani said...

Betul kt ibu marya : x merasa x tahu. Smoga roh suami kwn marya dirahmati Allah SWT n ditmptkn diklgn org2 yg beriman.

suka suka said...

Alfatihah...salam takziah pd Mummy Mariam..semoga tabah menghadapi hari muka

Abil Fikri Ahmad said...

Salam Marya n family di sana..Alhamdulillah semua sehat..

Takziah juga buat rakan2 blog kita yg kehilangan org tersayang..Undang2 dunia cm ni la, sampai masanya kena ler kita 'pergi' yg masih tinggal teruskan kehidupan..

susumanis said...

Innalillahiwainnailaihirajiuun...Al fatihah buat arwah suami teman marya, take care darling..lama x singgah sini :)

Acik Erna said...

assalam Marya..alfatihah buat yang telah pergi dan salam takziah buat keluarganya..
terima kasih marya..kami semua disini juga mendoakan marya.dan keluarga semoga dirahmati dan dipermudahkan semua urusan

Kayu Manis said...

TAKZIAH BUAT TEMAN.

KADANG2 PERKARA BEGINI MMG SELALU JUGA MUNCUL DLM BENAK FIKIRAN.

Mama3Q said...

tu la, ada juga terbaca di blog mixed famili...moga beliau tabah...sesungguhnya Allah lebih tahu...

azieazah said...

Kita akan turut terasa apa saja yg dilalui oleh rakan kita wpun secara maya. Apatah lagi sudah berkawan lama walau belum pernah bersua, atau mungkin tak akan berjumpa langsung.
Turut mendoakan semoga MARYA sekeluarga akan sihat sejahtera di rantau orang.

Take care ya.

Puan Kutu said...

betul marya apa yg kita ada bukan milik kita sepenuhnya..kehilangan org tersayang mmg dugaan paling besar dlm hidup.berat mata memandang berat lg bahu memikul..semoga beiau tabah..Al-fatihah utk aruah

CaDLyNN said...

salam takziah utk keluarga arwah..
k.marya..take care :)

Ruse Sulaiman said...

Salam Marya,
Semuanya urusan Allah. Bila ditimpa musibah, sabar dan redha adalah kuncinya. Semuanya pinjaman. Cuma masanya kita tak tahu. Mmg nampak mudah sebab kita tak lalu tapi kisah mereka jd kan kita pengajaran yg Allah berkuasa dalam menentukan sesuatu. Buat mummy, semoga sentiasa dirahmati dan diberikan kekuatan oleh Allah dalam menghadapi ujian ini.

norhidana said...

al fatihah utk arwah juga takziah utk keluarga Mummy Mariam Bebakar, semoga diberikn kekuatan....

semoga marya n family sihat2 n jaga diri baik2 yek...

suri solehah said...

ulang baca dua tiga kali..berita ttg mummy tu...
''''''''''''''betul kata marya..apa yg kita miliki..bukan nya mutlak..hanya pinjaman..moga marya n famili sentiasa dalam rahmatnya...dan dipermudah segala urusan..

Mixed-family in da house.... said...

Assalamualaikum Marya,
Rindu pada celoteh Marya, harap2 morning sickness Marya akan bertambah baik nanti....insyaAllah.

Sepertimana Marya, dini jugak terduduk hiba bila membaca status mommy Mariam di FB. Speechless. Dini PM mommy. Sangat2 sebak bila mommy cakap dia mahu kita berdua segera tahu akan hal tersebut. Terasa betapa kuatnya ikatan itu Marya.

Take care Marya. Hugs for Iman.

Unknown said...

salam ziarah.Alfatihah...salam takziah pd Mummy Mariam..semoga tabah

Kakzakie Purvit said...

Begitulah Marya. Apa pun yg kita ada adalah pinjaman. Kemampuan kita hanya berdoa, berusaha, redha. Moga teman-teman yg menerima ujian Allah ini terus diberi kesabaran yg tinggi.

maszull said...

assalamualaikum marya.....semoga dipermudahkan semuanya...:)

Suria Amanda said...

Salam Maria..dah janji allah mcm tu kan..sabar..takziah untuk beliau..i pun kaki x ok lagi...lepas satu..satu ...

Eye_nee said...

As-Salam...Sedih mendengar perihal kehilangan...apatah lagi bila melibatkan ketua keluarga begini..Sebak...sebal..sayu..pilu semuanya berligar difikiran..sedangkan kamu yg hanya mengenali beliau melalui alam maya sampai tersedan..apatah lagi dia yg menanggungnya kan...Kata-kata semangat agar dia bertabah dan redha serta bersabar dan bertawakal biarpun nampak senang kita ucapkan namum impaknya cukup mendalam pada sipenerima..semoga kata2 kita ini menjadikan sahabat kamu itu dapat menerima...sesungguhnya ini Qada dan Qadar Allah...Al-Fatihah...

Mat Som Sadona said...

Semoga sahabat Marya, Mummy Mariamm Bebakar tabah atas sebuah kehilangan.

Semua itu telah tertulis, dan kita ini hambaNya yang amat kerdil, dunia ini hanyalah pinjaman. Daripada Allah kita datang, dan kepadanyalah kita semua akan kembali.

Anonymous said...

lama x singgah...salam takziah buat kwn marya...

Mulan said...

al-fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat..

moga marya & family sihat selalu.. take care ya..

Azian Elias said...

INNALILLAH..

semoga beliau tabah.. Marya jangan risau2 sangat..take care ye..

Lynn said...

As salam Marya..

Terasa berderau darah bila membacanya..

Innalillahiwainnailahirajiun..

Semoga dia dikurniakan ketenangan dan kesabaran..Kelu nak berkata apa-apa..berat mata yg memandang..berat lagi bahu yg memikulnya..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalamualaikum Marya..

Takziah buat teman blogger you tu.
Melihat apa yg terjadi pada teman2 sekeliling memang menyedarkan kita bahawa hidup ini sekadar pinjaman.

Alfatihah, moga beliau terus tabah.

wakgelas said...

wak pon nk ucap takziah jugak., alfatihah

Unknown said...

Salam semua, Salam Marya..
Terima kasih sangat2 di atas ingatan kalian buat mummy. Mummy tetap kena tabah menghadapi dugaan ini. Terasa begitu besar kehilangan yang mummy lalui walaupun mummy sedar itu adalah ketentuan Allah bagi setiap hambanya. Thanks Marya,
Semoga kalian tanpa segan untuk menghadiahkan alfatihah buat Arwah suami tercinta. SEmoga ia dapat membantu arwah di sana..

Nida n' Hanafi said...

Sedih sungguh baca kisah diblognya... tak taulah masa kita nanti bagaimana.

p/s - Kami akhirnya kembali ke blog lama (radinsah.blogspot.com). Jemput jengah.

Izan Ishak said...

takziah buat mummy mariam. moga terus kuat dan tabah demi anak2 tersayang...

LYAfrina said...

salam takziah...
al-fatiha

kurus said...

salam mayra ..

memang winduu ngan adik di kejauhan nie

akak pun dah kurang berblog .. entah lahhh mgkin faktor usia ekek .. kerja semakin banyak .. nak update tidak lagi sekerap dulu .. kerja dan masalah peribadi sentiasa berlegar di sekeliling akak sejak akhir2 ini .. benar kata org dugaan setiap manusia x akan sama ..

akak doakan buat wanita2 yang menerima dugaan berat dari allah agar mereka kuat .. ingatlah anak2 dan insan2 yang masih bersama kita .. doa lah banyak2 sebagaimana akak yang sentiasa berdoa . Semoga allah sentiasa memberikan sinar buat kita .. insyaallahh

Mimie said...

Salam
saya dah singgah rumamh Mummy...sedih baca keadaan arwah mase nak terima berita pemergian suaminya..semoga beliau terus tabah

JunAina said...

Ujian Allah s.w.t terkandung hikmah tersendiri, moga teman yang kehilangan suami akan terus tabah dan tidak hilang arah. Kuatkan semangat demi anak2.

Akak juga sedang melalui proses kehamilan semula di usia menghampiri 40an. Rezeki yang Allah s.w.t beri kami terima seadanya walaupun sangat terkejut pada mulanya.